Ema mengambil tempat duduk di meja baru di
pejabat pasukannya.
Sebelum ini, dia hanya berpengkalan di pejabat Skuad Beta atau Skuad Alpha
sahaja. Mulai sekarang, dia hanya akan berpengkalan di pejabat Pasukan
Anti-Pengganas ini sahaja. Beberapa fail kes yang berada di atas mejanya itu
dibuka dan dianalisa seketika. Mindanya mula bekerja dan suasana sekelilingnya
mula menjadi kabur.
Ketukan
di mejanya membuatkan Ema tersentak dan mengangkat wajahnya, memandang insan
yang sedang berdiri di hadapan mejanya itu. Sebelah keningnya diangkat,
bertanya secara senyap kepada rakan sejawatannya, Liza. Liza adalah ahli Skuad
Beta dan juga ahli Pasukan Anti-Pengganas sepertinya.
“Jom.
Ada mesyuarat tergempar pula,” ujar Liza.
Ema
pantas bangun.
“Lama
tak jumpa kau. Azi, Ami dan Haris sihat?” soal Ema seraya berjalan seiring
dengan temannya itu.
“Aku
jumpa Ami sahaja semalam. Azi dan Haris ada misi dia orang. Kau pula, okey ke
ni? Hari tu kau masuk hospital lama juga, kan? Maaflah, kami tak sempat hendak
pergi melawat kau.”
Ema
senyum dan menggelengkan kepalanya. Dia tidak kisah pun sebenarnya kerana dia
tahu beban tugasan mereka yang berada dalam Skuad Beta itu.
“Alhamdulillah.
Aku dah sihat. Luka-luka semua sudah okey.”
“Kau
nampak macam lady boss gangster gitu,” ucap Liza, membuatkan Ema hairan.
“Hah?
Kenapa?” Ema memandang Liza.
Liza
menjawab dengan menunjuk kepada pipi sendiri. Ema ketawa kecil apabila faham.
Liza merujuk kepada kesan parut di pipinya.
“Sesuailah
dengan aku yang kerja polis ni kan? Harapnya lepas ini penjenayah-penjenayah ni
tak pandang rendah pada aku. Mentang-mentanglah aku perempuan.”
Liza
menyengih seketika.
“Tapi
kau tak kisahkah ada kesan macam tu, Ema?”
“Perempuan mana yang tak kisah, Liza. Tapi
perkara dah jadi. Aku tak boleh salahkan sesiapa atau takdir Allah sebab aku
tahu ini adalah risiko kerja seperti kita ni, Liza.” Ema senyum nipis.
Perbualan mereka terhenti
apabila mereka tiba di bilik mesyuarat. Mesyuarat tergempar yang diadakan
mengambil masa sehingga lebih tiga jam. Selesai mesyuarat tersebut, Ema dan
Liza keluar bersama untuk mengumpulkan maklumat.
“Kau baru balik dari misi?”
soal Ema kepada Liza yang sedang memandu.
Gadis itu hanya mengangguk
sahaja.
“Dapatlah cuti seminggu dua
sebelum dapat misi baru,” komen Ema. Cuti yang dimaksudkan hanyalah cuti
sebagai skuad pengintip sahaja.
“Ha’ah. Harap-harap dapat
cuti lama sikit.” Liza sengih.
Ema senyum. Insanlah mana
yang tidak suka kalau dapat cuti dan bersama keluarga. Walaupun ahli skuad
pengintip hanya boleh bercuti sekejap sahaja, namun masa tersebut diluangkan
secara optimum bersama keluarga masing-masing.
Telefon Ema berbunyi
membuatkan perbualan mereka sekali lagi terhenti di situ sahaja. Melihat nombor
yang tidak dikenali itu, Ema menjadi hairan. Iyalah, bukan semua orang ada
nombor telefonnya yang baru ini. Rasanya, nama semua orang yang dekat dengannya
sudah disimpan dalam memori telefon ini.
Kakinya
bersilang. Badannya disandar pada sofa dengan selesa. Fateh membelek majalah Flight
Journal keluaran terbaru bulan ini. Suasana bilik rehat krew udara yang
agak lengang itu tidak langsung mengganggunya. Almaklumlah, syarikat
penerbangan persendirian ini tidak
mempunyai ramai krew seperti syarikat penerbangan komersial.
Pintu bilik rehat itu dibuka
daripada luar membuatkan Fateh mengangkat wajah, memandang insan yang masuk.
Melihat Safiuddin yang berjalan menghampirinya, Fateh mengangkat tangan kepada
pemuda itu.
“Kau fly ke mana hari ini?” sapa Fateh apabila sahabatnya itu
duduk bertentangan dengannya di kawasan sofa itu.
“Beijing. Balik hari ini juga.
Kau?” Safiuddin menyusun beg dan topinya di tepi sofa.
“Toluca,” jawab Fateh pendek.
“Mexico?
Klien kau pergi melancongkah?”
“Bisnes.”
Safiuddin
hanya mengangguk.
