“Saya perlukan seorang lelaki yang setia, faham
saya dan sentiasa jujur dengan saya, Tengku. Kalau Tengku rasa saya kolot, mengongkong
dan menyusahkan Tengku, saya rasa lebih baik we end it here and now.
Tengku lebih bebas berkawan dengan sesiapa yang Tengku mahu tanpa ada orang
yang boleh mempersoalkan hidup Tengku,” putus Ema. Memandangkan lelaki itu
tidak langsung menjawab kata-katanya, Ema meminta diri daripada situ. Dia sudah
cakap apa yang dia hendak cakap. Sekarang, Tengku Fateh Abqari hanya perlu
membuat keputusan yang muktamad sahaja.
.
.
.
SAMBUNGAN...
"Abang,
kakak dan adik buat apa ni?" soal Fateh apabila masuk ke ruang tamu
kediaman kakandanya. Kelihatan kembar tiga kesayangan semua itu sedang
bergelumung dengan kertas-kertas pembalut hadiah.
"Balut hadiah!" jawab si kakak,
Tengku Hafawati Khairiyah.
"Untuk siapa? Ateh nak, boleh?" usik
Fateh.
"Tak boleh! Ni cikgu punya!" Si adik,
Tengku Huda Khairiyah membangkang.
Fateh mengangkat kening. Nak bagi hadiah untuk
cikgu mereka?
"Esok Hari Guru di sekolah, Ateh." Si
abang, Tengku Iman Hadif menjawab persoalan di mindanya. Fateh mengangguk
sendiri. 'Sekolah' yang dimaksudkan oleh anakanda-anakanda saudaranya itu
tentulah tadika elit yang dihadiri oleh mereka itu.
"Haaa... sebut pasal sekolah ni. Ateh dan
Ema satu sekolah, dulu kan?" Kakanda iparnya yang hanya memerhati daripada
tadi bertanya .
Fateh senyum nipis dan mengangguk sahaja. Sebut
tentang Ema... Tiada apa yang boleh dia bicarakan di kala itu. Pertemuannya
dengan Ema petang tadi tidak berakhir dengan begitu aman. Dia menjadi keliru
dengan hati sendiri. Lalu, malam ini dia pulang ke istana. Dia ingin bercakap
dengan seseorang tentang masalahnya dengan Ema sekarang ini.
“Ateh… Ateh okeykah? Mengelamunkan apa tu?”
Fateh memandang kakanda iparnya sekilas.
“Angah… Ema minta putus dengan Ateh,” ujar
Fateh menunduk. Dia telah bersedia untuk mendapat reaksi terkejut daripada
wanita itu namun tiada apa-apa yang berlaku. Ruang itu hanya bising dengan
gelagat kembar tiga itu. Fateh mengangkat wajah, memandang kakanda iparnya.
Wanita itu sedang senyum nipis.
“Angah sudah tahu?” soal Fateh. Wajah Airi
hanya tenang sahaja. Adakah pergaduhannya dengan Ema telah diketahui oleh
seluruh keluarga diraja?
“Apa yang jadi sebenarnya, Ateh? Belum pun
sampai sebulan Ateh bawa Ema jumpa ayahanda dan bonda. Kalau mereka berdua
tahu, tentu mereka kecewa dengan berita ni. Ayahanda sangat sukakan Ema, Ateh.
Apa yang jadi sebenarnya? Ateh hendak cerita pada Angah?”
Fateh mengeluh. Betul kata kakanda iparnya.
Belum sampai sebulan dia memperkenalkan Ema kepada ayahanda dan bondanya tanda
hubungan mereka berdua sangat serius. Lihatlah sekarang apa yang sedang
terjadi? Adakah semua ini salah dirinya? Diakah yang tidak pandai menjaga
hubungan mereka? Adakah dia masih mentah dalam kehidupan ini sedangkan sudah
dua puluh lapan tahun dia hidup dan pelbagai cabaran telah dia tempuhi.
Akhirnya, Fateh bercerita kepada wanita itu apa
yang berlaku bermula daripada hari Ema diperkenalkan kepada keluarga diraja
sehinggalah petang tadi. Selesai dia bercerita, Fateh menghembuskan nafas dan
bersandar sambil menutup matanya. Terasa sedikit ringan hatinya setelah beban
masalahnya diluahkan kepada seseorang.
“Ateh okey?”
