COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 26 Mei 2010

FHIS -1- Pertolongan

Hijratul Khairiyah menutup perlahan buku yang bertajuk 'Bidadari Syurga'. Sedari selepas Isyak tadi dia membaca buku setebal enam ratus muka surat tersebut. Kalaulah orang lain boleh membaca novel yang mempunyai berpuluh-puluh bab dan beratus-ratus muka surat, mengapa dia tidak boleh membaca buku ilmiah setebal itu? Hijratul Khairiyah lebih senang membaca buku ilmiyah daripada novel yang entah apa-apa isinya. Jika ada rakan yang mencadangkan novel yang mempunyai unsur agama, barulah dia membacanya.

Hijratul Khairiyah menyusun langkahnya ke arah dinding kaca yang memisahkan dunianya dari dunia luar itu. Kondominium yang disewa bersama dua lagi rakannya itu elok terletak di tingkat sepuluh di tengah-tengah ibu negara Lotus. Hijratul Khairiyah berpeluk tubuh dan merenung kosong pemandangan malam di Kota Joven tersebut. Mindanya menerawang ke arah lain seketika.

Hijratul Khairiyah merenung lembut wajah di hadapannya. Kalau orang lain nampak mereka bersama, pasti ada yang menyangka bahawa mereka berdua adalah kembar seiras. Bagi Hijratul Khairiyah, dia sendiri terperanjat apabila terserempak dengan gadis itu di Hospital Grande. SubhanAllah. Wajah gadis tersebut amat seiras dengan wajahnya. Setelah lama menelaah kekuasaan Allah pada gadis tersebut, baru dia tahu apakah perbezaan mereka.

Warna kulit Hijratul Khairiyah lebih gelap berbanding dengan kulit putih melepak gadis tersebut. Itu merupukan kelebihan pada gadis tersebut. Dan keistimewaan Hijratul Khairiyah pula, dia mempunyai sebutir tahi lalat berhampiran dengan bibirnya yang membuatkan dia nampak manis walaupun gelap sedikit.

Gadis yang berambut separas bahu itu duduk bersila di atas katil pesakit, merenungnya bulat. Hijratul Khairiyah meliarkan matanya ke seluruh bilik perseorangan itu. Terdapat dua orang lelaki yang bersut hitam di satu sudut bilik itu. Kalau tidak salahnya, di luar bilik tadi ada lagi dua tiga orang. Semasa mula-mula bertentang mata, timbul persoalan di hatinya siapakah gadis itu kerana dikawal begitu ketat.

Sekarang apabila mengenali gadis tersebut, Hijratul Khairiyah berasa resah. Permintaan gadis muda setahun daripadanya itu sekali gus berjaya mengacau-bilaukan hatinya.

"Como (macam mana), Kak Airi?"

Hijratul Khairiyah memanggung kepalanya, membalas pandangan gadis tersebut. Sesekali membetulkan tudung yang dipakainya. Gadis yang baru ditemuinya itu memang ramah. Memanggilnya dengan gelaran 'Kak' walaupun Hijratul Khairiyah berasa dia tidak layak dipanggil begitu oleh gadis itu.

"Tapi tengku…" Hijratul Khairiyah cuba untuk mencari alasan tapi kosong. Apa yang perlu dia lakukan.

"Por favor (tolong) Kak Airi. Cinco(lima) bulan saja. Bila salji turun, Asrar akan pulang semula," rayu gadis itu lembut walaupun menggunakan bahasa rojak. Bahasa Melayu dan Bahasa Sepenyol. Hijratul Khairiyah sayu melihat wajah gadis tersebut.

Siapa tahu dia bertemu dengan orang yang mempunyai rupa seiras dengannya dan orang tersebut bukan calang-calang orang serta amat memerlukan pertolongannya. Kata orang, terdapat tujuh wajah seiras dengan kita di dunia ini. Mungkin mereka berdua adalah antara dua daripada tujuh tersebut. Takdir Tuhan telah menemukan mereka berdua. Allah Itu Maha Mengetahui.

"Give me a time."



Hijratul Khairiyah tersentak apabila pintu kondominium itu terbuka. Terjengul wajah bersih Rabiatul Adawiyah dan Wardah Az-Zahra dengan beberapa biji plastik yang mengandungi makanan di tangan mereka. Sepatutnya malam itu giliran Rabiatul Adawiyah memasak.

"Awi masak mee, yek?"

Hijratul Khairiyah dan Wardah Az-Zahra mengerutkan dahi mereka.

"Ni malas nak memasak lah ni."

Rabiatul Adawiyah tersengih. Akhirnya, Wardah Az-Zahra mengajak Rabiatul Adawiyah pergi membeli makanan di gerai yang tidak jauh dari kondominium mereka.

Hijratul Khairiyah berasa amat bertuah kerana mengenali mereka berdua di bumi Lotus tersebut. Sebelum mengenali Wardah Az-Zahra, personaliti Hijratul Khairiyah bukan seperti sekarang. Dulu Hijratul Khairiyah tidak berminat dengan ilmu agama. Kehadiran Wardah Az-Zahra yang menjadi idaman setiap lelaki itu, seakan menyinari nur Islam dalam dirinya.

