COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 11 Mei 2012

Iwana-Ulwan [3]

Bangun dari sujud syukur yang dilakukan selepas solat fardhu zohor itu, Ulwan kekal dalam posisi duduk antara dua sujud itu untuk seketika. Sesaat dua masa diambil untuk dia merasai ketenangan jiwanya sebelum dia kembali kepada urusan duniawi.
         Badannya dipalingkan ke belakang sebelum bibirnya mengukir senyuman buat pemuda yang berada di belakangnya sejak tadi. Tangannya berjabat tangan dengan pemuda itu dan mereka sama-sama bangun, menuju ke pintu keluar masjid tersebut.
         Menjadi putera kedua kepada pemerintah, menjadikan kedua-dua mereka kurang dikenali oleh masyarakat dan kurang mendapat perhatian media. Ini membolehkan mereka bebas pergi ke mana-mana sahaja tanpa ada gangguan.
“Abang tak nak jumpa Kak Wana?”
Soalan daripada pemuda di sisinya itu membuatkan Ulwan tersenyum nipis, mengenangkan gadis yang dicalonkan menjadi isterinya itu. Seminggu dia di negara Darwish ini, pandai sungguh gadis itu menyembunyikan diri. Main sembunyi-sembunyi pula. Padahal, dia datang ke sini untuk meneliti dan menilai gadis itu. Memandang Tengku Dhiya’ul Haq, adinda kepada Tengku Iwana itu sekilas sebelum mengulas.
“Sibuk juga kakanda Haq tu. Tak pernah abang terserempak dengan dia.” Kesibukan yang dialami oleh seorang putera mahkota, dia tahu, kerana kakandanya adalah putera mahkota tetapi dia tidak tahu jika kesibukan puteri mahkota sama dengan kesibukan kakandanya. Selama dia masuk ke istana beberapa kali, dia hanya dapat menatap gambar gadis itu tanpa bertemu empat mata. Melalui gambar-gambar yang dilihatnya, dia hanya boleh mngatakan bahawa gadis itu cantik di matanya.
“Kak Wana tu memang tak boleh duduk diam. Kalau tak ada kerja, dia cari kerja. Kalau tak ada masalah, dia cari masalah,” balas Haq, membuatkan bibirnya mengukir senyuman nipis. Bunyinya Tengku Iwana bukanlah seorang yang pemalu sehingga menyembunyikan dirinya. Pasti gadis itu ada rencananya sendiri.
“Itu lebih baik daripada tak buat apa-apa, kan.” Dia tunduk dan duduk di tangga masjid, mencapai serta memakai kasutnya. Dengan cekap, dia mengikat tali kasutnya dan berdiri.
“Kalau abang nak bertemu dengan Kak Wana, Haq boleh cuba aturkan.” Haq memberi cadangan.
“Nak ke dia?” pendek soalannya dan Haq memandangnya dengan kening terangkat.
“Dia tak perlu tahu,” jawab Haq dengan jungkitan bahu dan Ulwan membalas dengan kening terangkat juga. Sporting betul bakal adinda iparnya itu.
Disclaimer : Artwork cover ni BUKAN cik haliban's.

“Macam mana? Macam mana?” Iwana menongkat dagu, merenung Haq yang duduk berhadapan dengannya di meja besar di ruang makan kediaman adindanya itu. Dia sanggup datang sendiri ke kediaman Haq untuk mendengar cerita daripada lelaki itu.
         “Amboi... Teruja tak ingat dunia, nampak,” usik Haq dengan senyuman nakalnya. Bulat mata Iwana mendengarnya.
         “Sheeesh... sila jawab soalan beta.” Iwana membuat muka selamba, membalas sindiran adindanya dengan sarkastiknya sendiri. Siap ber ‘beta-beta’ lagi. Dia kembali bersandar dan memeluk tubuh.
         “Ceh... Sudahlah minta tolong orang, buat perangai macam tu pula. Macam ni ke balas budi orang lain?” Haq buat tidak peduli, sengaja mengungkit. Dia mengikut gaya kakandanya, bersandar dan memeluk tubuh.
         Iwana memicing matanya, melawan renungan adindanya. Apa kena entah dengan lelaki di hadapannya itu pagi ini? Sarkastiknya terlebih dos pula.Bergaduh dengan isteri ke semalam, dik oiii? Iwana tersengih tiba-tiba dengan persoalan di kepalanya itu.
         “Tersengih pula dah. Kak Wana ni sihat ke tak?”
Soalan itu mengembalikan Iwana yang sempat mengelamun seketika itu ke alam nyata.
“Akak malas tau nak bergaduh dengan Haq. Lepas ni kakak ada lawatan ke luar. Baik Haq bagitahu akak cepat,” ujar Iwana, meletakkan tangannya di atas meja.
“Okeylah. Apa yang akak nak tahu?” Haq mengalah. Iwana tersengih lagi.
“Dia pandai menunggang dengan memanah?” soal Iwana terus. Panggilan ‘dia’ itu tentunya untuk Raja Zulqarnain Ulwan yang sudah dijadualkan pulang ke negaranya semalam. Sebab itu, pagi ini, dia datang ke kediaman Haq.
Excellent.” Jawab Haq sepatah. Namun, Iwana sudah berpuas hati.
Chess? Haq atau dia yang menang?”
“Dia.” Sepatah juga jawapan adindanya. Terangkat kening Iwana.
“Hai... kata champion kolej?” soal Iwana menyindir. Satu sahaja alasannya mengapa dia ingin Haq mencabar Ulwan bermain chess. Permainan tersebut memerlukan seseorang mengatur strategi dan memikirkan langkah yang betul semasak-masaknya sebelum menggerakkan buahnya.
“Haq memang champion kolej tapi Abang Ulwan tu pernah masuk international championship, akak tahu tak?”
         Iwana terdiam, kagum dia seketika. Bagus. Bagus. Nampaknya calon suami yang dicadangkan oleh ayahanda serta bonda kali ini sedikit menarik minatnya. Sedikit, okey.
         “Bab sabar tu, Haq buat macam mana?” Dalam hal ini, Iwana memberi kebebasan untuk mengatur rancangan bagi menguji kesabaran Ulwan. Sabar adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang menjadi pemimpin, tidak kiralah pemimpin keluarga ataupun pemimpin negara.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..” (al-Bukhari)[1]

