COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 20 Ogos 2016

Takdir Cinta (E&F) -49-

Previous Entry

“Saya perlukan seorang lelaki yang setia, faham saya dan sentiasa jujur dengan saya, Tengku. Kalau Tengku rasa saya kolot, mengongkong dan menyusahkan Tengku, saya rasa lebih baik we end it here and now. Tengku lebih bebas berkawan dengan sesiapa yang Tengku mahu tanpa ada orang yang boleh mempersoalkan hidup Tengku,” putus Ema. Memandangkan lelaki itu tidak langsung menjawab kata-katanya, Ema meminta diri daripada situ. Dia sudah cakap apa yang dia hendak cakap. Sekarang, Tengku Fateh Abqari hanya perlu membuat keputusan yang muktamad sahaja.
.
.
.
SAMBUNGAN...
 

"Abang, kakak dan adik buat apa ni?" soal Fateh apabila masuk ke ruang tamu kediaman kakandanya. Kelihatan kembar tiga kesayangan semua itu sedang bergelumung dengan kertas-kertas pembalut hadiah.

"Balut hadiah!" jawab si kakak, Tengku Hafawati Khairiyah.

"Untuk siapa? Ateh nak, boleh?" usik Fateh.

"Tak boleh! Ni cikgu punya!" Si adik, Tengku Huda Khairiyah membangkang.

Fateh mengangkat kening. Nak bagi hadiah untuk cikgu mereka?

"Esok Hari Guru di sekolah, Ateh." Si abang, Tengku Iman Hadif menjawab persoalan di mindanya. Fateh mengangguk sendiri. 'Sekolah' yang dimaksudkan oleh anakanda-anakanda saudaranya itu tentulah tadika elit yang dihadiri oleh mereka itu.

"Haaa... sebut pasal sekolah ni. Ateh dan Ema satu sekolah, dulu kan?" Kakanda iparnya yang hanya memerhati daripada tadi bertanya .

Fateh senyum nipis dan mengangguk sahaja. Sebut tentang Ema... Tiada apa yang boleh dia bicarakan di kala itu. Pertemuannya dengan Ema petang tadi tidak berakhir dengan begitu aman. Dia menjadi keliru dengan hati sendiri. Lalu, malam ini dia pulang ke istana. Dia ingin bercakap dengan seseorang tentang masalahnya dengan Ema sekarang ini.

“Ateh… Ateh okeykah? Mengelamunkan apa tu?”

Fateh memandang kakanda iparnya sekilas.

“Angah… Ema minta putus dengan Ateh,” ujar Fateh menunduk. Dia telah bersedia untuk mendapat reaksi terkejut daripada wanita itu namun tiada apa-apa yang berlaku. Ruang itu hanya bising dengan gelagat kembar tiga itu. Fateh mengangkat wajah, memandang kakanda iparnya. Wanita itu sedang senyum nipis.

“Angah sudah tahu?” soal Fateh. Wajah Airi hanya tenang sahaja. Adakah pergaduhannya dengan Ema telah diketahui oleh seluruh keluarga diraja?

“Apa yang jadi sebenarnya, Ateh? Belum pun sampai sebulan Ateh bawa Ema jumpa ayahanda dan bonda. Kalau mereka berdua tahu, tentu mereka kecewa dengan berita ni. Ayahanda sangat sukakan Ema, Ateh. Apa yang jadi sebenarnya? Ateh hendak cerita pada Angah?”

Fateh mengeluh. Betul kata kakanda iparnya. Belum sampai sebulan dia memperkenalkan Ema kepada ayahanda dan bondanya tanda hubungan mereka berdua sangat serius. Lihatlah sekarang apa yang sedang terjadi? Adakah semua ini salah dirinya? Diakah yang tidak pandai menjaga hubungan mereka? Adakah dia masih mentah dalam kehidupan ini sedangkan sudah dua puluh lapan tahun dia hidup dan pelbagai cabaran telah dia tempuhi.

Akhirnya, Fateh bercerita kepada wanita itu apa yang berlaku bermula daripada hari Ema diperkenalkan kepada keluarga diraja sehinggalah petang tadi. Selesai dia bercerita, Fateh menghembuskan nafas dan bersandar sambil menutup matanya. Terasa sedikit ringan hatinya setelah beban masalahnya diluahkan kepada seseorang.

“Ateh okey?”

