![]() |
Cik Puan Hijratul Khairiyah (Airi) |
Airi membetulkan tudungnya buat kali terakhir
sebelum memandang pakaian yang tersarung di badannya dari atas ke bawah sekali
lagi. Badannya dipusing ke kiri dan kanan, mencari kehadiran ‘kejadian yang
tidak diingini’. Sepasang lengan memeluknya daripada belakang membuatkan Airi
mengangkat wajah, memandnang refleksi insan di belakangnya.
“Tengok
apa, sayang?” Kening lelaki itu diangkat sebelah.
Airi
tersengih.
“Amor. Sudah siap?” soal Airi tanpa
menjawab soalan suami tercinta.
“Sudah. Dari tadi Kimi tengok sayang depan cermin
ni. Eres hermosa[1], sayang,”
ucap Hakimi berserta satu kucupan di belakang kepala Airi yang dilitupi tudung
itu.
Airi senyum manis. Dia bertentang mata dengan
suaminya di cermin. Sudah beberapa tahun mereka bersama, pelbagai dugaan alam
rumahtangga yang mereka lalui. Cemburu? Memang tidak boleh dikira dengan tangan
sudah. Merajuk? Haruslah ada dalam setiap hubungan. Cahaya mata juga sudah
tiga. Yang ke-empat? Err... tak pasti lagi. Airi tersengih sendiri.
“Sayang?” panggil Hakimi apabila isterinya hanya
diam sahaja.
Airi meleraikan pelukan suaminya, berpaling dan
menggelengkan kepalanya. Jari-jemari mereka ditautkan kembali dan ditarik
menuju ke luar.
“Jom. Nanti kita sampai lewat pula,” ujar Airi
lalu melangkah.
Turun sahaja ke tingkat bawah kediaman mereka,
Airi dan Hakimi melangkah ke ruang tamu untuk menjenguk anakanda-anakanda
mereka.
“Bonda!” Si kecil Huda menerpa kepadanya. Airi
senyum dan mengusap kepala anakanda bongsunya itu.
“Bonda nak pergi dah?” soal Hafawati yang masih
duduk di hadapan televisyen tetapi berpaling kepada mereka. Hadif pula hanya
memandang daripada sisi Hafawati.
“Iya. Adik, kakak dan abang, jangan
nakal-nakal,” pesan Airi.
“Bonda... Adik nak ikut,” rengek Huda yang
memeluk badannya itu.
Airi berpandangan dengan suaminya. Hakimi
merendahkan badan, bertentang mata dengan anakanda bongsu mereka itu.
“Adik nak ikut?” soal Hakimi dengan senyuman.
Huda mengangguk dengan laju.
“Boleh... tapi abang dan kakak tak ikut. Nanti
adik nak bermain dengan siapa? Abang dan kakak seronok bermain bersama-sama.
Nanti adik seorang diri, tak seronoklah kan?” Hakimi bertanya, memandang insan yang ada di
ruang tamu tersebut satu persatu sebelum memandang Huda kembali.
Airi hanya senyum sambil mengusap kepala
anakandanya itu. Hadif dan Hafawati yang tidak menyampuk itu bagaikan mengerti
permainan minda ayahanda mereka itu. Huda senyap seketika, berfikir agaknya.
Seketika kemudian, Airi berasa pelukan Huda semakin longgar. Dia berpandangan
dengan Hakimi.
“Okey. Adik nak main dengan abang dan kakak,” putus
Huda sendiri. Airi senyum. Hakimi membuat gaya mengelap peluh sebelum mencium
pipi anakandanya itu sebelum kembali berdiri. Airi ketawa dalam hati.
Mereka akhirnya beriringan keluar daripada
kediaman, memasuki tempat duduk belakang kereta yang telah disediakan.
“Airi rasa teruja pula malam ini,” ujar Airi
ketika kereta yang mereka naiki melewati jalan-jalan yang menghala ke arah
bandar.
