COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 4 Ogos 2014

TC (E&F) -19-

Ema melangkah naik ke dalam rumah emaknya selepas memberi salam. Setelah begnya diletak di dalam bilik, dia menjengah ke dapur. Kelihatan emkanya sedang berdiri berhampiran singki. Ema memberi salam dan mengambil tempat di meja makan. Jam di dinding dapur dijeling. Sudah pukul 6.45 petang.
                “Mak hendak ke surau untuk Maghrib ni. Kamu nak ikut?” soal emaknya.
                “Adik-adik ikut ke mak?” soal Ema berbasa-basi. Mindanya mencari jawapan kepada soalan emaknya.
                “Tak tahulah, emak. Kadang-kadang ikut. Kadang-kadang tak.”
                Ema mengangguk sendiri, “Ema ikutlah, mak. Nanti Ema paksa adik-adik ikut kita.”
                Tiada salah dia memaksa adik-adiknya pergi ke surau. Paksaan untuk melakukan ibadat boleh dikira sebagai latihan. Lagipun, bersolat di surau adalah sunat. InsyaAllah, ada pahala menanti dalam setiap langkah mereka ke surau.
                Rupanya, kuliah Maghrib malam ini disampaikan oleh penceramah luar. Ema membetulkan duduknya. Dia memasang telinganya agar perkataan yang keluar daripada mulut ustaz didengarinya dengan jelas. Ustaz itu bercakap tentang perjuangan dan jihad serta dikaitkan dengan keadaan negara-negara Islam yang ditindas seperti Palestin, Syria dan Mesir.
                “Kepada anak-anak muda yang ada di surau pada malam ini, tahukah kalian bahawa berjuang itu wajib, namun berbakti kepada ibu bapa itu adalah lebih penting,” ucap ustaz.
                “Ustaz, ada dalil tak?” Salah sorang jemaah lelaki mengangkat tangan dan bertanya.
Dan daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As katanya, seorang lelaki mengadap Rasulullah lalu berkata, “Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada Allah Taala”. Rasulullah bertanya, “Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?” Jawabnya, “Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup”. Rasulullah bertanya lagi, “Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah Taala?” Jawabnya, “Ya”. Kata Rasulullah, “Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada kedua-duanya[1].
Ema terdiam. Dia berpaling memandang emaknya di sisi. Dalam konteks dirinya, dia berjuang menjaga keamanan negara. Malah, emaknya tidak tahu bahawa itulah pekerjaannya yang sebenar. Jika dalam berjuang mempertahankan agama pun begitu keadaannya, apatah lagi dirinya ini. Dia mungkin sahaja terkorban pada bila-bila masa, tanpa sempat dia berbakti sepenuhnya kepada emaknya yang masih ada.
“Dalam hadith ini, seorang pemuda sudah berjanji untuk berhijrah dan berjihad. Ketika ini, hijrah adalah wajib. Namun Rasulullah tetap menyarankan pemuda tersebut supaya mengutamakan kewajipan kepada ibu bapa terlebih dahulu. Apatah lagi kita semua ini, yang kerja tidaklah membahayakan keselamatan dan kesihatan. Maka wajib bagi kita berbuat baik dan menjaga kebajikan ibu bapa kita.”
Ema tertunduk memandang ribanya. Kontra dengan apa yang disebut oleh ustaz tersebut, kerjanya memang sangat membahayakan diri. Walau bagaimanapun, hakikatnya, berbakti kepada emak adalah prioriti nombor satu dalam hidupnya dan adik-adik.
Balik daripada surau, Ema berjalan seiring dengan emaknya. Adik-adik berjalan di hadapan mereka berdua sambil berbual dan bergelak ketawa. Diperhatikan adik-adiknya sebelum Ema menoleh ke arah emaknya. Dengan tidak semena-mena, emaknya turut berpaling ke arahnya dan seakan-akan mengangkat kening kpadanya.
“Kenapa, Ema? Mak rasa daripada tadi lagi kamu duk tengok emak. Ada apa-apa ke?” soal emaknya.
Ema tersengih. Dia berkira-kira ingin bertanyaka soalan yang sedang bermain-main difikirannya, “Mak…”
“Iya… Ada apa?” sahut emaknya.
“Mak, mak akan beri keizinan tak kalau anak-anak mak hendak jadi polis?” Ema membuka bicara.
“Hah? Kenapa tiba-tiba tanya macam ni? Kamu hendak minta jadi poliskah?”
Ema senyum nipis sendiri. Bukan hendak minta, memang sudah jadi pun…
“Tak adalah. Tadikan ustaz ada cakap tentang kerja yang membahayakan keselamatan. Kalau kerja polis, mesti terdedah kepada bahaya. Apa pendapat mak?”
“Kalau kamu memang dah suka jadi polis, mak tak bolehlah hendak halang. Apa yang mak hendak, apa pun kerja kamu kena buat yang terbaik. Kalau betul hendak jadi polis, kena berhati-hati. Ajal itu memang ketentuan Allah, tapi kita sebagai manusia harus berusaha yang terbaik. Mak ni cuma ada kamu semua sahaja sekarang ni sejak ayah kamu meninggal,” jelas emaknya.
Ema diam. Sayu hatinya apabila emak menyebut perihal arwah ayah mereka yang sudah meninggal dunia.



[1] http://www.islam.gov.my/e-hadith/berbakti-kepada-ibu-bapa-adalah-segala-segalanya

sorry, pendek. :(

2 komen:

Ziana Eunos berkata...

Best! Nk lagi hihi

aqilah berkata...

Mmg suka dgn cite ni. Follow!

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©