Fateh membuka mata dan menyuakan senyuman tawar kepada kakanda iparnya yang bertanya. Beruntung kakanda sulungnya mendapat seorang isteri yang lembut dan memahami seperti wanita ini. Wanita ini adalah kakanda angkatnya sebelum menjadi kakanda iparnya. Lalu, dia tidak langsung canggung dengan wanita itu. Sebab itulah panggilan Angah masih digunakan walaupun wanita itu sudah berkahwin dengan Alongnya.

“Okey, Angah. Terima kasih sebab sudi dengar masalah Ateh.”

 “Do you really love her or just sympathize with her, macam yang dia katakan pada Ateh?” soal wanita itu dengan lembut.

“Ateh sayangkan dia, Angah. Ateh memang tak ada perasaan apa-apa pada Melissa tu,” jawab Fateh, meraup rambutnya ke belakang.

Then, tell her that.”

“Ateh sudah cuba tapi dia tak akan percayakan Ateh. Ateh dah musnahkan seluruh kepercayaan dia pada Ateh petang tadi.”

Then, get her trust back.”

Fateh terdiam.

“Nak dapatkan kepercayaan seseorang bukan senang, apatah lagi hendak membina kembali kepercayaan seseorang yang musnah terhadap kita. Tapi kalau Ateh benar-benar sayangkan dia, you should work for it. Put your efforts to get the rewards, Ateh. Ateh pun tahu di dunia ini, tak ada benda yang senang dapat. Ema tu ahli perisik skuad elit negara. Hati dia kental dan mungkin keras. Orang cakap, sekeras manapun kerak nasi, kalau letak air, lama-lama kerak itu akan lembut. Hati perempuan pun begitu, Ateh.

Lagipun, berita Ema minta putus belum sampai pada ayahanda dan bonda. Ateh masih ada masa untuk ubah fikiran Ema. Kalau plan A tak menjadi, kita masih ada plan B sehingga Z. Kalau perlu, kita boleh libatkan semua orang termasuk keluarga Ema sendiri. Yang penting, Ateh bersungguh-sungguh,” sambung kakanda iparnya.

 “Thanks, Angah.” Fateh mengangguk. Dia memandang wanita di hadapannya yang bersungguh-sungguh ingin membantunya itu.

Just to let you know, Ateh mungkin ada masa seminggu sahaja lagi sebelum Ema ke luar negara,” ujar Airi tiba-tiba.

“Hah?  Tapi Ema sudah berhenti kerja. Dia bukan lagi seorang anggota polis.” Fateh terkejut dan hairan. Bagaimana wanita itu boleh tahu tentang hal ini? Lagipun, Ema sudah berhenti kerja. Tidak mungkin gadis itu masih mempunyai misi.

“Dia mungkin bukan lagi seorang anggota polis tapi tak ada sesiapa boleh halang dia pergi, Ateh. Ateh pun tahu dia bukannya calang-calang orang. Angah percaya, dia ada connections hampir di semua negara.” Airi memperingatkan adinda iparnya. Bagaimana dia tahu perkara ini? Itu adalah rahsianya dan Gorgeous Royal Ladies yang lain. Airi tersenyum sendiri.




Ema khusyuk menghadap komputer riba, membuka laman-laman web yang berkaitan dengan kerja-kerja kosong di Zamora ini. Almaklumlah, dia sudah meletak jawatan secara rasmi samada sebagai perisik skuad elit negara ataupun sebagai anggota polis biasa. Keputusan itu dibuat semasa dia masih mempunyai hubungan dengan Fateh. Jadi ketika itu, masa depannya terjamin. Namun, perancangan Allah tiada sesiapa yang boleh menentang. Fateh sudah bertemu dengan orang yang lebih sesuai dan dia terpinggir begini.

Rasa pedih di hatinya mula timbul kembali. Ema cepat-cepat menggelengkan kepalanya, seakan-akan menghilangkan bayangan Fateh di fikirannya. Dia tidak mahu lemah. Dia adalah seorang gadis yang boleh berdikari. Ditinggalkan oleh Fateh bukan bererti dunianya sudah berakhir.

Hendak kembali menjadi pegawai polis, tentulah tidak dibenarkan. Kini, dia mungkin hanya boleh bekerja dengan syarikat-syarikat swasta sahaja. Hendak bekerja sendiri atau membuka perniagaan sendiri, dia tidak mempunyai modal yang cukup. Namun, dengan pengalamannya sebagai pegawai polis, apalah sangat pekerjaan yang sesuai dengannya ini?