Fateh membuka mata dan menyuakan senyuman tawar
kepada kakanda iparnya yang bertanya. Beruntung kakanda sulungnya mendapat
seorang isteri yang lembut dan memahami seperti wanita ini. Wanita ini adalah
kakanda angkatnya sebelum menjadi kakanda iparnya. Lalu, dia tidak langsung
canggung dengan wanita itu. Sebab itulah panggilan Angah masih digunakan
walaupun wanita itu sudah berkahwin dengan Alongnya.
“Okey, Angah. Terima kasih sebab sudi dengar
masalah Ateh.”
“Do
you really love her or just sympathize with her, macam yang dia katakan
pada Ateh?” soal wanita itu dengan lembut.
“Ateh sayangkan dia, Angah. Ateh memang tak ada
perasaan apa-apa pada Melissa tu,” jawab Fateh, meraup rambutnya ke belakang.
“Then, tell her that.”
“Ateh sudah cuba tapi dia tak akan percayakan
Ateh. Ateh dah musnahkan seluruh kepercayaan dia pada Ateh petang tadi.”
“Then, get her trust back.”
Fateh terdiam.
“Nak dapatkan kepercayaan seseorang bukan
senang, apatah lagi hendak membina kembali kepercayaan seseorang yang musnah
terhadap kita. Tapi kalau Ateh benar-benar sayangkan dia, you should work
for it. Put your efforts to get the rewards, Ateh. Ateh pun tahu di dunia
ini, tak ada benda yang senang dapat. Ema tu ahli perisik skuad elit negara.
Hati dia kental dan mungkin keras. Orang cakap, sekeras manapun kerak nasi,
kalau letak air, lama-lama kerak itu akan lembut. Hati perempuan pun begitu, Ateh.
Lagipun, berita Ema minta putus belum sampai
pada ayahanda dan bonda. Ateh masih ada masa untuk ubah fikiran Ema. Kalau plan
A tak menjadi, kita masih ada plan B sehingga Z. Kalau perlu, kita boleh
libatkan semua orang termasuk keluarga Ema sendiri. Yang penting, Ateh
bersungguh-sungguh,” sambung kakanda iparnya.
“Thanks,
Angah.” Fateh mengangguk. Dia memandang wanita di hadapannya yang
bersungguh-sungguh ingin membantunya itu.
“Just to let you know, Ateh mungkin ada
masa seminggu sahaja lagi sebelum Ema ke luar negara,” ujar Airi tiba-tiba.
“Hah?
Tapi Ema sudah berhenti kerja. Dia bukan lagi seorang anggota polis.”
Fateh terkejut dan hairan. Bagaimana wanita itu boleh tahu tentang hal ini?
Lagipun, Ema sudah berhenti kerja. Tidak mungkin gadis itu masih mempunyai
misi.
“Dia mungkin bukan lagi seorang anggota polis
tapi tak ada sesiapa boleh halang dia pergi, Ateh. Ateh pun tahu dia bukannya
calang-calang orang. Angah percaya, dia ada connections hampir di semua
negara.” Airi memperingatkan adinda iparnya. Bagaimana dia tahu perkara ini? Itu
adalah rahsianya dan Gorgeous Royal Ladies yang lain. Airi tersenyum
sendiri.
Ema
khusyuk menghadap komputer riba, membuka laman-laman web yang berkaitan dengan
kerja-kerja kosong di Zamora ini. Almaklumlah, dia sudah meletak jawatan secara
rasmi samada sebagai perisik skuad elit negara ataupun sebagai anggota polis
biasa. Keputusan itu dibuat semasa dia masih mempunyai hubungan dengan Fateh.
Jadi ketika itu, masa depannya terjamin. Namun, perancangan Allah tiada sesiapa
yang boleh menentang. Fateh sudah bertemu dengan orang yang lebih sesuai dan
dia terpinggir begini.
Rasa pedih di hatinya mula timbul kembali. Ema
cepat-cepat menggelengkan kepalanya, seakan-akan menghilangkan bayangan Fateh
di fikirannya. Dia tidak mahu lemah. Dia adalah seorang gadis yang boleh
berdikari. Ditinggalkan oleh Fateh bukan bererti dunianya sudah berakhir.
Hendak kembali menjadi pegawai polis, tentulah
tidak dibenarkan. Kini, dia mungkin hanya boleh bekerja dengan
syarikat-syarikat swasta sahaja. Hendak bekerja sendiri atau membuka perniagaan
sendiri, dia tidak mempunyai modal yang cukup. Namun, dengan pengalamannya
sebagai pegawai polis, apalah sangat pekerjaan yang sesuai dengannya ini?
