COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 15 Mei 2018

Takdir Cinta (E&F) -59-



Sebaik sahaja turun dari kapal terbang peribadi mereka, Danish membawa isterinya berehat di Kawasan rehat VIP terlebih dahulu. Penerbangan mereka dari Darwish sebelum Subuh semalam, tiba di negara ini pada waktu sepuluh pagi. Iman hanya menurut kerana dia fikir suaminya hendak berehat sekejap sahaja. Namun, apabila lelaki itu hanya membelek telefon bimbitnya dan melayari internet untuk membaca berita sahaja, Iman menjadi hairan.
                      “Awak, tak nak gerak lagi?” soal Iman, memandang suami yang santai di sebelahnya itu.
                      “Sekejap lagi kita gerak, dear. Fateh pun dah nak sampai ni.”
                      “Oh. Tunggu Fateh rupanya.” Iman berbisik sendiri.
                      “Eh, saya tak beritahu awak ya?”
                      Iman membulatkan matanya apabila si suami bertanya begitu. Memang tak beritahu, boleh pula pura-pura lupa.
                      Sorry, dear. Lupa. Lagipun, senang kita pergi sekali dengan Fateh nanti,” ujar Danish.
                      Iman hanya menjungkitkan bahu. Dia tidak kisah sebenarnya. Untuk menghilangkan rasa bosannya, Iman menyambungkan telefonnya dengan earphone dan membuka lagu nasyid yang ada.
                      “Ada surprise untuk awak nanti,” sambung Danish lagi.
                      Surprise apa???” Iman yang masih mendengar suara suaminya itu berpaling. Dia memegang lengan Danish dengan perasaan teruja yang mula meningkat.
                      “Eh. Dah namanya surprise, mana boleh beritahu,” usik Danish.
                      “Ala. Dah tu, kenapa awak beritahu saya ada surprise nanti. Tak adalah rasa surprise tu nanti,” balas Iman memuncung.
                      “Okey. Saya bagi klu; Fateh yang bawa surprise awak tu.”
                      Iman diam berfikir. Di kala itu, dari bilik tamu VIP yang bercermin lutsinar itu, kelihatan sebuah kapal terbang yang sudah mendapat dan mendekati bangunan tersebut.
                      “Itu flight dari Zamorakan?” soal Iman. Danish mengangguk. Mereka sama-sama menunggu kelibat tubuh Fateh. Penumpang VIP kelas pertama adalah antara orang pertama yang akan keluar dari kapal terbang terlebih dahulu. Jadi, tentulah Fateh adalah antara orang yang terawal yg akan keluar. Iman tertanya-tanya apakah kejutan yang dibawa oleh Fateh kepadanya?
                      Dear, baik awak pandang muka handsome saya ni, dari pandang pintu tu.”
                      Iman memukul manja lengan suaminya.
                      “Ă„waklah yang cakap Fateh bawa surprise. Manalah saya tak tengok.”
                      “Iyalah. Tu dia, dah sampai.”
                      Iman berpaling. Kala itu, dia terkejut dan bangun tanpa disedari. Bibirnya senyum lebar dan kakinya mula melangkah ke arah pintu ketibaan kawasan rehat VIP, di mana Fateh sedang berdiri itu. Semakin dekat dia dengan Fateh, dia mendepangkan tangannya.
                      Fateh pantas beralih ke tepi.
                      “Ema! Awak datang juga! Seronoknya!” Iman terus mendakap insan di sebelah Fateh.
                      Fateh pula memandang Danish yang menghampiri mereka. Lelaki itu menjungkitkan bahunya sebelum kedua-duanya bersalaman dan memandang dua org wanita yang masih berpelukan itu.
                      Dear, jom. Nanti ramai pula orang pandang reunion awak ni,” ujar Danish, memisahkan kedua-dua wanita itu.
