COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 7 Januari 2017

Takdir Cinta -52-



Ema keluar daripada tandas dan duduk ke kerusi kosong berdekatan. Dia bersandar dan menghela nafas sebelum memandang sekeliling kawasan Kecemasan Dan Trauma hospital itu. Kemudiannya, dia memandang t-shirt bersarungkan kemeja dan seluar yang dipakainya. Sedikit sebanyak, nyata kelihatan darah yang terpalit pada pakaiannya.
                Jam ditangan dipandang. Sudah setengah jam dia berada di hospital. Dia dibawa ke hospital menaiki ambulans, tetapi tentulah dia perlu pulang ke kediaman dengan usaha sendiri. Dia menghela nafas sebelum bangun dan bergerak menuju ke pintu keluar.
                “Cara!”
                Ema terkaku mendengar suara tersebut. Pandangan matanya pantas menjengah tubuh insan tersebut yang sedang bergegas mendekatinya itu. Hanya lelaki ini sahaja yang menggunakan gelaran tersebut kepadanya.
                “Cara, awak okey ke tak? Awak cedera di bahagian mana? Doktor cakap apa?”
                Bertalu-talu soalan keluar daripada lelaki itu, membuatkan Ema mengerutkan dahinya. Dia tahu Fateh akan berada di Darwish pada hari ini tapi bagaimana Fateh tahu dia ada di hospital ini?
“Saya okey sahaja. Yang awak nampak cemas ni kenapa? Siapa beritahu awak saya ada di sini?” Tanya Ema.
“Iman cakap awak accident. Awak sudah jumpa doktor atau belum?” Wajah lelaki itu masih penuh kebimbangan.
Ema diam seketika. Iman? Bagaimana Iman boleh tahu dia berada di hospital, dia tidak dapat hendak nafikan. Kemalangan itu terjadi di hadapan kediaman milik Iman dan Tengku Danish yang dia duduki sekarang, tentulah pembantu rumah mereka berdua tahu tentang perkara tersebut.
“Saya tak jumpa doktor pun. Bukan saya yang accident,” jelas Ema.
Fateh diam seketika.
“Bukan awak? Habis, kenapa baju awak ada darah ni?”
“Saya tolong mangsa kemalangan tu tadi,” jawab Ema.
Fateh menghela nafas lega. Alhamdulillah. Dia memandang wajah Ema yang tenang merenung dirinya. Mereka saling berpandangan sebelum dia tersedar bahawa mereka masih berdiri di ruang menunggu kawasan Kecemasan dan Trauma itu.
“Jom. Saya hantar awak balik,” ajak Fateh.
Ema mengangguk sahaja dan mengikut langkah Fateh. Dia berjalan di belakang lelaki itu yang masih berkemeja itu. Ema terfikir, adakah Fateh bergegas mencarinya di sini semasa majlis Tengku Danish masih berlangsung?
Perjalanan mereka hanya diselubungi oleh celoteh DJ dan lagu daripada radio. Ema elok sahaja menyandarkan badan dan kepalanya di kerusi. Matanya ditutup dan dia tidak menghiraukan sekelilingnya. Dia berasa penat dan ingin berehat seketika sebelum tiba di kediaman sementara yang didiaminya.
“Awak dah makan ke tadi?”
Ema membuka matanya apabila Fateh bertanya. Tentulah Fateh meyoalnya. Bukannya ada orang lain dalam kereta ini. Walaupun dia sedang berperang dingin dengan Fateh, rasanya dia tidak patut membiarkan soalan Fateh tidak berjawab.
“Tak sempat,” balas Ema berpaling memandang lelaki yang sedang memandu itu.
“Awak balik bersihkan diri. Lepas tu, kita keluar makan sama-sama ya?” ajak Fateh.
Ema diam seketika sebelum mengangguk apabila Fateh memandangnya. Dia tidak perlu terus mengelak daripada Fateh. Lagipun, lebih adil untuk dia beri peluang kepada lelaki ini untuk membuktikan kata-kata yang didengarinya beberapa hari yang lalu.
Setengah jam kemudian, mereka berdua berada dalam perjalanan menghala ke sebuah restoran. Ema memakai blaus dan berpalazo untuk keselesaannya. Fateh membawanya makan di sebuah restoran di tepi sungai.
“Bila awak akan balik ke Zamora?” tanya Fateh apabila makanan sudah terhidang di hadapan mereka.
“Dua hari lagi. Awak?”Ema berterus terang dan kembali bertanya.
“Pagi esok. Petang esok saya kena fly ke Thailand,” jawab lelaki itu.
Ema mengangguk.
“Bulan depan saya kena hadiri majlis makan malam amal. Awak jadi plus one saya, boleh?”
Ema terdiam. Mindanya teringat akan kali pertama dia menyertai majlis makan malam syarikat penerbangan tempat kerja Fateh itu. Malam itu adalah titik permulaan hubungannya dengan lelaki ini. Namun, lihatlah keadaan mereka sekarang.
“Anjuran siapa?” tanya Ema tanpa menjawab soalan sebenar.
“Jabatan bawah Kementerian Pertahanan.”
Perhatian Ema bertambah apabila mendengar tentang Kementerian Pertahanan. Jika dia menghadiri majlis makan malam amal tersebut, kemungkinan besar dia akan dapat bertemu dengan orang-orang besar Kementerian Pertahanan. Kesempatan itu boleh diambilnya untuk mengatur perjalanan hidupnya pada masa hadapan.
Ema memandang Fateh, yang nyata sedang menunggu jawapan daripadanya. Seketika kemudian, dia mengangguk tanda bersetuju. Wajah lelaki itu terus berubah menjadi ceria.
“Nanti saya temankan awak cari dress yang sesuai.”
Ema terdiam seketika. Takkanlah Fateh hendak mengambil hatinya sehingga sanggup menemaninya membeli belah? Dia menggeleng.
“Tak perlu. Dress yang awak bagi untuk majlis makan malam tempoh hari masih boleh dipakai,” bantah Ema.
“Okey.” Fateh akur. Senyuman masih terukir di bibirnya.