“Buat apa tu, kak?” Mazurah yang baru keluar
daripada bilik itu menghampirinya. Adik-adiknya yang baru balik daripada
sekolah itu terus membersihkan diri dan solat dahulu sebelum berehat di ruang
tamu rumah.
Ema diam sahaja, malas hendak menjawab apabila
Mazurah duduk di sebelahnya dan menjenguk-jenguk laman web yang sedang terpapar
di skrin computer riba itu.
“Kerja kosong? Kenapa akak cari kerja?” soal
Mazurah lagi.
Ema tidak terus menjawab. Apa yang perlu
dikatakannya? Emak dan adik-adiknya memang masih belum mengetahui apa yang
terjadi antara dirinya dan putera kedua negara Zamora itu. Dia masih belum
berterus terang kerana dia sendiri masih belum mendapat apa-apa khabar daripada
Tengku Syifa’ul Asrar mahupun Tengku Fateh Abqari sendiri tentang hubungan
mereka berdua ini. Dia juga tidak tahu sama ada Raja dan Permaisuri Zamora
sudah mengetahui hal ini atau belum.
“Back up plan,” jawab Ema padat. Dia
perasan Mazurah memandangnya dengan hairan. Namun gadis itu tidak bertanya
dengan lebih lanjut. Adik-adiknya sudah arif tentang perangainya. Jika dia
hanya menjawab dengan pendek, maknanya dia tidak akan mengulas lanjut tentang
isu tersebut dan adik-adiknya sudah arif untuk tidak bertanya lagi.
Bunyi daripada telefonnya tanda terdapat mesej
Whatsapp yang masuk membuatkan Ema memandang iPhone yang dihadiahkan oleh Fateh
kepadanya itu. Nampaknya dia perlu kembalikan iPhone tersebut kepada tuannya.
Dia bukannya hendak jadi orang yang berdendam tetapi rasanya tidak patut dia
menyimpan hadiah semahal itu jika dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan
lelaki tersebut.
“Kak, tok tek tok tek iPhone tu bunyi. Tak nak
tengok ke? Kalau tak nak bising, akak boleh buat mute Whatsapp tu,”
komen Mazurah.
Ema mengambil iPhone tersebut dan membuka
aplikasi Whatsapp. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat nama penghantar
mesej aplikasi tersebut.
Ema
okey ke?
|
|
Ema
okey, kak. Tengah fikirkan masa hadapan. I need to find a job.
|
|
Ema… Jangan buat keputusan terburu-buru.
|
|
Keputusan
bukan di tangan Ema, kak.
|
|
Kalau
macam tu, apa kata Ema kerja dengan akak?
|
|
Maksud
akak?
|
|
Kerja
di yayasan akak. Ema nak jadi apa? Bagitahu saja, akak. Akak boleh uruskan.
|
|
Ema
tak nak ambil kesempatan pada akak.
|
|
Tak
ada apa-apalah, Ema. Tapi… sebelum tu. Akak ada cadangan lain. Apa kata Ema
pergi bercuti? Tenangkan fikiran Ema.
|
|
You
deserved a break. Ema pergi bercuti. Kami akan tanggung ke
mana-mana sahaja yang Ema hendak pergi.
|
|
Kami?
Siapa maksud akak?
|
|
Gorgeous
Royal Ladies. Hihi..
|
|
Allah…
Akak buat Ema rasa serba salah. Tak perlu tanggung semua tu kak. Ema tak
minta semua ni, kak.
|
|
Ish…
Memang Ema tak minta tapi kami dah setuju. Ema pilih mana sahaja, kami akan
tanggung. What’s family for, Ema?
|
|
Akak…
Serba salah Ema ni. Ema mungkin tak akan jadi ahli keluarga akak.
|
|
Ema…
Jangan cakap begitu. Selagi Ateh tak beri keputusan lagi, Ema tetap ahli Gorgeous
Royal Ladies.
|
|
Kami
ada rancangan untuk Ema. Nak tahu?
|
|
Rancangan
apa, kak?
|
|
Haaa…
Itu kita kena jumpa.
|
Iman
tersengih sendiri membaca mesej Whatsapp peribadi daripada sepupu suaminya yang
berada di Zamora. Dia duduk bersandar dengan lega. Beberapa hari yang lalu, dia
terkejut mendapat berita buruk tentang hubungan Ema dan Fateh daripada Tengku
Syifa’ul Asrar. Namun kemudiannya, dia mendapat mesej personal daripada Cik
Puan Airi, putera mahkota Zamora yang sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri
walaupun mereka terpisah antara benua itu.