         “Pertama, Haq suruh seorang dayang sengaja jatuhkan cawan berisi air atas dia. Kedua, Haq pura-pura buat kereta rosak tengah jalan. Haq ajak dia jalan kaki. Ketiga, Haq suruh pengawal-pengawal Haq belasah dia tiba-tiba.”
         “Haq!” Iwana terkejut mendengar jalan terakhir Haq. Bulat matanya memandang adinda lelakinya yang tersengih melihat reaksinya itu.
         “Akak tak cakap tak boleh,” jawab Haq selamba sambil menjungkitkan bahunya.
         “Akak memanglah tak cakap tapi tak bolehkah Haq rasional sikit? Dia tu anak raja, lebih tua daripada Haq dan calon daripada ayahanda. What were you thinking? That was too much, Haq!” bantah Iwana. Hisy... apa yang telah adindanya lakukan? Tidakkah perbuatan itu akan memalukan kaum kerabat Darwish dan mengeruhkan hubungan dua negara?
         “And what make you think he’s not suitable and compatible with you, akak? Akak sendiri cakap tadi, Abang Ulwan tu calon daripada ayahanda. Perlukah akak uji dia dengan semua benda ni?” tempelak Haq kembali tetapi suaranya tidak ditinggikan. Heh... kakandanya pula yang marah-marah, bukan Abang Ulwan.
         Iwana terdiam. Dia tertunduk seketika.
         “And again, what make you think he would loss the fight?” sambung Haq.
Iwana mengangkat wajah. “Dia okey?” soalnya, sekali lagi terperanjat.
 “Hai... Sudah mula risaukan Abang Ulwan? Jangan risau. Dia tahu martial arts, akak. Dia tak luka sedikitpun. Anyway, he’s cool in all situations. Tak nampak macam marah. Haq suka dia,” terang Haq. [2]Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.
Iwana terdiam. Tiba-tiba, bunyi seperti Raja Zulqarnain Ulwan ini seorang yang sempurna. Tak mungkinlah, kan? Mana ada manusia yang sempurna di dunia ini. Sekalipun Nabi Muhammad juga tahu marah tetapi tidak keterlaluan dan dikawal dengan baik sekali. Iwana memandang adindanya, “Dia ada perasaan tak sebenarnya?”
“Astaghfirullah... Akak ni. Setiap orang ada hati. Tentulah Abang Ulwan ada perasaan. Kenapa? Dah rasa tergugat?” Haq menggerak-gerakkan sebelah keningnya.
Iwana tidak menjawab. Dia mendengus lembut. Dia menjadi sangsi dengan adindanya itu. Betulkah apa yang diberitahu kepadanya itu ataupun Haq ni hanya menokok tambah cerita? Hiperbola lebih. Dia merenung Haq tajam.
“Dah... kenapa pula? Tak percaya cakap Haq pula?” soal Haq bertalu-talu.
“Bukan tak percaya tapi susah nak percaya. Dia macam terlalu sempurna,” jawab Iwana dengan perasaan ragu-ragu.
“Sesuailah dengan apa yang akak nak selama ni, kan?” soal Haq lagi. Selama ini pun, kakandanya itu mempunyai banyak syarat untuk dipenuhi oleh calon suaminya. Sekarang, sudah dapat yang ada semuanya, rasa sangsi pula yang timbul? Masalah betullah kakandanya yang seorang ini.
“Herm...” Itu sahaja yang boleh dijawab oleh Iwana. Beberapa ketika kemudian, dia meminta diri. Dia masih ada urusan lain di luar.
Haq menghantar kakandanya keluar. Matanya memandang kereta yang membawa Iwana berlalu daripada kediamannya sebelum dia berpaling ke belakang dan bertentang mata dengan seorang pemuda.  
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
panjang dah? eheee... *_*
komen tau, awak! ^_^
 
 
TQ~

[1] http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
[2] [2] http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

2 komen:

cactaceous opuntia berkata...

oho..ulwan ad kt rumah haq.meaning ulwan dgr la ape yg sume iwana ckp kn? dpt gk ulwan tgk bakal isterinya..hopefully iwana pn da buat istikharah n xd alasan utk menolak ulwan deh

Tanpa Nama berkata...

best sgt !!!!

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©