Terkebil-kebil Cik Puan Airi memandang skrin telefonnya seusai dia dan suaminya bersolat subuh bersama-sama. Mesej yang dihantar oleh adinda iparnya membuatkan bibirnya tersenyum selepas itu. Airi memandang si suami yang duduk di sofa dan mencapai buku di atas meja.
“Mesej daripada Ateh,” ujar Airi, melangkah menghampiri lelaki itu.
“Ada apa?” soal Tengku Iman Hakimi.
Airi tidak menjawab, namun menghulurkan telefonnya supaya lelaki itu dapat membaca sendiri apa yang tertera di skrin tersebut. Seketika kemudian, suaminya itu memandangnya dengan sebelah kening terangkat.
“Gelojoh sangat nampaknya Ateh tu,” komen Hakimi. Airi tertawa.
“Agaknya Ema sudah buat keputusan,” balas Airi sambil duduk di sisi suaminya. Seketika kemudian, bertalu-talu beberapa mesej masuk ke dalam kumpulan Whatsapp ‘Gorgeous Royal Ladies’. Agaknya, adinda iparnya, Tengku Syifa’ul Asrar dan Iman juga baru melihat telefon selepas solat subuh.
Achik (゜ロ゜) (゜ロ゜) (゜ロ゜) Biar betul Ateh ni! Angah dapat tak mesej Ateh? | |
Iman Puteri Darwish Kenapa? Apa cerita? | |
Achik Ema mana? Meh kita tanya dia. | |
Iman Puteri Darwish Cerita dinner yang Ema pergi semalam ke? | |
Ema Erk… Ada apa? Dia mesej apa? | |
| Ema tak tahu? |
Ema Tak sure apa yang berlaku ni. | |
Iman Puteri Darwish Iman lagilah tak fahammm… | |
Airi tersenyum dengan gelagat Iman. Iyalah, ahli-ahli kumpulan ‘Gorgeous Royal Ladies’ ni semuanya berada di Zamora kecuali Iman. Iman adalah warganegara Darwish dan berkahwin dengan Putera Mahkota Darwish. Tiba-tiba, Achik menghantar satu gambar screenshot yang tertera satu ayat mesej daripada adinda bongsu mereka itu.
‘ Ateh nak kahwin minggu depan. ’
Nampaknya, Achik menerima mesej yang sama sepertinya. Hanya sepotong ayat itu yang dihantar oleh Ateh. Airi terfikirkan ayahanda dan bonda mertuanya. Adakah Ateh hanya sepotong ayat ini menjadi berita kepada kedua-duanya itu? Harap-harap Ateh sudah betul-betul berbincang dengan Raja dan Permaisuri Zamora itu.
Iman Puteri Darwish OMG!!! Seriuslah ? | |
Achik Hahaha… Tak percaya ke? Screenshoot tu, okey… | |
| Akak pun dapat mesej begitu. |
Iman Puteri Darwish Ema… sampai hati tak beritahu awal-awal. | |
Achik Haaa…. Ema, tak nak cerita ke? | |
Iman Puteri Darwish Cik abang Iman pun terkejut ni. Hihi… | |
| Ateh belum sempat cerita kat Danish kot. |
Achik Ateh ni kelakar. Tiba-tiba sahaja. Ema ajak dia kahwin ke semalam, Ema? | |
| Hihihi… |
Iman Puteri Darwish (゜ロ゜) (゜ロ゜) (゜ロ゜) Go Ema, go! | |
Ema Ya Allah… Ema tak tahu apa-apa pasal ni. Dia bergurau ke tu? (-_-)ゞ゛ | |
Achik Macam tu pula… Cuba cerita apa yang jadi semalam. | |
Airi menggeleng sendiri. Adakah Fateh membuat keputusan tanpa berbincang dengan pasangannya? Airi memandang suaminya seketika sebelum meletakkan telefonnya di atas meja kecil di hadapan mereka. Sekejap lagi dia akan lihat semula apa yang terjadi. Buat masa sekarang, dia hendak pergi melihat anakanda-anakandanya dahulu.
Ema merenung skrin di telefon bimbitnya. Beberapa kali dia membaca semula mesej-mesej daripada wanita-wanita kerabat diraja dalam kumpulan Whatsapp itu. Dia seperti tidak percaya mesej yang dihantar oleh Fateh kepada kakanda-kakandanya itu.
