COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 18 Oktober 2015

Takdir Cinta -41-


Ema mengambil tempat duduk di meja baru di pejabat pasukannya. Sebelum ini, dia hanya berpengkalan di pejabat Skuad Beta atau Skuad Alpha sahaja. Mulai sekarang, dia hanya akan berpengkalan di pejabat Pasukan Anti-Pengganas ini sahaja. Beberapa fail kes yang berada di atas mejanya itu dibuka dan dianalisa seketika. Mindanya mula bekerja dan suasana sekelilingnya mula menjadi kabur.
                Ketukan di mejanya membuatkan Ema tersentak dan mengangkat wajahnya, memandang insan yang sedang berdiri di hadapan mejanya itu. Sebelah keningnya diangkat, bertanya secara senyap kepada rakan sejawatannya, Liza. Liza adalah ahli Skuad Beta dan juga ahli Pasukan Anti-Pengganas sepertinya.
                “Jom. Ada mesyuarat tergempar pula,” ujar Liza.
                Ema pantas bangun.
                “Lama tak jumpa kau. Azi, Ami dan Haris sihat?” soal Ema seraya berjalan seiring dengan temannya itu.
                “Aku jumpa Ami sahaja semalam. Azi dan Haris ada misi dia orang. Kau pula, okey ke ni? Hari tu kau masuk hospital lama juga, kan? Maaflah, kami tak sempat hendak pergi melawat kau.”
                Ema senyum dan menggelengkan kepalanya. Dia tidak kisah pun sebenarnya kerana dia tahu beban tugasan mereka yang berada dalam Skuad Beta itu.
                “Alhamdulillah. Aku dah sihat. Luka-luka semua sudah okey.”
                “Kau nampak macam lady boss gangster gitu,” ucap Liza, membuatkan Ema hairan.
                “Hah? Kenapa?” Ema memandang Liza.
                Liza menjawab dengan menunjuk kepada pipi sendiri. Ema ketawa kecil apabila faham. Liza merujuk kepada kesan parut di pipinya.
                “Sesuailah dengan aku yang kerja polis ni kan? Harapnya lepas ini penjenayah-penjenayah ni tak pandang rendah pada aku. Mentang-mentanglah aku perempuan.”
                Liza menyengih seketika.
                “Tapi kau tak kisahkah ada kesan macam tu, Ema?”
 “Perempuan mana yang tak kisah, Liza. Tapi perkara dah jadi. Aku tak boleh salahkan sesiapa atau takdir Allah sebab aku tahu ini adalah risiko kerja seperti kita ni, Liza.” Ema senyum nipis.
Perbualan mereka terhenti apabila mereka tiba di bilik mesyuarat. Mesyuarat tergempar yang diadakan mengambil masa sehingga lebih tiga jam. Selesai mesyuarat tersebut, Ema dan Liza keluar bersama untuk mengumpulkan maklumat.
“Kau baru balik dari misi?” soal Ema kepada Liza yang sedang memandu.
Gadis itu hanya mengangguk sahaja.
“Dapatlah cuti seminggu dua sebelum dapat misi baru,” komen Ema. Cuti yang dimaksudkan hanyalah cuti sebagai skuad pengintip sahaja.
“Ha’ah. Harap-harap dapat cuti lama sikit.” Liza sengih.
Ema senyum. Insanlah mana yang tidak suka kalau dapat cuti dan bersama keluarga. Walaupun ahli skuad pengintip hanya boleh bercuti sekejap sahaja, namun masa tersebut diluangkan secara optimum bersama keluarga masing-masing.
Telefon Ema berbunyi membuatkan perbualan mereka sekali lagi terhenti di situ sahaja. Melihat nombor yang tidak dikenali itu, Ema menjadi hairan. Iyalah, bukan semua orang ada nombor telefonnya yang baru ini. Rasanya, nama semua orang yang dekat dengannya sudah disimpan dalam memori telefon ini.

