Salam diberi seraya menghampiri dua
wanita kesayangan ayahanda dan kakanda sulungnya itu.
"Buat apa,
bonda? Khusyuk tengok ipad tu?" soal Fateh. Daripada jauh dia nampak bonda
dan kakanda iparnya yang berada di beranda itu memandang ipad dan kadang-kadang
berbisik sesama mereka. Bergosip?
"Cari
barang hantaran Atehlah," jawab bonda.
Ohhh... Fateh
mengangguk. Bab-bab itu, memang diserahkan kepada wanita-wanita kerabat diraja
ini. Cuma ada dua tiga barang sahaja yang akan disediakan olehnya sendiri.
“Canggihnya
bonda. Cari barang hantaran pun, melalui atas talian saja.” Fateh sengih.
“Kita cari idea
sahaja dulu. Kalau tak boleh beli atas talian, kita beli sendiri.”
"How
about this, bonda?" Kakanda iparnya menunjukkan sesuatu di ipad pada
bondanya, sebelum bondanya mengangguk dan menunjukkan gambar itu kepadanya.
Fateh memandang gambar itu tiga saat
sebelum mengangguk.
"Praktikal.
Okey kot," komen Fateh. Melihat gambar telekung solat itu, dia jadi kagum
seketika. Dunia sudah semakin maju, telekung solat pun orang boleh buat
inovasi. Selagi inovasi telekung solat itu tetap menutup aurat dan memenuhi
tujuan ketika solat, apa salahnya kan?
Fateh
berpaling, mencari kelibat si tunang. Kelihatan gadis itu sedang duduk di
astaka sambal melayan karenah anakanda-anakanda saudaranya. Fateh terus
melangkah ke arah astaka.
Ema sedang memandang tiga kembar yang sedang
bermain sesame mereka apabila telefonnya berbunyi tanda terdapat mesej yang
masuk ke dalam aplikasi Whatsappnya dalam kumpulan
Whatsapp 'Gorgeous Royal Ladies'
Cik Puan Iman
Kakanda-kakandaku sekalian, tengok baju ni. Cer teka
nama baju ni apa?
|
|
Tengku Syifaúl Asrar
Kenapa? Iman nak buka butik ke sekarang?
|
|
Cik Puan Airi
Boleh la bekerjasama dengan Achik.
|
|
Cantik!
|
|
Cik Puan Iman
Ish... Semua tak menjawab soalan Iman. Bukan nak
buka butik la. Iman scroll di fb, jumpa baju ni. Nama dia unik tau. Cer teka?
|
|
Tengku Syifaúl Asrar
Tu Iman dah bagitahu. Nama dia UNIK. hahaha
|
|
Cik Puan Airi
💁♀️
|
|
Cik Puan Iman
Ishhhhhhh.... main-main ye kak Asrar. Cepat teka
lagi~ Kalau betul, Iman beli bagi free satu!
|
|
Tengku Syifaúl Asrar
Sayang.
|
|
Cik Puan Airi
Amor.
|
Ema
tersenyum. Macam-macam sungguh ahli keluarga diraja ni. Dia yang masih belum menjadi
ahli keluarga mereka secara rasmi, sudah terasa sangat mesra kerana mereka
sudah menganggap dia sebagai salah seorang daripada mereka.
“Cara,
senyum apa tu?” soalan yang datang dari
suara yang makin mendekat dengannya itu membuatkan dia mendapat satu idea.
Ditulis balasan untuk persoalan Cik Puan Iman itu, sebelum dia mengangkat muka,
memandang si tunang yang sudah mengambil tempat di sisinya. Dipandang Fateh
yang sedang mengangkat kening kepadanya, tanda menanti jawapan.
Ema membalas
dengan perlakuan yang sama, mengangkat keningnya kembali.
“Okey. Tak
nak jawab tak apa. Anyway, awak ada free tak weekend depan kan?” soal Fateh.
Ema diam dan
berusaha mengingati jadualnya untuk hari minggu pada minggu hadapan. Seketika
kemudian, dia mengangguk.
“Alright,
good. Saya booked weekend awak minggu depan. Jangan buat apa-apa
perancangan lain, okay?”
