COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 2 Februari 2016

Takdir Cinta -44-


Fateh mengikut langkah kaki gadis di hadapannya. Mereka keluar daripada dewan yang riuh rendah itu. Fateh menghela nafas. Dia dapat mengagak bahawa gadis di hadapannya itu sedang menahan marah. Tengoklah wajah Ema tadi, mata gadis itu tajam merenungnya setelah kakandanya berlalu meninggalkan mereka.
Iya... Fateh tahu bahawa Ema marah dengan tindakannya yang mengaku Ema sebagai tunangnya kepada Khairul, padahal Ema sendiri masih belum memberi jawapan kepadanya. Semasa dia sedang berbual-bual dengan salah seorang klien syarikat penerbangan tadi, dia nampak Khairul sedang bercakap dengan Ema. Lalu, dia berasa tidak sedap hati. Khairul itu rakan sejawatannya dan lelaki itu itu terkenal dengan sikap berfoya-foya. Bukan dia tidak percayakan Ema, tapi dia tidak mahu Khairul mengganggu Ema.
Tiba-tiba Ema berhenti berjalan dan berpaling kepadanya. Fateh turut berhenti melangkah. Gadis itu berpeluk tubuh sambil memandangnya.
Explain,” ujar Ema sepatah.
Fateh menyandar pada dinding berhampiran, dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Suasana sekeliling mereka kelihatan tenang hanya dengan beberapa orang pekerja hotel sedang berulang alik di situ. Fateh membalas pandangan Ema.
“Okey. Saya minta maaf sebab mengaku kita dah bertunang. Saya cuma tak nak Khairul ganggu awak. Kalau saya tak cakap begitu, dia mungkin akan terus berusaha mendekati awak. Dia tak akan berhenti sehingga dia dapat apa yang dia nak,” ucap Fateh.
“Dan kenapa dia tak boleh mendekati saya?” soal Ema.
“Awak tak tahu dia macam mana, Ema. He’s a playboy. Saya tak nak awak terlibat dengan dia,” balas Fateh.
Ema menghela nafas. Dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan pemuda di hadapannya itu.
“Saya boleh jaga diri saya. Awak rasa saya akan biarkan diri saya terjebak dengan sesiapa sahaja yang cuba mendekati sayakah? Saya bukan seorang gadis yang lemah, Fateh.” Ema berkata-kata dan membuang pandang ke arah lain. Itulah kenyataannya. Dia tidak mahu Fateh menganggap bahawa dia lemah dan tidak dapat menjaga diri sendiri. Dia adalah seorang pegawai polis dan bekas ahli skuad pengintip elit. Dia tahu menilai seseorang daripada gaya percakapan dan pergerakan.
Fateh menolak badan dan berdiri tegak di hadapan Ema.
“Ema, saya tahu awak bukan gadis yang lemah. Saya tahu awak boleh jaga diri sendiri tetapi saya lebih suka jika saya dapat menjaga awak. Saya lebih suka jika saya dapat melindungi awak,” ucap Fateh serius, membuatkan Ema memandang pemuda itu pantas. Mereka saling berpandangan seketika.
“Kenapa? Kenapa saya?” soal Ema pendek, tetapi padat.
“Kenapa bukan awak?” Fateh membalas dengan soalan.
“Saya hanya rakyat biasa. Emak saya orang kampung sahaja. Saya tak ada apa-apa. Saya kasar dan lasak. Saya berparut di seluruh badan saya, awak pun tahu itu,” jawab Ema dengan gelengan.
Fateh tertawa mendengar alasan-alasan yang diberikan oleh gadis di hadapannya itu. Geli hati pula rasanya. Macamlah mereka berdua berada dalam situasi hubungan dihalang kerana darjat.
