COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 30 Ogos 2013

E & F -6- ii

Keretanya dipandu perlahan apabila memasuki jalan kampung. Aircond keretanya ditutup manakala tingkap kereta dibuka.  Udara di kampung itu lebih selesa dihidu. Satu persatu rumah dia lalui. 

[sambungan...]
Dengan cekap Ema memotong buah pisang dan dimasukkan dalam acuan yang berwarna kuning dalam bekas di hadapannya. Hari ini dia cuti dan selalunya dia akan membantu emaknya berniaga di gerai kecil yang terletak di tepi jalan kampung mereka itu.
                “Kakak, lepas tu potong keropok lekor tu pula ya.” Suara si ibu meminta. Ema mengangkat wajah dan mengangguk. Dia berpaling ke padang permainan di belakang gerai itu. Gerai yang dibuka oleh emaknya ini terletak di tepi padang permainan kawasan kampung itu. Dlihat dua adik lelakinya sedang bermain bola dengan pemuda-pemuda kampung yang lain. Itulah adik-adiknya jika mereka berasa bosan menunggu pelanggan di gerai, mereka akan bermain di padang itu. Emak dan dia tidak kisah asalkan adik-adiknya itu berada dalam jarak pandangan mereka.
                “Selalunya kelas Zura habis pukul berapa, mak?” soal Ema. Jam tangannya dipandang. Sudah hampir pukul 5.15 petang. Petang-petang begini, pelanggan ramai datang membeli pisang goreng yang panas.
                “Pukul lima. Sekejap lagi sampailah tu.” Zura memang akan terus ke gerai emak setelah tamat kelas tambahannya di sekolah, namun gadis itu akan solat di sekolah terlebih dahulu.
                “Nak goreng pisang, nak?” Suara emaknya bertanya. Ada pelanggan datang tanpa dia sedari, namun Ema tetap tidak mengangkat wajah. Dia mahu cepat menghabiskan kerja menggaulkan pisang dalam acuan kuning itu sebelum mula memotong keropok lekor.
                “Boleh jugak, mak cik. Erm… mak cik ada jual kuih apa ya?” suara pelanggan itu menjawab. Ema pada mulanya tidak mengambil perhatian, namun suara itu seperti menjentik hatinya supaya memandang tuan suara tersebut. Lambat-lambat dia berpaling.
Okey. Tengku Fateh Abqari. Ehhh… Apa Tengku Fateh ni buat di kampung ni? Ema memandang pemuda itu tidak berkelip.
                Sesaat dua kemudian, pandangannya dan Tengku Fateh bertemu. Agaknya lelaki itu berasa diri diperhatikan, lalu menjadi sumber tersebut, iaitu matanya!
                “Eh! Ema, kan?” soal lelaki itu.
                Ema berasa seperti ingin menyembunyikan diri. Bukannya dia malu lelaki itu melihat dia di gerai emaknya, cuma dia tidak sangka mereka akan bertemu lagi selepas lelaki itu menghantar dirinya pulang dari majlis reunion tempoh hari. Lalu, dia mengukir senyuman nipis.
                “Tengku,” sapa Ema. Emak yang melihat dia mengenali pelanggan itu membiarkan dia mengambil alih . “Beli kuih?” Ema bangun dari duduknya, menghampiri
                “Ha’ah. Kanda saya mengidam.”
                Ema mengangguk. Rasa kekok pula mendengar perkataan ‘kanda’ yang hanya digunakan oleh keluarga diraja. Orang biasa hanya menggunakan gelaran ‘abang’ ataupun ‘kakak’ sahaja. “Tengku nak kuih apa?”
                Lelaki itu menjenguk-jenguk bekas Tupperware yang mengandungi kuih muih. Walaupun sudah petang, masih terdapat sedikit kuih-muih. “Lompat tikam dengan lompang ada?”



                Ema memandang sekilas bekas-bekas Tupperware. Selalunya lompang emak berwarna merah jambu, hijau dan kuning. Nampak seperti sudah habis. Lompat tikam ada lagi dalam dua plastik itu. Ema berpaling ke belakang, memandang emaknya yang mengambil alih kerjanya memotong pisang, “Mak, lompang dah habis?”
                “Dah. Pagi tadi ramai pula yangbeli,” jawab emaknya.
                Ema mengangguk faham sebelum berpaling kea rah Tengku Fateh, “Lompang dah habis, Tengku. Lompat tikam ada. Tengku nak berapa?”
                “Err… Bagi semualah. Herm… kat mana lagi ya saya boleh cari lompang?”
                Ema melihat Tengku Fateh menggaru-garu kepala. Nampak comel pula… erk! “Erm… petang-petang macam ni, dah tak ada orang jual kuih-muih, Tengku. Mungkin pagi esok Tengku boleh cari.”
                “Susah juga ya. Tak tercapailah hasrat kanda saya hendak makan kuih tu hari ni. Kalau macam tu, saya dengan awak kuih lompang ni. Esok saya datang ambil, boleh?”
                Ema memandang emaknya. Lagipun, emak yang tukang buat kuih. Kalau emak boleh buat, bolehlah Tengku Fateh menempah. Apabila emaknya mengangguk, Ema menyatakan persetujuannya. “Okey. Tengku nak berapa?”
                “Bagi saya dalam 3 plastiklah. Rasanya kanda saya sajalah yang makan.  Okey. Esok saya datang sini. Pukul berapa awak buka gerai ni?”
                “Emak saya buka gerai ni lepas subuh, dalam pukul enam setengah,” jawab Ema. Dia tahu jadual emaknya kerana gerai ini wujud sejak dia bersekolah menengah lagi.
                “Okey. Saya datang dalam pukul tujuh pagi.  Saya balik dulu. Mak cik, saya pergi dulu ya. Pagi esok saya datang. Assalamualaikum.”
                Ema memandang Tengku Fateh berlalu bersama kuih lompat tikam yang dibelinya. Setelah kereta pemuda itu berlalu, Ema berpaling kepada emaknya.
                “Kawan Ema?” soal emaknya, masih tidak beralih. Ema duduk berhadapan dengan emaknya. Dia mengambil kerja memotong keropok lekor pula. Ema tidak hairan jikalau emaknya tidak mengenali Tengku Fateh Abqari yang merupakan putera ketiga Negara Zamora mereka ini, kerana pemuda itu tidak terlalu menonjolkan dirinya.
                “Erm… sama sekolah tinggi dulu. Jumpa dia semasa majlis reunion tempoh hari,” jelas Ema pendek. Tidak pula dia bercerita hal dia dihantar pulang oleh Tengku Fateh pada malam tersebut.

sorry pendek! :( tapi komen tau. cik haliban tunggu komen2 kawan2. :D

iklan kejap. buku 2ndhand. sesiapa nak beli?


3 komen:

Tanpa Nama berkata...

Aduhhh tak sempat pun nak kunyah nasi dh abis dah pulak. Bagus gak bgi visual kuih tu.. Klu tak saya tak tau pon lompang ni gimana rupanya

Munirah Wu berkata...

akak ... pendek yg amatt .. sungguh la tk puas membaca . *sengih* . teruskan . fighting !!

Nava_JksCri berkata...

Hehe... Baru kt entri seblm Nava bagitahu yg Nava x kenal kuih tu, macam tau2 je cik Haliban...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©