COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 23 Mac 2014

E & F -15-



Ema merebahkah badannya ke atas tilam. Kedua-dua tangannya di tebar, seperti hendak berenang gaya rama-rama di atas katil itu pula rasanya. Dia menghela nafas lega. Badan yang letih dan penat itu terasa ringan apabila berbaring di atas katil.

                “Amboi… Penat sangat aku nampak tu.” Sauara Amani yang baru masuk ke dalam bilik hotel mereka itu menegurnya.

                Ema tidak mengangkat muka, malah matanya dipejam. Amani tentu tahu apa yang dirasainya ketika ini. Penat, penat, dan penat.

                “Weh… Bukalah tudung dulu. Kan ke lagi selesa…” tegur Amani lagi.

                Ema mengangguk kecil, namun masih tidak bergerak. Dia menarik nafas lega seketika sebelum membuka matanya dan bangkit dari pembaringannya. DIlihatnya, Amani sedang membuka jaket yang dipakai.

                “Alhamdulillah, misi kita untuk kali ini selesai,” ucap Ema. Amani mengangguk. Misi mereka kali ini tidak begitu mencabar namun, ia tetap satu misi. Kalau mereka tiada di situ, keselamatan orang penting negara mereka mungkin akan terancam.

                “Sufiah beritahu sesuatu sebelum mereka naik pesawat tadi.”

                Ema yang mula membuka tudungnya itu menoleh lagi kepada Amani. Sufiah adalah pembantu peribadi Cik Puan Hijratul Khairiyah. Isteri kepada putera Mahkota Tengku Iman Hakimi itulah yang mereka lindungi secara senyap-senyap sepanjang mereka berada di Mar Hoseki ini. Misi mereka yang selesai itu menandakan bahawa Cik Puan Hijratul Khairiyah sudah kembali ke tanah air mereka. “Ada apa-apa masalah ke?”

                 Amani menggeleng. “Tak ada apa-apa. Dia bagitahu Cik Puan nak jumpa kita bila kita kembali ke Zamora nanti.”

                Ema mengangguk sendiri. Dia bukan menyatakan persetujuannya. Lagipun, pernyataan daripada Amani itu kedengaran seperti arahan, bukannya pertanyaan. Setuju atau tidak, mereka perlu bertemu dengan wanita itu nanti.

                Tiba-tiba ingatannya berputar ke arah adinda ipar Cik Puan Hijratul Khairiyah, bukan Tengku Syifa’ul Asrar tetapi Tengku Fateh Abqari. Siapakah yang menggantikan dia mengemas sumah emper lelaki itu? Baru saat ini dia terfikirkan pemuda itu. Beberapa hari sebelum ini dia terpaksa fokus dengan misi, sehingga tidak sempat mengingati orang lain. Keluarganya juga dia tidak hubungi sejak dia menjejakkan kaki ke Mar Hoseki ini. Pantas Ema mencapai telefonnya. Dia ingin menghubungi keluarganya.

                Telefon peribadinya yang ditutup selama dia menjalankan tugas itu dihidupkan. Terdapat beberapa mesej dan panggilan yang tidak berjawab, namun Ema tidak pedulikan semua itu. Dia terus mendail nombor telefon rumah emaknya. Beberapa kali deringan, barulah dia mendengar suara emaknya di hujung corong telefon itu. Salam emaknya dijawab dengan hati yang damai. Mendengar suara emak sahaja sudah membuatkan separuh kepenatan badannya hilang.

                “Mak sihat? Ema minta maaf, lama tak telefon rumah. Adik-adik sihat?” soal Ema. Badannya dibaringkan di atas katil sekali lagi.

                “Alhamdulillah. Semua sihat. Ema sihat? Kerja okey?” Suara emak membuatkan dia rasa ingin pulang sekarang juga. Ema tersenyum sendiri. Dia memang sudah dewasa namun kedewasaan tersebut tidak akan boleh menghilangkan rasa rindu dan sayangnya terhadap keluarga.

                “Alhamdulillah mak. Lusa Ema balik rumah mak ya.” Lusa dia dan Amani akan pulang ke Zamora dan mereka berdua perlu melaporkan diri kepada ketua mereka terlebih dahulu. Tiba-tiba dia mendengar suara adik-adiknya.

                “Adik-adik nak cakap dengan Ema ni,” ucap emaknya. Ema hanya menunggu suara salah seorang adiknya bercakap.

                “Helo, akak. Akak kat mana ni?” suara Mazurah kedengaran.

                “Akak di tempat kerja la, dik,” jawab Ema senang. Itulah jawapannya setiap kali soalan yang sama ditanya kepadanya. Tiada seorang pun ahli keluarganya tahu dia adalah seorang pegawai pengintip (undercover). Malah semua ahli keluarga setiap pegawai yang berstatus sepertinya tidak akan tahu kerja sebenar mereka.

                “Okey. Akak nak tahu tak cerita panas?”

                Ema tersenyum sendiri. Mazurah ni tentu hendak mengajaknya untuk bergosip. Maklumlah, takkan gadis itu hendak bergosip dengan Syafik, Majid atau pun ibu mereka. Mangsa yang paling tepat adalah dirinya. “Cerita apa, dik?”

untuk scene lepas ni =P


Melangkah masuk ke dalam kereta yang disediakan untuknya, Hijratul Khairiyah automatic mengukir senyuman apabila bertentang mata dengan insan yang sedia duduk di tempat duduk belakang kereta itu. Setelah pintu kereta ditutup, Hijratul Khairiyah mencapai tangan insan tersebut dan menciumnya dengan penuh hormat dan kasih.