                      “Okey. Jom, Ema.” Iman masih lagi dengan senyumannya dan menarik tangan Ema untuk berlalu dari situ. Sekali lagi Danish dan Fateh saling berpandangan, sebelum kedua-duanya mengikut.
                      “Suka sangat Iman nampaknya,” komen Fateh, memandang tubuh Ema dan Iman yang sudah mula rancak berbual itu.
                      “Aku tak beritahu dia Ema datang. Itu yang dia terkejut dan gembira tu,” jawab Danish.
                      “Ada genglah tu. Nampaknya kita macam akan terbiar je ni,” ulas Fateh lagi. Danish memandang pemuda itu dengan kening terangkat sebelum menggeleng sendiri.
                      Setibanya mereka di resort kepunyaan Nuh, Iman dan Ema masuk ke bilik masing-masing untuk berehat terlebih dahulu. Manakala Fateh dan Danish bertemu dengan kawan-kawan mereka di dewan kecil terlebih dahulu. Riuh seketika dewan kecil tersebut apabila Adam, Nuh, Hud, Luth, Danish dan Fateh bertemu.
                      "Datang seorang saja ke, Fateh? Mana tunang kau?" Keluar juga soalan cepu emas dari mulut Nuh. Daripada soalan pertama yang keluar daripada Nuh, bertalu-talu soalan yang seterusnya ditanya kepadanya.
                      "Hah?! Tunang? Bila kau bertunang?" Luth pula menyoal, tidak tahu tentang perkara tersebut.
                      “Nama? Anak siapa?" Adam juga bertanya.
                      Fateh memandang kawan-kawannya dengan wajah yang tidak beremosi. Jarang dia dapat bertemu dan berkumpul dengan kawan-kawannya. Jika berkumpul begini, masing-masing akan bawa isteri dan tunang supaya dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka. Cuma dia sahaja yg datang bersendirian.
                      "Kecoh. Macam perempuan nak bergosip," balas Fateh.
                      “Gaya macam tak nak orang tahu siapa tunang kau. Kenapa? Tunang kau tak sempurna ke?” komen Hud, tajam menikam kalbu.
                      Fateh tertawa sahaja.
                      “Tak adalah. Nanti aku kenalkanlah pada kau orang semua. Malam ni ada barbaque kan?”
                      “Ya. Jangan lupa malam ni, lepas Isyak kita mula la. Petang ni, aktiviti masing-masing sahajalah. Esok pagi ada majlis solat hajat dulu. Lepas tu, baru ada perasmian dalam pukul dua belas tengahari.” Nuh memaklumkan rancangan mereka.
                      Masing-masing mengangguk tanda faham. Muslim digalakkan menunaikan solat sunat hajat  bukan sahaja untuk memohon sesuatu tetapi juga untuk mohon dijauhi sesuatu agar apa yg dihajati itu dimakbulkan oleh Allah. Ia juga dikira sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan sesuatu dengan kebergantungan kepada Allah SWT.
                      “Ada jemput sesiapa ke untuk majlis solat hajat nanti?”
                      “Tak ada sangat. Pekerja-pekerja resort, keluarga aku dan orang-orang kampung dekat sini. Lepas solat hajat boleh terus tunggu untuk perasmian dan makan tengahari nanti,” jelas Nuh.
                      “Eh, Nuh. Aku stay sini dalam lima hari, boleh? Ingat nak bawa anak-anak jalan-jalan di sini sementara aku dan isteri cuti ni.” Adam bersuara. Memang dia datang Bersama isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil.
                      “Boleh sahaja. Kau orang semua pun datang dari jauh. Sekejap lagi bagitahu pada receptionist nak stay sampai bila. Aku bagi free of charge!”
                      “Woooo!!!” Semua bersorak, membuatkan Nuh ketawa. Akhirnya, mereka berbual sehingga masuk waktu Zohor. Kemudian, masing-masing kembali ke bilik untuk membersihkan diri.