“Oh
ya. Ada orang baru join, kan? Ramai ke?” soal Fateh. Iyalah. Dia baru
beberapa kali masuk bekerja selepas menghilang ke Darwish dan dia masih belum
sempat bertemu dua muka dengan krew-krew
udara baru syarikat penerbangan ini.
“Tak
ramai pun. Ada dalam tiga empat orang
sahaja.” Safiuddin turut mencapai salah satu majalah yang tersedia di
atas meja kopi di hadapan mereka berdua itu.
“Dengan
aku pagi ini pun ada satu nama yang aku tak kenal. Salah seorang yang baru itu
agaknya,” balas Fateh sambil mencapai cawan berisi kopi yang diisinya sejak
tadi.
“Iyalah
agaknya. Nama apa?”
“Melissa.”
“Ooohhh...”
“Kenapa?” Fateh memandang
Safiuddin. Apa tidaknya, reaksi Safiuddin apabila dia menyebut nama asing itu
amat menghairankan.
“Melissa tu kacukan. Mungkin kau
akan tertarik dengan dia.”
Fateh terdiam seketika sebelum
dia tergelak besar. Kali ini, Safiuddin pula yang memandangnya dengan hairan.
“Oh... Sekarang ini, kau hendak
jadi matchmaker untuk aku pula ya,” ujar Fateh setelah ketawanya reda.
Senyuman geli hati tersungging di bibir.
“Alah... Aku berniat hendak
menolong sahaja. Manalah tahu kalau itu memang jodoh engkau.” Safiuddin
menjungkitkan bahu.
Fateh masih senyum dan
menggeleng sendiri.
“Kapten. Hai...” Suara lembut
seseorang menyapa mereka berdua.
Fateh
dan Safiuddin mengangkat wajah dan menoleh kepada insan tersebut. Melihat
senyuman Safiuddin ketika itu, Fateh pasti inilah Melissa yang diperkatakan
oleh rakannya itu tadi. Gadis yang berpakaian uniform pramugari itu tampak
bergaya bersama senyuman.
“Melissa,
ini Kapten Fateh. Awak belum pernah jumpa dia, kan? He’s just back to work from
a vacation.” Saifuddin memperkenalkannya kepada gadis itu.
Fateh
senyum dan senyumannya tetap tidak pudar apabila si gadis menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengannya. Walaubagaimanapun, huluran tersebut tidak disambut
dan gadis itu menarik kembali tangannya dengan malu-malu.
“Hai,
Tengku. Saya banyak dengar cerita tentang Tengku daripada kawan-kawan di sini,”
ujar Melissa seraya mengambil tempat duduk tidak jauh daripada mereka berdua.
“Saya
harap kamu dengarperkara yang baik-baik sahaja,” balas Fateh.
“Of
course, Kapten. ”
Telefonnya
berbunyi tiba-tiba, menghalang gadis itu daripada meneruskan bicara. Fateh
meminta maaf dan mencapai telefonnya. Nama pemanggil yang tertera menyebabkan
keningnya terangkat, namun panggilan tersebut tetap disambung. Salam diberi.
Ema menghela nafas lega apabila panggilannya
dijawab. Salam yang diberi dijawab dengan lembut.
“Awak di mana?” soal Ema. Sebolehnya, dia tidak
mahu mengganggu l insan. tersebut. Namun dia berharap agar insan itu masih
berada di dalam negara.
“Saya di tempat kerja. I’m waiting to fly,”
balas Fateh di hujung talian.
“Maaf kalau saya ganggu awak.”
“Awak tak mengganggu pun. Saya sedang
berbual-bual dengan kawan-kawan saya sambil tunggu masa sahaja. Ada apa?”
“Awak ingat tak Diana?” tanya Ema seraya
matanya memandang gadis yang duduk di hadapannya di kafe tersebut. Dia mendapat
panggilan daripada gadis itu untu bertemu. Haruslah dia tidak tahu alasan Diana untuk bertemu dengannya tetapi dia
boleh mengagak. Akhirnya, dia bersetuju bertemu dengan gadis itu dengan segera.
Liza juga ada di kafe tersebut tapi duduk di meja yang jauh daripada mereka.
Iyalah, mereka berdua masih ada kerja yang belum diselesaikan.
“Diana? Diana yang saya kenal rasanya tunang
Hijazi. Dia yang awak maksudkan?”
“Iya. Diana tunang Hijazi. She called me and
wanted to meet me. Dia ada di hadapan saya sekarang,” terang Ema tanpa
bersembunyi walaupun gadis yang sedang diperkatakan itu ada di hadapannya.
“Oh... Dia nak apa daripada awak?”
Ema menarik nafas. Matanya memandang tepat
Diana di hadapannya. Diana datang bertemu dengannya dan menyuruh dia menjauhkan
diri daripada lelaki yang bernama Hijazi. Huh? Bila masa pula dia mendekatkan
dirinya dengan lelaki itu sehingga dia perlu menjauhkan diri daripada lelaki
itu? Haish...
Entah apa yang berlaku menyebabkan Diana fikir
bahawa dia adalah batu penghalang dalam hubungan mereka berdua. Dia juga tidak
mahu tahu apa yang berlaku kerana hubungan mereka yang sudah bertunang itu
bukanlah urusannya. Ketika itu, dia teringatkan Fateh. Lalu dia menelefon
pemuda di hujung talian itu.
