“That
wasn’t so bad, right?” soal Fateh merujuk kepada pertemuan mereka dengan
kakanda-kakandanya tadi. Dia memandang Ema yang sedang mengambil makanan,
bertentangan dengannya di meja bufet itu.
“Banyaklah
awak punya ‘wasn’t so bad ’. Boleh tak lain kali awak beri amaran pada
saya? Tak adil bagi saya kalau awak buat begini. Stres tahu tak?” marah Ema
dengan lembut.
Fateh ketawa sahaja. Lucu pula
apabila dengar Ema, si inspektor polis ini, stres dengan perbuatannya.
“Jadi, akan ada lain kali?
Maksudnya, kalau saya beritahu awak lain kali, awak tak boleh tolak permintaan
saya. Deal?” Fateh mengangkat kening. Dia baru memperkenalkan Ema kepada
Along dan Angahnya. Masih ada Achik serta ayahanda dan bondanya lagi.
Ema memandangnya seketika
sebelum sambung mengambil makanan. Soalannya langsung tidak diberi jawapan.
Fateh mengikut langkah kaki Ema agar dia sentiasa bertentangan dengan gadis
itu. Selangkah Ema bergerak, dia turut bergerak.
“Tengku, hai.” Sapaan dari
belakang membuatkan dia dan Ema memandang sumber tersebut.
“Melissa. ” Fateh mengukir
senyuman sopan dan mengangguk kepada gadis itu.
“Tengku baru sampai? Nak saya
temankan Tengku makan?” Gadis itu bertanya membuatkan Ema yang berada
bertentangan dengan mereka itu menjulingkan matanya. Tengku Fateh Abqari
tentulah mempunyai peminat. Gadis yang
menegur Fateh itu pula langsung tidak berpaling kepadanya seakan-akan dia tidak
wujud di meja bufet tersebut. Walau bagaimanapun, Ema diam dan tidak mahu
menyampuk. Dia terus sahaja memilih makanannya.
“Tak apa, Melissa. I’m with
my date. Cara...” Fateh membalas seraya memanggil Ema dengan
panggilan mesranya. Ema menoleh dan menyuakan senyuman manis kepada gadis yang
berdepan dengan Fateh itu. Baru gadis itu perasan kehadirannya di situ agaknya.
“This is Melissa, my
colleague. Melissa, this is Ema, my date.” Fateh
memperkenalkan mereka berdua.
Ema melambai sahaja kerana jarak
mereka yang bertentangan di meja bufet itu agak jauh. Dilihatnya, senyuman di bibir
gadis bernama Melissa itu pudar menjadi tawar.
“Hai. Ema atau Kara? Tengku
sebut dua nama tadi,” ujar Melissa keliru.
Fateh ketawa kecil dan Ema
senyum sahaja.
“Awak boleh panggil dia Ema. Cara
tu panggilan saya pada dia sahaja,” jelas Fateh, mengenyitkan matanya kepada
Ema. Ema membulatkan matanya dengan gelagat Fateh itu.
“Oh...” Melissa berjeda.
“Dah siap? Jom duduk?” Fateh
bertanya, bersedia untuk meninggalkan meja yang penuh dengan makanan itu. Ema
mengangguk kepada Fateh sebelum senyum kepada Melissa.
“Cik Melissa sudah makan? Jomlah
sertai kami,” jemput Ema dengan sopan. Gadis itu memandang Ema seketika sebelum
menggeleng. Ema berlalu dengan Fateh ke meja mereka. Nampaknya mereka duduk di
meja berlainan dengan kakanda-kakanda pemuda itu. Ema lega. Apa tidaknya,
tentulah dia segan dengan Cik Puan Airi.
“Fateh!” Satu tepukan hinggap di
bahu Fateh sebelum insan tersebut duduk di kerusi sebelah kanan Fateh itu. Ema
yang duduk di kerusi sebelah kiri pemuda itu hanya memandang Fateh bersalaman dengan
kawannya itu. Kedua-duanya berpaling kepadanya membuatkan Ema menyuakan
senyuman.
“Ema, ini kawan pilot saya,
Safiuddin.” Fateh memperkenalkan sahabatnya kepada gadis di sisinya itu.
“Nice to meet you finally,
Ema,” ujar Safiuddin dengan sengihan.
“Nice to meet you too,
Encik Safiuddin.” Ema mengangguk kepada Safiuddin tanda perkenalan mereka
walaupun dia sedikit hairan dengan kata-kata lelaki itu. Finally? Mereka
pernah bertemu sebenarnya. Ketika itu dia sedang menjalankan tugas dan bekerja
di kedai bunga. Agaknya lelaki itu tidak ingat.
“Tak payah encik-encik, Ema.
Panggil nama sahaja.”
Ema senyum sahaja. Sebagai
seorang pegawai polis, dia sudah biasa menggunakan gelaran sopan terhadap orang
lain. Dia mengalihkan perhatian kepada makanannya dan membiarkan Fateh dan
Safiuddin berbual.
“She is the one, right?
Patutlah kau tak layan orang lain selama ini,” bisik Safiuddin kepada Fateh,
dengan jungkitan kening.
