Dalam menunggu hari minggu tiba, setiap
hari dia menerima mesej sebanyak lima kali. Setiap kali masuk watu solat, pasti
telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tentulah daripada ‘Hubby
awak’. Malam pula, dia akan menerima panggilan daripada lelaki itu. Tentunya dia lebih banyak mendengar daripada
bercakap. Banyak betul benda yang diceritakan oleh suaminya itu.
“Tu
hah. Hubby kau mesej,” ujar Fatihah
apabila telefonnya di atas meja belajar itu bergetar. Di perpustakaan,
sememangnya telefonnya diletakkan dalam keadaan ‘senyap’. Itu adalah satu common sense agar bunyi telefon tidak
mengganggu pelajar lain. Hari khamis, mereka hanya ada kelas separuh hari.
Setelah tamat kelas mereka tenghari tadi, dia dan Fatihah melepak di
perpustakaan sehingga petang. Solat pun hanya di surau perpustakaan itu. Esok,
Jumaat, mereka juga tiada kelas. Maklumlah, berada di tahun akhir, semester
terakhir membuatkan mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk projek tahun
akhir daripada kelas.
Azra
hanya tersengih. Tangannya mencapai sahaja telefonnya.
‘Otw’
Hanya tiga huruf
itu yang terpapar di skrin telefonnya.
Mengerti akan maksud mesej tersebut, Azra tidak membalas. Dia kembali
kepada pembacaannya.
“Kau keluar
dengan hubby kau kan nanti?”
“Ha’ah. Nak
pesan apa-apa?”
“Taklah. Nak
tanya, kau balik bilik tak nanti? Kalau tak, aku nak tumpang tidur bilik
sebelah je la,” ujar Fatihah. Bilik mereka memang hanya memuatkan mereka berdua
sahaja.
“Eh, baliklah.
Kitaorang nak keluar makan saja,” jawab Azra. Itu yang dicadangkan oleh
suaminya minggu lalu. Ketika itu, dia hanya mengangguk dan tidak bertanya lebih
lanjut sehinggalah sekarang.
“Erm... yalah.
Kalau ada apa-apa, mesej aku. Kotlah tak jadi balik ke...” usik Fatihah di
hujung ayatnya.
“Kau ni...” Azra
menepuk kuat lengan sahabat di sisinya.
“Sakitlah. Kau
ni... aku cakap saja. Manalah tahu. Itu adalah salah satu kemungkinan yang
boleh terjadi tahu! Lagipun, kan hubby kau dah ada rumah.”
Azra mencebik
dan tidak membalas. Dia tahu suaminya ada rumah tetapi dia tidak tahu di mana
rumah suaminya itu. Sebetulnya sehingga sekarang, dia masih belum mengenali
siapa lelaki itu. Yang dia tahu, lelaki itu adalah anak kepada Mak Cik Azi dan
Pak Cik Talib, jiran tiga buah rumah daripada rumahnya di kampung. Disebabkan
mereka jiran, kenduri pihaknya dan pihak sebelah lelaki hanya dibuat sekali gus.
Jimat, kata ayah.
Sebenarnya, Mak
Cik Azi tu ibu tiri dan Pak Cik Talib itu adalah ayah kandung pemuda itu.
Itupun, dia hanya tahu ketika ayahnya memaklumkan siapa sebenarnya bakal
suaminya tempoh hari. Ketika itu, baru dia tahu bahawa Mak Cik Azi dan Pak Cik
Talib itu ada anak yang lebih tua daripadanya. Selama ini, dia hanya mengenali
anak-anak mereka yang muda lima enam tahun daripadanya itu.
“Eh, laki kau
kerja apa eh?”
Erk... Azra
terdiam seketika. Selama seminggu, inilah kali pertama Fatihah bertanya soalan
tersebut. Namun, soalan itu sebenarnya sudah seminggu bermain di fikirannya.
Dia juga tertanya-tanya apakah kerja suaminya sehingga lelaki itu loaded begitu. Aish... tak boleh jadi
ni. Lepas ni, kena tanya.
“Nak tahu yang
betul ke yang tipu?” soal Azra, menangguhkan jawapannya.
“Main-main pula.
Hah, bagitahulah aku yang tipu tu.” Fatihah menjelingnya. Azra tersengih.
“Aku
berangan-angan suami aku kerja arkitek. Arkiteklah kot,” jawab Azra main-main.
“Ehhh... dah tu,
yang betulnya, dia kerja apa?” soal Fatihah kembali.
Azra memberi
jawapan dengan jungkitan bahunya. Ternganga seketika Fatihah.
“Kau tak tahu?
Serius?”
Azra mengangguk
sahaja.
“Teruklah kau
ni.”
Azra mencebik
mendengar cemuhan Fatihah itu. “Yalah...nantilah aku interview dia lepas ni. Lepas tu, kau tanyalah apa pun, aku jawab
ya.” Sinis jawapannya.
“Eh... aku tak apa
kalau tak kenal dia. Kau tu, sebagai isteri, sepatutnya kenal dia luar dan
dalam,” selamba Fatihah memberi nasihat. Walaupun dia masih belum berkahwin,
nasihat yang diberikannya adalah pengetahuan umum, okey.
Azra tidak
menjawab. Dia tidak menafikan apa yang diucapkan oleh sahabatnya itu.