“Dua hari
terus? Kenapa?” Barulah Ema membuka mulut bertanya apabila dia hairan.
“Adalah.
Nanti dah confirm, saya bagitahu awak. Okey?”
Ema
memandang pemuda itu seketika sebelum mengangguk. Dia percayakan pemuda itu.
Lagipun, dia bukan seorang gadis yang lemah. Jika apa-apa perkara luar biasa
terjadi, Ema yakin dia dapat atasi apa jua situasi itu
Cara.
|
|
Cik Puan Iman
LOL sangat kan kakanda-kakanda Iman ni semua. Tahulah
romantik dengan pasangan masing-masing. Tapi nak beritahu, nama baju ni, nak
dekat-dekat dengan apa yang kakanda-kakanda sebut tu. CINTA. Nama baju ni
"Cinta".
|
“Cinta,”
sebut Ema sepatah, mengulangi apa yang tertulis di skrin telefonnya itu.
![]() |
Berminat, boleh order & whatsapp Cik Haliban (013 942 6459) |
“Apa?” Fateh
terkejut sedikit mendengar patah perkataan daripada gadis di sebelahnya itu.
Dia musykil adakah dia tersilap dengar atau tidak. Cinta? Syaimah Nasuha yang
dia kenal bukanlah seorang yang bercakap atau berbual tentang perkara-perkara
romantik seperti cinta.
Ema
memandang wajah Fateh sebelum menunjukkan gambar yang dikirim oleh Cik Puan
Iman ke dalam kumpulan mereka tadi.
“Inilah.
Cinta namanya.”
Terkebil-kebil
Fateh memandang skrin telefon Ema itu. Seketika kemudian, dia tersengih dan
menggeleng sendiri.
“Pinjam
telefon awak sekejap.” Fateh menghulurkan tangannya.
Ema hanya
meletakkan telefonnya di atas telapak tangan pemuda itu. Lagipun, tiada
sebarang rahsia yang disimpan dalam telefonnya yang ini. Dia memandang gelagat
Fateh yang menekan skrin telefonnya itu sebelum telefon itu diangkat tinggi
dari paras kepala pemuda itu dan dihalakan ke arah mereka berdua. Rupanya Fateh
membuka aplikasi kamera depan.
“Selfie?”
“Senyum, cara.
One, two, three!” Klik. Klik. Klik.
Sesudah itu
Fateh berpaling ke arahnya. Ema pantas meneutralkan kembali senyuman di
wajahnya. Apabila Fateh menyuruhnya senyum tadi, dia tidak sempat menghalang
pemuda itu lalu dia hanya mampu senyum untuk bergambar dengan pemuda itu.
“Cara,
ini baru cinta.” Fateh menayang gambar selfie mereka di skrin telefon
Ema itu.
Ema hanya
mampu senyum nipis dengan gelagat Fateh itu. Telefonnya diambil kembali sebelum
gambar itu diteliti. Dia dan Fateh duduk tidak begitu dekat namun, gambar yang
diambil Fateh itu nampak cantik.
“Puas hati
tak? Nak selfie sekali lagi?” soal pemuda itu, mengusik Ema.
Ema
mengerutkan dahi dah menggeleng. Malulah orang dalam istana ni tengok nanti.
Nanti apa pula yang mereka fikir.
“Nak
jugak!!!” Tiba-tiba tiga suara bergabung menjerit dan tiga pasang kaki berlari
mendekati mereka.
“Ateh! Nak
bergambar jugak!” Ujar Hafawati apabila tiba dalam pangkuan ayahanda saudaranya
itu. Hadif dan Huda berhenti di hadapan mereka semua.
Fateh ketawa
dan Ema tersenyum. Dia hanya menghulurkan telefonnya kembali kepada pemuda itu.
Jom bergambar!
Ema berada
di istana sehingga malam menjelma. Cik Puan Airi menyuruh adinda iparnya,
Fateh, untuk menghantar Ema selepas mereka solat Isyak sahaja. Ema pula berasa
selesa dengan keluarga diraja itu, lalu dia tidak langsung membantah.
