COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 10 Julai 2014

E&F ---> Takdir Cinta (TC) -18-



Ema mengangkat wajah apabila loceng berbunyi menandakan ada orang membuka pintu kedai bunga itu. Pelanggan lelaki. Bibirnya spontan mengukir senyuman hormat. Namun, apabila insan kedua masuk selepas lelaki tersebut, senyumannya tiba-tiba kaku.
Terkebil-kebil dia memandang lelaki kedua itu, sama seperti lelaki itu memandangnya. Beberapa ketika kemudian, lelaki itu datang menghampirinya di meja kaunter pembayaran tersebut.
"Awak kerja di sini, rupanya."
Ema mengangguk sahaja. Baru semalam dia bertemu dengan lelaki ini, hari ini mereka bersua lagi. Hendak dikatakan kebetulan, tentulah tidak. Setiap saat yang terjadi dalam dunia ini adalah perancangan dan takdir Tuhan. Apa yang membuatkan lelaki itu memasuki kedai bunga tempat kerjanya itu, dia tidak tahu.
“Awak nak beli bunga?” soal Ema. Soalan yang terang-terangan tidak patut ditanya kepada seorang pelanggan kedai bunga. Soalan yang sepatutnya dia tanya adalah tentang jenis bunga yang ingin dibeli oleh lelaki itu sebenarnya.
Namun, lelaki yang sudah mengambil tempat di kerusi hadapan kaunter itu menggelengkan kepala, “Tak. Saya teman kawan saya sahaja. Dia nak beli bunga untuk isteri dia.”
Ema mengangguk, “Awak duduklah dulu. Saya pergi layan kawan awak sekejap.”
Ema melangkah ingin berlalu, namun tiba-tiba lengannya dipegang, menghalang dia daripada menjauhi kaunter pembayaran itu. Dia berpaling, memandang Fateh yang dilihatnya sedang tersengih. Lelaki itu kemudiannya melepaskan pegangan di lengannya itu.
“Tak payahlah. Duduk saja. Biarkan dia pilih sendiri. Awak teman saya di sini ya?” pinta lelaki itu, membuatkan Ema mengerutkan dahinya.
“Kawan awak tu pelanggan kedai ni. Nanti apa pula bos saya cakap,” jawab Ema.
“Saya pun pelanggan juga!”
Ema menjungkitkan keningnya, “Tadi awak juga yang cakap awak tak mahu beli bunga, kawan yang sahaja yang hendak beli.”
“Saya tukar fikiran,” tukas Fateh.
Ema ketawa dalam hati. Macam-macam pula perangai putera kedua Negara Zamora itu. “Okey, jadi awak hendak beli bunga apa? Saya ambilkan.”
“Herm...” Lelaki itu membuat gaya berfikir. Ema kembali duduk di kerusi kaunter pembayaran itu.
Fateh melilau, mencari gerangan sahabatnya yang sedang memilih bunga untuk diberikan kepada pasangannya. Kemudian, dia berpaling semula ke arah Ema yang berada di sebalik kaunter itu. Dia melihat di tangan Ema terdapat kepingan-kepingan koin emas yang besar. Berkerut dahi Fateh. Negara Zamora tidak menggunakan koin emas, dari manakah Ema mendapat koin emas tersebut? "Ema, mana awak dapat emas tu?"
Ema memandangnya sebelum menunjukkan ke arah sebelah kanannya. Membulat dia melihat banyak lagi kepingan-kepingan koin emas yang terdapat di dalam satu balang lutsinar di atas kaunter itu. Matanya semakin membulat. Dia tidak perasan akan baling tersebut tadi. "Awak biar sahaja emas tu di situ? Tak bahayakah? Siapa punya emas ni?"
Ketika itu, dahi Ema pula yang berkerut. Gadis itu memandang Fateh dengan pandangan yang kehairanan. Fateh fikir itu emas yang betul? Idea itu membuatkan Ema tergelak kecil.
"Lah...Awak gelak kenapa?" soal Fateh kehairanan. Dilihatnya Ema menggelengkan kepala.
"Awak, it's not real. This is choco coin. Awak tak pernah makan ke?" ujar Ema.
"Hah? Choco as in chocolate?" Hampir ternganga Fateh mendengar. Koin coklat? Sejak pula bila coklat bentuk koin ini wujud?
"Iya... Serius, awak tak pernah makan ke? Tak pernah jumpa benda ni?" soal gadis di hadapannya itu lagi.
Fateh hanya menggeleng. Ema menyuakan senyumannya, "Mungkin dalam istana tak ada benda ni kot. Coklat ni salah satu coklat yang wajib dimakan semasa kanak-kanak tau. Nah. Ambil satu. Saya ajar awak cara makan choco coin ni ya?"
Dia menyambut coklat koin yang dihulurkan oleh Ema itu. Lucu pula rasanya apabila Ema ingin mengajarnya makan coklat tersebut. Okey... Dia bukanlah jakun sangat cuma dia memang tidak pernah jumpa coklat berbentuk koin ini. Rasanya coklat itu seharusnya sama sahaja dengan rasa coklat yang lain. Coklat di tangannya itu disimpan dan poket. Dia memandang Ema yang sedang menggigit coklat berbentuk koin tersebut.
“Lah... Kenapa awak tak makan?”
Fateh sengih dan menjungkitkan bahunya, “Saja. Saya hendak simpan dalam peti ais rumah saya. Oh ya, saya hendak bunga Camellia putih.”
“Okey. Berapa kuntum?” Ema menyuakan senyuman.
“Satu,” sepatah jawapannya, membuatkan gadis di hadapannya itu mengerutkan dahi seketika.
“Okey... sekejap.”
Fateh memandang gadis itu berlalu, mecari bunga yang dikehendakinya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Ema sebagai gadis bunga, dia tidak boleh bayangkan perkara itu semalam. Namun, melihat gadis itu bekerja sekarang, dia percaya gadis itu boleh melakukan apa sahaja.
Ema kembali ke kaunter pembayaran bersama sekuntum bunga Camellia putih dan terus melakukan kerja membungkus. Fateh hanya diam memerhati sehingga gadis itu menghulurkan bungkusan satu kuntum itu berserta sekeping kad. 