“Kenapa?”
sepatah suaminya bertanya.
“Nak
jumpa Ateh. Dia mesti tak tahu kita akan pergi majlis tu, kan?” Airi memandang
suaminya. Mereka berdua sedang berada dalam perjalanan menju ke majlis makan
malam yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan tempat kerja Tengku Fateh
Abqari.
“Kita
pun tak sampai dua puluh empat jam beri notis kehadiran ke gala ni. Mungkin
juga dia tak tahu. Hai... sayang. Teruja sangat hendak jumpa Ateh ni. Ada
apa-apakah?” Hakimi mengangat kening sebelah. Airi ketawa kecil.
“Tak
ada apa-apalah. Airi hendak tengok siapa partner dia. Bukankah majlis
ini perlu ada plus one?”
“Betul
tu tapi mengenali Ateh, Kimi tak rasa dia kisah sangatkalau datang seorang
diri. He’s a prince. Siapa boleh tegur dia, kan?” komen Hakimi.
“Amboi!
Mentang-mentanglah putera raja, mana boleh sesuka hati begitu.” Airi
membulatkan matanya. Giliran Hakimi pula yang ketawa.
“Sayang,
ini hanya makan malam sahaja. Nothing serious. Bukannya melanggar
peraturan atau hukum sangat kalau dia datang seorang diri pun. Tapikan...”
Hakimi berjela. Airi memandang suaminya dengan tanda tanya.
“Tapi?”
“Kimi
rasa kita ada surprise malam ni.” Hakimi memandang isterinya dengan
senyuman. Airi sengih lebar.
Fateh memandu keretanya membelah malam,
diterangi oleh lampu-lampu jalan lebuhraya itu. Sesekali, dia mengerling ke
kirinya dan tersenyum sendiri. Dengan gaun yang dihadiahkannya kepada gadis itu
beberapa hari yang lalu, dan gaya tudung yang lain daripada kebiasaannya, Ema
nampak lebih manis. Ema juga nampaknya hanya memakai mekap nipis sahaja. Parut
di pipi gadis itu juga tidak kelihatan begitu ketara.
“Cara...”
panggil Fateh.
“Hurm?”
Ema menyahut seraya berpaling ke arahnya.
Fateh
senyum sendiri apabila menyedari Ema tidak menangkih panggilan yang
digunakannya itu.
“Senyap
sahaja. Fikir apa?” Dikerling gadis itu sekali lagi sebelum perhatiannya
ditumpukan pada jalan raya.
“Tak
ada apa. Fikir kerja,” balas Ema bersahaja. Memang benar dia sedang memikirkan
kerjanya. Kes yang diambil alihnya sekarang ini melibatkan beberapa orang VIP.
Jikalau dia bertemu dengan suspek-suspek kesnya di gala makan malam yang akan
dihadirinya dengan Fateh ini, tidak mungkin dia akan melepaskan peluangnya.
Fateh
senyum sendiri. Alahai... Ema sahajalah satu-satunya gadis yang memikirkan
kerja apabila bersamanya. Kalau gadis lain, tentu tidak akan fikir perkara
lain. Namun perkara utama yang bermain di kepalanya sekarang tentunya adalah
permintaan yang dia kemukakan kepada emak Ema tempoh hari. Sejak menjemput Ema
tadi, dia mencari-cari jikalau terdapat cincin yang berada di jari gadis itu
namun hampa. Dia ingin bertanya tetapi rasanya sekarang bukanlah masa yang
sesuai.
Fateh
mengerling jam di papan pemuka keretanya dan tersengih.
“Cara,
sebenarnya...” panggilnya sekali lagi dan berjeda.
“Kenapa?”
“Kita dah lewat,” sambung Fateh, masih dengan
senyuman.
“Maksud awak?” Ema memandangnya dengan
kebingungan.