Cara, per favore[1]. Saya tak kisah semua itu. Okey. Apa salahnya jadi rakyat biasa? Saya pun rakyat negara Zamora yang menyara diri sendiri dengan bekerja. Keluarga saya juga tiada masalah dengan awak. Awak pun nampak sendiri layanan kakanda-kakanda saya dan sepupu-sepupu saya di Darwish pada awak. Apa lagi? Emak awak orang kampung? Saya tak kisah pun kalau awak nak saya duduk di kampung awak. Saya suka suasana kampung. Awak tak ada apa-apa. Tak apa, saya tak mahu apa-apa daripada awak kecuali hati awak.”
Fateh berhenti seketika, melihat reaksi Ema pada pengakuannya. Gadis di hadapannya itu sedang kaku.
“Awak kasar dan lasak? Saya pun kasar dan lasak. Saya rasa kita mempunyai banyak hobi yang sama. Hidup kita akan menarik kelak, insyaAllah. Kesan-kesan luka awak pula boleh diubati kalau awak nak. Saya akan tanggung kos perubatan awak. Tengoklah, kesan pada pipi awak juga sudah hampir tidak kelihatan. Namun, bagi saya semua itu tidak penting. Ema, saya hanya mahukan awak.” Fateh memandang tepat mata gadis di hadapannya itu.
Mata Ema membesar mendengar ungkapan terakhir daripada mulut Fateh itu.
“Saya... Ta. Tapi...” Ema tergagap-gagap mencari kata-kata yang sesuai untuk diucapkan.
“Kecuali ada orang lain dalam hati awak dan saya tak akan memaksa awak, Ema,” pintas Fateh. Manalah dia tahu hati Ema.  Mungkin Ema masih sayangkan Hijazi, bekas kekasih gadis itu dahulu. Namun, Fateh lega apabila dia melihat Ema menggelengkan kepalanya sedikit. Dia meraup rambut yang jatuh di dahinya ke belakang sebelum kedua-dua tangannya dimasukkan kembali ke dalam poket sisi seluar. Giliran gadis itu untuk berkata-kata. Kata-kata penentu perjalanan hidup mereka masing-masing selepas ini.
Ema  berpaling dan mengalih pandangannya kepada pemandangan di luar dinding kaca tempat mereka berdiri. Jantungnya sedang berdegup kencang. Hatinya sedang berdebar-debar. Aduh... Tadi kata kasar dan lasak. Kenapa pula kakinya terasa lembik semacam sahaja ni?
Ema merenung langit malam yang gelap gelita, namun disinari dengan cahaya bintang yang berkelip-kelip. Terasa seperti bintang-bintang di langit sedang bergembira dan memanggil-manggil dirinya supaya memberi jawapan positif kepada pemuda yang sedang berdiri di sisinya itu. Sungguh, walaupun pemuda itu sudah menyangkal kelemahan-kelemahan yang disenaraikan tadi, fikirannya masih belum dapat menerima jawapan-jawapan Fateh. Ia seperti tidak memberi justifikasi apa yang menyebabkan Fateh menerima dirinya yang mempunyai banyak kekurangan itu.
“Beritahu saya, Ema. Awak memang langsung tiada perasaan pada saya?” tanya Fateh, memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
 “Bukan begitu. Saya...”
“Tengku!” Mereka diganggu lagi.
Ema mengeluh kecil apabila memandang insan yang memanggil Fateh. Dia mengerling Fateh sekilas sebelum memandang Melissa yang sedang menuju ke arah mereka berdua itu. Ema berpeluk tubuh. Apa lagi gadis ini mahu?