Ema menerima mesej dari pada Fateh, mengajaknya untuk mengisi perut. Terus dia bersiap-siap. Dia pun sudah berehat sebaiknya selepas tiba di resort ini. Jadi, sekarang, perut perlu diisi terlebih dahulu. Selepas bersiap, Ema keluar dari biliknya dan berjalan-jalan di sekitar bilik resortnya sementara menunggu Fateh keluar dari biliknya.
Ema merenung dalam permukaan tasik di hadapannya. Cantik sangat kawasan resort ni. Udara segar. Kawasan penuh kehijauan. Almaklumlah, resort lima bintang. Geng-geng Fateh, mestilah mengusahakan perniagaan yang lima bintang.
“Ada buaya ke tu?” tiba-tiba satu suara menegur dari belakang.
Ema berpaling, menghadap tuan suara yang tidak dikenalinya itu.
“Maaf mengganggu. Saya nampak cik tenung air tu macam ada sesuatu,” ujar si jejaka yang tidak dikenalinya.
Ema memandang lelaki di hadapannya sekali pandang. Mengikut gaya lelaki ini, agaknya lelaki ini adalah salah seorang kawan Fateh.
“Tak ada apa-apa. Saya tengah fikirkan sesuatu.” Ema senyum nipis sahaja. Kemudiannya, dia memandang sekeliling, menanti kelibat Fateh. Cepatlah Fateh keluar. Dia tak mahu berdua-duaan dengan orang yang tidak dikenalinya walaupun di kawasan terbuka begini.
“Cik kawan Nuh ke? Saya tak pernah nampak cik.” Lelaki itu merubah kedudukan, berdiri di sebelahnya.
“Tak, saya…”
“Tunang aku.” Ada seorang lagi tiba-tiba menyampuk dari belakang mereka.
Ema menghela nafas lega. Dia berpaling dan menyuakan senyuman kepada lelaki yang bergerak ke sisinya.
“Lah. Inilah tunang kau rupanya. Aku ingatkan kawan Nuh yang datang dari mana.”
“Tunang aku, Ema. Sayang, ni kawan kami. Luth namanya. Yang lain-lain, nanti malam ni kita jumpa mereka.” Fateh memperkenalkan mereka.
Ema senyum dan mengangguk.
“Bila majlis? Dah ada tarikh ke?” tanya Luth.
Ema dan Fateh saling berpandangan.
“Kalau boleh, aku nak buat majlis sekarang juga,” balas Fateh spontan, mengundang ketawa sahabatnya. Ema membuntangkan matanya.
“Nantilah, kalu dah ada kad aku bagi pada kau,” jawab Fateh akhirnya.
“Kau nak pergi mana ni?”
“Nak makan dulu sebelum jalan-jalan. Kau dah makan ke? Jomlah makan sekali.”
“Tak apa ke? Ema okey?”
“Okey sahaja. Lagi ramai lagi meriah,” balas Ema.
Akhirnya mereka menjejak kaki ke kafe resort bertiga. Namun, Luth meninggalkan mereka berdua dan duduk di meja lain.
“Ada aktiviti apa di resort ni?” soal Ema sambal memandang sekeliling resort tersebut. Kafe tersebut terletak di atas tasik.
“Boleh hiking, riding, main paintball, spa, gim, perpustakaan,” jawab Fateh.
Hiking and riding tu macam best saja.”
I know. Tapi hiking hari ni mungkin tak sempat sebab malam ni kita ada barbeque. Takut letih sangat pula. How about paintball atau riding?” cadang Fateh.
“Main paintball boleh ajak Iman dan Tengku Danish, kan?”
“Nak juga ajak kawan dia tu,” balas Fateh, dengan sedikit nada merajuk.
“Lah… Dah saya kenal Iman je kat sini,” jawab Ema, dengan kerutan di dahi.
“Habis, awak tak kenal saya?”
Makin berkerut dahi Ema.
“Awak ni dah kenapa? Takkanlah kita nak main paintball dua orang sahaja?”
Why not? Berdua lagi best, kan?” Fateh tersengih sendiri dengan kata-katanya.
“Apa yang best ni?” Satu suara menyampuk. Serentak itu, dua kerusi di sebelah Fateh dan Ema ditarik dan diduduki oleh dua orang insan, Danish dan Iman.