“Gala mula pukul lapan malam,” jawab Fateh
tanpa memandang gadis di sisinya.
Bulat mata Ema
“Apa? Kalau majlis mula pukul lapan, kenapa
awak jemput saya pukul lapan setengah? Sekarang sudah hampir pukul sembilan
malam. Malulah saya kalau masuk majlis lewat,” marah Ema tetapi dengan suara
yang tertahan.
“Kenapa awak nak malu pula? Lagipun, you are
not alone. You’re my partner. Awak akan masuk dengan saya,” balas
Fateh.
Ema menjulingkan matanya.
“Exactly. Saya akan masuk dengan awak.
Kalau kita masuk lewat, orang tak akan cakap kita lewat sebab awak. Orang akan
kata kita lewat sebab saya. Saya akan malu, dan awak pun akan mendapat malu.”
Fateh ketawa mendengar penjelasan pendek Ema.
“Ketawa pula...” marah Ema lagi.
“Cara, who cares what people will say.
Lagipun, kita ke gala ini bukan hendak ambil hati sesiapa. Kita tidak akan
menyinggung perasaan sesiapa kalau kita lewat pun. Orang yang paling VVIP di
gala ini pun, mungkin hanya kakanda-kakanda saya sahaja.”
Pantas, Ema berpaling ke arah pemandu kereta
yang dinaikinya itu. Bulat matanya lagi besar daripada tadi. Dia benar-benar
terperanjat.
“Awak! Kakanda-kakanda awak ada di gala ini?
Kenapa awak tak beritahu saya?” Ema terasa ingin marah, menjerit dan memukul
pemuda itu. Kenapalah pemuda itu tidak memberitahunya perkara ini awal-awal?
“Non, cara. Se te lo dico, farai quello
che?
Ha
negato la mia richiesta?[2]”
Terkebil-kebil Ema merenung Fateh. Dia hanya
faham permulaaan ayat sahaja. Selebihnya, bahasa yang diutarakan oleh Fateh itu
kedengaran asing di telinganya tetapi sedap didengar.
“Awak cakap apa? Saya tak faham.” Ini kali
pertama dia dengar Fateh bercakap panjang dalam bahasa Itali. Dia agak sahaja
bahasa Itali kerana ayat pertama pemuda itu tadi. Tapi kata-kata itu kedengaran
sangat... menarik dan mengancam jiwa.
‘Hisy, Ema! Apa kau fikir ni? Sudah-sudah,’
marah Ema kepada diri sendiri dalam hati.
Fateh menggeleng sahaja.
“Tak ada apa-apalah. Sebenarnya,
kakanda-kakanda saya memang dijemput tetapi saya tidak pasti jika mereka datang
atau tidak ke gala ini. Jadi, jangan risaulah. Macam ni, kalau awak malu hendak
masuk pintu depan, kita masuk pintu belakang. Okey?”
“Okey. Tapi...” Berkerut dahi Ema.
“Tapi apa?” tanya Fateh.
“Awak putera diraja. Kakanda-kakanda awak akan
ada di sana. Awak tak sepatutnya masuk ikut pintu belakang.” Dia tahu, kalau
mereka masuk ikut pintu belakang, tiada sesiapa yang akan perasan, namun jika
difikirkan secara rational, Tengku Fateh Abqari adalah orang yang disegani
ramai. Dia tidak boleh membiarkan pemuda ini berbuat demikian hanya kerana
dirinya.
“Masuk pintu depan tak nak. Masuk pintu
belakang pun tak mahu. Susahnya hendak faham perempuan. Che cosa vuoi, donna[3]?”
Ema tersengih nipis. Dia suka dengar Fateh
berbahasa asing dengannya walaupun dia tidak faham. Nantilah dia belajar bahasa
tersebut dengan lebih mendalam.
“Ikut awaklah, Tengku Fateh Abqari,” jawab Ema
akhirnya.