Fateh turut mengerling Ema yang sudah berpeluk tubuh itu. Dia tersenyum kecil. Memang dia juga tidak puas hati dengan kemunculan Melissa di saat Ema ingin memberikan jawapan, namun gaya Ema yang seperti sedang cemburu itu menceriakan hatinya.
“Tengku, buat apa di sini? Jom masuk, saya hendak kenalkan Tengku pada seseorang,” ujar Melissa yang berhenti di sebelah Fateh.
 “Cik Melissa, saya minta maaf tapi you did saw that I and Tengku Fateh were talking just now, didn’t you?” Ema terus menyampuk sebelum sempat Fateh menjawab apa-apa pada pelawaan Melissa. Dia merenung gadis itu tanpa perasaan. Dia bukan tidak suka pada Melissa namun melihat perlakuan gadis itu yang langsung tidak hormat dan mempedulikan kehadirannya di situ, dia meluat.
“Oh... Ema. Saya hendak kenalkan seseorang pada Tengku.” Melissa berpura-pura baru perasaan akan kehadirannya di situ.
“Jadi? Cik Melissa tak boleh tunggu dia masuk dewan nantikah? Rasanya majlis akan tamat lambat lagi dan kami berdua sedang berbincang perkara yang penting,” balas Ema dengan tegas. Auranya sebagai seorang inspektor polis sudah keluar, membuatkan Melissa ternganga memandangnya. Tentu gadis itu tidak menyangka bahawa dia akan berbicara sekasar ini.
Fateh memandang gelagat mereka berdua dengan senyuman kecil sebelum dia menoleh kepada Melissa.
“Melissa, betul kata Ema. Kami sedang berbincang sesuatu. Apa kata awak masuk dulu? Saya akan jumpa orang yang awak hendak perkenalkan itu sekejap lagi. Okey?”
Melissa mengerling kepada Ema sebelum mengangguk kepada Fateh dan berlalu daripada situ. Apabila Melissa sudah jauh daripada mereka, Fateh tertawa kecil. Ema menjeling pemuda itu.
“Awak ni kenapa? Tiba-tiba pula ketawa.”
“Awak cemburu,”usik Fateh pendek.
            Ema melopong seketika sebelum berpaling daripada memandang Fateh. Dia sedar apa yang pemuda itu katakan adalah betul.
“Saya suka awak cemburu,” sambung Fateh lagi dengan senyuman nakal.
Ema diam lagi.
“Jadi, awak hendak cakap apa sebelum Melissa datang tadi? Jawapan awak?” soal Fateh, kembali kepada urusan mereka sebelum berlakunya gangguan pendek tadi.
“Saya perlu beritahukah?” balas Ema dengan soalan juga. Kalau Fateh mengatakan bahawa dia cemburu, pemuda itu sepatutnya sudah tahu apa jawapannya.
Naturalmente[2]. Saya beritahu awak dengan jelas tadi. Saya mahukan jawapan yang jelas,” tegas Fateh. Soal hati dan perasaan, mereka tidak boleh main agak-agak sahaja. Jawapan yang jelas diperlukan untuk mengelakkan salah faham.
Ema menghela nafas dan berpaling betul-betul menghadap Fateh. Dia memandang pemuda itu dengan tegas.
“Apa yang saya beritahu Kapten Khairul tadi, saya tak tipu,” ujar Ema. Dia diam melihat reaksi Fateh yang sedang  memproses kata-katanya.
 “Cincin? Rantai?” tanya Fateh, memandang Ema.
 “Ada di sini,” jawab Ema. Tangannya menyentuh bahagian tudung yang menutupi cincin pada rantai yang dipakainya itu.
“Jadi, awak terima?” soal Fateh lagi, menginginkan kepastian.
Ema senyum kecil dan mengangguk.
“Alhamdulillah...” Fateh memandang Ema dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran.