Kakinya bersilang. Badannya disandar pada sofa dengan selesa. Fateh membelek majalah Flight Journal keluaran terbaru bulan ini. Suasana bilik rehat krew udara yang agak lengang itu tidak langsung mengganggunya. Almaklumlah, syarikat penerbangan persendirian  ini tidak mempunyai ramai krew seperti syarikat penerbangan komersial.
                Pintu bilik rehat itu dibuka daripada luar membuatkan Fateh mengangkat wajah, memandang insan yang masuk. Melihat Safiuddin yang berjalan menghampirinya, Fateh mengangkat tangan kepada pemuda itu.
                “Kau fly ke mana  hari ini?” sapa Fateh apabila sahabatnya itu duduk bertentangan dengannya di kawasan sofa itu.
                “Beijing. Balik hari ini juga. Kau?” Safiuddin menyusun beg dan topinya di tepi sofa.
                “Toluca,” jawab Fateh pendek.
“Mexico? Klien kau pergi melancongkah?”
“Bisnes.”
Safiuddin hanya mengangguk.
“Oh ya. Ada orang baru join, kan? Ramai ke?” soal Fateh. Iyalah. Dia baru beberapa kali masuk bekerja selepas menghilang ke Darwish dan dia masih belum sempat bertemu dua muka dengan  krew-krew udara baru syarikat penerbangan ini.
“Tak ramai pun. Ada dalam tiga empat orang  sahaja.” Safiuddin turut mencapai salah satu majalah yang tersedia di atas meja kopi di hadapan mereka berdua itu.
“Dengan aku pagi ini pun ada satu nama yang aku tak kenal. Salah seorang yang baru itu agaknya,” balas Fateh sambil mencapai cawan berisi kopi yang diisinya sejak tadi.
“Iyalah agaknya. Nama apa?”
                “Melissa.”
                “Ooohhh...”
                “Kenapa?” Fateh memandang Safiuddin. Apa tidaknya, reaksi Safiuddin apabila dia menyebut nama asing itu amat menghairankan.
                “Melissa tu kacukan. Mungkin kau akan tertarik dengan dia.”
                Fateh terdiam seketika sebelum dia tergelak besar. Kali ini, Safiuddin pula yang memandangnya dengan hairan.
                “Oh... Sekarang ini, kau hendak jadi matchmaker untuk aku pula ya,” ujar Fateh setelah ketawanya reda. Senyuman geli hati tersungging di bibir.
                “Alah... Aku berniat hendak menolong sahaja. Manalah tahu kalau itu memang jodoh engkau.” Safiuddin menjungkitkan bahu.
                Fateh masih senyum dan menggeleng sendiri.
                “Kapten. Hai...” Suara lembut seseorang menyapa mereka berdua.
Fateh dan Safiuddin mengangkat wajah dan menoleh kepada insan tersebut. Melihat senyuman Safiuddin ketika itu, Fateh pasti inilah Melissa yang diperkatakan oleh rakannya itu tadi. Gadis yang berpakaian uniform pramugari itu tampak bergaya bersama senyuman.
“Melissa, ini Kapten Fateh. Awak belum pernah jumpa dia, kan? He’s just back to work from a vacation.” Saifuddin memperkenalkannya kepada gadis itu.
Fateh senyum dan senyumannya tetap tidak pudar apabila si gadis menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Walaubagaimanapun, huluran tersebut tidak disambut dan gadis itu menarik kembali tangannya dengan malu-malu.
“Hai, Tengku. Saya banyak dengar cerita tentang Tengku daripada kawan-kawan di sini,” ujar Melissa seraya mengambil tempat duduk tidak jauh daripada mereka berdua.
“Saya harap kamu dengarperkara yang baik-baik sahaja,” balas Fateh.
Of course, Kapten. ”
Telefonnya berbunyi tiba-tiba, menghalang gadis itu daripada meneruskan bicara. Fateh meminta maaf dan mencapai telefonnya. Nama pemanggil yang tertera menyebabkan keningnya terangkat, namun panggilan tersebut tetap disambung. Salam diberi.