“Hopefully,” balas Fateh
pendek.
“Kenapa? Takkan dia reject
putera diraja Zamora ni kot?”
Fateh senyum dengan tekaan
Safiuddin itu.
“Dia bukan perempuan biasa dan
bukan calang-calang orang.”
“Bukan calang-calang? Dia anak
Dato’ atau Tan Sri kah?” tanya Safiuddin lagi.
Fateh sengih dan menggeleng.
“Nanti aku cerita lain kali. Kau
datang dengan isteri kau? Mana dia?” Fateh menukar topik. Lagipun, takkanlah
dia hendak bercakap tentangEma sedangkan gadis itu berada di sisinya. Mereka
akhirnya bercakap tentang kerja. Ema pula berbual-bual dengan isteri Safiuddin
apabila wanita itu duduk di meja mereka dan diperkenalkan kepadanya. Sementara
Fateh dan Safiuddin berbual-bual dengan hadirin yang lain, isteri Safiuddin
juga memperkenalkannya kepada kenalannya yang lain.
“Hai, Ema.”
Ema berpaling apabila ditegur.
Mendengar suara itu, dia sudah tahu siapa. Sebenarnya, Ema tidak sangka insan
ini akan menegurnya.
“Cik Melissa.” Senyuman nipis
dihulurkan kepada gadis yang sedang memegang segelas air koktail buah-buahan
itu.
“So... dah lama you kenal
Tengku Fateh?”
Soalan itu membuatkan senyuman Ema
tidak pudar. Nada suara Melissa ini berbaur cemburu sedikit.
“Kami satu kolej dulu, Cik
Melissa,” jawab Ema pendek. It usatu fakta, dia tidak berbohong cuma dia tidak
beritahu bahawa walaupun dia dan Fateh rakan sekolej dahulu, mereka berdua
tidak pernah bercakap.
“Oh... You kawan dialah,
ya. Maaf. I selalu dengan dia tapi dia tak pernah cerita tentang you dan
I tak pernah nampak you dengan dia. Itu yang I tanya. You
kerja kat mana?”
![]() |
Kiri=Melissa, Kanan=Ema. |
Terjungkit kening Ema sedikit.
Fateh selalu bersama dengan Melissa? Tentulah dia percaya kerana Fateh itu
seorang juruterbang dan Melissa adalah pramugari. Fateh dan gadis itu bekerja
di syarikat yang sama. Bukanlah dia tidak cemburu tetapi firasat hati yang
mengatakan bahawa Melissa sengaja hendak membuatkan dia cemburu itu membuatkan
perasaan cemburu itu menjadi rasa geli hati. Lagipun, dia dilatih untuk tidak
mudah percaya pada kata-kata seseorang yang tidak dikenali.
“Saya
kerja kerajaan sahaja, Cik Melissa. Makan gaji. Cik Melissa sudah lama kerja dengan
syarikat ini?”
“Sebulan
sudah. Dulu I kerja dengan hotel papa I, tapi I was bored.
Jadi, I minta tolong kawan I untuk kerja dengan syarikat ini.”
Ema senyum dan mengangguk.
Daripada kenyataan Melissa itu, dia dapat menyimpulkan beberapa perkara.
Melissa baru sahaja sebulan bekerja tetapi dikatakan sentiasa bersama Fateh?
Mustahil itu berlaku dengan jadual kerja juruterbang dan pramugari atau
pramugara yang tidak tentu. Melissa juga adalah seorang anak orang berada dan
mungkin sedikit manja. Hanya kerana bosan, gadis itu terus bertukar kerja?
“You kawan Tengku Fateh. You
mesti tahu sama ada Tengku ada girlfriend atau tak, kan? I rasa
dia tak ada girlfriend. Kalau dia ada girlfriend, tentu dia bawa girlfriend
dia datang pada malam ini, bukan you,” sambung Melissa lagi.
Ema senyum lagi. Dia tidak tahu
hendak komen apa. Kata-kata akhir Melissa seperti mahu menyindir dan
memalukannya sahaja. Tentu Fateh akan bawa girlfriend? Ema terasa ingin
ketawa. Fateh bukan bawa teman wanita tetapi membawa tunang tidak rasmi. Ema
menyentuh cincin yang elok tergantung pada rantainya di sebalik tudungnya itu.
Cincin itu cincin risikan. Hatinya sudah menerima namun dia masih belum berikan
jawapan kepada pemuda itu. Jadi, hatinya menganggap diri sebagai tunang tidak
rasmi kepada lelaki itu. Ema malu sendiri.
Dalam
pada itu, tiba-tiba seseorang datang menghampiri Melissa daripada belakang dan
memeluk bahu gadis itu.
“Hai, Melissa. Siapa ni? Kawan you?”
Terus insan yang kelihatan mesra dengan Melissa itu bertanya dan memandang
dirinya. Terangkat kening Ema seketika. Jikalau pemuda di hadapannya ini adalah
suami Melissa, dia tidak kisah. Namun, berdasarkan nada Melissa ketika
berbicara tentang Fateh dengannya tadi, dia rasa Melissa masih belum berkahwin
lagi. Perbuatan memeluk bahu itu kelihatan sangat mesra dan tidak manis bagi
dirinya.