Best nak dating, tiba-tiba ada dua makhluk muncul nak kacau,” jawab Fateh selamba, tidak memandang kawan di sebelahnya itu.
“Ewah… Kau patut bersyukur apabila kami kacau. Belum kahwin, jangan nak dating sangat. Godaan syaitan kuat masa bertunang ni!” bidas Danish dengan sedikit peringatan.
“Betul tu. Kalau dah kahwin nanti, nak suruh kami teman pun, kami tak nak, terima kasih sahaja,” sambung Iman.
Ema tersenyum, mendengar Fateh diberi tazkirah kawan-kawan mereka ini.
“Maka, bersabarlah wahai Fateh. Kalau tak, pujuk Ema tu supaya kahwin cepat sikit,” usik Danish.
“Kau ingat aku tak pujuk. Puas pujuk tahu, dia tak nak,” Fateh meluahkan perasaan pula. Mimik muka sudah berubah sedih.
Ema buat tidak peduli dengan Fateh dan Danish. Dia berpaling pada Iman.
“Iman dah ada program petang ni? Kalau belum, jom main paintball, nak?” ajak Ema.
“Oh, ada ya? Saya tak pernah main ni. Jom. Jom.”
Akhirnya, petang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan ala-ala perang yang memang menjadi kepakaran Ema. Mereka hanya bermain empat orang sahaja. Ema dan Fateh lawan Iman dan Danish? Tentulah kemenangan di pihak Ema dan Fateh. Iman awal-awal lagi sudah ditembak meninggalkan Danish mempertahankan diri keseorangan.
Malam itu, mereka berkumpul selepas masing-masing selesai bersolat Isyak. Ema diperkenalkan oleh Iman kepada isteri dan tunang kawan-kawan Fateh dan Danish. Iman sudah beberapa kali bertemu dengan mereka semua. Jadi, Ema hanya mengikut wanita itu sahaja. Oleh kerana makanan dan minuman sudah diuruskan oleh pekerja resort, mereka semua hanya duduk berbual sambil makan dan minum sahaja.
Ketika Ema sedang mengambil makanan di buffet meja kecil, Fateh menghampirinya dan menghulurkan pinggan kosong kepadanya.
“Tolong.” Sepatah sahaja perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu.
Ema sempat membuat muka sebelum mengambil pinggan tersebut dan dipenuhkan dengan makanan yang tersedia tanpa berkata apa-apa.
“Terima kasih. Awak okey dengan mereka semua ni?” soal Fateh.
Ema berpaling memandang kawan-kawan barunya sekilas, sebelum memandang lelaki di sebelahnya itu.
“Okey. Mereka pun peramah.” Bibirnya menguntum senyuman.
Next, awak kena bawa saya jumpa kawan-kawan awak.”
Ema diam sejenak sebelum mengangguk. Sebenarnya ada beberapa kawannya juga kawan kepada Fateh, namun lelaki itu mungkin tidak tahu tentang perkara tersebut.




KOMEN?

6 komen:

miss_aihan berkata...

hari-hari saya tunggu akhirnya ada update
sis saya faham kesibukan sis jadi saya memahami jika sis tidak update lama
namun cerita & novel sis menarik
seronok saya sebagai pembaca membacanya

Tanpa Nama berkata...

Yg dinanti muncul jua. Terubat sikit kerinduan.
He3. Tq.

Unknown berkata...

T Kasih cik penulis...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah setelah berbulan. Huhuhuuu.

Unknown berkata...

yes. really make my day smile. teruskn ye sis

Tanpa Nama berkata...

Sis, cerita ni belum tiba endingnya lagi kan? Lama dah takde update. ��

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: CompartidĂ­simo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©