“Senang hati, nampak? Ada berita
apa, dear?”
Suara yang menegurnya itu pantas membuatkan
Iman menutup skrin telefonnya dan berpaling ke arah insan tersebut. Senyuman
manis diukir dengan ikhlas.
“Awak. Dah lama sampai ke?” Iman menghulurkan
tangannya kepada lelaki yang bergelar suaminya itu. Lelaki itu menyambut
hulurannya dan duduk rapat di sisinya. Bahunya kemudian ditarik dan dipeluk
rapat.
“I missed you.”
Ungkapan itu membuatkan Iman tersenyum lebar di
sebalik dada suaminya.
“Missed you too. Awak buat apa hari
ini?” balas Iman. Dia membetulkan duduknya supaya selesa bersandar pada badan
si suami. Sebelah tangannya memeluk belakang lelaki itu.
“Same thing. Same thing. Rindunya nak
luangkan masa dengan awak, dear. Rasa nak ambil cuti daripada jadi
putera mahkota ni,” rungut lelaki itu.
Iman ketawa kecil. Bercuti daripada jawatan
yang disandang sejak daripada kelahirannya adalah sangat mustahil bagi suaminya
itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Iman mengangkat kepala dan memandang
suaminya.
“Awak, jom kita keluar esok,” ajak Iman.
“Awak ada program di luar ke esok?” soal Danish
tanpa menjawab soalan isterinya. Iman menggeleng. Danish memandang wanita itu.
Iman memandang suaminya. Mereka saling merenung mata masing-masing. Seketika
kemudian, Iman mengangkat-angkat keningnya dan Danish akhirnya tersengih.
“Dear, that a good idea. Lama dah kita
tak keluar macam tu,” ujar Danish, memahami apa yang dimaksudkan oleh si isteri.
Bertahun-tahun hidup bersama wanita itu, dia sudah tahu bagaimana Iman
berfikir, kecuali pada masa-masa tertentu. Masa-masa dia tertekan dengan kerja
seperti ini, Iman akan pandai mencari idea untuk menggembirakannya.
“Okey, esok ya. So… apa cerita kawan
awak di Zamora tu sekarang?” Iman bertanya. DIa ingin tahu sama ada suaminya
mengetahui kemelut yang sedang melanda hidup Fateh di Zamora.
“Fateh? Tak ada dengar cerita apa-apa pun.
Kenapa? Awak ada tahu apa-apakah?” soal Danish kembali.
Iman diam seketika. Nampaknya Fateh belum
bercerita apa-apa pada suaminya. Bolehkah dia bercerita, sedangkan kemelut ini
adalah kisah Fateh? Adakah dia perlu tunggu Fateh bercerita sendiri kepada
suaminya? Untuk berkata ‘tidak’ pada suaminya, dia akan membuat satu penipuan
kepada suaminya. Namun, macam mana dengan rancangan Cik Puan Airi daripada
Zamora itu? Dia perlu menyembunyikan rancangan tersebut daripada pengetahuan
suaminya.
“Dear…” panggil Danish apabila si isteri
itu tidak manjawab soalannya.
“Awak, something really bad happened between
Ema and him,” balas Iman pendek.
Danish terdiam seketika.
“That bad?” soal Danish kemudiannya.
Iman menganggukkan kepalanya.
“Awak patut bercakap dengan Fateh. Saya rasa
dia sedang keliru. Awak adalah orang yang terbaik untuk dia bercerita,” sambung
Iman.
“Fateh keliru? Tentang Ema?” tanya Danish lagi,
untuk mendapatkan kepastian.
Iman mengangguk sekali lagi, sebelum kembali merapatkan
diri dengan suaminya.
“Awak…” panggil Iman.
“Ya, dear.”
“Awak jangan sesekali hancurkan kepercayaan
saya pada awak ya,” ucap Iman, menyandarkan kepalanya pada bahu si suami.
Terasa bahunya dipeluk dan kepalanya dikucup lembut.
“Kita dah bersama berapa tahu, dear?
Pernah tak saya buat macam tu pada awak? Kita dah belajar daripada pengalaman
bahawa komunikasi antara kita tu penting,” balas Danish lembut.
