COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 28 Mei 2010

FHIS - 2- Pertemuan

Tengku Iman Hakimi mengerling ke jam dinding yang tergantung di hadapannya sebelum menyambung membaca buku di tangannya. Penantian memang satu penyeksaan dan dia tidak sesekali mahu menjadikan penantiannya begitu. Buku Manhaj Haraki* yang dihadiahkan oleh almarhum nendanya akan mengisi kelapangan masanya sementara menunggu ketibaan adindanya, Tengku Syifa'ul Asrar.


Ayahanda, bonda dan nendanya yang sedang bercakap sesama mereka itu tidak dihiraukan oleh Tengku Iman Hakimi. Hari ini dia tidak ingin memberatkan kepalanya dengan masalah negara dan isu semasa. Hari ini adalah hari cutinya. Adinda bongsunya, Tengku Fateh Abqari pula khusyuk bermain Playstation Portable (PSP). Itulah kegemaran Tengku Fateh Abqari, dia sudah mengetahuinya.


Tengku Syifa'ul Asrar dijadualkan tiba di Zamora pada pukul 11 pagi dan dijangkakan tiba di Istana Besar pada pukul 11.30. Tengku Iman Hakimi melihat bondanya kerap melihat jam. Sabarlah, wahai bonda. Tapi ibu mana yang tidak sabar jika mengetahui anaknya yang sudah empat tahun berpisah akan kembali pada hari itu.


Ketika itulah, Penasihat Diraja, Encik Aisar melangkah masuk ke ruang menunggu itu. Mereka berlima yang ada di situ menunggu bicara lelaki yang berusia hampir 60 tahun itu.


"Tuanku, Tengku Puteri sudah tiba."


Ayahanda, bonda dan nenda sudah melebarkan senyuman mereka. Tengku Fateh Abqari di sebelahnya berhenti bermain. Tengku Iman Hakimi menutup bukunya dan diletakkan di atas meja kaca di hadapannya.


Seorang gadis yang berpakaian hitam labuh ke bawah lutut dan berseluar panjang putih melangkah masuk. Tudung dan sarung tangan putih yang dikenakan menyerlahkan lagi keindahan dan penampilan makhluk ciptaan Allah yang bernama Hawa itu. Tengku Iman Hakimi melihat mata itu memerhati situasi di hadapannya sebelum bibir milik gadis itu mengukir senyuman kepada mereka semua.


"Asrar, welcome home."


Ucapan daripada ayahanda mematikan renungan Tengku Iman Hakimi kepada gadis yang bergelar adindanya. Tengku Syifa'ul Asrar memulakan langkah menghampiri mereka semua yang sudah berdiri menyambut kepulangannya. Tangan ayahanda dicapai dan dikucup. Ayahanda mengusap perlahan kepala anakanda perempuan tunggalnya yang dilitupi tudung itu.


Sebentar kemudian, tubuh Tengku Syifa'ul Asrar menjadi mangsa pelukan daripada bonda. Melepaskan rindunya kepada anaknya yang sudah lama tidak ditemui.


"Apa khabar, bonda?"


"Sihat, Asrar. Anakanda pula?" Bonda masih tidak melepaskan anaknya. Air mata kegembiraan terjun menuruni pipi bonda. Tengku Iman Hakimi hanya tersenyum.


"Alhamdulillah, bonda. Bonda janganlah menangis, nanti Asrar pun nak menangis juga," usik Tengku Syifa'ul Asrar. Tengku Syifa'ul Asrar beralih kepada nendanya pula. Tangan dan kedua-dua pipi wanita itu dikucup lembut. Nenda mengusap-usap pipi cucundanya itu.


"You've change, Asrar." Tengku Syifa'ul Asrar tersengih mendengar komen nendanya.


"People need to change, abuelita(nenek). Opss….nenda." Hah, sudah keluar perkataan Sepanyolnya.


"Ni, Ateh ke? Dah besar yek." Tengku Fateh Abqari menyalami kakandanya.


"Yelah. Ateh, Tengku Fateh Abqari. Siapa lagi?" Sempat mulut itu menjawab usikan kakandanya. Tengku Syifa'ul Asrar menggosok-gosok kepala adindanya sehinggakan kacau habis style rambutnya.


"Sombongnya…dengan tengku-tengku sekali sebut." Tengku Syifa'ul Asrar tersenyum nakal kepada adindanya.


Keluarga diraja Zamora memang begitu. Mereka tidak mahu terlalu formal agar tidak memberi tekanan kepada anakanda-anakanda mereka. Panggilan seperti rakyat biasa gunakan, turut digunakan. Along, Achik dan Ateh, itulah gelaran mereka tiga adik-beradik.


Tengku Iman Hakimi merenung lembut wajah yang kini berada di hadapannya. Seketika mereka menyepi sebelum Tengku Iman Hakimi perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya dan pantas sekali menarik hidung gadis itu.


"Along!!!"


Tengku Iman Hakimi ketawa melihat kemarahan adindanya. Ayahanda, bonda, nenda dan Tengku Fateh Abqari turut tergelak sama. Dayang dan pengawal yang berada di situ tersenyum melihat kemesraan mereka sekeluarga.


Selepas itu, puteri yang baru tiba itu dibenarkan beristirehat di kamarnya sebelum tiba waktu bersantap untuk makan tengahari.



~Watak dan lokasi di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup
@ yang telah meninggal dunia dan yang wujud @ tidak wujud~

-----------------------------------------------------------
Buku Manhaj Haraki*
Author: Syaikh Munir Muhammad al-Ghadban
Perjuangan harokah Islam di masa sekarang, dengan berbagai karakter, masalah, dan solusinya, memiliki kemiripan dengan perjuangan Nabi Saw dahulu. Melalui buku ini marhalah demi marhalah pergerakan nabi dikupas seraya dianalisis, kemudian diaplikasikan ke dalam perjuangan harakah Islam kontemporer.

2 komen:

Bulanhijau berkata...

hahahaha..
ingatkan wujud tempat tu tadi.
patutlah mcm pelik je nama dia

=))

belle.talib berkata...

dlm preview dah cakap...fantasi semata-mata.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©