COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 17 Mei 2011

IAD -2-

 
Setelah tidak bertemu dengan apa yang dicari, dia memasuki sebuah kafe kegemarannya untuk berhenti rehat. Dia hairan. Sebesar-besar Harebell Mall ini, tiada kedai buku yang menjual buku yang dicarinya.
          Dulang berisi makanan dan minuman itu ditatangnya ke tempat duduk di luar kafe. Itulah tempat kegemarannya.
          Tiba-tiba, lengannya ditarik oleh seseorang dari belakang. Dia terkejut. Dia ingin mencuba untuk melepaskan dirinya tetapi tidak menjadi apabila dia mendengar kata-kata orang yang menariknya.
          “Ini bakal tunang Danish, Iman namanya.”
          Dia terperanjat. Sejak bila pula dia kenal pemuda itu? Sejak bila pula dia bakal ditunangkan dengan lelaki itu? Huh! Apa yang menambahkan rasa terkejutnya adalah nama yang disebut oleh pemuda itu. Iman? Iman! Ya, itulah namanya. Bagaimana pula pemuda itu tahu namanya sedangkan dia langsung tidak mengenali pemuda itu.
Iman terpinga-pinga apabila tubuhnya dipeluk oleh seorang gadis sambil diperhatikan oleh dua orang pemuda. Apa sebenarnya yang berlaku ni?
Iman memandang pemuda yang menarik lengannya namun hampa. Pemuda itu langsung tidak menoleh ke arahnya. Dia terpaksa duduk semeja dengan mereka apabila gadis yang memeluknya tadi mempelawa.
Mendengar ayat semasa dia diperkenalkan, dia mungkin secara tidak sengaja diajak berlakon sebagai bakal tunang pemuda yang bernama Danish.
Iman melakonkan wataknya dengan begitu baik. Apa tidaknya, dia hanya senyum dan angguk apabila perlu. Selebihnya terpulang kepada pemuda itu.
Sebentar kemudian, gadis yang bernama Nurul bersama tunangnya meminta diri. Sejurus selepas kedua-duanya menghilang, pemuda yang bernama Danish itu bangun dan berlalu tanpa sebarang penjelasan.
Iman menjadi berang. 
Deringan lagu Dreams Come True nyanyian kumpulan penyanyi dari Jepun kegemarannya kedengaran sayup-sayup. Pantas dia mencari telefon bimbitnya di dalam beg sandang hitamnya. Butang hijau ditekan dan dia menjawab panggilan tersebut. Dia berhenti di tengah-tengah jejantas dan melihat ke jalan raya di bawah.
          “Moshi moshi,” jawabnya dalam dialek Jepun. Sejak dia meminati kumpulan penyanyi Jepun, dia menjadi minat untuk belajar bahasa negara matahari terbit itu.
          Setelah bercakap seketika dengan pemanggil, gadis itu meneruskan perjalanannya menuruni jejantas. Fikirannya terarah kepada kejadian yang berlaku atas dirinya ketika dia berada di Harebell Mall tadi.
“Sudahlah tidak berterima kasih, menonong sahaja dia pergi. I bet he’ll not even remember my face,” rungut Iman sendirian.
Iman berjalan menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari jejantas itu. Kehairanannya masih tidak hilang sebenarnya. Bagaimana pemuda itu mengetahui namanya? Kalau hendak dikatakan bahawa namanya terpampang di atas dahinya, tiada pula. Mungkin pemuda itu hanya serkap jarang, main pilih dan sebut sahaja nama dan tentunya pemuda itu tidak tahu itu adalah nama yang tepat!
Iman melintasi seorang datuk yang sarat memegang beg plastik. Selangkah kemudian, dia berhenti. Iman berpaling dan mendekati lelaki tua tersebut.
“Atuk. Atuk nak ke mana? Mari saya tolong.” Iman bersimpati melihat keadaan datuk yang sudah termengah-mengah itu. Lelaki tua itu menoleh ke arahnya.
