COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 18 Mei 2011

IAD -3-

ARIGATOU FOR THE COMMENTS. I LOVE THEM~ ^^
Iman gembira dengan kejayaan rakan karibnya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Zamora.Memang patutlah, sahabatnya itu memang seorang yang bijak bukan seperti dirinya yang masih tidak tahu ke mana arah tujunya selepas ini. Apa yang ingin dilakukannya jika dia tidak mendapat tawaran sambung belajar? Entahlah, dia tiada back up plan pun…
          Iman cuba menyembunyikan rasa kecewanya. Dia juga sebenarnya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bukankah ilmu itu penting? Namun apakan daya, sampai sekarang rezekinya masih belum ada.
          “Sabarlah. Mungkin kau ada rezeki kalau kau buat rayuan,” pujuk sahabatnya. Iman senyum tawar.
          “Jangan beri harapan pada aku. Nanti aku jadi seperti menunggu buah yang tak kunjung jatuh.”
          “Kalau kau mempunyai azam untuk terus belajar, mesti Tuhan akan membantu engkau,” balas sahabatnya lagi.
          Iman mengeluh. Bas yang dinaikinya itu dirasakan bergerak terlalu perlahan sehingga dia tidak sabar untuk tiba di rumah walaupun bukannya ada apa-apa acara istimewa di rumahnya. Dia cuma letih dan ingin balik berehat.
          Iman turun dari bas apabila bas tersbut berhenti di sebuah perhentian bas yang terletak di tepi jalan besar. Kemudiannya, dia berjalan menyusuri jalan kecil menuju ke rumahnya. Jalan tersebut hanya mampu dilalui oleh sebuah kereta. Perjalanannya diiringi oleh sawah bendang yang luas menghijau di kiri dan kanan jalan. Iman hanya berjalan santai.
Lima minit kemudian, dia sudah dapat melihat rumahnya.Namun, dari kejauhan itu Iman dapat melihat sebuah kereta tersadai di perkarangan rumahnya. Mungkin ada orang datang menziarahi ibu bapanya, fikir Iman. Walau bagaimanapun, ketiadaan kasut asing di hadapan tangga rumah itu menepis segala anggapan tersebut. Kebiasaannya, tentulah terdapat kasut atau selipar yang tidak dikenali jika ada orang yang datang melawat.
Iman masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan. Bibirnya mengucap salam. Langkahnya terhenti apabila melihat beberapa buah kotak yang bersaiz kecil dan besar berada di tepi dinding di ruang tamu rumah. Ibubapanya pula sedang duduk di sofa, merenungnya. Iman jadi kaget seketika. Pelik pula pandangan mereka itu…
“Ayah dengan mak beli apa ni? Kereta kat luar tu kereta siapa?” soalnya. Emak dan ayahnya saling berpandangan tanpa bicara dan tidak menjawab soalannya. Sebaliknya, ayahnya menghulurkan satu sampul surat coklat yang besar. Iman menyambut dengan teragak-agak.
“Apa ni, ayah?” Semakin bertambah kehairanannya dengan situasi yang pelik itu. Pada sampul itu, dilihatnya terdapat satu lambang yang dia sendiri tidak pasti lambang apa.
“Iman buka dulu,” ibunya menjawab.
Iman menarik keluar beberapa helai kertas bercetak dan diteliti. Membaca apa yang tertulis di kertas tersebut, matanya membulat. Dia terkejut, membuatkan dia membaca kembali beberapa kali untuk mendapatkan kepastian agar matanya tidak menipu.
“Apa ni, mak ayah?” soalnya walaupun dia sudah tahu apa yang berada di tangannya itu. Itu adalah dokumen pembelian dan pemilikan kereta Naza Sutera di atas namanya. Bermakna, kereta yang berada di halaman rumahnya adalah miliknya!
Iman mengalih pandang kea rah kereta berwarnabbiru yang tersadai di luar sebelum memandang emak dan ayahnya.
“Kenapa belikan kereta untuk Iman? Tak mahal ke?”
Tetapi emaknya menggeleng. “Bukan kami yang beli, Iman.”
