COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 27 Julai 2013

E & F -5-

[cont. from last entry]
Ema mendekati kawasan yang kena tempias air hujan. Angin sejuk menyapanya. Tangannya diangkat, ingin merasai tempias air hujan tersebut. Sejuk air yang menitik di atas tangannya. Rasanya sudah lama dia tidak bermain air hujan. Kali terakhir mungkin semasa dia kecil dahulu agaknya.
Jam tangan di pergelangan kanannya diangkat. Malam sudah menghampiri pukul 12 tengah malam. Bagaimana dia hendak pulang? Tadi dia dihantar oleh Nada tetapi sekarang, dia serba salah untuk meminta Nada datang mengambilnya. Rakannya itu mungkin sudah tidur. Nampaknya, dia perlu menahan teksi. Perhentian bas ada berdekatan hotel tersebut tetapi dia perlu meredah hujan.

Fateh memandang gadis bergaun putih itu daripada jauh. Ketika di tandas tadi, dia sempat bertukar sepatah dua perkataan dengan Hijazi yang sedang membasuh tangan di sinki. Pemuda itu keluar daripada tandas terlebih dahulu daripadanya. Selesai memeriksa penampilannya, Fateh hendak keluar daripada situ namun telinganya menangkap perbualan dua orang insan. Lantas dia menyembunyikan diri. Bukan dia sengaja hendak memasang telinga tetapi rasa seperti tidak enak jika dia tiba-tiba sahaja keluar, mengganggu pasangan tersebut.
                Berdekatan dengan pintu tandas itu, Fateh menyembunyikan dirinya. Dari situ, dia mengenalpasti bahawa salah seorang daripada pasangan tersebut adalah Hijazi dan Hijazi ada menyebut nama ‘Ema’.
Ema, Zaima kawan kepada Inani tadikah? Timbul persoalan di benaknya.
Daripada perbualan pasangan tersebut,Fateh dapat mengagak bahawa Hijazi dan Ema pernah mempunyai hubungan. Hubungan yang bagaimana, dia tidak pasti dan dia sendiri tidak mahu memeningkan kepalanya memikirkan tentang perkara itu. Lagipun, sekarang Hijazi sudah bertunang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Hijazi dan Ema itu sudah tiada hubungan. Namun begitu, daripada nada Ema yang didengarinya itu, Fateh dapat merasakan bahawa gadis itu sangat terluka dengan apa yang berlaku.
Selepas beberapa ketika, suara pasangan tersebut sudah tiada. Fateh menjenguk. DIlihatnya gadis yang bergaun putih sedang menuju ke pintu masuk dan keluar hotel. Hijazi pula sedang melangkah kea rah dewan. Fateh mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah gadis itu. Betullah sangkaannya, gadis itu adalah Ema.
Fateh memandang Ema yang sedang memandang langit gelap yang sedang mencurahkan rintik-rintik hujan dengan lebatnya. Dia melihat gadis itu menghulurkan tangan, merasai titik-titik hujan. Apalah yang difikirkan oleh gadis itu agaknya? Seketika kemudian, dia melihat Ema mengangkat sedikit kain gaunnya dan menutup kepala dengan beg tangannya, seakan-akan hendak meredah hujan yang lebat itu. Erk?
Pantas dia berlari menghampiri Ema yang sudah dua langkah meredah hujan. Dalam hujan itu, Fateh mencapai lengan gadis itu dan menariknya kembali ke bawah lindungan bangunan hotel tersebut.  Habis basah bajunya. Baju gadis itu juga sudah basah dan seakan-akan lutsinar pula apabila terkena air hujan. Fateh segera mencabut kot putihnya dan menyarungkan kot tersebut ke badan Ema.
“Tengku…”
Fateh memandang wajah Ema yang kelihatan hairan dengan kehadirannya di situ. Tiba-tiba, Fateh berasa geram. “What are you doing? Kan hujan tengah lebat tu?”
“Erk…Saya hendak balik.”
Berkerut dahi Fateh, “Dah tu? Buat apa redah hujan? Where is your car? Kenapa tak minta pekerja hotel ambilkan?”
“Err… Saya datang tumpang kawan tadi.”
Fateh terdiam. Tumpang kawan? “Kawan awak tak ada kat sini? Jadi awak hendak pergi ke mana tadi?”
“Err… Stesen bas di hadapan sana.”  Gadis itu teragak-agak untuk menjawab.
                Stesen bas? Gadis ini hendak balik menaiki bas? Lagipun, bas apa yang ada dalam jam dua belas tengah malam sebegini? Haish… Fateh melihat Ema memegang erat kot putih yang diberikannya tadi. Pasti gadis itu kesejukan. Alhamdulillah, kotnya berguna kepada gadis itu. 
“Dah. Awak tunggu di sini. Saya ambil kereta saya sekejap,” ujar Fateh dan berlalu meninggalkan gadis itu di situ. Ya, dia bercadang hendak menghantar gadis itu pulang dan dia tidak mahu apa-apa bantahan daripada gadis itu. Sebab itulah dia berlalu sebelum gadis itu sempat berkata apa-apa.


i know... pendek. SORRY sangat~

anyway, nak promote sikit. hehe... sesiapa nak beli novel cik haliban, boleh beli dengan cik haliban terus. :)

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

pendek xper asal kerap..hehhe..semoga cepat sambung... :)

Tanpa Nama berkata...

Setuju! Jgn la hilang lama sgt ye.. Pls pls

Tanpa Nama berkata...

good job cik haliban! cepatlah sambung! ketagih sangat nak tau endingg!! :)

Nava_JksCri berkata...

Ala sweet nya Fateh....

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©