“Oh, Kapten. Ini date
Tengku Fateh.” Melissa memperkenalkan mereka berdua tanpa langsung mengelak
daripada insan tersebut.
“Oh.... I see. Cantik!
Hai, I’m Khairul. Kapten Khairul. ” Pemuda itu memuji tanpa segan silu.
Walau bagaimanapun, Ema langsung
tidak terpengaruh dengan pujian tersebut. Dia hanya mengangguk sahaja. Cantik?
Rasanya lampu yang agak malap di kawasan dia berdiri itu membuatkan ramai yang
tidak perasan akan parut yang hampir hilang di pipinya itu.
“You berdua berbuallah. I
ada hal sekejap,” ujar Melissa, tiba-tiba berlalu meninggalkan mereka berdua.
Ema hanya memandang tubuh Melissa menjauh
dari mereka.
“So, I would love to know the
name of the beuty in front of me,” ucap Khairul, mengalihkan tumpuan Ema kepada
pemuda itu. Ema memandang sekilas gaya pemuda di hadapannya yang membuat kesimpulan
bahawa pemuda yang berpangkat kapten di hadapannya ini adalah seorang playboy.
Manakan tidak, tadi pemuda itu memeluk bahu Melissa tanpa segan silu. Sekarang pemuda
itu sedang bermain mata dengannya.
“Maybe you should just stick with
‘Tengku Fateh’s date’, Kapten Khairul,” jawab Ema tanpa sebarang senyuman. Entah
kenapa, dia tidak mahu memberikan namanya kepada lelaki ini.
“Oh, feisty. Just
what I like.”
Ema menggeleng kecil sendiri. Dia
seperti tidak percaya bahawa lelaki di hadapannya ini adalah seorang kapten dan
rakan sejawatan Fateh. Dia berharap agar Kapten Khairul bukanlah kawan baik Fateh.
“Khai!” Suara yang menyapa Kapten Fateh itu membuatkan
Ema menghela nafas lega. Dia memandang Fateh yang datang menyertai mereka berdua.
“Bro, aku baru hendak berbual
dengan date kau.” Khairul bersalaman dengan Fateh.
“Khai, takkanlah tunang aku pun kau
nak try juga kot,” balas Fateh, membuatkan suasana di antara mereka bertiga
dingin seketika. Fateh dengan seyuman tawar, Khairul terkaku dengan tangan yang
masih bersalaman, dan Ema yang terkejut dengan deklarasi putera diraja kedua Zamora
itu.
“Serius, bro? Maaf, aku tak
tahu. Aku tak nampak cincin di jari dia pun.” Khairul memandang Fateh dan kemudiannya
Ema.
Fateh juga
memandangnya, memberi isyarat supaya Ema turut bermain dengan situasi yang muncul
itu. Ema terasa ingin menyinga. Kenapalah Tengku Fateh ini sentiasa melibatkan dia
dalam lakonan tanpa skrip begini? Dia menarik nafas dan memandang Khairul dengan
senyuman.
“Sorry,
Kapten. Saya tak pakai cincin di jari saya sebab takut jatuh. Saya jadikan rantai
sahaja,” ucap Ema, tangan kanannya menyentuh cincin yang berada di sebalik tudungnya
itu walaupun Khairul dan Fateh tidak nampak cincin tersebut dan tidak tahu bahawa
dia bercakap benar atau tidak.
Khairul kemudiannya
meminta maaf kepada mereka berdua sekali lagi dan meminta diri untuk menegur seseorang.
Ema dan Fateh memandang pemuda itu menghilang sebelum mereka berdua saling berpandangan.
Ema ingin berkata sesuatu namun, dia melihat Fateh memandang ke arah belakangnya.
Ema turut berpaling dan dia terkaku seketika. Tengku Iman Hakimi berdiri tidak sampai
lima meter daripada mereka berdua. Fateh diam tidak bersuara. Tengku Iman Hakimi
juga memandang mereka berdua dengan kening terangkat. Sejauh mana putera mahkota
Zamora itu terdengar perbualan mereka berdua dengan Khairul tadi?
“We’ll discuss this later,
Ateh, Ema.”
jeng jeng jeng....
hihihi... apakah yang akan berlaku? sila buat spekulasi! :D
. . .
Akhirnya cik haliban dapat update E&F setelah habis final. Sekarang ini, nak mula lab works pula. Gambarre!!!
6 komen:
yeayyy...hahaha, ada yang nak kena marah dgn along..hihi..goodluck kak...
Wahhh...smkin mnrik...thnks sis..truskn mnulis...best of luck 4 u...xoxo
Suka.. Suka.. Suka... Hehe.. Thank you penulis.. Kipidap!
Hahaha..best la..makin sweet plak diaorg ni...xsabar lak nak tggu next n3..Thank writer dan semoga terus berjaya... ^_^
So sweet. Keep updating cik haliban ! Chaiyok
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D