[cont. from last entry]
Ema mendekati kawasan yang kena tempias air hujan. Angin sejuk menyapanya. Tangannya diangkat, ingin merasai tempias air hujan tersebut. Sejuk air yang menitik di atas tangannya. Rasanya sudah lama dia tidak bermain air hujan. Kali terakhir mungkin semasa dia kecil dahulu agaknya.
Ema mendekati kawasan yang kena tempias air hujan. Angin sejuk menyapanya. Tangannya diangkat, ingin merasai tempias air hujan tersebut. Sejuk air yang menitik di atas tangannya. Rasanya sudah lama dia tidak bermain air hujan. Kali terakhir mungkin semasa dia kecil dahulu agaknya.
Jam tangan di
pergelangan kanannya diangkat. Malam sudah menghampiri pukul 12 tengah malam.
Bagaimana dia hendak pulang? Tadi dia dihantar oleh Nada tetapi sekarang, dia
serba salah untuk meminta Nada datang mengambilnya. Rakannya itu mungkin sudah
tidur. Nampaknya, dia perlu menahan teksi. Perhentian bas ada berdekatan hotel
tersebut tetapi dia perlu meredah hujan.
Fateh memandang gadis bergaun putih itu
daripada jauh. Ketika di tandas tadi, dia sempat bertukar sepatah dua perkataan
dengan Hijazi yang sedang membasuh tangan di sinki. Pemuda itu keluar daripada
tandas terlebih dahulu daripadanya. Selesai memeriksa penampilannya, Fateh hendak
keluar daripada situ namun telinganya menangkap perbualan dua orang insan.
Lantas dia menyembunyikan diri. Bukan dia sengaja hendak memasang telinga
tetapi rasa seperti tidak enak jika dia tiba-tiba sahaja keluar, mengganggu
pasangan tersebut.
Berdekatan
dengan pintu tandas itu, Fateh menyembunyikan dirinya. Dari situ, dia
mengenalpasti bahawa salah seorang daripada pasangan tersebut adalah Hijazi dan
Hijazi ada menyebut nama ‘Ema’.
Ema, Zaima kawan kepada
Inani tadikah? Timbul persoalan di benaknya.
Daripada perbualan
pasangan tersebut,Fateh dapat mengagak bahawa Hijazi dan Ema pernah mempunyai
hubungan. Hubungan yang bagaimana, dia tidak pasti dan dia sendiri tidak mahu
memeningkan kepalanya memikirkan tentang perkara itu. Lagipun, sekarang Hijazi
sudah bertunang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Hijazi dan Ema itu sudah
tiada hubungan. Namun begitu, daripada nada Ema yang didengarinya itu, Fateh
dapat merasakan bahawa gadis itu sangat terluka dengan apa yang berlaku.
Selepas beberapa
ketika, suara pasangan tersebut sudah tiada. Fateh menjenguk. DIlihatnya gadis
yang bergaun putih sedang menuju ke pintu masuk dan keluar hotel. Hijazi pula
sedang melangkah kea rah dewan. Fateh mengambil keputusan untuk mengikut jejak
langkah gadis itu. Betullah sangkaannya, gadis itu adalah Ema.
Fateh memandang Ema
yang sedang memandang langit gelap yang sedang mencurahkan rintik-rintik hujan
dengan lebatnya. Dia melihat gadis itu menghulurkan tangan, merasai titik-titik
hujan. Apalah yang difikirkan oleh gadis itu agaknya? Seketika kemudian, dia
melihat Ema mengangkat sedikit kain gaunnya dan menutup kepala dengan beg tangannya,
seakan-akan hendak meredah hujan yang lebat itu. Erk?
Pantas dia berlari
menghampiri Ema yang sudah dua langkah meredah hujan. Dalam hujan itu, Fateh
mencapai lengan gadis itu dan menariknya kembali ke bawah lindungan bangunan
hotel tersebut. Habis basah bajunya.
Baju gadis itu juga sudah basah dan seakan-akan lutsinar pula apabila terkena air
hujan. Fateh segera mencabut kot putihnya dan menyarungkan kot tersebut ke
badan Ema.
“Tengku…”
Fateh memandang wajah
Ema yang kelihatan hairan dengan kehadirannya di situ. Tiba-tiba, Fateh berasa
geram. “What are you doing? Kan hujan tengah lebat tu?”
“Erk…Saya hendak balik.”
Berkerut dahi Fateh, “Dah
tu? Buat apa redah hujan? Where is your car? Kenapa tak minta pekerja hotel ambilkan?”
“Err… Saya datang
tumpang kawan tadi.”
Fateh terdiam. Tumpang
kawan? “Kawan awak tak ada kat sini? Jadi awak hendak pergi ke mana tadi?”
“Err… Stesen bas di
hadapan sana.” Gadis itu teragak-agak
untuk menjawab.
Stesen bas? Gadis ini hendak balik menaiki bas? Lagipun, bas apa yang ada dalam jam dua belas tengah malam sebegini? Haish… Fateh melihat Ema memegang erat kot putih yang diberikannya tadi. Pasti gadis itu kesejukan. Alhamdulillah, kotnya berguna kepada gadis itu.
Stesen bas? Gadis ini hendak balik menaiki bas? Lagipun, bas apa yang ada dalam jam dua belas tengah malam sebegini? Haish… Fateh melihat Ema memegang erat kot putih yang diberikannya tadi. Pasti gadis itu kesejukan. Alhamdulillah, kotnya berguna kepada gadis itu.
“Dah. Awak tunggu di
sini. Saya ambil kereta saya sekejap,” ujar Fateh dan berlalu meninggalkan
gadis itu di situ. Ya, dia bercadang hendak menghantar gadis itu pulang dan dia
tidak mahu apa-apa bantahan daripada gadis itu. Sebab itulah dia berlalu
sebelum gadis itu sempat berkata apa-apa.
i know... pendek. SORRY sangat~
anyway, nak promote sikit. hehe... sesiapa nak beli novel cik haliban, boleh beli dengan cik haliban terus. :)
4 komen:
pendek xper asal kerap..hehhe..semoga cepat sambung... :)
Setuju! Jgn la hilang lama sgt ye.. Pls pls
good job cik haliban! cepatlah sambung! ketagih sangat nak tau endingg!! :)
Ala sweet nya Fateh....
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D