COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 25 Jun 2015

Takdir Cinta -38-


Ema duduk berehat di taman yang terletak di atas bumbung bangunan hospital itu. Keadaan awan yang seakan-akan memayungi bangunan tersebut membuatkan keadaan teduh dan damai untuk sesiapa sahaja bersantai di situ, terutamanya penghuni-penghuni hospital itu. Dia bersandar di kerusi kayu itu dengan wajahnya dihadap ke langit biru putih. Fikirannya melayang teringatkan beberapa orang insan yang datang melawatnya beberapa hari yang lalu, Nada dan Cik Puan Hijratul Khairiyah.
                Siapa sangka dia akan bertemu lagi dengan Puteri Mahkota Zamora itu? Bukan dia yang pergi menghadap bakal Wanita Pertama negara itu, namun wanita itu sendiri yang datang melawatnya. Dia terkedu seketika ketika melihat wanita itu berdiri di pintu masuk bilik sakitnya.

“Awak okeykah, Ema? Kenapa sampai masuk hospital begini?” Wanita itu mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katilnya.
                “Errr... Cik Puan, kita duduk di sofa sanalah, ya?” Ema tidak terus menjawab soalan wanita itu. Dia serba salah sebenarnya. Kedudukannya di atas katil itu lebih tinggi daripada kedudukan Cik Puan Airi. Dia berasa seperti tidak beradap pula.
                “Awak boleh jalan ke sana? Kalau awak lebih selesa berada di atas katil ni, it’s okay with me.”
                Ema senyum dan menggelengkan kepalanya seraya turun daripada katil dan mengiringi wanita itu ke kawasan sofa. Selepas Cik Puan Airi duduk, dia mengambil tempat di sofa sebelah wanita itu.
                “Macam mana Cik Puan tahu saya ada di sini?” soal Ema. Hendak kata wanita itu datang melawat Tengku Syifa’ul Asrar yang telah melahirkan kandungannya, Ema rasa adinda wanita di hadapannya itu sudah pulang ke kediaman sendiri.
                “Sewaktu saya datang jenguk adinda ipar saya dengan anakanda-anakanda saya tempoh hari, saya ternampak Fateh keluar daripada bilik ini. Saya hairan juga. Apabila saya tanya jururawat di sini, rupanya Ema yang berada di bilik ini. Itu yang saya datang harini. Awak nampak seperti kemalangan sahaja, Ema. Awak tidak apa-apakah sekarang ini?”
                Ema senyum manis. Dia berasa terharu kerana wanita itu sanggup datang melawatnya. Wanita itu seperti ikhlas risau tentang keadaan dirinya.
                “Alhamdulillah, saya sudah semakin sembuh, Cik Puan. Beberapa hari lagi saya sudah boleh keluar daripada hospital ini. Biasalah, Cik Puan. Tugas saya memang merbahaya. Saya tak pernah menyesal, Cik Puan. Apa yang terjadi, saya anggap ia adalah pengorbanan saya untuk negara,” jawab Ema secara jujur. Dia tidak perlu berselindung dengan Cik Puan Airi kerana wanita itu tahu siapa dirinya yang sebenar.
                “Terima kasih, Ema. Semoga Allah membalas segala yang pengorbanan Ema untuk negara kita ini.” Cik Puan Airi menggenggam jari-jemarinya yang sudah tidak berbalut itu. Demi kemakmuran negara, pengorbanan adalah unsur yang paling penting sekali dalam masyarakat. Tidak kira pangkat ataupun darjat, setiap indivisu harus mempunyai rasa ingin berkorban untuk negara.
Ema membalas genggaman wanita tersebut
                “Kerja adalah amanah, cik puan. Insya-Allah, saya cuba melakukan apa yang terdaya. Semoga Allah redha dengan saya.” Ema berasa gembira apabila mendapat penghargaan daripada wanita tersebut. Bukan penghargaan rasmi yang ditunggu-tunggu, namun sebaris ucapan itu sudah cukup untuk membuatkan dia terus bersemangat untuk menjaga kesejahteraan negara mereka itu. Hakikatnya, pengorbanan bukan sahaja berpaksi kepada harta, namun termasuk juga masa dan nyawa.
“Insya-Allah. Amin.  So, Ema dah lama adinda ipar saya? Ema tentulah tahu siapa Tengku Fateh Abqari. I mean, secara peribadi?”
Ema terdiam seketika. Skema apakah yang perlu dia pilih untuk menjawab soalan Cik Puan Airi ini? Wanita itu tentulah hairan jika ternampak Fateh keluar daripada bilik sakitnya. Tidak ramai insan di sekelilingnya yang tahu bahawa dia dan Fateh saling berhubung sekarang ini. Dia risau jawapannya akan menimbulkan rasa tidak enak dalam hati wanita di hadapannya itu. Setahunya, Cik Puan Airi ini pernah hendak memperkenalkan rakan seperjuangannya, Amani, dengan Fateh.
“Sebenarnya, dahulu saya satu sekolah dengan Tengku Fateh, Cik Puan.” Ringkas sahaja jawapan Ema.
“Oh... Jadi, awak memang berhubung dengan dia sejak dahulu lagi?”
Ema menggeleng dengan senyuman nipis.
“Tak, cik puan. Kami cuma bertemu semula dalam majlis reunion sekolah kami beberapa bulan yang lalu.”
“Oh... Majlis reunion yang itu. Saya tahu. Saya tahu.”
 
