COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 15 April 2017

Takdir Cinta -54-


Perjalanan mereka ditemani oleh siaran lagu nasyid penyanyi terkenal Maher Zain. Daripada rumah sewa Ema, perjalanan mereka hanya akan mengambil masa dalam dua puluh minit untuk tiba ke destinasi. Fateh mengerling gadis di sebelahnya beberapa kali.  Gadis itu memakai dress jubah yang berwarna hijau muda dan tudung shawl berwarna putih. Ringkas sahaja, Fateh mengangguk sedikit. Lulus!
                Kemudiannya, Fateh mencapai kotak hitam yang kecil dan panjang terletak di atas dashboard bahagian tengah keretanya itu. Dihulurkan kotak itu kepada Ema.
                “Nah, bukalah sekarang,” ujar Fateh. Namun matanya tetap ditumpukan pada jalan raya.
                Ema mengambil kotak tersebut tanpa suara. Dipandang wajah lelaki di sebelahnya itu seketika sebelum perhatiannya ditumpukan kepada kotak segi empat yang berwarna hitam itu. Penutup kotak dibuka. Melihat hadiah yang terletak elok di dalam kotak itu, Ema pantas berpaling. Brooch berantai yang elok terletak pada belah kiri kot yang dipakai oleh Fateh direnung seketika sebelum dia melihat  brooch berantai yang berada dalam kotak di tangannya itu pula.  Ema senyum kecil. Brooch berantai itu diambil keluar daripada kotak.
                “Gunalah sekarang,” ucap Fateh. Dia turut senyum apabila melihat senyuman Ema. Tanpa suara, Ema menurut kehendak lelaki itu.
Pada bahu kiri Ema, cantik terletak brooch berantai berbentuk mahkota itu. Pada bahagian kiri dada Fateh pula, elok terletak  brooch berantai yang hampir sama dengan apa yang ada pada Ema. Bezanya hanya pada bentuk mahkota pada brooch masing-masing. Jika mereka berjalan seiring, sesiapa yang memandang akan perasan persamaan fesyen mereka berdua yang hampir sama ini. Fateh memang sengaja dan Ema juga tidak membantah. Kedua-dua mereka bersetuju dalam diam.
Mereka tiba di destinasi pada masa yang ditetapkan. Sebaik sahaja sampai, mata Ema tangkas menangkap imej insan-insan penting dalam pertahanan negara mereka. Dia senyum nipis. Sudah masanya dia melaksanakan rancangan yang dia fikirkan sejak beberapa hari yang lalu.
Fateh mengerling raut wajah gadis di sebelahnya. Ema tampak lebih ceria daripada biasa. Hatinya lega.  Mereka berdua mengambil tempat duduk di meja yang telah disediakan. Fateh kemudiannya bangun daripada situ untuk mengambil pencuci mulut di meja bufet untuk mereka berdua.
“Ema.”
Ema berpaling apabila ada suara lain menyebut namanya.
“Haris. Kau pun ada di sini. Datang dengan siapa?” Dia memandang Haris yang baru sahaja berhenti di belakang kerusinya itu. Lama dia tidak bersua dengan kawan-kawannya daripada Skuad Beta.
“Aku datang dengan Liza. Tak sangka pula kau ada juga di sini sebab Liza cakap kau dah berhenti kerja, kan?” Haris mengambil tempat duduk yang kosong di sebelah Ema, tempat duduk Fateh tadi.
Shushhh...” Ema meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
Berkerut dahi Haris seketika sebelum matanya membulat. Kemudian, riak wajah lelaki itu kembali normal. Ema senyum tawar. Dia sudah membuatkan Haris menganggap bahawa dia sedang dalam tugas rahsianya sekarang.
                “Meja kau di mana?” soal Ema berbasa-basi.
                Lelaki itu menunjuk ke arah belakangnya. Ketika Ema berpaling, terkebil-kebil dia memandang insan di belakang Haris itu.
“Ehem. Ehem.”
Haris turut menoleh.
“Fateh. Lama tak jumpa. Kau sihat?” Melihat kawannya itu, Haris bangun bersalam, memeluk dan menepuk belakang Fateh.
Ema hanya memandang. Tiba-tiba, Haris kembali merenungnya. Paling tepat, Haris sebenarnya merenung brooch berantai di bahunya itu. Lelaki itu mengangkat kening ke arahnya. Tentu Haris telah perasan aksesori yang hampir sama pada pakaian Fateh itu. Ema mencapai gelasnya yang berisi air dan berpura-pura tidak tahu apa-apa.
“Kau kenal Ema?” soal Fateh pula sambil meletakkan sepiring pencuci mulut di hadapan Ema, terang-terangan memberitahu Haris bahawa mereka berdua memang ada hubungan.
“Kenal. Siapa tak kenal Si Ema ni? Satu ibu pejabat polis tu kenal dia. Aku rasa dalam dewan ni, empat puluh peratus yang kenal Ema ni,” balas Haris, membuatkan Fateh mengangkat keningnya ke arah Ema.
Ema pula menajamkan pandangannya ke arah Haris. Apa pula yang Haris hendak buat ni? Namun, kemudiannya dia kembali tidak menghiraukan lelaki itu. Dia sangat pasti, Haris tidak akan membongkar rahsianya. Rahsianya adalah rahsia kerajaan! Mana mungkin Haris akan buat sesuatu yang lebih daripada itu.
“Popular bakal isteri saya ni rupanya.” Fateh tunduk dan berbisik, hanya untuk pendengaran gadis di hadapannya itu. Dahi gadis itu berkerut kecil, namun tidak lama. Fateh senyum apabila tiada bangkangan yang muncul daripada mulut Ema.
“Macam mana kau boleh kenal Ema, Fateh?” soal Haris pula.
“Sekolah sama.”
“Oh… Highschool sweethearts lah ni?”
Fateh ketawa senang hati mendengar tanggapan Haris. Ema mengerling sekilas ke arah kedua-dua lelaki itu. Dibiarkan Haris dan Fateh berbual. Pandangannya di alihkan ke arah lain. Matanya melilau mencari seseorang. Apabila targetnya sudah dikenalpasti, Ema tersenyum nipis. Dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah insan tersebut. Fateh dan Haris tidak bertanya dan juga tidak menghalang. Mereka berdua hanya memandang Ema yang semakin menjauh itu.