“Buat apa tu, kak?” Mazurah yang baru keluar daripada bilik itu menghampirinya. Adik-adiknya yang baru balik daripada sekolah itu terus membersihkan diri dan solat dahulu sebelum berehat di ruang tamu rumah.

Ema diam sahaja, malas hendak menjawab apabila Mazurah duduk di sebelahnya dan menjenguk-jenguk laman web yang sedang terpapar di skrin computer riba itu.

“Kerja kosong? Kenapa akak cari kerja?” soal Mazurah lagi.

Ema tidak terus menjawab. Apa yang perlu dikatakannya? Emak dan adik-adiknya memang masih belum mengetahui apa yang terjadi antara dirinya dan putera kedua negara Zamora itu. Dia masih belum berterus terang kerana dia sendiri masih belum mendapat apa-apa khabar daripada Tengku Syifa’ul Asrar mahupun Tengku Fateh Abqari sendiri tentang hubungan mereka berdua ini. Dia juga tidak tahu sama ada Raja dan Permaisuri Zamora sudah mengetahui hal ini atau belum.

Back up plan,” jawab Ema padat. Dia perasan Mazurah memandangnya dengan hairan. Namun gadis itu tidak bertanya dengan lebih lanjut. Adik-adiknya sudah arif tentang perangainya. Jika dia hanya menjawab dengan pendek, maknanya dia tidak akan mengulas lanjut tentang isu tersebut dan adik-adiknya sudah arif untuk tidak bertanya lagi.

Bunyi daripada telefonnya tanda terdapat mesej Whatsapp yang masuk membuatkan Ema memandang iPhone yang dihadiahkan oleh Fateh kepadanya itu. Nampaknya dia perlu kembalikan iPhone tersebut kepada tuannya. Dia bukannya hendak jadi orang yang berdendam tetapi rasanya tidak patut dia menyimpan hadiah semahal itu jika dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan lelaki tersebut.

“Kak, tok tek tok tek iPhone tu bunyi. Tak nak tengok ke? Kalau tak nak bising, akak boleh buat mute Whatsapp tu,” komen Mazurah.

Ema mengambil iPhone tersebut dan membuka aplikasi Whatsapp. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat nama penghantar mesej aplikasi tersebut.

Ema okey ke?


Ema okey, kak. Tengah fikirkan masa hadapan. I need to find a job.
Ema… Jangan buat keputusan terburu-buru.


Keputusan bukan di tangan Ema, kak.
Kalau macam tu, apa kata Ema kerja dengan akak?


Maksud akak?
Kerja di yayasan akak. Ema nak jadi apa? Bagitahu saja, akak. Akak  boleh uruskan.


Ema tak nak ambil kesempatan pada akak.
Tak ada apa-apalah, Ema. Tapi… sebelum tu. Akak ada cadangan lain. Apa kata Ema pergi bercuti? Tenangkan fikiran Ema.

You deserved a break. Ema pergi bercuti. Kami akan tanggung ke mana-mana sahaja yang Ema hendak pergi.


Kami? Siapa maksud akak?
Gorgeous Royal Ladies. Hihi..


Allah… Akak buat Ema rasa serba salah. Tak perlu tanggung semua tu kak. Ema tak minta semua ni, kak.
Ish… Memang Ema tak minta tapi kami dah setuju. Ema pilih mana sahaja, kami akan tanggung. What’s family for, Ema?


Akak… Serba salah Ema ni. Ema mungkin tak akan jadi ahli keluarga akak.
Ema… Jangan cakap begitu. Selagi Ateh tak beri keputusan lagi, Ema tetap ahli Gorgeous Royal Ladies.

Kami ada rancangan untuk Ema. Nak tahu?


Rancangan apa, kak?
Haaa… Itu kita kena jumpa.






Iman tersengih sendiri membaca mesej Whatsapp peribadi daripada sepupu suaminya yang berada di Zamora. Dia duduk bersandar dengan lega. Beberapa hari yang lalu, dia terkejut mendapat berita buruk tentang hubungan Ema dan Fateh daripada Tengku Syifa’ul Asrar. Namun kemudiannya, dia mendapat mesej personal daripada Cik Puan Airi, putera mahkota Zamora yang sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri walaupun mereka terpisah antara benua itu.