###
Tengku Iman Hakimi memandang adinda bongsunya dengan pandangan yang serius. Fateh datang berkunjung ke istana pada pagi ini dan bersarapan pagi bersama ayahanda, bonda dan keluarga kecilnya. Ketika dia meminta diri untuk ke pejabatnya, Fateh turut ikut bersama. Hakimi pasti, Fateh ingin berbicara dengannya tentang apa yang didengarinya ketika makan malam gala beberapa hari yang lalu.
            “So... Tentang Ateh dan Ema...” Fateh memulakan bicara walaupun berjeda-jeda. Hakimi sabar menunggu.
            “Kami serius.”
            Hakimi menjungkitkan kening. Dia gembira adindanya ingin menamatkan zaman bujang namun dia bimbang jika adindanya salah pilih pasangan. Syaimah Nasuha adalah bukan orang sebarangan. Hakimi diam seketika. Dia tidak mahu membantah, namun dia juga tidak mahu terus menerima pengakuan Fateh itu.
            “Apa pelan Ateh?” soalnya.
            “Ateh memang sudah jumpa emak dia. Nanti Ateh akan bawa Ema jumpa ayahanda dan bonda. Mungkin minggu hadapan. Ateh masih belum beritahu mereka lagi.”
            Hakimi mengangguk. FAteh sudah bertemu dengan emak Ema dan mungkin sebab itu Ema mempunyai cincin seperti yang didengarinya pada malam gala itu. Namun apa yang dia lebih tekankan adalah perancangan masa depan adindanya itu dengan Ema.
            “Ateh tahu dia kerja apa, kan?” tanya Hakimi.
            “Ateh tahu dan Ateh tak kisah.”
            Hakimi senyum. Dia pun bukan kisah apa kerja dan darjat gadis pilihan Fateh.
            “Jangan risau, Along pun tak kisah cuma Ateh pun tentu tahu bahawa dia tak boleh teruskan pekerjaannya kalau dia berkahwin dengan Ateh nanti. Dah bincang perkara ini dengan dia?”
            Fateh diam. Hakimi menggeleng sendiri. Nampaknya, diam adindanya menandakan bahawa perkara itu tidak pernah dibincangkan antara Fateh dan Ema. Persoalan yang diutarakannya adalah satu perkara yang penting dalam hubungan Fateh dan Ema kerana dia sendiri dapat melihat bahawa Ema sangat berdedikasi dan suka akan pekerjaannya. Menjadi seorang isteri Fateh akan membuatkan Ema hilang beberapa kebebasan yang diperolehi gadis itu sekarang. Fateh adalah seorang putera raja, walaupun adindanya itu tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Zamora.
            “Ateh, Along tak mahu masuk campur sangat dalam hubungan Ateh dan Ema. Apa yang Along boleh nasihati Ateh di sini ialah dalam sebuah perkahwinan itu, yang paling penting adalah komunikasi dan sifat sabar. Along rasa Ema sendiri sudah tahu apa untuk dijangka jika dia berkahwin dengan Ateh tetapi Ateh tetap perlu berbincang perkara-perkara ini dengan dia sebelum buat apa-apa keputusan,” jelas Hakimi.
            Fateh diam lagi. Wajahnya berkerut. Hakimi menghela nafas.
            “Along tak halang Ateh bawa Ema jumpa ayahanda dan bonda. By all means, go on. Tapi Along cuma tak mahu Ema ada masalah masa bertemu dengan ayahanda dan bonda nanti. Along tahu mereka juga akan terima Ema tetapi mereka juga tentu hendak tahu tentang perancangan masa hadapan kau orang berdua. Jadi, sebelum jump ayahanda dan bonda, Ateh dan Ema perlu jelas tentang perkara ini. Okey?”
Hakimi tidak mahu adindanya menyangka dia ingin menghalang hubungan mereka berdua. Kisah dia dan isteri yang tercinta tidak serumit kisah Fateh dan Ema. Airi adalah rakyat biasa, manakala Ema adalah seorang pegawai polis yang berpangkat tinggi dalam pasukannya. Dia tidak perlu berbincang dengan Airi tentang perkara sebegini, sementara Fateh masih ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Itu adalah pandangannya.
Fateh memandangnya dan mengangguk bersama senyuman nipis.
“Along rasa Ateh pun tahu besarnya tanggungjawab sebuah perkahwinan itu. Along tak nak bercakap panjang  tentang itu. Apa pun, I am happy for you.” Hakimi mengakhiri kata-katanya dengan senyuman. Dia kemudiannya bangun dan diikuti oleh Fateh. Tubuh adindanya dipeluk dan ditepuk beberapa kali.
“Terima kasih, Along.”

