COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 20 Ogos 2017

Takdir Cinta -56-


ENTRI LAMA


“Ada. Temuduga Ema tadi macam mana?” soal emaknya kembali.

                “Alhamdulillah, mak. Okey.”                 Ema senyum.

                “Okey tu…dapat ke?” Mazurah menyampuk lagi, tidak puas hati agaknya dengan jawapan kakak sulungnya itu.

                “Dapat alhamdulillah,” pendek jawapannya, disambut dengan senyuman oleh emak dan adik-adiknya.




ENTRI BARU
"Senyuuummm..."

Ema senyum dan fokus kepada skrin telefon yang menunjukkan gambarnya dan tiga lagi wanita diraja itu. Klik. Sesaat kemudian, mereka berempat berpandangan sesama sendiri dengan senyuman yang masih terukir di bibir masing-masing.

"Alhamdulillah.... Ema dah officially our sisters. You know what? Iman ada idea yang baik punya," ujar Cik Puan Iman setelah gambar yang diambil menggunakan telefonnya tadi dihantar terus pada kumpulan Whatsapp mereka.

 "Apa?" Tengku Syifa’ul Asrar bertanya.

"Kita berempat patut tubuhkan satu persatuan yang dijalankan atas nama Gorgeous Royal Ladies."

Krik.Krik.Krik. Semua terdiam. Beberapa ketika kemudian Ema tergelak kecil, Tengku Syifa’ul Asrar tergelak besar dan Cik Puan Airi tersengih. Cik Puan Iman pula sudah memuncung apabila ideanya diketawakan.

“Tak payah buat persatuan. Masuk yayasan Kak Airi, jadi shareholder. Bab Corporate Social Responsibilities, Kak Airi bagi pada Iman, Angah dan Ema. Nak?” Cik Puan Airi, Puteri Mahkota Zamora itu adalah Pengerusi Yayasan Hijrah, sebuah yayasan yang fokus kepada farmaseutikal.

“Jadi shareholder pun, tak boleh lawan saham Along tu, paling besar,” komen Tengku Syifa’ul Asrar pula. Ema hanya mendengar. Dia tidak pernah menyiasat tentang Yayasan Hijrah, jadi dia tidak tahu perkara-perkara terperinci tentang yayasan yang ditubuhkan oleh Cik Puan Airi tersebut.

“Cubalah beli daripada Along,” balas Cik Puan Airi, seakan-akan mencabar adinda iparnya itu.

“Tak menanglah kalau nak bertanding dengan Along tu.”

Ema dan Cik Puan Iman pula saling berpandangan sebelum masing-masing mengangkat bahu. Seketika kemudian, Ema dipanggil oleh emaknya untuk bersapa dengan beberapa orang tetamu lain. Tiga pasang mata memandang gadis itu berjalan pergi.

“Dengar cerita, Ema dah dapat kerja,” ujar Cik Puan Airi, membuatkan Iman dan Asrar memandangnya.

“Yakah? Bagus Ema ni. Tak mahu bergantung pada Ateh semata-mata walaupun dia boleh sahaja goyang kaki sebenarnya,” komen Tengku Syifaúl Asrar.

“Dia kerja di mana, kak?” soal Iman pula.

“UPNZ.” Cik Puan Airi menjawab pendek.

“Seriously? Universiti pertahanan nasional tu? Wow!” Tengku Syifaúl Asrar melopong.

“Tak boleh tinggal bidang dia kan.” Iman turut kagum.

“Tapi dia kerja sebagai apa kat sana?” soal Tengku Syifaúl Asrar.

“Achik rasa?” Airi senyum. Adinda iparnya itu dan Iman hanya tahu Ema berhenti kerja sebagai seorang anggota polis, tapi dia sendiri tahu bahawa Ema turut meletak jawatan sebagai skuad elit negara.


Ema mengangkat tangan kepada pengawal keselamatan yang sedang berjaga di pintu pagar besar universiti itu dan meneruskan pemanduannya ke arah bangunan Fakulti Pengurusan Pertahanan. Keretanya diparkir di kawasan khas untuk staf universiti tersebut. Keluar sahaja daripada kereta, dia mendengar suara para pelajar yg sedang berkawad pagi di kawasan lapang beberapa meter daripada situ.

                Sudah dua minggu dia menjadi salah seorang ahli Universiti Pertahanan Nasional Zamora ini. Dia berpuas hati dan gembira dengan suasana persekitarannya sekarang. Almaklumlah, latihan-latihan untuk menjadi seorang pejuang negara seperti sudah sebati dalam dirinya. Lalu, universiti ini menjadi pilihannya setelah dia meletak jawatan sepenuhnya daripada Kementerian Pertahanan negara itu. Dengan ini, Ema berasa dia masih boleh berbakti kepada negara.

                “Selamat pagi, Ema.” Dia disapa oleh seorang pensyarah perempuan yang juga baru sampai di kampus itu. Ema membalas  dengan senyum dan menghampiri wanita itu sebelum sama-sama berjalan ke arah pejabat mereka.

                “Ema tahu hari ni ada orang besar nak datang melawat fakulti ni?”

                “Tak tahu pula, kak. Siapa?” tanya Ema kembali.

“Akak pun tak pasti. Dengar-dengar cerita, kerabat diraja.”

Ema senyum nipis. Terbayang di fikirannya wajah-wajah Cik Puan Airi, Cik Puan Iman dan Tengku Syifaúl Asrar. Takkanlah mereka yang hendak datang ke kampus ini? Tak ada pula mereka bercerita dalam kumpulan Whatsapp ‘Gorgeous Royal Ladies’ itu.

