COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 6 Ogos 2012

Lelaki Untukmu (LUM) -2-

Dalam menunggu hari minggu tiba, setiap hari dia menerima mesej sebanyak lima kali. Setiap kali masuk watu solat, pasti telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tentulah daripada ‘Hubby awak’. Malam pula, dia akan menerima panggilan daripada lelaki itu.  Tentunya dia lebih banyak mendengar daripada bercakap. Banyak betul benda yang diceritakan oleh suaminya itu.
                “Tu hah. Hubby kau mesej,” ujar Fatihah apabila telefonnya di atas meja belajar itu bergetar. Di perpustakaan, sememangnya telefonnya diletakkan dalam keadaan ‘senyap’. Itu adalah satu common sense agar bunyi telefon tidak mengganggu pelajar lain. Hari khamis, mereka hanya ada kelas separuh hari. Setelah tamat kelas mereka tenghari tadi, dia dan Fatihah melepak di perpustakaan sehingga petang. Solat pun hanya di surau perpustakaan itu. Esok, Jumaat, mereka juga tiada kelas. Maklumlah, berada di tahun akhir, semester terakhir membuatkan mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk projek tahun akhir daripada kelas.
                Azra hanya tersengih. Tangannya mencapai sahaja telefonnya.
                ‘Otw
Hanya tiga huruf itu yang terpapar di skrin telefonnya.  Mengerti akan maksud mesej tersebut, Azra tidak membalas. Dia kembali kepada pembacaannya.
“Kau keluar dengan hubby kau kan nanti?”
“Ha’ah. Nak pesan apa-apa?”
“Taklah. Nak tanya, kau balik bilik tak nanti? Kalau tak, aku nak tumpang tidur bilik sebelah je la,” ujar Fatihah. Bilik mereka memang hanya memuatkan mereka berdua sahaja.
“Eh, baliklah. Kitaorang nak keluar makan saja,” jawab Azra. Itu yang dicadangkan oleh suaminya minggu lalu. Ketika itu, dia hanya mengangguk dan tidak bertanya lebih lanjut sehinggalah sekarang.
“Erm... yalah. Kalau ada apa-apa, mesej aku. Kotlah tak jadi balik ke...” usik Fatihah di hujung ayatnya.
“Kau ni...” Azra menepuk kuat lengan sahabat di sisinya.
“Sakitlah. Kau ni... aku cakap saja. Manalah tahu. Itu adalah salah satu kemungkinan yang boleh terjadi tahu! Lagipun, kan hubby kau dah ada rumah.”
Azra mencebik dan tidak membalas. Dia tahu suaminya ada rumah tetapi dia tidak tahu di mana rumah suaminya itu. Sebetulnya sehingga sekarang, dia masih belum mengenali siapa lelaki itu. Yang dia tahu, lelaki itu adalah anak kepada Mak Cik Azi dan Pak Cik Talib, jiran tiga buah rumah daripada rumahnya di kampung. Disebabkan mereka jiran, kenduri pihaknya dan pihak sebelah lelaki hanya dibuat sekali gus. Jimat, kata ayah.
Sebenarnya, Mak Cik Azi tu ibu tiri dan Pak Cik Talib itu adalah ayah kandung pemuda itu. Itupun, dia hanya tahu ketika ayahnya memaklumkan siapa sebenarnya bakal suaminya tempoh hari. Ketika itu, baru dia tahu bahawa Mak Cik Azi dan Pak Cik Talib itu ada anak yang lebih tua daripadanya. Selama ini, dia hanya mengenali anak-anak mereka yang muda lima enam tahun daripadanya itu.
“Eh, laki kau kerja apa eh?”
Erk... Azra terdiam seketika. Selama seminggu, inilah kali pertama Fatihah bertanya soalan tersebut. Namun, soalan itu sebenarnya sudah seminggu bermain di fikirannya. Dia juga tertanya-tanya apakah kerja suaminya sehingga lelaki itu loaded begitu. Aish... tak boleh jadi ni. Lepas ni, kena tanya.
“Nak tahu yang betul ke yang tipu?” soal Azra, menangguhkan jawapannya.
“Main-main pula. Hah, bagitahulah aku yang tipu tu.” Fatihah menjelingnya. Azra tersengih.
“Aku berangan-angan suami aku kerja arkitek. Arkiteklah kot,” jawab Azra main-main.
“Ehhh... dah tu, yang betulnya, dia kerja apa?” soal Fatihah kembali.
Azra memberi jawapan dengan jungkitan bahunya. Ternganga seketika Fatihah.
“Kau tak tahu? Serius?”
Azra mengangguk sahaja.
“Teruklah kau ni.”
Azra mencebik mendengar cemuhan Fatihah itu. “Yalah...nantilah aku interview dia lepas ni. Lepas tu, kau tanyalah apa pun, aku jawab ya.” Sinis jawapannya.
“Eh... aku tak apa kalau tak kenal dia. Kau tu, sebagai isteri, sepatutnya kenal dia luar dan dalam,” selamba Fatihah memberi nasihat. Walaupun dia masih belum berkahwin, nasihat yang diberikannya adalah pengetahuan umum, okey.
Azra tidak menjawab. Dia tidak menafikan apa yang diucapkan oleh sahabatnya itu. Masalahnya, dia baru beberapa hari menjadi isteri lelaki itu.
“Dah. Aku nak balik dah. Dia datang ambil kau kat sini atau kat asrama?”
“Kat asrama,” jawab Azra pendek.
“Ha... jom balik sekali. Cepat, kang lama pulak dia tunggu,” ucap Fatihah yang dalam sekelip mata sahaja sudah siap mengemas barang-barangnya. Terkecoh-kecoh Azra menutup semua buku-buku rujukan yang terbuka di hadapannya sebelum berjalan mengikut langkah Fatihah dengan membawa barang-barangnya.