“Kahwin minggu depan?” bisik Ema. Apa yang dia tuturkan pada lelaki itu semalam adalah kesudiannya untuk memberi satu lagi peluang untuk menyambung hubungan mereka berdua, bukannya mengajak lelaki itu kahwin seperti yang disangka oleh Tengku Syifa’ul Asrar! Dia membuat keputusan tersebut spontan selepas kejadian ‘dia menolak Melissa’ semalam. Fateh lebih mempercayainya berbanding dengan Melissa. Dia masih ingat betapa lebarnya senyuman lelaki itu selepas itu, namun mereka tidak berbincang lebih lanjut tentang hubungan mereka semalam kerana mereka berada dalam majlis terbuka.
Tiba-tiba, Subuh ini dia mendapat berita yang membuatkan dia terkaku seketika. Ema menggeleng sendiri. Entah apa yang Tengku Fateh Abqari fikirkan, dia tidak tahu. Baginya, sekarang bukanlah masanya lagi untuk dia mendirikan rumah tangga.
Lagu tiba-tiba berkumandang daripada iPhone di tangannya itu. Melihat nama yang tertera di skrin itu, Ema menghela nafas. Panjang umur! Jarinya digerakkan di atas skrin untuk menerima panggilan tersebut. Salam yang diberi oleh si pemanggil dijawab dengan elok.
“Awak dah solat Subuh?” Itu soalan pertama yang ditanya kepada Ema, membuatkan gadis itu tersenyum nipis. Dia ingatkan Fateh ingin terus bercakap tentang apa yang kecoh di kumpulan Whatsapp ‘Gorgeous Royal Ladies’ tadi.
“Sudah.” Pendek sahaja jawapan Ema.
“Good. Jom keluar jogging. Saya ambil awak setengah jam lagi. Lepas tu kita sarapan bersama-sama. Okey?” Lancar lelaki itu memberitahu perancangannya.
Ema mengangkat muka, memandang jam di dinding biliknya itu. Sekarang waktu sudah menganjak kepada pukul enam setengah pagi. Keadaan di luar juga sudah mula cerah sedikit.
“Okey.”
Ema bersiap-siap dalam masa tiga puluh minit itu. Apabila dia keluar daripada rumah sewanya, kelihatan kereta Fateh telah diparkir di hadapan pagar dan lelaki itu sedang bersandar di kereta tersebut, memeluk tubuh dan menunduk ke bawah. Walaupun hanya berseluar trek dan bert-shirt jersi, lelaki itu tetap tampak segak.
Ema menghampiri Fateh yang seperti tidak perasan akan kehadirannya di luar rumah sewanya itu. Apa yang lelaki itu pandang di atas tanah itu? Ema berhenti selangkah di hadapan Fateh.
“Awak.” Ema menyapa lelaki itu, membuatkan Fateh terkejut dan pantas mengangkat wajahnya.
“Cara. Oh, dah siap? Jom.” Laju sahaja Fateh membuka pintu untuknya. Walaupun hairan, Ema tetap membiarkan kelakuan Fateh itu dan masuk ke dalam kereta. Fateh memandu kereta sebelum masuk ke sebuah kawasan bertasik yang terletak lima belas minit daripada rumah sewanya itu. Sudah ada beberapa buah kereta di kawasan tersebut.
Setelah tiga puluh minit berlari mengelilingi tasik tersebut beberapa kali, Ema berhenti dan membiarkan Fateh dengan lariannya. Lelaki itu mengelilingi tasik tersebut sebanyak dua kali lagi sebelum berehat di sebelahnya yang duduk di atas rumput menghadap air tasik yang tenang itu. Ema menghulurkan botol air kepada lelaki itu. Habis separuh air dalam botol itu diteguk oleh Fateh.
“Kak Asrar ingat saya ajak awak kahwin semalam,” ucap Ema sambil memandang tepat wajah Fateh. Dia ingin melihat reaksi Fateh. Lelaki itu kaku seketika sebelum membetulkan duduk, bersila betul-betul menghadap dirinya. Nampaknya lelaki itu sudah dapat mengagak apa yang berlaku akibat mesej yang dihantar oleh lelaki itu kepada ahli kerabat keluarganya.
“Saya serius.” Dua patah sahaja balasan Fateh. Giliran Fateh pula merenung wajah Ema dengan serius.
“Minggu depan?” Ema menduga lagi, menginginkan kepastian.
Fateh anggguk.
Ema diam seketika. Dia nampak betapa seriusnya Fateh ingin mengikat hubungan antara mereka. Pandangannya dialihkan kepada air tasik yang memancarkan refleksi langit biru di atas sana itu.
