COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 5 Mei 2010

{Cerpen} Ia Belum Berakhir - bahagian i





Dian Syuqaira membatu menonton cerita Upin dan Ipin di komputer ribanya di ruang tamu. Hujung minggu seperti ini, dia tiada tempat untuk ditujui. Lainlah rakan serumahnya yang sedang bersiap-siap untuk keluar. Marina yang sesekali ke sana-sini itu dipandang sekilas.
“Kau nak kirim apa-apa?” soal Marina, duduk di sebelah sahabatnya dari sekolah menengah dahulu lagi.
“Kau dengan Hafiz nak pergi mana?” Matanya tidak lepas memandang aksii lucu Upin dan Ipin.
“KLCC kot. Eh…Kau dah lama tak keluar kan?”
 “Apa pulak. Aku keluar je setiap hari, pergi kerja. ”
Terasa bahunya dihempuk.
“Maksud aku, keluar dengan Afiq. Dah lama aku tak dengar cerita dia. Amacam? ”
Soalan itu membuatkan Dian menoleh ke sebelahnya. Senyum hambar diukir sesaat dua sebelum memandang komputer ribanya kembali.
“Amacam apa?” Dian membalas. Marina terdiam.
“Korang okay ke ni?”
Belum sempat Dian menjawab, terdengar bunyi hon kereta.
“Dah. Dah. Tunang kau dah sampai.” Dian menghantar Marina dengan senyuman.
Afiq? Lelaki itu boleh dikatakan sebagai teman lelakinya di mata umum walaupun mereka berdua tidak pernah declare apa-apa. Namun begitu, lelaki itu sudah kenal dengan keluarganya. Pemuda yang bekerja sebagai polis itu sentiasa sibuk dengan tugasnya. Dian tahu. Dia tidak kisah walaupun bukan selalu mereka keluar bersama-sama.
 Tapi Dian sudah lama tidak mendengar khabar dari lelaki itu.Mungkin sudah masuk sebulan. Tiada panggilan, tiada sms, tiada emel, tiada surat. Dian tidak tahu sebabnya. Dia tidak tahu salahnya. Sehinggakan Marina juga sudah perasan dengan keadaan itu.
Saat ini, Dian berasa dia perlu berbuat sesuatu. Dia tidak mahu hal itu terus mengganggu fikirannya. Cerita Upin dan Ipin ditutup dan emel Yahoo!nya dibuka.