Iman tersenyum. Betul kata suaminya itu.
Bertahun-tahun berumahtangga mengajar mereka bahawa komunikasi antara dua insan
itu penting.
“A ‘sorry’ works when a mistake is
made but not when trust is broken.”
“Iya. Betul tu. Forgiving is easy, but
forgetting and trusting again is sometimes impossible,” komen Danish
sendiri.
Ema
mengangkat beg trolinya menuruni tangga rumah emak. Nada yang akan
menghantarnya ke lapangan terbang itu sudah mula menghidupkan enjin kereta. Ema
memandang emaknya. Adik-adiknya tiada di rumah kerana sekarang masih lagi masa
persekolahan. Dia sebenarnya tidak mahu meninggalkan keluarganya kali ini, tapi
dia tidak dapat menghalang rancangan wanita-wanita diraja yang
bersungguh-sungguh ingin membantu memulihkan hubungannya dengan Tengku Fateh
Abqari. Dia tahu Cik Puan Airi, Tengku Syifa’ul Asrar dan Cik Puan Iman
mempunyai rancangan tetapi dia hanya diberitahu untuk pergi bercuti selama dua
minggu dan percutiannya ditanggung oleh mereka bertiga.
“Mak, kalau ada apa-apa, telefon Ema
cepat-epat ya. Ema akan balik segera,” pesan Ema.
“Apa yang akan jadi, Ema? Tak ada
apa-apalah. Jangan risau sangatlah,” bantah si emak.
Ema senyum nipis. Dia bukannya
mendoakan sesuatu yang tidak baik, Cuma dia ingin emak dan adik-adiknya
bergantung kepadanya terlebih dahulu jika ada apa-apa. Dia tidak mahu
keluarganya sendiri mencari orang luar untuk menyelesaikan masalah yang dia
sendiri boleh selesaikan.
“Kamu tu, jangan lupa telefon mak
dan beritahu kamu berada di mana nanti. Ini tidak, tempat tujuan pun tak tahu,”
sambung si emak.
Ema sengih pula. Bukan dia tidak
mahu beritahu emaknya tapi dia sendiri masih belum tahu tempat tujuannya saat
ini. Ini adalah sebahagian daripada rancangan Cik Puan Airi dan konco-konco
diraja wanita itu. Ema bersyukur kerana wanita-wanita diraja itu mahu membantu
memulihkan hubungannya dengan Tengku Fateh Abqari, sedangkan saat ini dia masih
belum melihat usaha lelaki itu untuk memperbaiki kemelut di antara mereka
berdua.
“Ema pergi dulu, mak.” Ema bersalam dengan
emaknya dan berlalu. Perjalanannya ke lapangan terbang antarabangsa dipenuhi dengan
celoteh daripada Nada. Ema hanya mendengar dan kadang-kadang menjawab.
“Kau balik nanti, telefonlah aku. Aku
boleh ambil kau akalu aku tak kerja masa tu,” ujar Nada sebelum dia keluar daripada
kereta gadis itu.
“Thanks, Nada. Nanti aku hantar gambar-gambar
aku melalui Whatsapp ya. Jangan rindu aku tau!” usik Ema, dengan sengihan secara
tiba-tiba. Dia ingin gembira. Bukankah dia hendak pergi bercuti? Dia perlu lupakan
semua masalahnya. Bak kata Cik Puan Airi, dia memang memerlukan percutian ini untuk
menenangkan fikirannya dan mencari jalan tentang kemelut hubungan tidak rasminya
dengan Tengku Fateh Abqari.
“Cis! Tak payah nak buat aku cemburu.
Cuma kau kena pastikan ada souvenirs untuk aku nanti. Faham tak?” Nada membulatkan
mata kepada Ema.
Ema tersengih.
“Iyalah, mak cik. Aku pergi dulu. Thanks,
Nada.”
Nada hanya mengangguk sahaja. Ema berdiri
di sisi beg trolinya dan memandang kereta Nada yang berlalu menuju keluar daripada
kawasan lapangan terbang itu. Ema menghela nafas panjang sebelum berpusing dan mengheret
beg trolinya ke kaunter syarikat penerbangan. Kata Cik Puan Airi, dia perlu mencari
seorang staf syarikat penerbangan komersial itu yang bernama Natasha. Natasha akan
memberikannya tiket pernerbangan yang ditempah khas oleh Cik Puan Airi itu.
“Hai, you!”