###
Ema duduk merenung halaman rumahnya yang diterangi cahaya bulan malam itu. Tubuhnya disarung dengan baju panas, menghangatkan badannya. Bunyi televisyen yang ditonton adik-adiknya di dalam rumah langsung tidak mengganggu lamunannya di tangga itu. Hari minggu begini, dia lebih senang pulang ke rumah emaknya berbanding duduk di rumah sewa.
            “Ema...”
            Ema berpaling memandang emaknya dengan senyuman.
            “Ya, mak?”
            “Fikir apa?” Emaknya mengambil tempat duduk di belakangnya di atas tangga itu.
            “Tak ada apa-apa. Seronok duduk kat luar ni, nyaman.” Ema senyum .
            “Iyalah. Ini mak nak tanya tentang kamu dan Fateh. Macam mana?”
            Ema menoleh ke belakang, memandang emaknya.
            “Macam mana apa, mak? Macam inilah.”
            “Iyalah. Kan ke Ema dah terima lamaran Fateh tu. Sudah jumpa keluarga diakah? Mak ayah dia? ”
            Mak ayah Fateh? Ema tersengih sendiri mendengar panggilan emaknya terhadap raja dan permaisuri negara mereka itu. Bukan apa... rasanya, Fateh tentu memanggil ibu bapanya dengan panggilan bonda dan ayahanda. Ema kemudiannya mengalih duduknya supaya dapat menghadap emaknya.
            “Belum lagi, mak. Ema belum sempat lagi berbincang apa-apa dengan Fateh. Sibuk dengan kerja,” jawab Ema. Sejujurnya, kali terakhir dia dan Fateh bertemu adalah pada makan malam gala beberapa hari yang lalu itu, malam dia menerima lamaran pemuda itu. Selepas itu, Fateh tidak menghubunginya lagi dan dia juga tidak menghubungi pemuda itu. Dia sendiri masih sedang menyesuaikan diri dengan statusnya yang baru sebagai tunang-tidak-rasmi Tengku Fateh Abqari.
            “Carilah masa. Kerja tu, sampai bila tak akan habis. Tentang kerja ni, macam mana lepas Ema kahwin nanti?”
            “Ema masih belum buat keputusan lagi tapi Ema tahu Ema sudah tak boleh bekerja seperti sekarang. Apa yang Ema hendak buat selepas kahwin nanti, itu Ema kena bincang dengan Fateh dulu, mak. Tengoklah macam mana nanti. Apa-apa nanti, Ema akan beritahu mak ya,” jelas Ema. Semenjak emaknya memberitahu tentang lamaran Fateh kepadanya, dia sudah memikirkan tentang pekerjaannya. Kalau bakal suaminya adalah orang biasa, tentu Ema akan terus bekerja.
            “Herm... Baguslah kalau begitu. Bincang elok-elok. Bincang sekali tentang perkahwinan kamu berdua. Fateh tu putera raja. Tentu mereka ada peraturan sendiri,” balas emaknya.
            Ema mengangguk setuju. Fateh adalah putera kedua Raja Zamora. Majlis pertunangan dan perkahwinan mereka tentulah tidak akan sama dengan majlis-majlis rakyat biasa seperti di kampung mereka ini. Majlis pernikahan selalunya akan diadakan di kampung pihak perempuan, namun memandangkan ibu bapa Fateh adalah Raja dan Permaisuri Zamora, tradisi dan protokol perkahwinan tersebut perlu diubah suai.
            “Kak! Abang Fateh telefon.” Majid muncul di pintu rumah bersama dengan telefon Ema di tangan.
Ema senyum. Baru berbual dengan emak tentang Fateh, si dia sudah menelefon. Ema mencapai telefon yang dihulurkan oleh adiknya itu. Emaknya pula sudah bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah, meninggalkan dia untuk bercakap dengan si pemanggil. Telefon pemberian Fateh itu didekatkan di telinganya. Salam diberi dan dibalas oleh si pemanggil.
Cara, sihat? Awak balik kampung ya?”soal Fateh di hujung talian.
“Ha’ah. Minggu ni saya tak bertugas, jadi saya balik kampung. Saya alhamdulillah sihat. Awak kat mana ni?” soal Ema kembali sambil matanya memandang langit malam.