“Cara,
awak nampak okey dengan keluarga saya hari ini,” komen Fateh. Dia sedang
memandu kereta, dalam perjalanan pulang untuk menghantar Ema.
“Keluarga
awak semua baik. It was fun.” Ema senyum dan mengangguk. Semasa menjadi
ahli perisik negara, dia sudah banyak kali memasuki istana, namun atas urusan
kerja. Kali ini dia masuk istana untuk bertemu dan bermesra dengan ahli-ahli
kerabat diraja terdekat dengan tunangnya ini.
“Bagus.
Lepas ni saya bawa awak jumpa kawan-kawan saya pula. Okey?”
Ema diam
seketika sebelum senyum dan mengangguk setuju. Tiba-tiba, iPhone milik Fateh
yang terletak di antara mereka berdua itu berbunyi.
“Tolong
jawab, cara,” pinta Fateh.
Ema
mengangguk dan mengambil iPhone itu. Nama ‘Adam’ terpampang di skrin telefon
tersebut, namun melihat nombor yang memanggil itu seperti dari luar negara.
Namun, dia tetap menekan butang menjawab panggilan.
“Hello.
Fateh, puoi venire la prossima settimana?”
Erk…. Ema
terdiam. Kemudiannya, dia menjauhkan telefon dari telinganya dan berpaling
kepada pemuda yang sedang memandu kereta itu.
“Kenapa?”
Fateh mengerling sekilas.
“Saya tak
faham kawan awak cakap apa. Bahasa Itali kot,” jawab Ema, terkebil-kebil.
Fateh
tergelak.
“Okey.
Tolong buat loudspeaker,” pinta Fateh.
Ema menekan
butang pembesar suara sebelum di dekatkan telefon tersebut kepada Fateh.
“Fateh.
Oooo, Fateh.” Si pemanggil masih di talian.
“Sì (ya),” jawab Fateh.
“Scusa, ti sto dando fastidio. Chi
è con te adesso? (Maaf, aku mengganggu kau. Kau bersama siapa sekarang ini?)”
Mendengar soalan
itu, Fateh mengerling si tunang yang setia memegang telefonnya itu.
“Qualcuno
(Seseorang). Perché mi stai chiamando? (Kenapa kau menelefon aku ni?)” soal
Fateh terus. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka ketika dia sedang memandu.
“Okey. Segreto,
no? (Rahsia, ya?). Perché stiamo parlando in italiano? (Kenapa kita
bercakap dalam bahasa Itali ni?).”
“Kaulah yang
mula dulu,” balas Fateh dalam Bahasa Melayu terus.
“Haha… Aku telefon
ni nak tanya, jadi ke kau datang minggu depan ni?” Adam di sebelah sana mula bercakap
bahasa yang difahami oleh Ema. Ema yang mendengar itu terkebil-kebil memandang Fateh.
Lahhh… Pandai Bahasa Melayu rupanya.
“InsyaAllah, jadi. Aku bawa seseorang nanti,” ujar
Fateh. Fateh yang perasan Ema sedang memandangnya itu, tersenyum.
“Siapa? Tunang
kau?”
“Iya.”
“Dapat juga kami
jumpa tunang kau.”
“Okeylah. Aku
sedang memandu ni. Ti parleró dopo (Aku akan bercakap dengan kau lain kali).”
Akhirnya, talian
diputuskan. Emameletak iPhone tersebut di tempatnya kembali.
“Mati-mati saya
ingat kawan awak ni orang Itali.”
“Kawan yang sama-sama
study di Itali dulu. Kadang-kadang kami bercakap guna bahasa tu,” balas Fateh.
“Saya patut belajar
bahasa Itali juga ni.” Ema bercakap sendiri.
KOMEN???
4 komen:
Nak lagiiiii pelissss. sha marathon habis ni lepas tukar link blog semalam. Bestnyaaaa citer ni. Pelis pelisss bab seterusnya ヾ(≧▽≦*)o
Alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu. (T.T)
wahh xsabar ni tggu dorg nk nikah kawen..harap2 xlama dh ni :)
great. lg2 kak. tak sabar tgu the wedding fattah dan ema
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D