Ema berhenti bergerak dan berpaling ke
arah insan yang menegurnya secara tiba-tiba itu. Sekali pandang, dia sudah ingat
gerangan insan tersebut. Kapten Khairul, rakan sejawatan Tengku Fateh Abqari.
“Kapten,” sapa Ema dengan senyuman nipis
tanda hormat.
“Wah! You ingat siapa I
ya? How lucky am I?” Lelaki itu membalas dengan cerianya.
“Saya memang senang hendak ingat seseorang,
Kapten,” komen Ema, tidak mahu lelaki itu menganggap bahawa dia sentiasa berfikir
tentang lelaki itu. Dia adalah bekas ahli skuad elit negara. Tentulah dia dilatih
untuk mempunyai memori yang kuat. Dalam tugasannya, dia perlu mengingati wajah-wajah
penjenayah walaupun dengan sekali pandang sahaja.
“You hendak ke mana ni?” soal
Kapten Khairul.
“Bercuti. Kapten dari mana?” tanya Ema
kembali, berbasa-basi. Dia tidak melihat sebarang beg bersama Kapten Khairul itu.
Jadi, telahannya adalah lelaki itu datang menghantar atau mengambil seseorang di
sini.
“I datang hantar kawan. You
seorang sahaja? Fateh tak hantar you?”
Ema terdiam. Herm… Adakah lelaki ini
sedang membuat analisa tentang hubungannya dengan Tengku Fateh Abqari? Akhirnya
Ema hanya menyuakan senyuman sahaja.
“Saya kena bergerak sekarang, Kapten.
Don’t wanna miss my flight,” ucap Ema. Dia juga tidak mahu memanjang-manjangkan
perbualannya dengan lelaki itu.
“Okey. I’ll see you later.”
Ema berlalu daripada situ dan meneruskan
pencariannya. Kata Cik Puan Airi, penerbangannya adalah pada pukul sepuluh pagi.
Jadi, dia masih mempunyai masa sejam sahaja lagi. Segera dia bergerak ke kaunter
pertanyaan syarikat penerbangan dan mencari staf yang bernama Natasha.
Setelah bertemu dengan staf tersebut,
Ema diberikan tiket beberapa tiket penerbangan. Berkerut dahinya seketika sebelum
membelek tiket-tiket di tangannya itu semula. Ada beberapa tiket berlainan syarikat
penerbangan, berlainan tarikh dan berlainan masa. Mindanya berpusing laju dan Ema
akhirnya tersenyum sendiri. Dia mengucapkan terima kasih kepada Natasha dan bergerak
menuju ke pintu berlepas. Untuk penerbangannya yang pertama ini, dia perlu berada
di pintu masuk A9.
Ema duduk di tempat yang disediakan berhampiran
pintu masuk A9 itu. Dia memandang ke luar bangunan yang dipisahkan oleh dinding
lutsinar itu. Dari situ, dia dapat melihat kapal terbang komersial yang sampai dan
berlepas daripada lapangan terbang itu. Langit yang biru dipandang sepi.
Walaupun hatinya melarang, namun mindanya
tetap berfikir tentang insan yang bernama Tengku Fateh Abqari itu. Ema mengeluh
kecil. Adakah dia bersikap keterlaluan apabila dia tidak mahu menerima penjelasan
yang diberikan oleh lelaki itu? Tidak. Dia tidak bersalah. Dia mahu hidup bersama
seorang lelaki yang jujur dengannya. Bukanlah kerana sekali Fateh membuat kesilapan
begitu, dia ingin menyalahkan lelaki itu seratus peratus. Bukan. Namun, disebabkan
kesalahan yang sekali itu, rasa tidak pasti muncul dalam hatinya.
Kalau sebelum ini, dia pasti Fateh betul-betul menyukai
dirinya yang banyak kelemahan ini. Namun sekarang, dia berasa Fateh lebih
menyukai gadis lain. Bukankah dia patut melepaskan lelaki itu jika lelaki itu sudah
tawar hati dengannya? Kalau dahulu, dia pasti Fateh adalah orang yang boleh menerima
dirinya yang penuh dengan parut-parut tanda jasanya kepada negara. Namun sekarang,
dia berasa Fateh lebih menyukai gadis yang putih dan mulus seperti Melissa. Apa
yang ada pada diri Melissa, tiada pada dirinya.