“Setahun,” ujar Ema, memandang lelaki di sebelahnya kembali. Nampak Fateh terkejut sebelum menghela nafas panjang.
“Cara… tujuh hari dengan tiga ratus enam puluh lima hari itu jauh bezanya. Enam bulan,” tawar Fateh. Dia sudah bersyukur sebenarnya apabila gadis di hadapannya itu tidak terus membantah, namun dua belas bulan itu terasa begitu lama.
“Sembilan bulan.” Ema menambah masa lagi.
Amboi! Fateh menjadi geram.
“Tiga bulan. Minggu depan kita bertunang. Titik,” putus Fateh dengan tegas. Dia memeluk tubuhnya. Berhadapan dengan seorang Syaimah Nasuha ini, dia perlu berkeras kepala. Jika tidak, dia tidak akan dapat apa yang dia mahu.
“Tapi…”
“Cara, per favore[1]. Saya takkan halang apa yang awak nak buat lepas kita kahwin asalkan syariat membenarkan. Saya janji!” Fateh mengangkat tangan kanannya separas bahu, gaya bersumpah.
“Tapi…”
“Dugaan dalam pertunangan itu lagi hebat daripada biasa. Saya tak nak perkara yang sama berlaku lagi, cara. Hati saya ni… sakit bila mengingatkan bahawa awak tak mahukan saya.” Tangan yang tadinya diangkat separas bahu itu digenggam dan dipukul beberapa kali di dada belah kirinya, di mana jantung terletak. Dahi lelaki itu berkerut seribu.
Ema terkedu. Melihat raut wajah Fateh itu, mengingatkannya akan kepedihan yang dirasai beberapa bulan yg lalu. Rupanya, mereka berdua sama-sama berasa sakit dengan apa yang terjadi. Dia menghela nafas panjang. Direnung rumput hijau di hadapan mereka itu seketika.
“Cara…”
“Assalamualaikum.” Satu salam mencelah apa yang ingin keluar daripada mulut Fateh. Ema berpaling ke belakang mereka berdua. Seorang lelaki yang berpakaian sukan sedang menyuakan senyuman kepada dia dan Fateh. Sekali pandang, dia sudah tahu siapa lelaki ini.
“Lan. Kau stalk aku ke?” Soalan itu tiba-tiba ditanya oleh Fateh. Ema tersengih.
“Hoi! Salam aku tak jawab, main tuduh-tuduh pula,” balas lelaki itu sambil merendahkan diri dan akhirnya duduk bersila menghadap dia dan Fateh itu.
“Jemput diri sendiri duduk nampaknya,” tambah Fateh, menyindir kawannya, Azlan.
“Dengan kawan pun nak berkira. Siapa suruh kau dating kat sini?” Lelaki itu mengangkat sebelah kening sebelum memandang Ema dan senyum kepada gadis itu.
“Hai. Saya tak pasti kalau awak ingat saya atau tak. I’m Azlan.”
Ema hanya senyum dan mengangguk. Dia tentulah ingat siapa lelaki itu. Sebagai seorang bekas perisik negara, memorinya telah dilatih untuk mengingati muka dan nama seseorang dengan pantas.
“Kau datang seorang?” Fateh mula berbual dengan kawannya itu. Ema hanya membiarkan mereka berdua. Dipandang air tasik yang tenang itu seketika sebelum dia mengangkat kepala, memandang langit yang putih kebiruan. Namun, terdapat kawasan yang berlangitkan awan yang gelap, menandakan bahawa hujan akan turun di kawasan tersebut. Hujan pada siang hari, bukanlah sesuatu yang pelik.
“Aku gerak dulu.” Azlan meminta diri beberapa ketika kemudian.
Ema hanya senyum dan mengangguk kepada lelaki itu.
“Cara, jom. Langit gelap macam nak hujan ni.” Fateh pula mengajaknya. Ema bangun, bergerak ke arah tempat parkir kereta seiring dengan pemuda itu. Baru beberapa langkah mereka bergerak, hujan mula turun dengan lebat secara tiba-tiba. Melihat Fateh yang mengubah arah menghala ke sebuah wakaf yang terdapat di situ, Ema menurut jejak lelaki itu. Orang telah ramai berteduh di pondok tersebut. Ema terpaksa berdiri di hadapan Fateh sahaja.
"Hujan," ujar Fateh sepatah.
Ema mengerling lelaki di belakangnya itu seketika namun tidak membalas apa-apa.
"Ingat tak our first moment?" Suara Fateh mula rendah seakan-akan berbisik kepadanya.
