COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 20 Ogos 2011

IAPH -7-

Huda mengikut langkah adindanya ke arah kanopi-kanopi yang tersedia di halaman sebuah rumah. Dia mengarahkan kereta yang mereka naiki diparkir jauh sedikit agar tidak menarik perhatian orang ramai. Seperti kata bondanya, dia juga tidak mahu kedatangan mereka ke majlis kenduri kahwin kawan adinda Hadiyanya itu menjadi kelam-kabut jika menyedari kehadiran anakanda-anakanda Raja mereka di situ secara tiba-tiba. Huda pasti jika mereka tiba secara senyap-senyap di kalangan tetamu-tetamu, tiada yang akan perasan. Dia juga hanya mengarahkan dua orang pengawal untuk mengikuti mereka berdua dan pengawal-pengawal itu juga berpakaian biasa.
            Dia teringatkan Angah dan Alang. Sebenarnya, mereka berdualah yang menyebabkan dia tiada pilihan untuk menemani adinda Hadiya itu. Dia tahu Hafawati dan Hafeeza memang tidak gemar ke tempat orang ramai dan dua orang gadis itu berpakat memberi alasan kepada Hadiya bahawa mereka sudah berjaanji untuk berlatih memanah pada hari ini bersama-sama walaupun sebenarnya Hafeeza tidak begitu minat aktiviti luar seperti itu. Akhirnya, Hadiya hanya ada dia sebagai peneman. Dia pula tidak sampai hati untuk menghampakan adindanya.
            “Kak Huda, Diya pergi cari kawan Diya sekejap.”
            Huda mengangguk dan memandang Hadiya bersama seorang pengawal mereka berlalu daripada situ. Dia memandang pula keadaan sekeliling. Halaman rumah itu heboh dengan orang ramai. Dia berlalu ke bawah sebuah kanopi yang menempatkan makanan. Sementara menunggu adindanya itu, bolehlah dia menjamu selera terlebih dahulu. Lalu, dia turut sama mengarahkan pengawal yang bersamanya untuk makan bersama. Barulah menjadi sedikit lakonan mereka. Bukankah aneh jika pengawalnya itu hanya memandangnya sahaja?
            Huda hanya mengambil kuih-muih yang tersedia tetapi dia tidak menghalang jika pengawalnya itu hendak makan makanan berat. Matanya meliar untuk mencari tempat duduk yang kosong dan terhenti pada seorang gadis yang sedang duduk di satu sudut. Apa yang menarik minatnya ialah, kaki gadis itu berbalut dengan kain pembalut luka. Lantas langkah kakinya dihala ke arah gadis yang kelihatan manis berbaju kurung dan bertudung itu.
            Semakin dekat dia dengan gadis itu, Huda berasa seakan-akan dia pernah melihat wajah tersebut.  Dia melabuhkan dirinya di kerusi sebelah gadis tersebut. Cermin matanya dicabut dan disangkut di bawah tudungnya. Lagipun, kedudukan mereka sedikit tersorok daripada orang ramai, jadi dia selamat di situ.
            “Hai,” sapanya kepada gadis itu. Melihat gadis itu menyuakan senyuman manis ke arahnya, Huda jadi senang hati.
            “Kenapa dengan kaki awak?” soal Huda terus. Ingin juga dia tahu apa yang terjadi kepada gadis itu. Adakah gadis itu kemalangan , terjatuh ataupun menjalani pembedahan?
            “Terseliuh. Bertembung dengan orang,” jawab gadis itu.
            “La… kuat sangat ke bertembungnya? Dah lama ke?” Sesekali, Huda menguap kuih yang diambilnya tadi dan mempelawa pinggan yang berisi kuih itu kepada gadis di sebelahnya. Gadis itu senyum lagi dan mengambil sekeping agar-agar hijau.
            “Baru semalam saja,” balas gadis itu pendek.
            Huda mengangguk. Sebenarnya, mindanya masih mencari nama gadis tersebut dalam mindanya apabila dia masih berasa di pernah melihat gadis tersebut.
            “Awak adik-beradik pengantin ke?” tanya Huda lagi tetapi dia melihat gadis itu menggeleng.
            “Taklah. Saya kawan kepada sepupu pengantin. Saya tumpang rumah kawan saya sebelah sana tu.”
            Huda turut menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh gadis itu. Gadis itu menunjuk ke arah rumah jiran yang berwarna ungu muda itu agaknya.
            “Awak kawan pengantin ke?” gadis itu pula menyoal.
Huda tersenyum. Agaknya, gadis itu memang tidak cam wajahnya walaupun dia sudah membuka cermin mata hitamnya tadi. “Tak juga. Saya teman adik saya. Adik saya tu kawan kepada sepupu pengantin juga,” jawab Huda lembut.
“Oh…” mulut gadis itu membulat sambil mengangguk.
“Siapa nama awak?” soal Huda akhirnya, apabila dia masih belum dapat mengingati di mana dia bertemu gadis itu tetapi nampaknya gadis itu tidak terus menjawab. Untuk seketika, Huda menjadi hairan namun dia tetap diam sahaja.
“Saya Nurin. Awak?”
“Nama saya panjang tetapi awak boleh panggil saya Huda,” jawab Huda dengan senang hati. Dia tidak risau untuk mendedahkan namanya kerana Huda adalah nama yang biasa digunakan oleh umat Islam memandangnya maksud nama tersebut sangat indah. Di Zamora juga ramai yang bernama Huda.
“Cantik nama awak. Saya rasa ada anakanda Raja yang namanya Huda. Betul tak?”
Soalan daripada gadis yang bernama Nurin itu membuatkan Huda kaget seketika. Hampir terbongkar juga penyamarannya. Huda cepat-cepat memakai kembali cermin mata hitamnya.
“Baru saya ingat. Semalam pun saya ada berkenalan dengan orang yang namanya macam nama Raja,” ramah gadis itu menyambung.
Terangkat kening Huda mendengarnya. “Iya?”
“Ya. Nama dia Iman. Nama Raja kita pun ada nama Iman, kan?”
Huda terangguk-angguk. Aduh…jikalau dibiarkan Nurin terus bercakap tentang keluarga diraja, tentu lama-lama gadis itu akan perasan dengan wajahnya. Dia perlu mencari jalan.
“Eh, tadi awak cakap awak menumpang rumah kawan awak. Kenapa menumpang? Rumah awak jauh ke?” soal Huda, mengubah topik perbualan mereka.
“Ha’ah. Saya sebenarnya tengah cuti belajar. Jadi, saya datang ke kampung kawan saya ni. Orang cakap, jauh perjalanan luas pengetahuan. Betul tak?”
Huda mengangguk beberapa kali. Nampaknya Nurin ini suka mengembara. Bolehlah jadi geng dengan kakandanya yang lasak itu. “Bumi Allah inikan luas. Memang Allah jadikannya begini supaya kita boleh berfikir tentang setiap kejadianNya dan beriman denganNya.”