“Selalu ke mereka datang ke sini, kak?” soal Ema. Almaklumlah, dia hanya beberapa hari memulakan perkhidmatan di universiti ini, manakala wanita di sisinya itu sudah bertahun-tahun. Tentulah wanita itu lebih arif daripadanya.

“Jarang sangatlah. Ini rezeki Ema, masuk-masuk boleh jumpa kerabat diraja,” balas wanita itu sebelum ketawa. Ema tersengih. Kebelakangan ini, dia sentiasa bertemu dengan kerabat diraja, apatah lagi pada masa hadapan nanti.

Staf-staf di pejabat pentadbiran kelihatan sibuk pada hari ini, membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tetamu. Ema tidak mahu mengganggu mereka. Dia terus sahaja ke pejabatnya dan bersedia untuk kelasnya selepas ini.


Fateh meliarkan pandangan ke kawasan luar pejabat pentadbiran fakulti. Dia ke sini atas urusan syarikat. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat dengan pihak atasan fakulti tentang program yang bakal dijalankan oleh fakulti dengan kerjasama pihak syarikatnya.

                “Tengku balik ke syarikatkah selepas ini?” soal seorang pensyarah, sekadar menghilangkan suasana sunyi antara mereka.

                Fateh tidak terus menjawab. Seketika kemudian, dia bepaling kepada pensyarah tersebut.

                “Doktor kenal Puan Syaimah Nasuha kan?” soal Fateh.

                “Saya rasa tu nama pensyarah baru kami. Kenapa ya, Tengku?”

                “Saya ingat hendak jumpa dia sekejap. Doktor tahu dia di mana?” Fateh mencuba nasib. Memang dia tidak memberitahu gadis itu tentang kedatangannya ke sini. Dia juga tidak tahu jadual gadis itu pada masa ini.

                “Ema ada kelas di kawasan menembak,” seorang wanita yang berada tidak jauh daripada mereka berdua menyampuk. Wanita itu terdengar soalannya dan mengenali Ema barangkali.

                Fateh senyum dan mengangguk kepada wanita itu tanda terima kasih. Dia meminta diri daripada pensyarah lelaki itu dan berlalu. Dia sudah biasa dengan kawasan universiti ini, jadi dia sudah tahu lokasi kawasan menempak tersebut.

Dengan senyap, dia melangkah masuk ke kawasan latihan menembak menggunakan pistol. Kelihatan beberapa orang pelajar yang berbadan tegap berdiri mengelilingi seseorang yang sedang memberi arahan. Tiada sesiapa pun perasan keberadaannya di situ.

Dia mendekat sedikit untuk mendengar arahan yang diberi oleh pengajar tersebut sebelum dia bersandar dan memeluk tubuhnya di dinding terdekat. daripada situ, dia dapat melihat gadis yang kelihatan tegas berbicara. Seketika kemudian, seakan-akan tahu dirinya sedang diperhatikan, gadis itu memandang ke arahnya. Dia mengukir senyuman apabila melihat gadis itu sedikit terperanjat dengan kehadirannya.

"Apa kata kita minta Tengku Fateh Abqari beri demonstrasi?" Cadang gadis itu sebelum menunjuk ke arahnya, menyebabkan para pelajar gadis itu berpaling dan memberi hormat kepadanya.

Fateh tersengih sumbing sebelum menolak badannya daripada dinding dan menghampiri mereka semua. Dia berhenti sedepa daripada gadis itu.

"Why should I?" tanya Fateh kembali, tanpa memberi persetujuan atas cadangan Ema. Ema memandangnya seketika sebelum berpaling ke arah para pelajarnya.

“Okey. Tengku Fateh agak keberatan hendak tunjuk demonstrasi. Kamu semua nak tengok ke tak?” soal Ema tegas kepada para pelajarnya.

“Nak, puan!!!” bergegar kawasan tersebut dengan jeritan jawapan yang penuh bersemangat itu.

Ema memandang Fateh pula.

“Tengku tentu tak mahu hampakan mereka, kan?” Sebelah keningnya diangkat. Fateh senyum sahaja. Tentulah dia akan menurut permintaan tunangnya itu. Namun, sebelum itu dia masih mahu mengusik gadis itu.

“They are your students, not mine,” jawab Fateh bersahaja.

“They are your subjects, not mine.” Ema pantas membalas.

“Not yet. When you’re mine, they’ll be your subjects too.”  Fateh kenyitkan sebelah matanya. Ema terkaku seketika, tidak mahu bagaimana hendak memberi reaksi. Tanpa menunggu balasan daripada Ema, Fateh berpaling menghadap para pelajar gadis itu dan mula memberikan sedikit penerangan sebelum mebuat demonstrasi menembak yang betul.

 Sorry sangat-sangat sebab pendekkkk.... huhu... kalau rajin, komenlah. kali ni cik haliban tak nak paksa sebab rasa bersalah sangat dah lama tak update. huhu...

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

Thanks upload entry baru. Keep it up. Lg best dpt yg pnjg lg

Tanpa Nama berkata...

best sangat,

Unknown berkata...

Please update cepat ye sis.

Unknown berkata...

Update lg sis :D

miss_aihan berkata...

fateh...menembak
x menghairankan kerana dia kerabat diraja
cuma...
siapa lebih hebat antara fateh dan ema
itu persoalan saya

Tanpa Nama berkata...

everyday i look for a new episode. sadly, i almost felt give up to keep on waiting. please, update sis. ��

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©