            “Senang hati, nampak? Ada berita apa, dear?”

Suara yang menegurnya itu pantas membuatkan Iman menutup skrin telefonnya dan berpaling ke arah insan tersebut. Senyuman manis diukir dengan ikhlas.

“Awak. Dah lama sampai ke?” Iman menghulurkan tangannya kepada lelaki yang bergelar suaminya itu. Lelaki itu menyambut hulurannya dan duduk rapat di sisinya. Bahunya kemudian ditarik dan dipeluk rapat.

I missed you.

Ungkapan itu membuatkan Iman tersenyum lebar di sebalik dada suaminya.

Missed you too. Awak buat apa hari ini?” balas Iman. Dia membetulkan duduknya supaya selesa bersandar pada badan si suami. Sebelah tangannya memeluk belakang lelaki itu.

Same thing. Same thing. Rindunya nak luangkan masa dengan awak, dear. Rasa nak ambil cuti daripada jadi putera mahkota ni,” rungut lelaki itu.

Iman ketawa kecil. Bercuti daripada jawatan yang disandang sejak daripada kelahirannya adalah sangat mustahil bagi suaminya itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Iman mengangkat kepala dan memandang suaminya.

“Awak, jom kita keluar esok,” ajak Iman.

“Awak ada program di luar ke esok?” soal Danish tanpa menjawab soalan isterinya. Iman menggeleng. Danish memandang wanita itu. Iman memandang suaminya. Mereka saling merenung mata masing-masing. Seketika kemudian, Iman mengangkat-angkat keningnya dan Danish akhirnya tersengih.

Dear, that a good idea. Lama dah kita tak keluar macam tu,” ujar Danish, memahami apa yang dimaksudkan oleh si isteri. Bertahun-tahun hidup bersama wanita itu, dia sudah tahu bagaimana Iman berfikir, kecuali pada masa-masa tertentu. Masa-masa dia tertekan dengan kerja seperti ini, Iman akan pandai mencari idea untuk menggembirakannya.

“Okey, esok ya. So… apa cerita kawan awak di Zamora tu sekarang?” Iman bertanya. DIa ingin tahu sama ada suaminya mengetahui kemelut yang sedang melanda hidup Fateh di Zamora.

“Fateh? Tak ada dengar cerita apa-apa pun. Kenapa? Awak ada tahu apa-apakah?” soal Danish kembali.

Iman diam seketika. Nampaknya Fateh belum bercerita apa-apa pada suaminya. Bolehkah dia bercerita, sedangkan kemelut ini adalah kisah Fateh? Adakah dia perlu tunggu Fateh bercerita sendiri kepada suaminya? Untuk berkata ‘tidak’ pada suaminya, dia akan membuat satu penipuan kepada suaminya. Namun, macam mana dengan rancangan Cik Puan Airi daripada Zamora itu? Dia perlu menyembunyikan rancangan tersebut daripada pengetahuan suaminya.

Dear…” panggil Danish apabila si isteri itu tidak manjawab soalannya.

“Awak, something really bad happened between Ema and him,” balas Iman pendek.

Danish terdiam seketika.

That bad?” soal Danish kemudiannya.

Iman menganggukkan kepalanya.

“Awak patut bercakap dengan Fateh. Saya rasa dia sedang keliru. Awak adalah orang yang terbaik untuk dia bercerita,” sambung Iman.

“Fateh keliru? Tentang Ema?” tanya Danish lagi, untuk mendapatkan kepastian.

Iman mengangguk sekali lagi, sebelum kembali merapatkan diri dengan suaminya.

“Awak…” panggil Iman.

“Ya, dear.”

“Awak jangan sesekali hancurkan kepercayaan saya pada awak ya,” ucap Iman, menyandarkan kepalanya pada bahu si suami. Terasa bahunya dipeluk dan kepalanya dikucup lembut.

“Kita dah bersama berapa tahu, dear? Pernah tak saya buat macam tu pada awak? Kita dah belajar daripada pengalaman bahawa komunikasi antara kita tu penting,” balas Danish lembut.

Iman tersenyum. Betul kata suaminya itu. Bertahun-tahun berumahtangga mengajar mereka bahawa komunikasi antara dua insan itu penting.