“Saya tak tahu tapi boleh tak awak terangkan
pada dia bahawa saya dan Hijazi tak ada apa-apa hubungan?” pinta Ema.
Senyap.
Ema menjadi serba salah. Mungkinkah dia tidak
patut meminta pertolongan daripada Fateh?
“Erm... Awak...” Ema ingin meminta maaf tetapi
kata-katanya dipotong lelaki itu.
“Okey. Bagi telefon awak ni pada dia.”
“Betul
ni?” Ema senyum.
“Iya. Cepat sebelum saya tukar fikiran,” ucap
Fateh.
“Okey. Sekejap.”
Ema menghulurkan telefonnya kepada gadis yang
sedang memandang dia berbual dengan Fateh itu daripada tadi.
“Tengku Fateh Abqari hendak bercakap dengan kau,”
ucap Ema. Bulat mata Diana. Gadis itu terkejut agaknya bahawa dia berhubungan
dengan anakanda ketiga Raja Zamora. Memang Ema tidak beritahu gadis itu dia
hendak menghubungi siapa tadi. Teragak-agak Diana menyambut telefonnya sebelum
didekatkan ke telinga.
“Tengku,” sapa Diana kepada insan di hujung
talian.
Ema mengalihkan pandangan dan menghirup air
yang dipesan. Kemudian, dia memanjangkan leher memandang Liza. Sepuluh jarinya
ditunjukkan kepada Liza menyatakan bahawa dia memerlukan masa lebih kurang
sepuluh minit sahaja lagi. Selepas itu, mereka boleh beredar.
Dia kembali memerhati Diana di hadapannya pula.
Gadis itu hanya diam dan menunduk. Entah apa yang diperkatakan oleh Fateh,
menyebabkan Diana mendengar tanpa sebarang celahan. Dia tidak tahu bagaimana Diana
boleh tahu tentang cerita lama dia dan Hijazi. Kalau bukan Hijazi yang dedahkan,
siapa lagi? Namun, mengapa Hijazi perlu mengungkit kembali kisah mereka yang sudah
lama dikuburkan itu
Beberapa ketika kemudian, telefonnya dihulurkan
kembali kepadanya. Ema menyambut dengan tenang. Dia tidak kisah apa yang Fateh
hendak katakan Diana. Dia percayakan Fateh. Dia berharap agar Diana betul-betul
faham bahawa dia langsung tidak ada dan tidak mahu ada hubungan dengan Hijazi,
tunang gadis itu.
“Awak,”panggil Ema apabila telefonnya didekatkan
ke telinga kanannya.
“Sì, cara.”
Ema menahan senyuman yang ingin terbit. Dia tidak
mahu dikatakan menunjuk-nunjuk di hadapan Diana itu.
“Terima kasih... Have a safe flight, okay?”
“Okey. Saya kena pergi sekarang. Jaga diri. Assalamualaikum.”
Salam dijawab perlahan sebelum dia memandang Diana.
Gadis itu sedang merenungnya dengan pandangan yang keliru.
“Aku tak tahu kau ada hubungan dengan Tengku Fateh,”
ujar Diana perlahan.
“Tak ramai orang tahu,” balas Ema dengan jungkitan
bahu.
“Aku minta maaf. Hijazi selalu...”
“Aku tak mahu tahu, Diana,” sampuk Ema sebelum sempat
gadis itu bercerita panjang.
“Aku minta maaf tapi aku tak mahu masuk campur dalam
masalah kau orang berdua. Settle it between yourselves. Cerita aku dengan
dia dah lama tamat. Aku harap lepas ni kau tak ganggu aku lagi,” sambung Ema dengan
nada yang tegas. Dilihatnya, Diana mengeluh panjang.
“Aku ada kerja. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”
Ema bangun, diikuti oleh Liza yang berada tidak jauh dari situ. Mereka berdua berlalu
dari kafe itu.
Setakat ini yang cik haliban mampu kali ini.
T_T
Maaf sangat-sangat ya kawan-kawan. :(
Anyway! hehe... Siapalah Melissa??? Macam mana dengan Amani? Lamaran Fateh melalui mak Ema pula???
Comment, pleaseeee....
Comment, pleaseeee....
11 komen:
Wahh.. Thanks sebab update cerita Ema & Fateh hehe..
alahai, banyak pula watak sampingan nie..heheh..rasanya amani ok kot,.. yg melissa ni risau plak...heheh apapun..goodluck kak..semoga diberi kesempatan waktu utk update next entry...
Thanks update....mqacam sweet je ema & fateh ni..^_^
Jangan la Melissa kacau. I maki dia. Emma & Fateh bila nk bersamaaa ?? AIGOOO
semakin menarik..x sabar nak tahu ending
apela yang fateh ckp tu !! :D
Best
sambung lagi .Best
wahh ema dah ade pesaing ke??
Cantas langau itu!
sis sambug lg...waiting ni...xcited... love ur story....
nak lg..hehehe
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D