Cik Puan Airi
Ema menghela nafas panjang. Udara segar itu dihirup beberapa kali untuk turut menenangkan fikirannya. Kedatangan Cik Puan Airi melawatnya amat tidak disangka. Namun, dia tidak mahu berfikir bukan-bukan. Dia berbual dengan biasa sahaja bersama Cik Puan Airi semalam. Wanita itu hanya ingin tahu keadaan dirinya sahaja. Insya-Allah, dia tidak perlu runsing apa-apa sebenarnya.
                Walaubagaimanapun, fikirannya membayangkan Fateh secara automatik. Dia tidak tahu jika Fateh tidak kisah dengan pengetahuan Cik Puan Airi tentang hubungan kawan antara mereka berdua. Fateh mungkin tidak mahu sesiapa salah faham tentang hubungan mereka berdua itu.
                ‘Tapi, aku kira kawan diakah? Panggilan cariño yang Fateh sebut tempoh hari itu, bagaimana?’ Terdetik persoalan di benaknya.
                Cariño. Ema tahu maksud perkataan Bahasa Sepanyol itu. Apa yang memeningkannya adalah gelaran itu disebut secara tiba-tiba oleh Fateh. Apatah lagi, selepas itu Fateh terus sahaja menamatkan perbualan mereka sehingga hari ini. Bagi dirinya, cariño adalah satu gelaran yang memberikan perasaan yang lebih sentimental daripada gelaran ‘sayang’.
                “Hisy... Tak sukalah fikir benda-benda begini. Kalau berterus-terangkan, lagi senang. Ini tidak, suka buat orang pening dan tertanya-tanya. Benda macam ni boleh menyerabutkan kepala dan mengganggu prestasi kerja sahaja,” bisik Ema kepada dirinya sendiri.
Sebagai seorang agen pengintip negara, dia tidak boleh membiarkan emosi dan perkara-perkara dalam kehidupan peribadinya mengganggu tugasan kerjanya yang membabitkan nyawanya dan nama negara. Soal dunia, bolehlah dia cari jalan atau informasi. Soal hati? Hanya Allah sahaja yang arif. Sekali lagi, Ema menghela nafas panjang.
                “Assalamualaikum. Fikir apa tu?”
                Laju Ema berpaling. Senyuman diukir di bibir apabila memandang insan yang mengambil tempat duduk di sisinya itu. Panjang umur Amani. Baru sahaja dia berfikir tentang gadis ini.
                “Waalaikumussalam.  Amani... Kau buat apa di sini?” Sejujurnya, dia tidak tahu Amani akan datang melawatnya. Manalah tahu gadis itu hanya ternampak dia di sini sahaja ketika datang melawat orang lain sebenarnya.
                “Melawat engkaulah. Satu hospital aku cari, kat sini rupanya.” Amani duduk bersandar di sebelahnya.
                “Kau okey? Bila boleh keluar hospital?” soal Amani kemudiannya.
                “Alhamdulillah. Doktor aku cakap luka-luka aku sudah okey. Dua atau tiga hari lagi, kalau dia tengok okey, aku sudah boleh keluar,” jawab Ema dengan senyuman lebar. Penghuni hospital mana yang tidak gembira apabila disahkan sudah boleh keluar hospital? Lagi-lagi dia yang sudah berbulan-bulan tidak bertemu dengan emak dan adik-adiknya. Dewasa mana pun dia, dia tetap rindukan keluarganya.
                “Alhamdulillah. Kita orang bersyukur sangat semasa bos beritahu yang engkau selamat, Ema. Untuk tugasan lepas ni, bolehlah kita jadi partner lagikan?”
                Ema tersengih. Nampaknya dia terpaksa mengecewakan rakan sejawatannya itu.
“Tentang itu, rasanya aku tak boleh hendak tunaikan permintaan kau tu.”
 “Jadi, betullah apa yang aku dengar tu, ya? Kau sudah hendak berhenti?” Bulat mata Amani.
Ema senyum dan mengangguk kecil.
“Lebih kurang macam itulah. Kira aku turun pangkatlah.”
 “Heh. Dengan pengalaman kau dalam Skuad Alpha, aku rasa kau akan naik pangkat dalam Pasukan Anti-Pengganas itu.” Amani mengangkat kening kepadanya beberapa kali.
Ema tersengih. Dia hanya ingin mengundur diri daripada skuad pengintip negara sahaja, tetapi akan terus kekal dalam pasukan Anti-Pengganas. Naik pangkat atau turun pangkat, dia tidak kisah sebenarnya. Niat di hatinya, agar pekerjaannya dapat meredakan kebimbangan hati emaknya sahaja. Dia adalah seorang anggota polis, perkara itu sudah tidak perlu disembunyikan daripada pengetahuan ahli keluarganya lagi.
“Eh, kau guna telefon baru?”
Soalan Amani membuatkan Ema memandang telefon tangan yang dipegangnya itu.
“Ha’ah. Telefon aku hilang dalam tugasan tempoh hari. Aku guna nombor baru juga. Nah, masukkan nombor telefon engkau. Aku masih belum ingat nombor baru ni.” Ema menghulurkan telefon pemberian Fateh itu kepada Amani. Amani mencapai dan menggerakkan jari-jemarinya di atas skrin telefon baru itu.
Tiba-tiba, telefon di tangan Amani itu berbunyi. Bulat mata Amani memandangnya, membuatkan Ema terkaku seketika. Kenapa Amani memandangnya begitu?
“Tengku Fateh Abqari?”

