COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 29 Mei 2010

FHIS -4- Perasaan

Tengku Fateh Abqari meletakkan telefon Nokia N49nya di atas meja kecil setelah habis bercakap dengan pemanggil di sebelah sana. Tengku Syifa'ul Asrar yang bertenggek di sebelahnya di atas kerusi itu menoleh ke arahnya sebentar sebelum memandang televisyen kembali.


"Siapa?" Matanya tidak lepas melihat gelagat Chae Gyung dengan Shin dalam drama Korea The Imperial Household.


"Along. Nak join kita. Dah nak sampai pun." Jawab Tengku Fateh Abqari sambil tangannya mencapai jagung goreng di dalam mangkuk.


"Auch!" Serentak mereka menjerit kecil apabila biji yang dijentik Chae Gyung terkena mata Shin.


"Apalah bangang sangat dua orang ni. Tidur-tidur ajalah," rungut Tengku Fateh Abqari. Tengku Syifa'ul Asrar menjungkitkan bahu.


"Language Ateh!" Seseorang menegur mereka. Tengku Fateh Abqari tersenyum simpul apabila menyedari Alongnya terdengar bahasa kurang sopannya.


"Duduklah Along. Buat macam rumah sendiri walaupun bukan, ya." Tengku Syifa'ul Asrar masih tidak meninggalkan skrin televisyen.


"Layan Korea lagi. Tak majulah Ateh dengan Achik ni."


"Kalau nak maju, kena tengok apa?"


"Melayu."


"Kena memartabatkan bahasa Melayu la ni?"


Tengku Iman Hakimi mengangguk dengan semangat.


"Dengar kata, ada orang merajuk dengan Along?" Tengku Fateh Abqari menyampuk.


"Ha'ah. Adalah seorang budak tu. Tapi sekarang dah okey pulak." Tengku Iman Hakimi mengerling kepada Achiknya.


"Yalah. Merajuk lama-lama pun, bukan ada orang nak pujuk," ujar Tengku Syifa'ul Asrar. Jagung goreng dimasukkan dalam mulut.


Tengku Iman Hakimi dan Tengku Fateh Abqari tergelak dengan kata-kata gadis itu.


"Maaflah, sayang. Along tak reti pujuk-memujuk ni."


Tengku Syifa'ul Asrar menjengilkan matanya.


* * * * *

Tengku Syifa'ul Asrar memeluk kuat bantal peluk kecil yang berkepala Pooh sambil berteleku di atas katil. Matanya meliar-liar ke segenap bilik itu seperti baru pertama kali masuk. Saja je tu sebab tak ada kerja.

"Tuk!Tuk!Tuk!"

Tengku Syifa'ul Asrar segera menoleh ke arah pintu. Qaisara menapak masuk.

"Tengku, Tengku Fateh datang."

Tengku Syifa'ul Asrar mengangguk. Tudung tiga segi yang tidak jauh darinya dicapai.

"Kak Sara, suruh dia masuklah."

Qaisara mengangguk dan keluar. Kemudian, terjengul pula wajah Atehnya dengan sengihan nakalnya.

"Pertama kali masuk ni."

Terangkat kening Tengku Syifa'ul Asrar. Ya ke? Tengku Fateh Abqari duduk di kerusi panjang sementara dia masih di atas katilnya.

"Seronok tak tadi?"

Tersentak Tengku Syifa'ul Asrar mendengar soalan adindanya itu. Teringat kembali peristiwa Tengku Iman Hakimi menunggang kuda bersamanya. Darah merah serta merta menyerbu ke mukanya. Entah kenapa dia menjadi malu.

Tengku Syifa'ul Asrar pantas beristighfar. Ya Allah! Kenapa aku jadi begini? Perasaan ini tak sepatutnya hadir dalam hatinya. Sesekali tidak boleh! Dia sepatutnya menutup pintu hatinya dari…dari… Ya Allah, bantulah hambaMu yang hina ini.

"Achik!"

Terpinga-pinga dia. Wajah Tengku Fateh Abqari yang berkerut itu dipandangnya.

"Kenapa ni?"

Cepat sekali dia menggeleng.