“First moment?” Momen apanya hujan-hujan ni? Berkerut dahi Ema.
Fateh senyum sahaja apabila gadis di hadapannya itu tidak menjawab.
Fateh memandang Ema yang sedang memandang langit gelap yang sedang mencurahkan rintik-rintik hujan dengan lebatnya. Dia melihat gadis itu menghulurkan tangan, merasai titik-titik hujan. Seketika kemudian, dia melihat Ema mengangkat sedikit kain gaunnya dan menutup kepala dengan beg tangannya, seakan-akan hendak meredah hujan yang lebat itu.
Pantas dia berlari menghampiri Ema yang sudah dua langkah meredah hujan. Dalam hujan itu, Fateh mencapai lengan gadis itu dan menariknya kembali ke bawah lindungan bangunan hotel tersebut. Habis basah bajunya. Baju gadis itu juga sudah basah dan seakan-akan lutsinar pula apabila terkena air hujan. Fateh segera mencabut kot putihnya dan menyarungkan kot tersebut ke badan Ema.
“Tengku…”
Hujan akhirnya berhenti setelah beberapa ketika. Ema dan Fateh segera ke kereta, bimbang hujan turun lagi secara tiba-tiba. Fateh berpaling kepada gadis itu setelah keretanya dihidupkan.
“Breakfast?” sepatah soalannya. Ema mengangguk setuju sahaja.
![]() |
Rumah emper (penthouse) Tengku Fateh |
Ema duduk di atas lantai, di tepi emaknya yang elok duduk di atas kerusi sambil menonton televisyen itu. Adik-adiknya semuanya ada di hadapan mereka itu, senyap sahaja menonton drama televisyen. Tiba-tiba, belakang kepalanya terasa diusap.
“Kenapa, mak?” Ema berpaling memandang emaknya.
“Nak kahwin dah anak sulung mak ni,” ujar si ibu dengan senyuman.
Ema senyum tawar. Benar, dua hari yang lepas dia telah memberi persetujuannya kepada Fateh untuk bertunang terlebih dahulu.
“Dengan anak raja pula tu. Uya pula yang teruja,” sampuk si adik perempuan dengan sengihan.
“Akak tinggal dalam istana ke nanti?” Syafik menyoal pula.
Ema menggeleng.
“Tengku Fateh tak duduk dalam istana,” jelasnya ringkas. Dia teringat akan rumah emper milik lelaki itu. Kemungkinan besar, selepas berkahwin, mereka akan tinggal di sana.
“Mak masuk istana tadi, bincang apa mak?” Mazurah menyoal emak mereka, ingin mengorek cerita. Maklumlah, bukan semua orang dapat masuk istana tau!
“Bincang tentang majlis pertunangan Kak Emalah. Tarikh, tempat, barang-barang,” jelas emak mereka dengan ringkas. Cerita panjang-panjang kepada anak-anaknya itu, bukannya mereka boleh membantu sangat.
“Bertunang kat rumah ni ke mak?” Soal Majid pula.
“Tak. Di istana nanti.”
“Barang-barang nanti, kita pergi beli ya mak,” ujar Ema tenang. Dia sudah agak majlis akan dijalankan di dalam istana. Dia juga lebih senang begitu sebenarnya. Tak boleh dibayangkan Raja dan Permaisuri Zamora perlu datang ke rumah mereka di kampung ini untuk majlis tersebut.
“Fateh kata dia akan tanggung, Ema,” balas emaknya.
“Dia ada sekali tadi, mak?” tanya Ema, hairan sedikit. Lagipun, hanya emaknya yang masuk ke istana pagi tadi. Dia sendiri tidak ikut kerana ada hal lain tadi.
“Ada. Temuduga Ema tadi macam mana?” soal emaknya kembali.
“Alhamdulillah, mak. Okey.” Ema senyum.
“Okey tu…dapat ke?” Mazurah menyampuk lagi, tidak puas hati agaknya dengan jawapan kakak sulungnya itu.
“Dapat alhamdulillah,” pendek jawapannya, disambut dengan senyuman oleh emak dan adik-adiknya.
6 komen:
Terima kasih update...
Dah nak tunang...lepas tu kawinnn...hahaha..
Thanks for the updated.. xsbr nxt update..
Ahhhhh... rindu ema & fateh. Lama tak jenguk sini
Ema & Fateh...... bila nak muncul ni
Bila ema n fateh nk muncul? Miss them already. Fighting cik penulis!!
Sambung please
Dh lama admire istana airi dan keluarga
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D