A ‘sorry’ works when a mistake is made but not when trust is broken.

“Iya. Betul tu. Forgiving is easy, but forgetting and trusting again is sometimes impossible,” komen Danish sendiri.




Ema mengangkat beg trolinya menuruni tangga rumah emak. Nada yang akan menghantarnya ke lapangan terbang itu sudah mula menghidupkan enjin kereta. Ema memandang emaknya. Adik-adiknya tiada di rumah kerana sekarang masih lagi masa persekolahan. Dia sebenarnya tidak mahu meninggalkan keluarganya kali ini, tapi dia tidak dapat menghalang rancangan wanita-wanita diraja yang bersungguh-sungguh ingin membantu memulihkan hubungannya dengan Tengku Fateh Abqari. Dia tahu Cik Puan Airi, Tengku Syifa’ul Asrar dan Cik Puan Iman mempunyai rancangan tetapi dia hanya diberitahu untuk pergi bercuti selama dua minggu dan percutiannya ditanggung oleh mereka bertiga.

            “Mak, kalau ada apa-apa, telefon Ema cepat-epat ya. Ema akan balik segera,” pesan Ema.

            “Apa yang akan jadi, Ema? Tak ada apa-apalah. Jangan risau sangatlah,” bantah si emak.

            Ema senyum nipis. Dia bukannya mendoakan sesuatu yang tidak baik, Cuma dia ingin emak dan adik-adiknya bergantung kepadanya terlebih dahulu jika ada apa-apa. Dia tidak mahu keluarganya sendiri mencari orang luar untuk menyelesaikan masalah yang dia sendiri boleh selesaikan.

            “Kamu tu, jangan lupa telefon mak dan beritahu kamu berada di mana nanti. Ini tidak, tempat tujuan pun tak tahu,” sambung si emak.

            Ema sengih pula. Bukan dia tidak mahu beritahu emaknya tapi dia sendiri masih belum tahu tempat tujuannya saat ini. Ini adalah sebahagian daripada rancangan Cik Puan Airi dan konco-konco diraja wanita itu. Ema bersyukur kerana wanita-wanita diraja itu mahu membantu memulihkan hubungannya dengan Tengku Fateh Abqari, sedangkan saat ini dia masih belum melihat usaha lelaki itu untuk memperbaiki kemelut di antara mereka berdua.

            “Ema pergi dulu, mak.” Ema bersalam dengan emaknya dan berlalu. Perjalanannya ke lapangan terbang antarabangsa dipenuhi dengan celoteh daripada Nada. Ema hanya mendengar dan kadang-kadang menjawab.

            “Kau balik nanti, telefonlah aku. Aku boleh ambil kau akalu aku tak kerja masa tu,” ujar Nada sebelum dia keluar daripada kereta gadis itu.

            “Thanks, Nada. Nanti aku hantar gambar-gambar aku melalui Whatsapp ya. Jangan rindu aku tau!” usik Ema, dengan sengihan secara tiba-tiba. Dia ingin gembira. Bukankah dia hendak pergi bercuti? Dia perlu lupakan semua masalahnya. Bak kata Cik Puan Airi, dia memang memerlukan percutian ini untuk menenangkan fikirannya dan mencari jalan tentang kemelut hubungan tidak rasminya dengan Tengku Fateh Abqari.

            “Cis! Tak payah nak buat aku cemburu. Cuma kau kena pastikan ada souvenirs untuk aku nanti. Faham tak?” Nada membulatkan mata kepada Ema.

            Ema tersengih.

            “Iyalah, mak cik. Aku pergi dulu. Thanks, Nada.”

            Nada hanya mengangguk sahaja. Ema berdiri di sisi beg trolinya dan memandang kereta Nada yang berlalu menuju keluar daripada kawasan lapangan terbang itu. Ema menghela nafas panjang sebelum berpusing dan mengheret beg trolinya ke kaunter syarikat penerbangan. Kata Cik Puan Airi, dia perlu mencari seorang staf syarikat penerbangan komersial itu yang bernama Natasha. Natasha akan memberikannya tiket pernerbangan yang ditempah khas oleh Cik Puan Airi itu.

            “Hai, you!”

            Ema berhenti bergerak dan berpaling ke arah insan yang menegurnya secara tiba-tiba itu. Sekali pandang, dia sudah ingat gerangan insan tersebut. Kapten Khairul, rakan sejawatan Tengku Fateh Abqari.