"Ateh, betul ke Along tak ada mata air?" Cuba memesongkan sedikit topik.

"Mata air? Air mata adalah, sure punya."

A…duh. Tengku Syifa'ul Asrar menepuk dahi. Kerek betulla adindaku ini. Sengaja dia membulatkan matanya. Geram.

"Just kidding. Achik tak tahu ek?"

"Ada apa-apa yang perlu Achik tahu?"

Tengku Fateh Abqari diam seketika sebelum dia menggamit kakandanya itu supaya mendekat.

"Sebenarnyakan…"

Pintu bilik terbuka lagi. Tengku Fateh Abqari mengunci mulutnya. Qaisara masuk dengan sedulang makanan dan minuman.

"Letak saja Kak Sara."

Qaisara akur dan keluar. Tengku Syifa'ul Asrar memandang Atehnya kembali.

"Sebenarnya, Ateh…"

Ada juga yang mengganggu. Kali ini, Nokia N49 di dalam poket Tengku Fateh Abqari berbunyi. Tengku Fateh Abqari menatap sebentar telefon tangannya sebelum memfokuskan dirinya kepada kakandanya yang tampak sangat berminat dengan cerita yang baal dikhabarkannya.

"Kita minum dululah!"

"Ateh!" Tengku Syifa'ul Asrar terjerit kecil. Geram betul.

"Betul Achik nak tahu ni?"

Tengku Syifa'ul Asrar mengangguk.


* * * * *


Hijratul Khairiyah merenung lampu isyarat yang merah sedangkan fikirannya berada di dunia lain. Dia tidak tahu apa perasaannya ketika itu. Mengingati peristiwa-peristiwa yang dilaluinya, Hijratul Khairiyah pantas beristighfar dan memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan. Dia juga memohon supaya Allah mengampuni dosa-dosa yang telah dilakukannya.

Hijratul Khairiyah mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi tiba-tiba. Tangan kanannya melekapkan telefon itu ke telinga sementara tangan kirinya memegang stereng kereta. Matanya tetap memandang ke hadapan.

"Hello. Assalamualaikum. Mak cik ada di rumah?"

Sebetulnya ini bukan kali pertama dia menelefon Mak Cik Adilin, yang berjanji ingin menunjukkan rumah yang ingin dicarinya. Hijratul Khairiyah sudah berkali-kali menelefon mak cik itu, inginkan kepastian jika Mak Cik Adilin ada di rumah. Kalau ada, bolehlah dia pergi mencari Mak Cik Adilin.

"Alhamdulillah. Lagipun, saya dah dekat ni."

Sesekali Hijratul Khairiyah mengangguk.

"Ya. Assalamualaikum."

Telefonnya diletakkan di tempat duduk tepi. Keretanya digerakkan apabila lampu isyarat mula bertukar warna. Tangannya memusing stereng kereta, membelokkkan kereta memasuki Kampung Enakmun.

Hijratul Khairiyah benar-benar berharap Mak Cik Adilin dapat membantunya mencari ibu kandungnya. Walaupun sudah dua puluh tahun berpisah dan sudah pasti mereka tidak mengenali wajah masing-masing, Hijratul Khairiyah tetap berhajat untuk mencari orang yang telah bersusah payah dan bersabung nyawa untuk membawa dia ke dunia ini.

Meskipun dia tidak mempunyai kenangan atau memori bersama ibubapanya, Hijratul Khairiyah tetap bersyukur kerana dia mempunyai Papa. Papalah menyaranya, yang membesarkannya sehingga sekarang dan yang memberikannya pendidikan. Walau bagaimanapun, antara mereka tetap ada batasan.

Satria Neo miliknya memasuki kawasan rumah Mak Cik Adilin. Seorang wanita 50-an yang sedang duduk bersantai anjung rumah itu menghampirinya. Hijratul Khairiyah pantas menyalami wanita itu.

"Mak cik sihat?"

"Sihat. Sihat. Airi nak bergerak sekarang ke? Kalau tak, boleh mak cik buatkan minuman dulu."

"Tak payah susah-susah mak cik. Rumahnya jauh ke mak cik?"