Cermin kereta yang diketuk membuatkan Zarif terkejut sedikit dan menoleh pantas. Namun, melihat insan yang berada di luar keretanya itu membuatkan dia mengukir senyuman manis. Azra, isterinya! Zarif terus keluar daripada keretanya. Dia menyuakan senyuman dan mengangguk kepada kawan isterinya. Kalau tidak salah, Fatihah nama gadis itu.
                “Awak sudah lama tunggu?” suara Azra lembut bertanya selepas mereka berbalas salam.
                Zarif senyum lebar seraya menggeleng. “Baru sampai. Awak dengan Fatihah dari mana ni?”
                “Dari library. Awak tunggu sekejap ya. Saya pergi simpan buku-buku ni dahulu,” ujar Azra dan berlalu daripada situ dengan pantas.
                Zarif kemudiannya memandang Fatihah yang mengikut isterinya dengan langkah perlahan. Zarif memanggil gadis itu.
                “Boleh tak pastikan Azra bawa baju lebih? Kalau tak, tolong masukkan dalam beg dan bagi pada saya tapi jangan beritahu Azra. Boleh?” Pinta Zarif kepada gadis itu.
Fatihah yang tercengang pada mulanya itu, tersenyum, mengangguk dan berlalu dari situ. Zarif tidak memberitahu perkara itu kepada isterinya itu kerana dia pasti Azra akan membantah habis-habisan. Jadi, dia terpaksa bermuslihat sedikit. Zarif tersengih sendiri.
Sementara menunggu si isteri, Zarif memandang sekeliling. Tempat parker kereta yang terletak di hadapan asrama siswi itu nampak penuh dengan kereta. Pada hematnya, kereta-kereta itu semua tentunya milik pelajar-pelajar universiti ini. Ada kereta Kancil, ada Gen-2, malah ada juga kereta Mitsubihi Evo. Wah...bukan main kaya pelajar di sini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia masuk ke kawasan kampus ini. Dia sudah beberapa kali masuk ke kampus ini atas urusan kerjanya. Jadi, dia sudah tahu sedikit sebanyak selok belok kampus ini.
Seketika kemudian, dia melihat Azra menuruni tangga blok asrama bersama Fatihah. Di tangan isterinya hanya ada dompet sahaja manakala Fatihah pula memegang sebuah beg kertas besar. Zarif mengagak bahawa itu beg kertas itu mengandungi pakaian Azra tanpa diketahui oleh isterinya. Selepas Azra masuk ke dalam kereta, Zarif menyambut beg yang dihulurkan oleh Fatihah kepadanya. Ungkapan terima kasih diucapkan kepada gadis itu sebelum Zarif masuk ke dalam kereta dan meletakkan beg kertas tersebut di tempat duduk belakang.
“Apa tu?” soal Azra, menjeling beg kertas tersebut.
Zarif menghidupkan enjin kereta dan menoleh kepada isterinya, “Kenapa? Cemburu?”
“Saya tanya saja.”
Zarif tersengih. DIa tidak membalas. Kereta dipandu keluar daripada kawasan asrama dalam kampus itu. Zarif menjeling ke arah isterinya. Kelihatan gadis itu sedang bermain aplikasi permainan yang ada dalam telefon tangannya.
“Awak hendak makan di mana?” soal Zarif.
Azra menoleh seketika ke arah pemuda yang sedang memandu itu. “Saya tak kisah. Awak yang bawa kereta.”
Zarif mengangguk dan tersenyum sendiri. Kalau begitu hendaknya, dia ikut sahaja. Sebenarnya, dia sudah ada perancangannya sendiri.


 tak nak komen? :) tak apa... =D

tapi kalau komen, cik haliban lagi suka. hehehe....

9 komen:

wida berkata...

nk komen..menarik tp pendek ler..x puas nk baca..nk tggu nxt n3, lama...

eija berkata...

thx utk n3..

apa prcagan zarif yek.. nie yg xsbr nie...

Munirah Wu berkata...

x puas bce akak!! nnti sambung lg ye~ :D

Unknown berkata...

x puas! xpuas! pendek la . . can't wait for the 3rd chapter . Hehe! Keep writing! ^_^

Unknown berkata...

Tak puas! Pendek sangat.

cinderaliah berkata...

Tak puas tak puas tak puas. Cik Haliban memang pandai buat orang suspens ye?
Oh, Zarif nak bawa Azra pegi bulan madu ke? Kalau tak, mesti dia nak buat surprise?
Haa, cepat sambung ye? Tak sabar ni ~

nino berkata...

menarik nih.nak baca lambat-lambat sbb pendek.hIhi

Tanpa Nama berkata...

Nama hero dia best hehehe ♡

Unknown berkata...

Bwk g bln madu..hehe

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©