Ema menghela nafas lega apabila panggilannya dijawab. Salam yang diberi dijawab dengan lembut.
“Awak di mana?” soal Ema. Sebolehnya, dia tidak mahu mengganggu l insan. tersebut. Namun dia berharap agar insan itu masih berada di dalam negara.
“Saya di tempat kerja. I’m waiting to fly,” balas Fateh di hujung talian.
“Maaf kalau saya ganggu awak.”
“Awak tak mengganggu pun. Saya sedang berbual-bual dengan kawan-kawan saya sambil tunggu masa sahaja. Ada apa?”
“Awak ingat tak Diana?” tanya Ema seraya matanya memandang gadis yang duduk di hadapannya di kafe tersebut. Dia mendapat panggilan daripada gadis itu untu bertemu. Haruslah dia tidak tahu alasan  Diana untuk bertemu dengannya tetapi dia boleh mengagak. Akhirnya, dia bersetuju bertemu dengan gadis itu dengan segera. Liza juga ada di kafe tersebut tapi duduk di meja yang jauh daripada mereka. Iyalah, mereka berdua masih ada kerja yang belum diselesaikan.
“Diana? Diana yang saya kenal rasanya tunang Hijazi. Dia yang awak maksudkan?”
“Iya. Diana tunang Hijazi. She called me and wanted to meet me. Dia ada di hadapan saya sekarang,” terang Ema tanpa bersembunyi walaupun gadis yang sedang diperkatakan itu ada di hadapannya.
“Oh... Dia nak apa daripada awak?”
Ema menarik nafas. Matanya memandang tepat Diana di hadapannya. Diana datang bertemu dengannya dan menyuruh dia menjauhkan diri daripada lelaki yang bernama Hijazi. Huh? Bila masa pula dia mendekatkan dirinya dengan lelaki itu sehingga dia perlu menjauhkan diri daripada lelaki itu? Haish...
Entah apa yang berlaku menyebabkan Diana fikir bahawa dia adalah batu penghalang dalam hubungan mereka berdua. Dia juga tidak mahu tahu apa yang berlaku kerana hubungan mereka yang sudah bertunang itu bukanlah urusannya. Ketika itu, dia teringatkan Fateh. Lalu dia menelefon pemuda di hujung talian itu.
“Saya tak tahu tapi boleh tak awak terangkan pada dia bahawa saya dan Hijazi tak ada apa-apa hubungan?” pinta Ema.
Senyap.
Ema menjadi serba salah. Mungkinkah dia tidak patut meminta pertolongan daripada Fateh?
“Erm... Awak...” Ema ingin meminta maaf tetapi kata-katanya dipotong lelaki itu.
“Okey. Bagi telefon awak ni pada dia.”
 “Betul ni?” Ema senyum.
“Iya. Cepat sebelum saya tukar fikiran,” ucap Fateh.
“Okey. Sekejap.”
Ema menghulurkan telefonnya kepada gadis yang sedang memandang dia berbual dengan Fateh itu daripada tadi.
“Tengku Fateh Abqari hendak bercakap dengan kau,” ucap Ema. Bulat mata Diana. Gadis itu terkejut agaknya bahawa dia berhubungan dengan anakanda ketiga Raja Zamora. Memang Ema tidak beritahu gadis itu dia hendak menghubungi siapa tadi. Teragak-agak Diana menyambut telefonnya sebelum didekatkan ke telinga.
“Tengku,” sapa Diana kepada insan di hujung talian.
Ema mengalihkan pandangan dan menghirup air yang dipesan. Kemudian, dia memanjangkan leher memandang Liza. Sepuluh jarinya ditunjukkan kepada Liza menyatakan bahawa dia memerlukan masa lebih kurang sepuluh minit sahaja lagi. Selepas itu, mereka boleh beredar.
Dia kembali memerhati Diana di hadapannya pula. Gadis itu hanya diam dan menunduk. Entah apa yang diperkatakan oleh Fateh, menyebabkan Diana mendengar tanpa sebarang celahan. Dia tidak tahu bagaimana Diana boleh tahu tentang cerita lama dia dan Hijazi. Kalau bukan Hijazi yang dedahkan, siapa lagi? Namun, mengapa Hijazi perlu mengungkit kembali kisah mereka yang sudah lama dikuburkan itu
Beberapa ketika kemudian, telefonnya dihulurkan kembali kepadanya. Ema menyambut dengan tenang. Dia tidak kisah apa yang Fateh hendak katakan Diana. Dia percayakan Fateh. Dia berharap agar Diana betul-betul faham bahawa dia langsung tidak ada dan tidak mahu ada hubungan dengan Hijazi, tunang gadis itu.
“Awak,”panggil Ema apabila telefonnya didekatkan ke telinga kanannya.
Sì, cara.
Ema menahan senyuman yang ingin terbit. Dia tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk di hadapan Diana itu.
“Terima kasih... Have a safe flight, okay?”
“Okey. Saya kena pergi sekarang. Jaga diri. Assalamualaikum.”
Salam dijawab perlahan sebelum dia memandang Diana. Gadis itu sedang merenungnya dengan pandangan yang keliru.
“Aku tak tahu kau ada hubungan dengan Tengku Fateh,” ujar Diana perlahan.
“Tak ramai orang tahu,” balas Ema dengan jungkitan bahu.
“Aku minta maaf. Hijazi selalu...”
“Aku tak mahu tahu, Diana,” sampuk Ema sebelum sempat gadis itu bercerita panjang.
“Aku minta maaf tapi aku tak mahu masuk campur dalam masalah kau orang berdua. Settle it between yourselves. Cerita aku dengan dia dah lama tamat. Aku harap lepas ni kau tak ganggu aku lagi,” sambung Ema dengan nada yang tegas. Dilihatnya, Diana mengeluh panjang.
“Aku ada kerja. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Ema bangun, diikuti oleh Liza yang berada tidak jauh dari situ. Mereka berdua berlalu dari kafe itu.

Setakat ini yang cik haliban mampu kali ini. 

T_T

Maaf sangat-sangat ya kawan-kawan. :(

Anyway! hehe... Siapalah Melissa??? Macam mana dengan Amani? Lamaran Fateh melalui mak Ema pula???
 
Comment, pleaseeee....

11 komen:

Nur Nadheera berkata...

Wahh.. Thanks sebab update cerita Ema & Fateh hehe..

nurul berkata...

alahai, banyak pula watak sampingan nie..heheh..rasanya amani ok kot,.. yg melissa ni risau plak...heheh apapun..goodluck kak..semoga diberi kesempatan waktu utk update next entry...

Unknown berkata...

Thanks update....mqacam sweet je ema & fateh ni..^_^

Tanpa Nama berkata...

Jangan la Melissa kacau. I maki dia. Emma & Fateh bila nk bersamaaa ?? AIGOOO

Tanpa Nama berkata...

semakin menarik..x sabar nak tahu ending

Tanpa Nama berkata...

apela yang fateh ckp tu !! :D

ada berkata...

Best

Tanpa Nama berkata...

sambung lagi .Best

Unknown berkata...

wahh ema dah ade pesaing ke??

eifa arey berkata...

Cantas langau itu!

Yangjue berkata...

sis sambug lg...waiting ni...xcited... love ur story....
nak lg..hehehe

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©