“Saya di penthouse ni. Awak tak bertugas minggu ni. Jadi, esok awak free lah ya?”
Ema terbayang-bayangkan keadaan rumah emper Fateh. Siapa agaknya yang bertugas sebagai pembantu rumah emper Fateh itu sekarang?
“Esok saya tak ada buat apa-apa pun. Kenapa?”
“Nak ajak awak dating.”
Bulat mata Ema mendengar ajakan Fateh.
“Haaa... Tak naklah. Baik saya tolong emak di rumah ni. Ada juga baiknya,” jawab Ema terus, namun Fateh ketawa.
“Saya gurau sahaja, cara. Saya memang hendak ajak awak keluar tapi awak boleh ajak adik-adik sekali. We need to talk, right? Tentang kita.”
“Oh... Okey. Nak pergi mana?” balas Ema. Betul kata Fateh. Mereka memang perlu berbincang. Tanpa perjumpaan dan perbincangan, hubungan mereka tidak akan ke mana-mana.
Horse riding, okey tak?”
“Haaa... Tapi...” Ema berjeda. Tidak terbayang pula di fikirannya Fateh hendak ajak dia dan adik-adiknya menunggang kuda. Betullah Fateh ini anak raja. Menunggang kuda di masa lapang tentulah bukan aktiviti biasa pagi dia dan adik-adiknya. Bukan semua orang mempunyai kuda dan bukan semua orang mendapat keahlian kelab menunggang kuda.
“Tak ada tapi-tapi. Awak tak perlu risau. Apa-apa yang awak dan adik-adik perlukan esok, saya akan tanggung. Okey? Por favore, cara... Adik-adik akan enjoy horse riding dan kita pun boleh berbincang hal kita.”
Ema menghela nafas. Nampaknya, dia sudah perlu mula membiasakan diri dengan apa yang Fateh tawarkan kepadanya dan keluarganya. Akhirnya dia bersetuju sahaja. Lagipun, berbalas kata dengan Fateh, dia tidak akan menang.
Great. Esok saya ambil awak dan adik-adik pukul lapan pagi. Oh ya... penthouse, semi-D atau banglo?”
“Soalan awak tak lengkap,” balas Ema bersahaja walaupun dia sebenarnya dapat mengagak kenapa pemuda itu menyebut jenis-jenis rumah kepadanya.
“Awak suka yang mana?” sambung Fateh.
Ema mula membayangkan rumah idamannya. Kebanyakan orang menginginkan rumah yang berada di atas tanah jika sudah berkeluarga dan dia adalah salah seorang daripada golongan tersebut. Namun, rumah yang besar seperti banglo bukanlah rumah idamannya.
“Erm... Perlu jawab sekarang?” soal Ema kembali. Kalau boleh, dia menginginkan sebuah rumah yang mempunyai halaman yang luas seperti rumah emaknya sekarang.
“Iya.”
Ema mengeluh.
“Tiga pilihan itu sahaja?” tanya Ema lagi.
Sì , cara.
“Okey. Banglo tapi kecil dan setingkat,” jawab Ema akhirnya. Apa jawapan yang diterima daripada Fateh? Ketawa. Pemuda itu ketawa dengan jawapannya.
Cara, sudah namanya banglo, mana ada kecil dan setingkat.”
 “Sudah tu, awak bagi tiga pilihan sahaja.” Ema memuncung sendiri. Seorang diri begini, bolehlah dia buat muka macam-macam. Kalau depan Fateh, memanglah dia tidak akan berkelakuan manja sebegini.




[1] Bahasa Itali = Sayang, tolonglah.


[2] Bahasa Itali = Sudah tentu.

 Rasanya semua dah puas hati kan??? hihi...

should i stop here? Ada lagi tak persoalan yang masih belum terjawab? (seriously, perlukan jawapan.)

Arigatou untuk yang sudi baca. Komen tauuuuu.... 

9 komen:

eifa berkata...

Sukanya Ema terima lamaran Fateh.

Nur Nadheera berkata...

Wahh.. Terlepas juga rindu pada Ema & Fateh he he.. Great

Tanpa Nama berkata...

Best Nya.Sambung lagi boleh?

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nak tunggu sambungannya lagi.

Tanpa Nama berkata...

the best...so sweet

Tanpa Nama berkata...

Wahh best..nak smbugn lg bolh x..pleszz...

Unknown berkata...

sambung lagi.. best sgt!!! <3

Tanpa Nama berkata...

Nak lg. Bestttt

Unknown berkata...

rindunya F&E.... ble nk kuar lg sis :D

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©