“Awak boleh tulis ucapan di kad ini.”
Fateh mengangguk. Dia membayar harga bunga tersebut  sebelum mencapai sebatang pen di atas kaunter tersebut. Beberapa patah perkataan dilakarkan di atas kad itu. Setelah itu, dia memandang Ema, “Awak boleh tolong hantarkan bunga ni tak?”
Ema mengangguk. Polisi kedai bunga itu, penghantaran akan tetap dibuat walaupun hanya sekuntum bunga, “Insya-Allah, boleh. Alamatnya?”
Fateh menyengih, “Alamat rumah awak.”
Erk... Ema tercengang seketika. Dia membuka mulut, ingin bertanya namun kawan lelaki itu sudah berdiri di kaunter itu bersama beberapa kuntum bunga. Ema terpaksa mengetepikan hal Fateh dan meneruskan kerjanya. Kedua-dua lelaki itu keluar daripada kedai bunga tersebut tanpa dia sempat bertanya Fateh tentang bunga Camellia putih yang tersadai di atas kaunter tersebut.
###
Ema meletakkan plastik hitam di dalam tong sampah yang tersedia di belakang kedai bunga itu. Tangannya ditepuk-tepuk beberapa kali, ingin menghilangkan debu-debu dan bakteria di tangannya. Dia bekerja di kedai bunga itu untuk mengintip, namun kerja-kerja sebenar sebagai pembantu kedai itu tetap dia lakukan supaya penyamarannya tidak terbongkar.  
                Dia tidak sangka sebenarnya Fateh akan dating ke kedai bunga tempat kerjanya sebenarnya. Bunga Camellia putih yang Fateh kata perlu dihantar ke rumahnya itu? Dia faham maksud Fateh yang ingin menghadiahkan bunga itu kepadanya. Dia bukanlah blur sangat. Sebagai seorang agen pengintip, salah satu cirinya adalah otak bergeliga. Tak mengapalah. Nanti dia bawa balik bunga tersebut, hadiahkan kepada emaknya.
Ema berpaling ke kiri dan kanan, melihat keadaan sekeliling kawasan belakang kedai bunga tempat dia 'bekerja' itu. Kanannya tiada yang menarik, seperti biasa sahaja. Kirinya...