"Airi nak pergi rumah Fatimahkan?" Mak Cik Adilin inginkan kepastian. Hijratul Khairiyah mengangguk.

"Dekat aja rumahnya. Kita jalan kaki."

Mak Cik Adilin mendahului Hijratul Khairiyah.

"Airi ni ada pertalian dengan Fatimah tu ke?" soal Mak Cik Adilin ketika berjalan.

"Erm… Ya."

Tidak sampai lima minit, mereka sudah berdiri di hadapan sebuah rumah yang usang. Hijratul Khairiyah kaku seketika. Rumah inikah yang dihuni oleh ibu kandungnya? Perlahan-lahan kakinya mendekat. Ya Allah, pasti hidupnya susah! Hijratul Khairiyah menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. Di jenguknya di dapur. Tiada orang. Bilik, juga kosong seperti lama sudah ditinggalkan. Ruang tamu yang kecil juga sunyi.

Hijratul Khairiyah pantas mendapatkan Mak Cik Adilin.

“Mak cik, mana dia? Mana dia, mak cik?” Kedua-dua lengan Mak Cik Adilin dipegang erat.

“Fatimah….”

Hijratul Khairiyah merenung mata wanita itu.

“Dah meninggal.”

Jantungnya bagai terhenti berfungsi. Kakinya menjadi lemah. Hijratul Khairiyah terjelepuk di situ.


* * * * *

Mak Cik Adilin melangkah pergi, meninggalkan Hijratul Khairiyah sendirian di tanah perkuburan itu. Mungkin lebih baik dia membiarkan Hijratul Khairiyah bersendirian di pusara ibunya, Fatimah.

“Assalamualaikum.”

Salam diucap kepada penghuni alam kubur.

“Ibu…”

Setitis air matanya mengalir. Pertama kali panggilan itu disebut. Namun, orangnya sudah tiada.

“Ni Airi, bu. Hijratul Khairiyah. Anak ibu.”

Setitis lagi mutiara keluar dari matanya. Dua titis dan terusan mengalir. Hijratul Khairiyah tahu tidak baik menangisi orang yang sudah tiada tapi dia perlu meluahkan perasaannya. Sepi menyelubunginya. Air mata menjadi teman. Hijratul Khairiyah betul-betul hiba.

Impian yang dia bawa ketika menjejakkan kaki ke Zamora ternyata musnah. Harapannya ingin bersama ibunya dan berbakti kepada wanita tersebut. Ibunya bukan wanita sebarangan. Dia wanita yang bersusah payah membawa kandungannya selama sembilan bulan walaupun tidak selesa. Dia wanita yang bersabung nyawa untuk membawa satu nyawa ke dunia itu. Dialah wanita yang membolehkan dirinya melihat warna-warni dunia.

Ingin sekali dia menyentuh wajah ibunya, mencium tangannya dan memeluk tubuh wanita tersebut. Ingin sekali dia bercerita tentang hidupnya selama ingin sementara wanita itu mengusap kepalanya. Ingin sekali dia…Ingin sekali!

“Maaf, bu. Airi tak sempat berbakti kepada ibu.”

Tangannya menyentuh tanah kubur ibunya. Sebiji kapas putih jatuh di atas tangannya. Hijratul Khairiyah mendongak. Bukan kapas. Salji. Salji sedang turun.

Allah SWT berfirman: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.
(Surah Luqman: 14)

SELEBIHNYA...DALAM NOVEL REMAJA Istana Airi ya.
(sebenarnya, cerita ni dah habis di blog dahulu. tapi sebab dah terbitkan, cik haliban terpaksa delete episod2 yang lain.)
KALAU BERMINAT HENDAK BELI, BOLEH PM FB CIK HALIBAN :)
Arigatou Gozaimasu.

cerita Tengku Fateh Abqari di sini --> E & F

3 komen:

Bulanhijau berkata...

along ni syok kat achik ye??
heee ..

belle.talib berkata...

along mana syok kat achik...sayang adik je. haha...tak tahulah. kena baca yang lepas ni...

HanaHideaki berkata...

salam..nice one..baru je layan...
haha..along bkn syok ngn achik tp ngn airi...
dorang bertukar watak kan...??? ngeh3..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©