            “Kapten,” sapa Ema dengan senyuman nipis tanda hormat.

            “Wah! You ingat siapa I ya? How lucky am I?” Lelaki itu membalas dengan cerianya.

            “Saya memang senang hendak ingat seseorang, Kapten,” komen Ema, tidak mahu lelaki itu menganggap bahawa dia sentiasa berfikir tentang lelaki itu. Dia adalah bekas ahli skuad elit negara. Tentulah dia dilatih untuk mempunyai memori yang kuat. Dalam tugasannya, dia perlu mengingati wajah-wajah penjenayah walaupun dengan sekali pandang sahaja.

            “You hendak ke mana ni?” soal Kapten Khairul.

            “Bercuti. Kapten dari mana?” tanya Ema kembali, berbasa-basi. Dia tidak melihat sebarang beg bersama Kapten Khairul itu. Jadi, telahannya adalah lelaki itu datang menghantar atau mengambil seseorang di sini.

            “I datang hantar kawan. You seorang sahaja? Fateh tak hantar you?”

            Ema terdiam. Herm… Adakah lelaki ini sedang membuat analisa tentang hubungannya dengan Tengku Fateh Abqari? Akhirnya Ema hanya menyuakan senyuman sahaja.

            “Saya kena bergerak sekarang, Kapten. Don’t wanna miss my flight,” ucap Ema. Dia juga tidak mahu memanjang-manjangkan perbualannya dengan lelaki itu.

            “Okey. I’ll see you later.”

            Ema berlalu daripada situ dan meneruskan pencariannya. Kata Cik Puan Airi, penerbangannya adalah pada pukul sepuluh pagi. Jadi, dia masih mempunyai masa sejam sahaja lagi. Segera dia bergerak ke kaunter pertanyaan syarikat penerbangan dan mencari staf yang bernama Natasha.

            Setelah bertemu dengan staf tersebut, Ema diberikan tiket beberapa tiket penerbangan. Berkerut dahinya seketika sebelum membelek tiket-tiket di tangannya itu semula. Ada beberapa tiket berlainan syarikat penerbangan, berlainan tarikh dan berlainan masa. Mindanya berpusing laju dan Ema akhirnya tersenyum sendiri. Dia mengucapkan terima kasih kepada Natasha dan bergerak menuju ke pintu berlepas. Untuk penerbangannya yang pertama ini, dia perlu berada di pintu masuk A9.

            Ema duduk di tempat yang disediakan berhampiran pintu masuk A9 itu. Dia memandang ke luar bangunan yang dipisahkan oleh dinding lutsinar itu. Dari situ, dia dapat melihat kapal terbang komersial yang sampai dan berlepas daripada lapangan terbang itu. Langit yang biru dipandang sepi.

            Walaupun hatinya melarang, namun mindanya tetap berfikir tentang insan yang bernama Tengku Fateh Abqari itu. Ema mengeluh kecil. Adakah dia bersikap keterlaluan apabila dia tidak mahu menerima penjelasan yang diberikan oleh lelaki itu? Tidak. Dia tidak bersalah. Dia mahu hidup bersama seorang lelaki yang jujur dengannya. Bukanlah kerana sekali Fateh membuat kesilapan begitu, dia ingin menyalahkan lelaki itu seratus peratus. Bukan. Namun, disebabkan kesalahan yang sekali itu, rasa tidak pasti muncul dalam hatinya.

Kalau sebelum ini, dia pasti Fateh betul-betul menyukai dirinya yang banyak kelemahan ini. Namun sekarang, dia berasa Fateh lebih menyukai gadis lain. Bukankah dia patut melepaskan lelaki itu jika lelaki itu sudah tawar hati dengannya? Kalau dahulu, dia pasti Fateh adalah orang yang boleh menerima dirinya yang penuh dengan parut-parut tanda jasanya kepada negara. Namun sekarang, dia berasa Fateh lebih menyukai gadis yang putih dan mulus seperti Melissa. Apa yang ada pada diri Melissa, tiada pada dirinya.