Rasa tidak pasti itu membuatkan dia sentiasa membandingkan
dirinya dengan Melissa, gadis yang sentiasa boleh mendampingi lelaki itu ke mana
sahaja. Daripada segala aspek, dia akan kalah dengan gadis itu. Akhirnya, perbandingan
itu akan berakhir dengan kesimpulan bahawa Melissa adalah gadis yang lebih baik
dan sempurna untuk putera diraja seperti Tengku Fateh Abqari. Lalu, apa gunanya
dia mempertahankan hubungannya dengan lelaki itu? Lelaki itu pasti mahukan yang
terbaik dan dia pastinya tiada dalam senarai sebenar lelaki itu.
Ema menjadi sebak. Apabila difikirkan usaha yang
dijalankan oleh Cik Puan Airi, Tengku Syifa’ul Asrar dan Cik Puan Iman ini, dia
menjadi takut. Dia takut dia kembali berharap agar dapat menyambung hubungannya
dengan Tengku Fateh Abqari. Dia takut dia akan kecewa di kemudian hari. Iya… Dia
adalah bekas perisik skuad elit negara yang kental, tetapi pertama-tamanya, dia
adalah seorang perempuan.
"Ema!"
Ema terperanjat. Suara yang lantang memanggilnya
itu mematikan monolog dalamannya yang sedih. Ema pantas berpaling dari tempat
duduknya di bahagian A9 itu. Dia terkaku memandang kelibat Tengku Fateh Abqari
yang sedang termengah-mengah menghampirinya.
Ema tetap kaku di situ. Mengapa lelaki ini boleh
tahu dia berada di sini? Setahunya, orang tanpa tiket tak boleh lepas masuk ke
kawasan pelepasan di lapangan terbang itu. Dia terus menerus memandang tubuh lelaki
yang akhirnya berdiri di hadapannya yang sedang duduk itu.
“Cara…” Fateh memanggilnya.
Ema hanya memandang tanpa menjawab apa-apa.
“Awak nak ke mana, cara?” soal Fateh, membuatkan
Ema sedikit hairan. Fateh mencarinya sehingga ke pintu masuk A9 ini tanpa mengetahui
destinasinya atau lelaki ini juga ingin menaiki kapal terbang tetapi ternampak dirinya
di sini?
“Tengku buat apa ni sini?” tanya Ema tanpa perasaan
ingin tahu yang sebenar. Kalau lelaki itu tidak menjawab soalannya itu pun, dia
tidak kisah sangat.
"Awak. Saya cari awak," jawab Fateh.
Ema menggeleng sendiri. Mengapa lelaki itu
mencarinya lagi? Dia sudah serik. Dia bukanlah sesiapa lagi. Dia tidak mahu mengulang
sejarah kembali. Pedihnya sakit yang dirasainya ketika memandang Fateh dan Melissa
dari kejauhan tempoh hari, hanya Tuhan yang tahu dan dia tidak mahu merasainya sekali
lagi.
“Tengku boleh bahagia tanpa saya dan saya juga hendak
cari kebahagian saya sendiri. Jangan cari saya lagi, Tengku.”
“Cara, please. Saya tak ada orang lain. Melissa
bukan sesiapa dalam hidup saya. Awak beritahu saya apa yang saya patut buat untuk
awak percayakan saya semula. I’ll do anything. Please, cara. Jangan lari
daripada saya begini,” balas lelaki itu.
“Ini hidup saya, Tengku. Saya berhak berbuat apa
yang saya mahu. Kalau saya hendak melarikan diri, I’ll just do that. Siapa
Tengku hendak halang saya? Tengku tak ada hubungan dengan saya. Hubungan di antara
kita sekarang hanyalah putera negara ini dan rakyat marhaen sahaja. Tengku boleh
buat apa yang Tengku suka tanpa fikirkan saya sebab kita tak ada apa-apa hubungan.
Saya juga tak akan mempersoalkan setiap langkah dan siapa yang Tengku jumpa. Lebih
baik beginikan, Tengku?” marah Ema, tanpa sedar bahawa dia sudah meluahkan perasaannya
kepada lelaki itu.
“Saya tak pernah putuskan hubungan kita, Ema,” balas
Fateh.
Ema tergelak sinis.
“Tak akan ada bunyi kalau bertepuk sebelah tangan,
Tengku. Tak akan terjadinya suatu hubungan itu jika hanya seorang sahaja yang mahukannya.