Akhirnya, Huda menghabiskan masanya menunggu adindanya dengan berbual-bual dengan Nurin. Dia menemani gadis itu semasa Hadiya makan ditemani kawannya, Ismahani.  Akhirnya, sebelum pulang Huda dan Nurin bertukar nombor telefon untuk saling berhubung selepas ini. Entah kenapa, Huda berasa dia ingin terus berkawan dengan gadis tersebut. Takdir Allah mungkin.



SELAMAT MENYAMBUT FASA KE-3 RAMADHAN! JOM SAMA-SAMA PERBANYAKKAN AMALAN!

ADA NAK REQUEST SCENE SESIAPA TAK? SILA-SILA. :D

4 komen:

iniakuyangpunyahati berkata...

alahaii x puas bace hehe.. pape pon tq tuan tanah.. nk lagi hadif-nurin kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

btol tu...x puas lgi bce.....skit sngat....hehwehehehhh
smbung lgi cik haliban eh..heeheheh

Nadzipah berkata...

cik haliban..nak request scene hafiy-hafawati pulak..ekeke..
tapi nak jugak scene hadif-nurin...:)

cactaceous opuntia berkata...

haha..bile bce cte byk watak ni nk kene perah otak gk sekali sekala...mgkn kene ulang bce episod lame juga...heheh

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©