Masalahnya, dia baru beberapa hari menjadi isteri lelaki itu.
“Dah. Aku nak
balik dah. Dia datang ambil kau kat sini atau kat asrama?”
“Kat asrama,”
jawab Azra pendek.
“Ha... jom balik
sekali. Cepat, kang lama pulak dia tunggu,” ucap Fatihah yang dalam sekelip
mata sahaja sudah siap mengemas barang-barangnya. Terkecoh-kecoh Azra menutup
semua buku-buku rujukan yang terbuka di hadapannya sebelum berjalan mengikut
langkah Fatihah dengan membawa barang-barangnya.
Cermin kereta yang diketuk membuatkan Zarif
terkejut sedikit dan menoleh pantas. Namun, melihat insan yang berada di luar
keretanya itu membuatkan dia mengukir senyuman manis. Azra, isterinya! Zarif
terus keluar daripada keretanya. Dia menyuakan senyuman dan mengangguk kepada
kawan isterinya. Kalau tidak salah, Fatihah nama gadis itu.
“Awak
sudah lama tunggu?” suara Azra lembut bertanya selepas mereka berbalas salam.
Zarif
senyum lebar seraya menggeleng. “Baru sampai. Awak dengan Fatihah dari mana
ni?”
“Dari
library. Awak tunggu sekejap ya. Saya pergi simpan buku-buku ni dahulu,”
ujar Azra dan berlalu daripada situ dengan pantas.
Zarif
kemudiannya memandang Fatihah yang mengikut isterinya dengan langkah perlahan.
Zarif memanggil gadis itu.
“Boleh
tak pastikan Azra bawa baju lebih? Kalau tak, tolong masukkan dalam beg dan
bagi pada saya tapi jangan beritahu Azra. Boleh?” Pinta Zarif kepada gadis itu.
Fatihah yang
tercengang pada mulanya itu, tersenyum, mengangguk dan berlalu dari situ. Zarif
tidak memberitahu perkara itu kepada isterinya itu kerana dia pasti Azra akan
membantah habis-habisan. Jadi, dia terpaksa bermuslihat sedikit. Zarif
tersengih sendiri.
Sementara
menunggu si isteri, Zarif memandang sekeliling. Tempat parker kereta yang
terletak di hadapan asrama siswi itu nampak penuh dengan kereta. Pada hematnya,
kereta-kereta itu semua tentunya milik pelajar-pelajar universiti ini. Ada
kereta Kancil, ada Gen-2, malah ada juga kereta Mitsubihi Evo. Wah...bukan main
kaya pelajar di sini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia masuk ke kawasan
kampus ini. Dia sudah beberapa kali masuk ke kampus ini atas urusan kerjanya.
Jadi, dia sudah tahu sedikit sebanyak selok belok kampus ini.
Seketika
kemudian, dia melihat Azra menuruni tangga blok asrama bersama Fatihah. Di
tangan isterinya hanya ada dompet sahaja manakala Fatihah pula memegang sebuah
beg kertas besar. Zarif mengagak bahawa itu beg kertas itu mengandungi pakaian
Azra tanpa diketahui oleh isterinya. Selepas Azra masuk ke dalam kereta, Zarif
menyambut beg yang dihulurkan oleh Fatihah kepadanya. Ungkapan terima kasih
diucapkan kepada gadis itu sebelum Zarif masuk ke dalam kereta dan meletakkan
beg kertas tersebut di tempat duduk belakang.
“Apa tu?” soal
Azra, menjeling beg kertas tersebut.
Zarif
menghidupkan enjin kereta dan menoleh kepada isterinya, “Kenapa? Cemburu?”
“Saya tanya
saja.”
Zarif tersengih.
DIa tidak membalas. Kereta dipandu keluar daripada kawasan asrama dalam kampus
itu. Zarif menjeling ke arah isterinya. Kelihatan gadis itu sedang bermain
aplikasi permainan yang ada dalam telefon tangannya.
“Awak hendak
makan di mana?” soal Zarif.
Azra menoleh
seketika ke arah pemuda yang sedang memandu itu. “Saya tak kisah. Awak yang
bawa kereta.”
Zarif mengangguk
dan tersenyum sendiri. Kalau begitu hendaknya, dia ikut sahaja. Sebenarnya, dia
sudah ada perancangannya sendiri.
tak nak komen? :) tak apa... =D
tapi kalau komen, cik haliban lagi suka. hehehe....
9 komen:
nk komen..menarik tp pendek ler..x puas nk baca..nk tggu nxt n3, lama...
thx utk n3..
apa prcagan zarif yek.. nie yg xsbr nie...
x puas bce akak!! nnti sambung lg ye~ :D
x puas! xpuas! pendek la . . can't wait for the 3rd chapter . Hehe! Keep writing! ^_^
Tak puas! Pendek sangat.
Tak puas tak puas tak puas. Cik Haliban memang pandai buat orang suspens ye?
Oh, Zarif nak bawa Azra pegi bulan madu ke? Kalau tak, mesti dia nak buat surprise?
Haa, cepat sambung ye? Tak sabar ni ~
menarik nih.nak baca lambat-lambat sbb pendek.hIhi
Nama hero dia best hehehe ♡
Bwk g bln madu..hehe
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D