Baru dia ingin berpaling ke hadapan kembali, hujung matanya menangkap imej seseorang, yang serta merta membuatkan dirinya berada dalam keadaan bersiap siaga. Target yang mereka tunggu-tunggu selama ini! Checkmate!
Ema segera merapatkan badannya ke dinding, mencari posisi supaya dia tidak dilihat oleh targetnya. Tangan kanannya di bawa dekat ke mulut. Jemari kirinya menekan satu butang yang ada di gelang getah yang dipakai di pergelangan tangannya.
"Kod merah. Kod merah," ulang Ema. Gelang getah berwarna hitam di tangannya bukanlah gelang getah biasa. Ianya adalah salah satu alat yang digunakan tugas-tukas pengintipannya dan setiap ahli Skuad Alpha mempunyai gelang getah tersebut.
Mata Ema cekap memerhati target. Dia tidak sangka, target akan muncul pada ketika ini. Sudah lama dia 'bekerja' di kedai bunga itu dan mengharapkan kemunculan target di situ. Hari ini adalah hari tersebut. Dia tidak akan melepaskan target pergi begitu sahaja, setelah lama pihak mereka cuba mengesan keberadaan target itu.

"Macam mana lengan kau? Sakit lagi?"
Ema menyuakan senyuman sambil jemari kirinya menyentuh kawasan lengan kanannya yang berhampiran dengan bahu. Di bawah pakaian hospital yang menutupi auratnya itu, terdapat kecederaan akibat tembakan sebenarnya. "Alhamdulillah, tak ada apa-apalah. Doktor dah bagi ubat tahan sakit. Rasa sengal sikit saja."
Amani mengangguk. Dia bersyukur rakan sejawatannya selamat. Kerja dan tugas mereka memang membahayakan nyawa, masing-masing sudah sangat arif. Lalu, tiada rungutan atau rengekan apabila masing-masing tercedera dalam menjalankan tugas. Malah, kesan-kesan kecederaan itu sebenarnya menjadi peringatan dan motivasi untuk mereka meneruskan khidmat mereka, serta menjadi lambang pengalaman mereka.'"Bila boleh keluar hospital ni?"
"Doktor tahan aku sehari sahaja, katanya. Lagipun, bullet tu tak kena pada organ-organ penting. Kena lengan aku je," jelas Ema.
"Agak-agak, minggu depan, lengan kau dah okey tak?" soal Amani lagi.
Ema mengangkat kening. Soalan Amani kedengaram sedikit lain. Namun' tidak mungkin lengannya akan sembuh dalam masa seminggu. Memang hanya lengannya yang cedera, namun kecederaan lengannya agak dalam juga. "Nak cakap sembuh tu, taklah kot. Cuma aku tak bolehlah nak mengangkat benda-benda berat rasanya. Kenapa?"
Amani tersengih.
Ema mengangkat kening lagi. "Cakap jelah."
"Cik Puan Airi jemput aku ke majlis hari lahir anakanda dia next week. Aku ingat nak ajak kau teman aku," ujar Amani akhirnya.
Ema senyum serba-salah. Nampaknya, Cik Puan Airi betul-betul menyukai dan mempercayai gadis di hadapannya itu. "Cik Puan tak jemput aku. Beliau jemput kau. Tak naklah aku pergi."
Amani memuncung sedikit, "Alah... Jomlah temankan aku. Seganlah aku hendak pergi seorang diri. Lagipun, bukan Cik Puan tak kenal kau."
Anakanda Cik Puan Airi, bermaksud anakanda saudara Tengku Fateh Abqari. Tentu lelaki itu ada ada dalam majlis tersebut. Ema tidak mahu bertembung dengan lelaki itu. Mindanya mencari alasan, "Aku tak ada pakaian yang sesuailah. Majlis dengan kerabat diraja tu, Amani. Pakaian aku semuanya layak pakai pergi pasar sahaja."