“I love it when you say my name,” balas
Fateh dengan nakal. Mata Ema membulat lagi.
“Hisy. Jangan mengarutlah.”
Fateh
ketawa.
Akhirnya
mereka tiba di pintu masuk dewan makan malam gala itu tepat jam sembilan suku
malam. Ema menghela nafas. Dipandang belakang Fateh yang berada setapak di
hadapannya. Ketika itu, pemuda itu
berpaling kepadanya. Ema mengangkat kening.
“Awak
buat apa di belakang saya? You are my partner. Meh, jalan tepi saya,”
ujar Fateh.
Ema
senyum dan berdiri di sisi pemuda itu.
Fateh
membalas senyuman gadis itu. Kalau mereka sudah halal, tentu mereka akan masuk
dengan lengan saling berpautan. Sekarang, sabar sahajalah dahulu.
“Ready?”
“Perlu ke tanya macam tu? Awak buat saya makin nervous.”
Fateh mengangkat kening sebelah.
“Awak? Syaimah Nasuha, nervous? Saya tak
percaya. Awak berada di sini setelah masuk hutan malam-malam seorang diri dan
ditangkap selama beberapa hari oleh entah sesiapa di Darwish sana tu. Awak kata
awak nervous hendak masuk dewan ni?”
Ema memandang peuda itu dengan tajam.
Kedengaran seperti Fateh sedang memerlinya. Lengan Fateh ditampar dengan
sedikit kuat. Tentulah tak apa sebab berlapik.
“Awak hendak masuk dengan saya atau seorang
diri? Saya tak kisah,” balas Ema dengan senyuman pura-pura.
Fateh sengih. “Okey. Jom.”
Sesi cabutan bertuah pusingan pertama sedang
berlangsung. Airi memandang suaminya di atas pentas itu dengan senyuman di
bibir. Majlis gala pada malam ini, hanya separuh formal sahaja, jadi dia dan
suami berasa lebih selesa untuk bersosial berbanding dengan majlis formal
biasa. Seketika kemudian, dia memandang sekeliling. Dia masih belum bertemuu
dengan Fateh. Ada kemungkinan adinda iparnya itu masih belum tiba. Kalau tidak,
tentu Fateh akan datang bertemu dengannya dan Hakimi.
“Cik
Puan, hendak saya ambilkan apa-apa?” soal pembantu peribadinya, Sufiah yang
tiba-tiba muncul di sebelahnya.
Airi
menggeleng.
“Sufi,
don’t mind me tonight. Berapa kali saya hendak cakap?” ujar Airi kepada
pembantu peribadinya itu. Dia sudah mengarahkan wanita itu supaya tidak
menghiraukannya pada malam ini dan dia sudah melepaskan wanita itu daripada
tugas pada malam ini. Sufiah sepatutnya tidak bergaul dengan orang lain pada malam
ini.
“I can’t do that, cik
puan. Dah biasa,” balas Sufiah dengan sengihan.
“Sudah-sudah.
Awak kena jauhkan diri daripada saya sepuluh depa pada malam ini. Faham?” Airi
membuat riak tegas.
“Faham,
cik puan. Maksudnya, cik puan tak nak dengarlah berita yang saya bawa ni?”
Wanita itu mengangkat kening kepadanya, membuatkan Airi teruja.
“Haaa...
Awak tahu sahaja kelemahan saya, Sufi. Apa dia? Cepat cerita.”
“Tengku
Fateh dan pasangan dia baru sahaja sampai.”
“Pasangan?”
Bulat dan bercahaya mata Airi mendengar
perkhabaran pembantu peribadinya.
Sufiah
mengangguk.
“Siapa?”
soal Airi pendek.
Namun
sebelum sempat Sufiah menjawab, suaminya sudah mula turun daripada pentas
dengan tepukan daripada hadirin. Airi menumpukan perhatian kepada suaminya
sementara Sufiah berundur ke mejanya sendiri. Airi menyambut suaminya di meja
mereka itu dengan senyuman lebar.