                Salamnya dibalas dengan ciuman mesra di dahinya. Senyuman Hijratul Khairiyah semakin lebar. Hampir enam tahun usia perkahwinan mereka, dia masih dapat merasakan kemesraan hubungan mereka berdua. Wajahnya diangkat, memandang wajah kesayangannya itu, “Amor, qué estás haciendo aquí? [1]

                “Sayang, bienvenido a casa[2]. Te echo de menos[3],” balas insan yang bergelar suami itu dalam bahasa kedua mereka.

                Hijratul Khairiyah senyum lagi. “Amor sihat?”

                Tengku Iman Hakimi mengangguk. Jari-jemarinya melurut ke tangan isterinya, menjalinkan jari-jemari mereka. “Alhamdulillah. Sayang pula? Sufiah jaga isteri Kimi ni dengan baik tak?”

                Hijratul Khairiyah ketawa kecil, “Amor, Sufiah adalah pembantu peribadi yang terbaik. Jangan persoalkan kerja dia, bimbang dia kecil hati pula. Anakanda-anakanda kita macam mana, amor?”

“Alhamdulillah, mereka semua sihat. Tentulah mereka rindukan bonda kesayangan mereka ni. Seminggu tak jumpa bonda mereka, macam-macam karenahnya anakanda-anakanda kita tu. Jenuh semua orang hendak melayannya.”

Hijratul Khairiyah tersenyum. Dia bersandar dan kepalanya diletakkan di bahu si suami. Wajah anakanda-anakanda mereka berdua terbayang di minta. Rindu dengan kembar tiganya itu tidak dapat digambarkan. Seminggu dia tidak bertemu dengan mereka kerana tugasnya sebagai Puteri Mahkota Zamora yang mengehendaki pemergiannya ke Pulau Mar Hoseki.

“Lawatan sayang tu macam mana? Tak ada masalah kan?”

Hijratul Khairiyah menggeleng, “Alhamdulillah. Tak ada masalah sangat kalau mengikut pandangan mata kasar. Selebihnya, orang kita yang memang ada di situ sudah uruskan.” Apabila menyebut tentang ‘orang kita’, Hijratul Khairiyah terbayangkan dua orang gadis yang bertugas melindunginya secara senyap-senyap di Mar Hoseki selama beberapa hari yang lalu. Pantas dia mengangkat kepalanya dan memandang si suami.

Amor, Airi ada jumpa seseorang. Airi rasa dia sesuai dengan Ateh,” ucap Hijratul Khairiyah menyebabkan Tengku Iman Hakimi memandangnya dengan perasaan hairan.

“Ateh? Sayang nak jadi matchmaker?” soal Tengku Iman Hakimi.

Hijratul Khairiyah menjungkitkan bahunya, “Amor rasa Ateh okey tak kalau Airi nak kenalkan dia dengan gadis tu?”

Tengku Iman Hakimi diam seketika sementara Hijratul Khairiyah terus-menerus memandang si suami, menunggu kata putus lagaknya.

No se[4]. Mungkin kalau sayang tanya dia dulu, dia okey. Jangan aturkan sesuatu tanpa pengetahuan dia. Él es un adulto ahora[5]. Dia takkan suka kalau orang aturkan hidup dia sesuka hati. Entiendes[6], sayang?

Hijratul Khairiyah senyum dan mengangguk tanda mengerti. Dia juga tidak suka orang lain mengaturkan hidupnya. Walaupun dia menyayangi Fateh seperti adinda kandung sendiri, dia hanya kakanda ipar dan kakanda angkat. Dia tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi pemuda itu.




[1] Bahasa Sepanyol: Sayang, apa yang awak buat di sini?

[2] Bahasa Sepanyol: Selamat pulang.

[3] Bahasa Sepanyol: Saya merindui awak.

[4] Bahasa Sepanyol: Saya tak tahu.

[5] Bahasa Sepanyol: Dia sudah dewasa sekarang.


[6] Bahasa Sepanyol: Adakah awak faham?

-----------------------------
Jeng. Jeng. Jeng. Siapakah yang Cik Puan kita nak kenalkan pada Fateh???

Nak tahu rupa anak-anak kembar Cik Puan dan Tengku Mahkota Zamora ni? Kena masuk grup fb ni ---> https://www.facebook.com/groups/bentukhati/   =P

haaa... ni tajuk lama dan pelakon lama Istana Airi tau. hehe...
 
kalau nak baca cerita Hijratul Khairiyah dgn Tengku Iman Hakimi, inilah novelnya. :D [episod 1-4]

Daaa.... Jangan lupa komen. :D

3 komen:

eija berkata...

wahhh cfrm lah ema yg di knalkn kt fateh.. agak2 apa reaksi fateh bila taw kje ema yg sbnar.. harus pgsan.. jgn fateh merajok sdh..hihi

Tanpa Nama berkata...

Congratz! love this story.

Yangjue berkata...

teruskn brkrya sis...sya setia mbca n mnyokong...gambate....love ur story...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©