Ema menghampiri meja buffet setelah dia selesai menjalankan misi peribadinya. Daripada pemerhatiannya pada malam ini, dia turut nampak kelibat Hijazi dan Melissa dalam majlis makan malam ini. Mengapa dua insan tersebut ada dalam majlis anjuran Kementerian Pertahanan ini, Ema malas hendak ambil tahu. Itu bukan urusannya dan sebolehnya dia tidak mahu berbicara dengan mereka berdua. Namun, sejauh manapun Ema cuba mengelak, dia tidak boleh lari daripada perancangan yang Allah sudah tetapkan.
                Sedang elok dia memilih kek di meja bufet itu, seseorang datang berdiri di sebelahnya. Ema hanya memandang dengan hujung matanya. Melihat gaya badan dan warna gaun gadis di sebelahnya, dia sudah tahu gerangan gadis tersebut. Namun dia tetap tidak menegur gadis itu.
                “Tak sangka boleh jumpa you di sini.”
                Ucapan daripada sebelahnya itu memaksa Ema berpaling.
                “Cik Melissa… Apa khabar?” Senyuman manis terukir di bibirnya.
                Dilihatnya, gadis itu menyuakan senyuman sinis kepadanya.
                “Tak sangka sampai ke sini you kejar Kapten Fateh,” ujar Melissa tanpa menjawab soalan sebenarnya.
                Mendengar kata-kata sinis gadis itu, Ema tetap dengan senyuman manisnya. Agaknya, gadis di sebelahnya itu tidak melihat ketibaannya bersama Tengku Fateh tadi. Sama ada gadis itu tidak perasan atau tiba lebih lewat daripada mereka berdua.
                “Apa maksud Cik Melissa?” soal Ema, berpura-pura tidak tahu.
                I tak tahu macam mana you boleh masuk ke majlis makan malam ni. Lebih baik you balik sekarang sebelum penganjur sedar bahawa you tak dijemput di sini,” ugut Melissa tiba-tiba.
                Ema tergelak kecil. Melissa cuba hendak memalukannya dalam majlis yang penuh dengan orang-orang kenamaan ini?
                Why should I? Macam mana pula saya nak tahu bahawa bukan Cik Melissa yang crash event ni? Saya patut panggil sekuriti untuk pastikan sama ada Cik Melissa ada kad jemputan atau tidak,” ucap Ema bersahaja.
You ingat I main-main?!” Sedikit tinggi suara gadis di sebelahnya itu, namun tidak sampai menganggu orang di sekeliling mereka.
“Cik Melissa nak timbulkan masalah dalam majlis ni? Nanti apa pula kata Tengku Fateh. Kita tak nak Tengku Fateh ada pandangan buruk pada Cik Melissa, kan?” Balas Ema seraya menoleh dan menajamkan pandangannya, membuatkan gadis di sebelahnya itu terkaku seketika. Seketika kemudian, Ema kembali menyuakan senyumannya. Dia kembali menghadap makanan di meja bufet itu.
“Aahh!” Satu jeritan kecil kedengaran di sebelahnya, membuatkan dahi Ema berkerut dan dia berpaling penuh menghadap Melissa yang seperti baru sahaja terjatuh. Apa yang berlaku sedangkan tiada apa-apa yang membolehkan gadis itu terjatuh? Orang-orang di sekeliling sudah mula memberi tumpuan kepada mereka berdua. Ema meletakkan piring dan menghulurkan tangan untuk membantu Melissa bangun, namun gadis itu cuba untuk mengelak sentuhannya. Lakonan apakah yang sedang dimainkan oleh gadis ini?