Tangan kanannya memegang telefon pada telinga. Tangan kirinya pula memegang sudu, mengacau teh panas dalam cawan. Bibirnya membentuk senyuman apabila mendengar jawapan daripada insan di hujung taliannya itu.
                “Nak saya ambil awak di hospital?” soal Fateh. Alhamdulillah, Ema sudah boleh pulang ke rumahnya esok. Dia pula tidak sabar hendak bertemu dengan gadis itu untuk memberikan cenderamata yang dibelinya di Malaysia tempoh hari. Paling utama, dia turut membeli sesuatu untuk ahli keluarganya. Dia baru sahaja selesai melawat keluarga kakanda sulungnya di kediaman mereka. Sekarang, dia sedang menunggu bondanya di balkoni itu sambil minum-minum.
                “Tak payahlah.”
                “Awak memang tak suka jumpa saya, kan?” tanya Fateh dengan nada serius, walaupun sebenarnya dia sedang mengusik gadis itu. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
                “Bukanlah...”
                Perkataan seterusnya tidak masuk ke telinganya apabila Fateh berasa bahunya dipegang seseorang. Dia berpaling dan menyuakan senyuman manis kepada bondanya.
                “Bonda,” sapa Fateh.
                “I’ll call you back,” bisik Fateh kepada Ema di telefonnya sebelum memutuskan talian. Dia bangun menyalami Wanita Pertama Zamora itu. Antara Ema dengan bondanya, tentulah dia wajib mendahulukan bondanya.
                “Bonda sihat? Ayahanda?” Fateh duduk kembali setelah bondanya melabuhkan diri di kerusi.
                “Alhamdulillah. Bonda dan ayahanda sihat. Lama bonda tak nampak Ateh. Sibuk sangat ya?”
                “Maaf, bonda. Pulang dari Darwish tempoh hari, jadual Ateh penuh sikit.” Fateh menyuakan senyuman. Rasa bersalah menjengah dalam hati.
                “Oh ya, Ateh pergi ke Darwish. Semua orang sihat?”
                “Alhamdulillah, bonda. Masa Ateh di sana, semua okey sahaja. Haa... ini Ateh baru balik daripada Malaysia. Ada buah tangan untuk bonda dan ayahanda.” Fateh menghulurkan sebuah beg kertas sederhana besar yang berisi cenderamata untuk ayahanda dan bondanya.
                “Oh... Bonda pun sudah lama tak pergi ke Malaysia.”
                “Ateh pun. Itu yang Ateh beli cenderamata untuk semua orang.” Fateh sengih.
                “Terima kasih. Nanti bonda bagi pada ayahanda. So, Ateh tidur di sinikah malam ini? Esok tak kerja, kan?”
                Fateh terdiam. Dia sudah mempunyai rancangan lain untuk esok, namun apa salahnya dia menginap di istana pada malam ini, kan? Boleh juga dia bertemu dengan ayahanda dan kakanda sulungnya, serta anakanda-anakanda saudaranya. Dia boleh bergerak daripada istana selepas itu. Senyuman dilemparkan kepada bondanya.
                “Sure, bonda.”
 ok...
Sorry. cik penulis tukar panggilan 'cara mia' to 'carino', which mean the same thing but in different language. :D
so.... komen?

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

tertunggu2 untuk yg seterusnya! XD

Nur Nadheera berkata...

Hohoho.. Best nii.. Tak sabar nak baca scene Fateh & Ema berjumpa.. Salam Ramadhan.. Cik Haliban

Tanpa Nama berkata...

tak sbrnyeee next entry !!!!

ahliaEDsidi berkata...

argggg nk lg....

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©