Assalamualaikum…
Apa khabar? Semoga awak sihat selalu.
Dah lama saya tak dengar khabar dari awak. Mungkin awak sibuk. Ya tak? Tak apalah. Saya tak mahu mengganggu awak sebenarnya. Saya cuma inginkan kepastian tentang keadaan kita. Sudah sebulan lebih awak tidak menghubungi saya. Saya berasa risau.
Awak sudah ada orang lain ke? Dan bimbang saya tidak akan menerima keputusan awak? Apapun… beritahulah saya alasan awak sebenarnya. Saya akan terima dengan baik, insyaAllah. Kalau awak tak ingin bertemu dengan saya, mesejlah saya atau balaslah emel saya.
Salam jauh,
Dian.
+ + + + +
Sehari.
Dua hari.
Tiga hari.
Dian menunggu balasan emel daripada pemuda yang bernama Afiq. Sudah masuk seminggu kotak emelnya kosong dari penghantar yang dinantikannya. Dia mengeluh perlahan. Mungkin sudah begitu suratan hidupnya. Lelaki yang sudah lama bertakhta di hatinya pergi jua dari hidupnya. Walaupun dia tidak pernah memberitahu lelaki itu perasaannya, Dian memang menyukainya sejak dahulu lagi.
Mereka berdua bersekolah di sekolah yang sama. Bersahabat secara bersembunyi tanpa diketahui oleh kawan-kawan mereka yang lain. Ini kerana pemuda itu bukanlah pelajar sebarangan. Ramai peminat dan banyak tanggungjawab di sekolah. Sehinggalah mereka melangkah masuk ke bidang pekerjaan, Dian senang bersama dengan pemuda itu.
Berpangkat Inspektor pada usia yang muda membuktikan bahawa pemuda itu seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan berakhlak baik. Membuatkan hatinya terus setia pada lelaki itu.
Lagu Open Your Eyes dari telefonnya mengejutkan lamunannya. Program Nona yang sedang menyiarkan majlis perkahwinan salah seorang staf TV3 itu dibiarkan. Tangannya mencapai telefonnya yang terletak di atas meja telefon di sebelah sofa yang didudukinya.
TMA
Dian terkedu. Dahinya berkerut. Kenapa lelaki itu menelefonnya setelah seminggu? Mengapa tidak dibalas sahaja emelnya ataupun menghantar sahaja mesej kepadanya? Dian menjadi tidak keruan. Tiba-tiba dia berasa tidak bersedia untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Afiq.
“Relaks, Dian Syuqaira. Relaks.” Dian menarik nafas beberapa kali sebelum meletakkan telefon di telinganya. Butang ‘jawab’ ditekan.
“Assalamualaikum.” Suaranya cuba dibiasakan.
Salamnya dijawab oleh suara garau sebelum pemanggil itu diam. Andaian Dian, tentulah suara Afiq. Dia tidak pasti kerana sudah lama dia tidak mendengar suara itu.
“Awak nak cakap apa-apa?” soal Dian. Dia mendengar seolah-olah si pemanggil menarik nafas.
“Boleh awak datang ke hospital?”
Berkerut dahi Dian. Dia memang tidak menyangka itu yang dijawab oleh Afiq.
“Kenapa? Siapa sakit?”
“Saya.”
Hah?! Dian terkejut. Spontan dia berdiri. Automatik, kakinya mundar mandir di hadapan televisyen itu.
“Kenapa? Awak cedera ke? Dah lama ke? Awak di hospital mana ni?” Cemas Dian. Setelah lama tidak mendengar khabar, tiba-tiba pemuda itu menelefonnya memberitahu dia masuk hospital. Siapa yang tidak terkejut?
“Dian. Saya minta maaf lama tak hubungi awak. Saya akan jelaskan tapi boleh awak datang sini dulu?” Mendengar kata-kata maaf itu, kakinya terhenti. Hatinya menjadi sayu. Tahulah dia bahawa pemuda itu telah membaca emelnya.
“Awak kat hospital mana?”
+ + + + +
Dian menolak pintu bilik yang menempatkan pesakit yang bernama Tengku Muhammad Afiq. Tiada sesiapa di bilik itu kecuali seorang pemuda yang berpakaian pesakit dan bertampal kain pembalut luka di sekitar wajah dan tangan. Dian menarik nafas apabila mereka berdua bertentang mata. Salamnya dihulurkan dengan harapan pemuda itu akan sembuh.
Dian lega melihat keadaan pemuda itu yang tiada patah tulang di mana-mana. Namun manalah dia tahu jika pemuda itu cedera di sebalik pakaian pesakit yang menutupi badannya itu. Dia mengambil tempat di sisi katil pemuda itu. Kekok rasanya setelah lama tidak bertemu.
“Terima kasih sebab sudi datang.” Kata-kata permulaan pemuda itu dibalas dengan anggukan.
“Awak kenapa?”
Dian memandang Afiq yang menyentuh dadanya perlahan.
“Saya cedera biasa saja,” jawab pemuda itu dengan senyuman manis.
“Kena tembakan?” Soalannya dibalas anggukan dan senyuman manis lagi. Selepas itu dia diam. Menanti apa yang ingin disampaikan oleh pemuda itu.
“Awak. Saya minta maaf lama tak hubungi awak. I was on a mission. Memang tak dapat berhubung dengan awak.”
Dian angguk dan diam lagi.
“Saya pergi tergesa-gesa hari tu. Tak sempat bagitahu awak.”
Dian memandang pemuda itu lagi.
“Awak pergi mana?”
“Mozambique.”
Hah?! Dian terkedu.
“Saya polis Interpol, awak.”
Hah! Sekali lagi dia terkejut.
As in International Criminal Police Organization?” soal Dian. Dia tidak sangka pemuda itu sudah mencapai peringkat itu. Sangkanya, Afiq hanya inspektor  polis PDRM biasa. Anggukan dari pemuda itu menyebabkan dia menghela nafas panjang.
Dia pernah baca sebuah novel yang mengisahkan kehidupan seorang polis Interpol. Sangat bahaya kerana menguruskan jenayah antarabangsa, menentang  organisasi jenayah tertentu, jenayah dadah, jenayah teknologi tinggi, rasuah dan macam-macam lagi. Nyawa mereka sentiasa berada di hujung picu pistol penjenayah.
“Habis, awak ni okey ke tak? Kena tembak kat mana?” Dian mula sedar, kecederaan yang dialami oleh lelaki itu tidak mungkin kecederaan ringan.
“Sini dan sini.” Matanya mengikut arah tangan pemuda itu yang menunjuk kea rah paha kanan dan dada sebelah kiri.
“Dekat jantung?” Sekali lagi dia menerima kejutan melihat pemuda itu mengiyakan soalannya.
“Dekat tapi tak kena. Alhamdulillah.”
Dian menghela nafas lega. Allah masih memanjangkan umur pemuda itu.
“Awak.”
Dian memanggung kepala memandang pemuda itu.
“Saya tak ada orang lain.”
Huh? Dian diam, mencerna ayat itu.
“Dalam hati saya hanya ada awak.”
Ting! Dian teringatkan emelnya kepada pemuda itu.
“Awak baca?”
“Emel awak? Ya. Saya minta tolong adik saya tadi. Terus saya telefon awak.”
Mendengar penjelasan pemuda itu, Dian tertunduk. Malu. Sangkaannya selama ini salah belaka.
“Awak.” Panggil pemuda itu lagi.
“Em.”
“Saya nak kenalkan awak pada parents saya. Diaorang akan datang sekejap lagi. Awak, kita bertunang ya?”
HAH?!!!
Entah kali ke berapa jantung Dian berdegup dengan kencang pada pagi itu disebabkan oleh kejutan-kejutan yang diberitahu oleh pemuda yang bernama Tengku Muhammad Afiq. Pemuda yang sedang bersandar di kepala katil pesakit dengan luka-luka di badannya.
Are you proposing me?” Tanya Dian dengan suara kecil.
Apabila pemuda itu mengangguk, Dia menjelirkan lidahnya main-main.
“Tak romantik langsung!”

-TAMAT-

klik --> bahagian ii 

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

tak romantik . haha! really like that part .

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©