Kemudian mereka berdua dipertemukan dengan Rabiatul Adawiyah. Alhamdulillah, kini Rabiatul Adawiyah semakin menunjukkan perkembangan walaupun tidak berjubah dan bertudung labuh seperti Wardah Az-Zahra. Tudung telah menjadi satu perkara yang biasa. Dan Hijratul Khairiyah sendiri lebih senang bertudung tiga segi yang tidak jarang daripada tudung bulat yang labuh.

"Termenung ke tadi, Airi?" Wardah Az-Zahra menyusun pinggan yang dipenuhi makanan di atas meja bulat. Hijratul Khairiyah melatakkan dirinya di kerusi meja makan itu.

"Termenung tu membuang masa, Airi," usik Rabiatul Adawiyah dengan jug air di tangannya.

"Bukan termenung, Awi. Berfikir." Hijratul Khairiyah membetulkan kenyataan mereka berdua.

"Awi pernah pulang ke Zamora?"

Rabiatul Adawiyah mengangkat wajahnya dan memandang Hijratul Khairiyah. Memang Rabiatul Adawiyah berasal dari negara Zamora. Hakikatnya, mereka bertiga memang berasal dari Zamora. Kerana itulah mereka cepat mesra.

Rabiatul Adawiyah berpindah ke Kota Joven itu kerana mengikut ayahnya yang berkerja sebagai ahli perniagaan di negara tersebut. Dan sekarang, gadis itu bekerja dengan ayahnya. Wardah Az-Zahra pula ke situ kerana melanjutkan pengajiannya. Sekarang Wardah Az-Zahra bekerja dengan sebuah syarikat IT di kota tersebut. Setelah habis kontraknya, barulah Wardah akan pulang ke Zamora.

"Si (Ya).Tahun lepas. Lawat abuela (nenek)."

Hijratul Khairiyah menganggukkan kepalanya.

"Macam mana ya Zamora?" Hijratul Khairiyah bertanya seperti dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke Zamora. Sedangkan Papanya pernah memberitahu bahawa Zamora adalah tempat kelahirannya. Yang pelik, Hijratul Khairiyah langsung tidak mengingati tempat itu tetapi fasih berbahasa Melayu iaitu bahasa rasmi Zamora.

Wardah Az-Zahra berpandangan dengan Rabiatul Adawiyah. Mereka berdua duduk di meja itu.

"Nak balik ke Zamora ke, Airi?" Lembut pertanyaan Wardah Az-Zahra. Suara lembaut dan tangan milik Wardah Az-Zahra itu bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Namun, Wardah Az-Zahra tidak sesekali rela tangan dan suaranya itu juga yang mengoncang keimanan kaum Adam.

Hijratul Khairiyah hanya mengangkat bahunya. Zamora itu jauh. Mereka terpisah antara benua. Dia bukanlah anak orang senang seperti Rabiatul Adawiyah untuk sesuka hati melancong dan melawat ke negara lain. Pengajiannya dahulu pun dibiayai oleh Papanya.

"Sebelum terlupa Adah, internet kat komputer Airi rosak. Tolong ya."

Wardah Az-Zahra mengerti. Kemudian, mereka menjamu makan malam seperti biasa, ditemani oleh celoteh Rabiatul Adawiyah.


* * * * *


Hijratul Khairiyah ingin mengukir senyuman apabila wajah gadis yang tadinya begitu mengharap bertukar menjadi ceria. Tubuhnya dipeluk oleh gadis itu. Hijratul Khairiyah terkedu. Dia segan diperlakukan sedemikian oleh gadis tersebut.

Pada hari itu, sekali lagi dia menapak ke dalam bilik berdinding putih itu. Memberi kata putusnya untuk menolong gadis tersebut.

" Muchas Gracias (Terima kasih banyak). Macam mana Asrar nak balas jasa, Kak Airi?"

Hijratul Khairiyah menggeleng tidak setuju. "Tak perlu, tengku."

Hatinya ikhlas menolong. Papanya juga pernah mencadangkan supaya dia berusaha untuk ke Zamora, tanah airnya. Dan itulah peluangnya.

"Kak Airi, just call me Asrar." Gadis itu membetulkan panggilan Hijratul Khairiyah.

"Ya, tengku. Eh, Asrar." Hijratul Khairiyah tersenyum malu.

"Baiklah, Memandangkan Kak Airi dah setuju, Kak Airi perlu belajar beberapa perkara," jelas gadis tersebut membuatkan Hijratul Khairiyah terpinga-pinga.

"Hah? Belajar?"

4 komen:

bulanhijau berkata...

hmmm..
Zamora tu kat mne ye?
heee.. my geo sucks la
=)

n.haliban berkata...

^^

Cheun-nai aka Ain berkata...

Zamora ?? kat mana tu ?? x pernah kenal pun ???

n.haliban berkata...

cik Ain, kalau baca page "PREVIEW", cik Ain akan tahu Zamora tu kat mana... hehehe...

~Watak dan lokasi di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup
@ yang telah meninggal dunia dan yang wujud @ tidak wujud~

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©