Cara. Melissa.” Suara Fateh yang memanggil daripada belakang membuatkan Ema faham apa yang terjadi sebenarnya. Melissa ingin mengambil perhatian Tengku Fateh Abqari ini. Fateh berdiri di sebelahnya dan mengarahkan seorang pelayan perempuan berdekatan untuk membantu Melissa bangun berdiri semula. Ema hanya memandang tanpa bicara. Tiba-tiba dia mengalami dejavu. Kejadian ini pernah berlaku? Mana mungkin.
                Cara, apa yang berlaku ni?” soal Fateh kepadanya.
Ema diam lagi, memandang senyuman sinis yang Melissa suakan kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia memandang tepat mata Fateh. Mereka saling berpandangan. Tentu lelaki itu menyangka bahawa dialah punca Melissa terjatuh itu, padahal dia tidak buat apa-apa. Malah, dia langsung tidak sentuh tubuh gadis itu.
“Kapten…” Melissa tiba-tiba memanggil Fateh dengan sayu.
 Kedua-dua Ema dan Fateh berpaling ke arah Melissa. Wajah gadis itu kelihatan seperti serba-salah untuk mengatakan sesuatu.
“Bukan salah Cik Syaimah, Kapten. Cik Syaimah tak sengaja langgar I tadi,” ucap gadis itu.
Ema berasa ingin ketawa sahaja mendengar kata-kata gadis di hadapannya yang nyata ingin melibatkannya dalam kejadian ini. Walaupun mereka berdiri bersebelahan seketika tadi, namun jarak mereka lebih kurang satu meter. Dia tidak pernah langsung menyentuh tubuh badan Melissa, apatah lagi melanggar gadis itu.
“Awak pasti itu yang berlaku, Cik Melissa? Saya rasa mungkin Cik Melissa terjatuh sebab kasut Cik Melissa tinggi sangat atau kaki gaun Cik Melissa sempit sangat,” balas Ema dengan sinis, tanpa menunggu pemuda di tepinya berkata sesuatu. Dia seorang gadis yang kuat. Dia tidak perlukan pertolongan seorang lelaki untuk mempertahankannya. Lagipun, orang ramai sudah tidak memandang mereka. Dalam majlis yang dipenuhi dengan orang-orang yang berkaitan dengan pertahanan negara, kejadian begini tidak begitu menarik perhatian mereka.
I tahu you tak suka I, tapi janganlah sampai you hina I macam ni.” Bertambah sayu nada Melissa.
Ema menghela nafas.
“CCTV banyak dalam dewan ni. Saya boleh bawa bukti tu kalau Cik Melissa nak tapi jangan sampai Cik Melissa yang malu dan memalukan orang yang bawa Cik Melissa ke majlis ini,” putus Ema dengan tegas. Dia malas hendak meneruskan drama yang diarahkan oleh gadis di hadapannya ini. Seleranya untuk makan pun sudah tiada.
Sesaat kemudian, dia memandang Fateh di sisinya dan berlalu daripada situ. Dia juga tidak kisah jika Fateh ingin terus berada di situ. Fateh mempercayainya atau mempercayai Melissa pada malam ini akan menentukan hala tuju hubungan mereka selepas ini, putus hatinya sekali lagi!
Baru beberapa langkah dia menjauh daripada Fateh dan Melissa, laluannya dihalang oleh seseorang yang tiba-tiba sahaja. Ema memandang insan tersebut dan mengeluh dalam hati. Hijazi.
“Boleh kita bercakap sekejap?” Hijazi memulakan bicara.
“Cakaplah,” balas Ema terus. Dia tidak mahu berbual dengan Hijazi di sudut tertentu. Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan satu sampul surat kepadanya. Ema tidak terus mengambil sampul tersebut.
“Jemputan untuk majlis Jaz dan Diana  bulan depan. Jaz tak pasti bila lagi kita boleh jumpa. Jadi, Jaz bagi sekarang kad ni,” ujar Hijazi dengan senyuman nipis.