Tengku sudah bosan dengan saya dan saya juga tak mahu menyusahkan Tengku lagi. Sekarang
ini, Tengku cari saya mungkin kerana Tengku rasa tercabar. Saya minta maaf kalau
Tengku rasa begitu. Saya minta Tengku lupakan saya kerana saya tak mahu mempertaruhkan
hati saya lagi,” luah Ema.
“Cara, saya minta maaf…”
“Saya maafkan Tengku dan saya minta diri dulu.”
Ema bangun dari duduknya dan ingin berlalu melepasi pintu yang menghubungkannya
dengan pesawat yang bakal dinaikinya.
“Syaimah Nasuha! I love you!” Lantang suara
itu berbicara, mebuatkan orang di sekeliling mereka memandang mereka berdua.
Bulat mata Ema. Berdiri tegak tanpa memandang lelaki
yang baru sahaja membuat pengumuman berani mati di tengah-tengah kawasan berlepas
itu. Dia pasti, berpuluh-puluh pasang mata sedang memandang lelaki itu.
“Saya tak pasti sejak bila tapi yang saya tahu sekarang
hati saya milik awak! Bukan milik perempuan lain! Saya minta maaf atas apa yang
terjadi antara kita. Apa yang terjadi bukan seperti yang awak fikirkan dan bukan
seperti yang awak sangka. Jangan buat andaian negatif. Saya tahu apa yang hati saya
mahu! Hati saya mahukan awak!”
Ema berpaling menghadap insan yang sedang meluahkan
perasaan kepada dunia itu. Dia perasan, beberapa yang yang berada dekat dengan mereka
sedang memegang telefon pintar dan merakam apa yang sedang berlaku. Siapa yang tidak
kenal Tengku Fateh Abqari jika lelaki itu sendiri menarik perhatian semua orang
kepada diri sendiri? Ema menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Tengku Fateh Abqari
memalukan diri sendiri begini. Beberapa saat lagi, tentu akan ada cerita tentang
lelaki ini di internet.
“Tengku, stop.”
“No, Ema. Dengar. Bersaksikan semua yang
ada di sini, saya nak awak tahu yang tak ada sesiapa dalam hati saya selain awak.
Kali ini, saya takkan halang awak pergi. Saya tak akan paksa awak. Saya akan berusaha
untuk pulihkan kepercayaan awak kepada saya. Berikan saya masa. Berikan saya peluang.
Hanya itu yang saya pinta,” sambung lelaki itu lagi dengan penuh berani.
Ema menghela nafas panjang. Dia tidak mahu mempertaruhkan
hatinya sekali lagi, namun tegakah dia untuk langsung tidak memberi peluang kepada
lelaki ini? Memberi peluang kepada lelaki ini sekali lagi, bermakna mengambil risiko
untuk kecewa sekali lagi. Selama ini, dia tidak pernah takut dengan risiko ketika
menjalankan tugas. Risiko itu sesuatu yang tidak pasti dan kemungkinan tidak akan
terjadi, itulah yang dia selalu fikirkan.
OMG!!!!
Fateh buat confession!!!
Fateh buat confession!!!
Haaaa... apa perasaan kawan-kawan sekarang? Meh cepat komen. hihi...
Terima kasih sebab sudi lagi baca cerita cik haliban ni walaupun dah lama tak update. Maaf ya, sangat time limited sekarang. InsyaAllah nak habiskan Master hujung tahun ni. Doakan cik haliban ya!
Yang penting, dapat update TC sampai habis! yay!
Komen tau kawan-kawan. Sebab baca komen kawan-kawan di entri lepas la cik haliban semangat sambung entri baru ni. hihi... Thanks!
10 komen:
Waahhh. Really love it. Ganbatte cik writer. Hope to see ema and fateh together back. Chaiyokk! Fighting!!
Go go untuk master..swmoga kita sama2 dpt menggenggam master... alahaiii kita terbawa2 dgn emosi ema lh, rasa mcm malas je nk maafkan..hihu
Go go untuk master..swmoga kita sama2 dpt menggenggam master... alahaiii kita terbawa2 dgn emosi ema lh, rasa mcm malas je nk maafkan..hihu
Best sgt... Puas hati baca entry nie:%
Syabas cik haliban.Teruskan usahamu.
Dan jgn lupa habiskan cerita ni he he he.
Semoga Tengku Fateh dapat mengembalikan kepercayaan Ema kepada nya.
Tunggu lama tak apa asal ada sambungannya.
hohoho...terbaik fateh...cair lah ema...
plzzzz
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D