“Atuk nak pergi ke perhentian bas di sebelah sana. Terima kasihlah cu sebab sudi menolong atuk.”
Iman tersenyum. Dia mengambil beg-beg plastik di tangan kanan datuk itu. Agaknya datuk itu sudah berumur dekat-dekat tujuh puluh tahun lebih. Mestilah letih hendak naik jejantas dan berjalan pula ke perhentian bas di seberang sana tu.
“Cucu ni, nama apa?”
“Iman, tuk. Iman binti Razali.”
“Iman masih belajarkah?”
“Iman tengah tunggu tawaran sambung belajar tetapi Iman ni bukannya pandai sangat tuk,” ujar Iman, berasa rendah diri tetapi memang itulah hakikatnya. Dia bukannya genius dan pandai. Jika dia berusaha sekalipun, pencapaiannya tetap tidak memuaskan. Dilihatnya, datuk itu mengangguk.
“Atuk ni nak balik ke rumah ke? Atuk tinggal di mana?” soa Iman pula. Lelaki tua itu terbatuk-batuk seketika. Sakit tua barangkali, fikir Iman.
“Atuk tinggal dekat-dekat dengan istana besar.”
“Istana besar? Jauh juga tu. Rasanya bas ke sana tak lalu di jalan ini, tuk. Apa kata atuk naik teksi?” cadang Iman. Iman tidak tahu bagaimana dia boleh berbual mesra dengan datuk itu tetapi dirasakan datuk itu tidak akan membahayakannya. Harapnya begitulah…
Datuk itu terdiam seketika. Ketika itu, mereka sudah menuruni jejantas.
“Atuk tak cukup duit nak naik teksi, cu.”
Giliran Iman pula terdiam. Dia bukannya mempunyai banyak wang tetapi apa salahnya jika dia membantu seseorang yang berada di dalam kesusahan apatah lagi sudah tua. Sekarang dia membantu datuk itu, manalah dia tahu kemungkinan orang lain pula akan membantunya kelak.
“Iman boleh tolong atuk. Sekarang ni, kita cari teksi dulu. Asalkan atuk selamat sampai ke rumah.” Iman mengukir senyuman.
“Semoga Tuhan membalas segala budi dan jasa Iman. Bukan senang nak jumpa orang macam Iman sekarang ni. Contohnya tadi ada seorang pemuda yang langgar atuk dan terus pergi. Tak bersopan langsung.”
“Agaknya dia mengejar masa. Bini dia nak bersalin kot,” gurau Iman. Datuk itu ketawa dengan lawak spontan Iman itu.
Mereka akhirnya menahan sebuah teksi. Datu itu masuk dan barang-barangnya diletakkan di belakang. Iman membayar tambang teksi terlebih dahulu dan melambai apabila teksi itu mula bergerak membawa lelaki tua itu.
Iman tersenyum mengenangkan perkenalan pendeknya dengan datuk tersebut. Sekarang, dia ingin meneruskan tujuannya datang ke bandar.
((((()))))

5 komen:

cactaceous opuntia berkata...

wah..atuk danish ke tuh..wuwuwu..dreams come true yg hey say jump nyanyi ke nada dering dia tu.....best2....ckit sgt nientry nye..siapekah atok yg ditolong tu..apesal danish tinggal die gitu je...ish..xgentle man!

Nadzipah berkata...

aha..kan dah cakap..nama gadis tu Iman~*^^*

danish should say something to Iman. Ni pergi macam tu je..At least say thanks..tapi maybe Danish malu kot eh..

Tanpa Nama berkata...

sambung lagi........xsabar nie....huhuhu..

iniakuyangpunyahati berkata...

hah sape laa 2?? ad kne mngene ngn danish x??

*daa lame x singgah sni.. bez.. gud luck x sabar nk tw episod akn dtg..

IVORYGINGER berkata...

ego ja Danish tu. dah tmalu. nk approach Nurul, Nurul dah bteman. Takkan dia nk ngaku kat org dia br kenal n explain smua tu. Tp apapun mmg depa bjodoh eh. Silap2 Datuk suh dia kahwin ngan Iman. hehehe... ;D

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©