Keluar sahaja daripada bilik air, Tengku Iman Hakimi melihat isterinya sedang bersantai di sofa  bersama iPadnya.  Khusyuk wanita itu memandang skrin tanpa menoleh ke arahnya. Ish... Tak boleh jadi ni.
“Buat apa, tengok iPad daripada tadi tu?”  soal Hakimi. Dia mengambil tempat di sebelah wanita itu dengan sebelah tangannya masih mencuba untuk mengelap rambutnyayang masih basah.
Airi mengangkat wajah dan senyum kepada si suami.
“Baca cerita di aplikasi Wattpad ni,” jawab Airi seraya meletak iPad di tangannya itu di sebelah. Dia berpaling menghadap suaminya dan mencapai tuala di tangan lelaki itu.
“Melayu? English?” Hakimi membiarkan isterinya menggosok-gosok kepalanya dengan tuala itu. Dipandang wajah isteri yang sangat mirip dengan wajah adindanya, Tengku Syifa’ul Asrar.
“Cerita Chinese zaman dulu-dulu tapi translated into English.”
“Ada plot cerita ala-ala cerita Ateh tak? Public confession?” tanya Hakimi dengan senyuman nakal dan sinis. Airi tertawa. Boleh pula suaminya terfikir perkara itu.
“Ada tapi ini lagi best. Raja ni declare yang dia sayangkan permaisuri dia dalam titah baginda semasa upacara pertabalan permaisuri itu.”
“Iya? Dia cakap macam mana?” Terangat kening Hakimi.
“Cerita China zaman dulu-dulukan selalu ada scene orang baca perintah diraja. Raja ni tulis tulis perintah, ‘Mempunyai isteri seperti dia adalah satu rahmat dari langit’[1]. Haaa... Romantik sangatkan?” Airi bercerita.
“Kalah Ateh. Ingatkan kisah Ateh yang paling dramatik.” komen Hakimi.
“Ateh tu kisah realiti. Ini angan-angan penulis. Macam-macam boleh jadi,” balas Airi. Tuala yang digunakan diletak di tepi. Sudah tiada titisan air yang jatuh dari rambut suaminya.
 “Apa cerita Ema sekarang? Ateh baru pulang daripada Dariwsh, kan?” Hakimi bersandar pada sofa. Kalau tidak salah, Ateh sudah balik daripada Darwish beberapa hari yang lalu. Adinda bongsunya itu tidak boleh berlama-lama di sana kerana tuntutan kerja.
“Ema akan kembali ke Zamora esok. Ikut perancangan kami, esok Airi dan Achik akan ambil dia di lapangan terbang,” jawab Airi.
Hakimi menoleh kepada isterinya. Ini pertama kali dia mendengar perancangan tersebut.
“Kimi tak tahu pun?” Ingat senang-senang dia hendak benarkan isterinya merangkap puteri mahkota Zamora itu keluar tanpa pengawasan sesiapa?
Airi mula menyuakan senyuman paling manis kepada suaminya.
“Ni Airi hendak beritahulah. Bolehkan, amor?” Lengan si suami di urut lembut. Matanya dikelip-kelip dengan comel.
“Comel sangatlah buat muka macam tukan?” Hakimi membulatkan matanya.
”Eh. Mestilah comel. Tengok kembar tiga tu, semua comel sebab gene Airi tau,” balas Airi dengan nakal.
“Eh.”
Akhirnya kedua-duanya ketawa sendiri.



[1] Terjemahan cerita Cina bertajuk ‘To Be A Virtuous Wife’ dalam Wattpad


4 komen:

nurul berkata...

tq cik penulisss..

ala ala ala airiii...


p/s:kenapa mcm suka plak dgn nama panggilan cara..hahahah..

Tanpa Nama berkata...

Apela Ema rancang tu..huhu

Unknown berkata...

Sambung plisss

Tanpa Nama berkata...

Bukak blog cik haliban dgn perasaan kecewa setiap hari. Pliss update.. ����

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©