“Gembira
sangat nampaknya, sayang. Ada apa?” tanya Hakimi berbisik.
“Amor,
Fateh datang dengan seseorang.”
Terangkat
kening Hakimi. Airi ingin menjawab soalan sepi daripada suaminya itu namun
perbualan mereka berdua disampuk oleh salam yang diberikan oleh seseorang.
Mereka berpaling.
“Ateh.
Baru sampai?” Hakimi menyapa adindanya selepas mereka bersalaman.
“Ha’ah.
Sorry, Along, Angah. Ateh tak tahu Along dan Angah akan datang malam ini.”
“Tak
ada apa-apalah. Memang kami pun last minute baru buat keputusan untuk datang.
Ateh seorang sahajakah?” balas Hakimi, mengerling kepada isterinya yang tampak teruja
dengan kehadiran adinda bongsu mereka itu.
“Oh,
tak. Ateh datang dengan seseorang. Kenalkan, ini Syaimah Nasuha.” Fateh bergerak
ke kanan, membuka ruang untuk kakanda-kakandanya melihat Ema yang dari tadi berdiri
di belakangnya.
Airi
terkaku seketika sebelum senyuman di bibirnya semakin lebar.
“Ema!
Lama saya tak jumpa awak,” sapa Airi. Dia bangun dan berpautan dengan gadis yang
diperkenalkan oleh Fateh itu. Alah... Bukannya dia tidak kenal gadis itu.
“Apa
khabar, cik puan?”
“Alhamdulillah.”
Airi melepaskan pelukan. Dia senyum kepada Fateh dan suaminya.
“So.... Angah kenal Ema?” soal Fateh.
Airi senyum sahaja dan mengangguk. Dia tidak pasti
jika Fateh masih ingat atau tidak kejadian gambar Ema yang terjatuh daripada fail
sulitnya dahulu.
“Dan macam mana Ateh boleh kenal Ema?” soal Airi
kembali dengan kening terangkat.
“Panjang ceritanya.”
“Pendekkan,” arah Airi.
“Lain kalilah,” jawab Fateh.
“Fine!” Airi menjeling adinda iparnya sebelum
berdiri di sebelah suaminya kembali.
“Tengku.” Ema menyapa suaminya dengan penuh hormat.
“Syaimah Nasuha. Boleh saya panggil kamu Ema juga?”
Hakimi senyum.
“Boleh, Tengku.”
“Ema, thank you for all your hardworks,”
sambung Hakimi. Tentulah dia tahu siapa Ema yang sebenarnya. Lagi-lagi gadis itu
pernah ditugaskan untuk melindungi isteriyang yang tersayang itu. Ucapan terima
kasihnya adalah penghargaan untuk segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ema
pada masa yang lalu, dan juga untuk pada masa hadapan. Airi senyum sahaja.
“Okey. Sudah habis semua formalitikan? Ateh nak
ajak Ema ambil makanan. See you soon.”
Airi dan
Hakimi memandang mereka berlalu sebelum kembali duduk di meja mereka.
“So... Ema. Not your expectation,
kan sayang?” Hakimi memandang isterinya. Dia tahu dulu Airi hendak mengkenenkan Fateh
dengan rakan Ema, iaitu Amani.
“Sekali sekala, kita
kena expect the unexpected, kan amor?” Airi senyum.
“True.”
Terima kasih kerana sudi membaca dan menunggu entri cik haliban.
ok.... your comment, everyone? :)
stay tuneeee!!!! <3
6 komen:
Arghhhh.. Best sangat he he.. nak lagi >_< !
Waahhh best!! smoga idea sis mkin byk utk entry next...hehe..spya cpt dpt update smbugn.. :D xoxo waiting for next (^^)
sweet. best nak lagi
exciteddd nyeeeee
sambunglah lagi
Daisuki desu
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D