Iman jadi keliru. Kalau bukan emak dan ayahnya yang belikan, siapa lagi? Dia bukannya ada mengenali sesiapa yang kaya raya dan baik hati untuk membelikannya sebuah kereta sebegini!
“Tadi ada beberapa orang datang. Katanya mereke adalah utusan dari istana,” jelas ayahnya pendek.
“Istana? Kenapa datang ke sini? Emak dan ayah ada urusan dengan pihak istana ke?” cepat sahaja Iman bertanya kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
“Bukan kami tetapi Iman sendiri. Mereka utusan dari Tuanku Ariffin.”
Iman berjeda. Seingatnya, Tuanku Ariffin adalah bekas raja Darwish. Tuanku Ariffin telah turun takhta dan menyerahkannya kepada anakanda keduanya yang merupakan raja Darwish sekarang.
“Tuanku Ariffin mengucapkan terima kasih kerana Iman telah menolongnya dan oleh sebab itu, baginda menghadiahkan semua ini kepada Iman,” sambung ayahnya.
Iman pula menjadi semakin keliru. Sejak bila pula dia bertemu dengan Tuanku Ariffin? Kalaulah berjumpa di depan mata pun tidak pernah, manakan dapat dia menolong baginda?
“Hisy! Tak faham betullah Iman. Bila masa pula Iman menolong Tuanku Ariffin ni ayah?”
Ibubapanya saling berpandangan lagi.
“Tuanku Ariffin ni salah orang kot.” Iman serkap jarang tetapi ayahnya pula menggeleng.
“Iman Razali memang nama Iman, kan? Mungkin semua ini rezeki Iman. Cuba Iman tengok dahulu apa yang Tuanku Ariffin kurniakan pada Iman.”
Iman mengikut kata ayahnya. Kotak-kotak yang tidak berbalut itu diperhatikan. Semua kotak itu ada lambang yang sama dengan lambang pada sampul surat di tangannya. Lambang Istana…
Komputer riba Viao bersama USB internat, MP4, diskman, dan macam-macam lagi. Yang paling berharga berharga ialah Naza Sutera. Iman memandang  emak dan ayahnya kembali.
“Oh ya. Kata utusan tadi, di dalam sampul tu ada juga surat tawaran kepada Iman untuk menyambung belajar di Kolej Raid Diraja. Iman akan dibiaya sepenuhnya oleh Tuanku Ariffin,” terang ayahnya lagi menyebabkan Iman sudah terlebih kejutan.
Kolej Raid Diraja?! Hatinya melonjak kegembiraan tetapi sebahagian kecil hatinya kerisauan. Kolej Raid Diraja adalah sebuah kolej elit yang hanya mampu dimasuki oleh golongan atasan. Tentulah dia tidak akan mampu menyesuaikan diri di sana. Iman sudah pening kepala. Apa yang sudah dia lakukan untuk memperoleh semua ini?
“Ayah. Mak. Iman tak boleh terima semua ini. Apa kata kita pulangkan? Iman tak pernah jumpa pun Tuanku Ariffin tu. Tiba-tiba dia bagi semua ini. Hisy… musykil Iman. Tak masuk akal langsung. Boleh tak Iman kembalikan?” Iman mengeluarkan idea spontan yang ada di fikirannya.
“Iman, mak tak tahulah. Tak pernah dibuat orang mengembalikan kurniaan dari keluarga diraja. Mungkin semua ini sudah rezeki Iman,” pujuk emaknya.
“Kami bukan tamak Iman. Tapi ayah tahu ayah tak akan mampu berikan semua ini kepada Iman. Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk Iman,” sambung ayahnya pula.
Iman mengeluh perlahan. Naza Sutera Biru di luar rumahnya dipandang. Baru dia perasan, terdapat lambang diraja di atas plat kereta tersebut. Iman menjadi hairan memikirkan semua  yang berlaku secara tiba-tiba ini.  

4 komen:

Izzah Mahirah berkata...

Best2, sambung lagi
hehe :)

Nadzipah berkata...

tak sangka atuk tu bekas raja Darwish; Tuanku Ariffin..Patut la Danish suka menyamar..atuk dia pun macam tu jugak rupanya..Like grandpa like grandson~heheh

nak lagi cik Haliban~
palli ollyiyaji...cepat2 sambung ye=)

IVORYGINGER berkata...

wah...wah... Beruntung nya Iman. Dpat durian runtuh. he... bkenan sungguh tuanku ariffin pd Iman.

cactaceous opuntia berkata...

iman...g la kolej tu..rugi je kalau xg...aish2..spe la yg die jumpe nti..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©