Rasa tidak pasti itu membuatkan dia sentiasa membandingkan dirinya dengan Melissa, gadis yang sentiasa boleh mendampingi lelaki itu ke mana sahaja. Daripada segala aspek, dia akan kalah dengan gadis itu. Akhirnya, perbandingan itu akan berakhir dengan kesimpulan bahawa Melissa adalah gadis yang lebih baik dan sempurna untuk putera diraja seperti Tengku Fateh Abqari. Lalu, apa gunanya dia mempertahankan hubungannya dengan lelaki itu? Lelaki itu pasti mahukan yang terbaik dan dia pastinya tiada dalam senarai sebenar lelaki itu.

Ema menjadi sebak. Apabila difikirkan usaha yang dijalankan oleh Cik Puan Airi, Tengku Syifa’ul Asrar dan Cik Puan Iman ini, dia menjadi takut. Dia takut dia kembali berharap agar dapat menyambung hubungannya dengan Tengku Fateh Abqari. Dia takut dia akan kecewa di kemudian hari. Iya… Dia adalah bekas perisik skuad elit negara yang kental, tetapi pertama-tamanya, dia adalah seorang perempuan.

"Ema!"

Ema terperanjat. Suara yang lantang memanggilnya itu mematikan monolog dalamannya yang sedih. Ema pantas berpaling dari tempat duduknya di bahagian A9 itu. Dia terkaku memandang kelibat Tengku Fateh Abqari yang sedang termengah-mengah menghampirinya.

Ema tetap kaku di situ. Mengapa lelaki ini boleh tahu dia berada di sini? Setahunya, orang tanpa tiket tak boleh lepas masuk ke kawasan pelepasan di lapangan terbang itu. Dia terus menerus memandang tubuh lelaki yang akhirnya berdiri di hadapannya yang sedang duduk itu.

Cara…” Fateh memanggilnya.

Ema hanya memandang tanpa menjawab apa-apa.

“Awak nak ke mana, cara?” soal Fateh, membuatkan Ema sedikit hairan. Fateh mencarinya sehingga ke pintu masuk A9 ini tanpa mengetahui destinasinya atau lelaki ini juga ingin menaiki kapal terbang tetapi ternampak dirinya di sini?

“Tengku buat apa ni sini?” tanya Ema tanpa perasaan ingin tahu yang sebenar. Kalau lelaki itu tidak menjawab soalannya itu pun, dia tidak kisah sangat.

"Awak. Saya cari awak," jawab Fateh.

Ema menggeleng sendiri. Mengapa lelaki itu mencarinya lagi? Dia sudah serik. Dia bukanlah sesiapa lagi. Dia tidak mahu mengulang sejarah kembali. Pedihnya sakit yang dirasainya ketika memandang Fateh dan Melissa dari kejauhan tempoh hari, hanya Tuhan yang tahu dan dia tidak mahu merasainya sekali lagi.

“Tengku boleh bahagia tanpa saya dan saya juga hendak cari kebahagian saya sendiri. Jangan cari saya lagi, Tengku.”

Cara, please. Saya tak ada orang lain. Melissa bukan sesiapa dalam hidup saya. Awak beritahu saya apa yang saya patut buat untuk awak percayakan saya semula. I’ll do anything. Please, cara. Jangan lari daripada saya begini,” balas lelaki itu.

“Ini hidup saya, Tengku. Saya berhak berbuat apa yang saya mahu. Kalau saya hendak melarikan diri, I’ll just do that. Siapa Tengku hendak halang saya? Tengku tak ada hubungan dengan saya. Hubungan di antara kita sekarang hanyalah putera negara ini dan rakyat marhaen sahaja. Tengku boleh buat apa yang Tengku suka tanpa fikirkan saya sebab kita tak ada apa-apa hubungan. Saya juga tak akan mempersoalkan setiap langkah dan siapa yang Tengku jumpa. Lebih baik beginikan, Tengku?” marah Ema, tanpa sedar bahawa dia sudah meluahkan perasaannya kepada lelaki itu.

“Saya tak pernah putuskan hubungan kita, Ema,” balas Fateh.

Ema tergelak sinis.

“Tak akan ada bunyi kalau bertepuk sebelah tangan, Tengku. Tak akan terjadinya suatu hubungan itu jika hanya seorang sahaja yang mahukannya. Tengku sudah bosan dengan saya dan saya juga tak mahu menyusahkan Tengku lagi. Sekarang ini, Tengku cari saya mungkin kerana Tengku rasa tercabar. Saya minta maaf kalau Tengku rasa begitu. Saya minta Tengku lupakan saya kerana saya tak mahu mempertaruhkan hati saya lagi,” luah Ema.