Ema turut tersenyum. Lega dia mendengar perkembangan hubungan Hijazi dan tuning lelaki itu. Ini bermakna, hubungannya dengan Hijazi sudah putus dengan bersih. Baru sahaja dia menghulurkan tangan, ada tangan yang lain dari sisinya sudah menyambut sampul kad tersebut.
“Aku ambil bagi pihak Ema. Congratulations.”
Ema memandang dari tepi namun tidak membantah perbuatan Fateh yang seakan-akan mewakilinya itu. Dia tidak sangka Fateh hanya mengambil masa yang sekejap sahaja untuk uruskan hal Melissa tadi.
“Seronok bercakap dengan Hijazi?” soal Fateh kepadanya setelah Hijazi berlalu meninggalkan mereka berdua. Berkerut dahi Ema untuk seketika. Nada suara Fateh seakan-akan sedang mengejeknya.
How’s your Melissa?” balas Ema pula, seraya menghadap Fateh.
My Melissa? Cara, saya tak ada apa-apa dengan Melissa. Dia rakan tempat kerja saya sahaja. Boleh tak awak percayakan saya for once?” Dahi Fateh pula yang berkerut.
“Dan saya tak ada apa-apa dengan Hijazi. Dia datang untuk beri kad kahwin diakan tadi? Kenapa awak terus nak menyakitkan hati saya?”
Cara, saya…”
Ema memotong sebelum Fateh selesai menjawab.
There is no relationship if there is no is trust, Tengku. Setiap kali berlaku sesuatu, awak cari salah saya. Awak anggap saya siapa sebenarnya, Tengku? Kadang-kadang, saya rasa saya ni tiada nilai pun di mata awak.” Ema menghela nafas dan berpaling ingin berlalu, namun lengannya pantas dipegang oleh lelaki itu. Ema menoleh dengan kerutan kuat di dahinya. Dia tidak suka dipegang.
Cara, saya bergurau sahaja tadi.”
Ema terkedu. Kerutan di dahinya mula berkurang. Terkebil-kebil dia memandang Fateh. Lengannya juga sudah dilepaskan. Ema menarik nafas panjang. Dia baru tersedar. Mula-mula, dia berasa jengkel dengan sikap Melissa, kemudiannya dia tiba-tiba bertembung dengan Hijazi dan disindir oleh Fateh pula. Akhirnya, dia telah melepaskan kemarahannya kepada Fateh. Nasib baiklah suaranya tidak tinggi dan tidak menarik perhatian orang lain. Ema memandang Fateh.
“Dah tenang?” Fateh mula tersenyum.
Sorry…” ucap Ema. Dia berasa bersalah kerana memarahi lelaki itu sedangkan lelaki itu hanya bergurau.
“Saya beritahu Melissa bahawa saya akan sokong awak walau apa pun yang berlaku. Dalam hidup saya, awak adalah antara orang yang paling penting. Saya bagitahu awak sekali lagi. Dengar baik-baik, cara.” Fateh berdiri betul-betul di hadapan Ema. Dia merenung mata gadis itu. Ema diam sahaja.
“Saya sayangkan awak.”
                Ema merenung wajah yang sedang serius di hadapannya. Kalaulah dia boleh melihat masa depan mereka berdua dengan melihat wajah lelaki itu, namun itu semua tidak mungkin. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Manusia seperti mereka hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.
“Saya sudah buat keputusan.”
 
jeng jeng jengggg...
puas hati tak? ;)
komen tauuu.... terima kasih, kawan-kawan!
 

5 komen:

Unknown berkata...

Wahh suspen ni...ape yg ema nk gtau tu?

Unknown berkata...

Jeng jeng jeng fateh...

RaBiatuLadAwiYaH berkata...

Alaaaa..sambung lagi..best cerita ni

eifa arey berkata...

Gurau kasar yer

Unknown berkata...

Sambungan sume ni x de buat dalam bentuk buku novel yang dijual ker ?? Mesti lgi best

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©