Benar. Jika hendak menghadiri majlis reunion sekolah ya dahulu pun dia meminjam pakaian teman serumahnya, inikan pula majlis kerabat diraja... takkanlah dia hendak memakai pakaian kasual sahaja.
"Cik Puan cakap ia majlis tertutup. Pasal pakaian, nanti kita pergi cari yang baru. Aku belanja," pujuk Amani lagi.
Ema menggeleng sendiri. "Bersungguh kau hendak pergi ni. Ada apa-apa ke?"
Kali ini, Amani tersenyum... malu. Gadis itu menggaru belakang kepala yang tidak gatal. "Sebenarnya, Cik Puan nak aku pergi sebab dia nak kenalkan aku pada adinda dia."
Ema terdiam. Adinda Cik Puan Airi tentulah bermaksud adinda ipar beliau yang bernama Tengku Syifa’ul Asrar dan tengu Fateh Abqari itu. Nampaknya Cik Puan Airi bersungguh hendak kenalkan Amani kepada ahli kerabat. Kemungkinan besar, Amani juga akan bertemu dengan Raja dan Permaisuri juga. Seketika kemudian, Ema menggelengkan kepalanya. Buat apa dia fikirkan semua ini? Biarlah Amani diperkenalkan kepada keluarga diraja itu. Itu bukan urusannya. “Kalau macam tu, tak perlulah aku pergi. Majlis tertutup kerabat diraja selalunya hanya untuk orang-orang terdekat sahaja. Aku pasti, kau okey sahaja nanti.”
Amani kelihatan menghela nafas, sudah tidak mahu mendesak rakan sejawatannya. “Iyalah. Kau ni susah betul nak ajak buat kawan.”
Ema sengih.
                “Oh. By the way, kau dah baca tak cerita terbaru MH370?” soal Amani, tiba-tiba beralih kepada topik lain. Gadis itu mengagau sesuatu di dalam beg sebelum mengeluarkan iPadnya.
                Ema tersenyum nipis membaca analisis yang dibentangkan di dalam blog yang dibacanya daripada iPad milik Amani itu. Analisis tentang kehilangan MH370 milik syarikat penerbangan negara Malaysia yang dilaporkan hilang. Beberapa teori yang disiarkan itu, ternyata benar.
Bagaimana dia mengetahuinya? Dia adalah seorang perisik dan pengintip, Skuad Alpha pula tu. Dia tahu, namun dia tidak akan mendedahkan perkara tersebut kepada media. Adakah kerana dia takut kepada 'negara mata helang' seperti yang dinyatakan dalam blog tersebut? Bukan. Sebenarnya, banyak perkara yang harus dipertimbangkan, terutamanya keselamatan negara mereka ini. Mendedahkan konspirasi satu kuasa besar akan mengakibat kan sesuatu yang besar juga.


Tada.... panjang tak? hehe... Sorry sangat-sangat dah lama cik haliban tak update blog ni... cik haliban pun sedih T_T sorry ya kawan-kawan... kalau masih sudi komen, komen la ya. panjang pun tak pe. :)

lupa nak cakap. E & F dah ditukar tajuk kepada Takdir Cinta (TC)..

jemput juga ke group fb...

dan!  ada diskaun edisi Ramadan!


3 komen:

Nurmunirah Fierus berkata...

Alhamdulillah. Finally, rindu nk baca E&F. Hahaha... Free nnti update lg. :D

Tanpa Nama berkata...

Best!! nanti tambahlah lagi.....hihihihih

aurora berkata...

Best..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©