Cara, saya minta maaf…”

“Saya maafkan Tengku dan saya minta diri dulu.” Ema bangun dari duduknya dan ingin berlalu melepasi pintu yang menghubungkannya dengan pesawat yang bakal dinaikinya.

“Syaimah Nasuha! I love you!” Lantang suara itu berbicara, mebuatkan orang di sekeliling mereka memandang mereka berdua.

Bulat mata Ema. Berdiri tegak tanpa memandang lelaki yang baru sahaja membuat pengumuman berani mati di tengah-tengah kawasan berlepas itu. Dia pasti, berpuluh-puluh pasang mata sedang memandang lelaki itu.

“Saya tak pasti sejak bila tapi yang saya tahu sekarang hati saya milik awak! Bukan milik perempuan lain! Saya minta maaf atas apa yang terjadi antara kita. Apa yang terjadi bukan seperti yang awak fikirkan dan bukan seperti yang awak sangka. Jangan buat andaian negatif. Saya tahu apa yang hati saya mahu! Hati saya mahukan awak!”

Ema berpaling menghadap insan yang sedang meluahkan perasaan kepada dunia itu. Dia perasan, beberapa yang yang berada dekat dengan mereka sedang memegang telefon pintar dan merakam apa yang sedang berlaku. Siapa yang tidak kenal Tengku Fateh Abqari jika lelaki itu sendiri menarik perhatian semua orang kepada diri sendiri? Ema menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Tengku Fateh Abqari memalukan diri sendiri begini. Beberapa saat lagi, tentu akan ada cerita tentang lelaki ini di internet.

“Tengku, stop.”

No, Ema. Dengar. Bersaksikan semua yang ada di sini, saya nak awak tahu yang tak ada sesiapa dalam hati saya selain awak. Kali ini, saya takkan halang awak pergi. Saya tak akan paksa awak. Saya akan berusaha untuk pulihkan kepercayaan awak kepada saya. Berikan saya masa. Berikan saya peluang. Hanya itu yang saya pinta,” sambung lelaki itu lagi dengan penuh berani.

Ema menghela nafas panjang. Dia tidak mahu mempertaruhkan hatinya sekali lagi, namun tegakah dia untuk langsung tidak memberi peluang kepada lelaki ini? Memberi peluang kepada lelaki ini sekali lagi, bermakna mengambil risiko untuk kecewa sekali lagi. Selama ini, dia tidak pernah takut dengan risiko ketika menjalankan tugas. Risiko itu sesuatu yang tidak pasti dan kemungkinan tidak akan terjadi, itulah yang dia selalu fikirkan.  



OMG!!!!

Fateh buat confession!!! 

Haaaa... apa perasaan kawan-kawan sekarang? Meh cepat komen. hihi...

Terima kasih sebab sudi lagi baca cerita cik haliban ni walaupun dah lama tak update. Maaf ya, sangat time limited sekarang. InsyaAllah nak habiskan Master hujung tahun ni. Doakan cik haliban ya!

Yang penting, dapat update TC sampai habis! yay!

Komen tau kawan-kawan. Sebab baca komen kawan-kawan di entri lepas la cik haliban semangat sambung entri baru ni. hihi... Thanks!

10 komen:

Tanpa Nama berkata...

Waahhh. Really love it. Ganbatte cik writer. Hope to see ema and fateh together back. Chaiyokk! Fighting!!

nurul berkata...

Go go untuk master..swmoga kita sama2 dpt menggenggam master... alahaiii kita terbawa2 dgn emosi ema lh, rasa mcm malas je nk maafkan..hihu

nurul berkata...

Go go untuk master..swmoga kita sama2 dpt menggenggam master... alahaiii kita terbawa2 dgn emosi ema lh, rasa mcm malas je nk maafkan..hihu

Tanpa Nama berkata...

Best sgt... Puas hati baca entry nie:%

Tanpa Nama berkata...

Syabas cik haliban.Teruskan usahamu.
Dan jgn lupa habiskan cerita ni he he he.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Tengku Fateh dapat mengembalikan kepercayaan Ema kepada nya.

Tunggu lama tak apa asal ada sambungannya.

Unknown berkata...

hohoho...terbaik fateh...cair lah ema...
plzzzz

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©