“Guys, watch this.” Tengku Syifa’ul Asrar
meletak telefon tangannya di atas meja dan ditolak menghampiri Tengku mahkota
dan isteri itu. Tengku Iman Hakimi memandangnya sebelum mengambil telefon itu
dan melihat apa yang tertera di skrin. Isterinya mendekat untuk sama-sama
melihat.
Tengku Syifa’ul Asrar memandang
suaminya di sisi yang mengangkat kening kepadanya, tanda bertanya. Dia member
isyarat supaya suaminya menunggu sehingga kakanda-kakandanya melihat perkara
itu sehingga habis terlebih dahulu. Namun, daripada situ, suaminya tetap
mendengar suara yang keluar daripada telefon tangannya itu. Berkerut dahi si
suami.
“Ateh? Macam suara Ateh je,”
Tanya suaminya. Tengku Syifa’ul Asrar tersengih dan mengangguk.
“Video skandal Ateh!”
Ternganga seketika suaminya.
Tengku Syifa’ul Asrar tertawa kecil.
“Bila ni, Achik?” soal Tengku
Iman Hakimi secara tiba-tiba. Suara kakandanya yang kedengaran tegas itu
membuatkan ketawanya mati dan senyumannya pudar. Melihat wajah kakandanya itu,
dia pasti lelaki itu bersetuju dengan apa yang telah berlaku. Video yang
ditunjukkannya kepada Tengku Iman Hakimi dan Cik Puan Hijratul Khairiyah itu
adalah video adinda bongsu mereka membuat pengakuan cinta di tempat awam.
“Sehari dua baru. Video ni dah viral di internet,” jawab Tengku
Syifa’ul Asrar jujur. Dia pun terjumpa video ini semasa sedang melayari
internet. Sudah namanya ‘viral’, mestilah di mana-mana laman pun akan terjumpa
perkara ini.
“Apa yang Bahagian Perhubungan
Awam Istana buat? Cerita macam ni pun boleh lepas. Hisy!” Berkerut wajah
kakanda sulungnya membuatkan Tengku Syifa’ul Asrar tidak berpuas hati.
“Apa masalahnya, Along? Achik
tak nampak perkara ni sebagai masalah. Ateh cuma luahkan perasaan dia sahaja,”
bantah Tengku Syifa’ul Asrar.
“Luahkan perasaan bukan
masalahnya di sini, tapi di hadapan orang ramai. Kalau orang awam beri reaksi
negatif, ianya akan memburukkan nama keluarga diraja,” komen kakandanya.
Tengku Syifa’ul Asrar merengus.
Kakandanya ni bukannya hendak kisahkan perasaan adinda lelaki mereka, lebih
memikirkan maruah keluarga pula. Memang reputasi keluarga itu penting, tapi
janganlah sampai hendak mengetepikan perasaan orang, terutamanya darah daging
sendiri.
“Sayang, telefon Ateh sekarang.
Suruh dia datang sini secepat mungkin,” ucap Tengku Iman Hakimi kepada si
isteri di sisi. Tengku Syifa’ul Asrar berpandangan dengan kakanda iparnya
sebelum wanita itu mengikut kehendak suami.
“Ayahanda dan bonda mesti sudah
tahu tentang Ateh ni. Apa sebenarnya masalah mereka ni? Kata serius. Belum
sampai dua bulan pun, sudah jadi begini. Kalau belum ada apa-apa hubungan pun,
tak boleh bertahan, macam mana hendak mempertahankan rumah tangga nanti?” bebel
kakanda sulung, membuatkan Tengku Syifa’ul Asrar tertawa kecil.
“Ketawa pula Achik ni.”
“Along, membebel pula. Tuan
badan tak ada di sini, tak payah mula lagi. Achik dengan abang sayang Achik ni Alhamdulillah,
okey sahaja. Along kena ceramah pada Ateh tu,” jawab Tengku Syifa’ul Asrar
sambil menyauk lengan suami di sebelahnya.
“Ateh memang on the way ke sini, katanya.” Kakanda
iparnya mencelah setelah tamat berbual pendek dengan Ateh melalui panggilan
telefon.
“Apa pendapat Angah?” soal
Tengku Syifa’ul Asrar. Ema bergerak ke luar negara adalah rancangan mereka
namun, kehadiran Ateh menghalang pemergian Ema serta rakaman pengakuan cinta
Ateh itu tentulah tiada siapa yang duga. Itu menandakan bahawa perancangan
manusia biasa seperti mereka tidak boleh mengatasi perancangan yang Allah SWT
sudah tetapkan kepada mereka.
“Angah tak ada komen. Kita patut
dengar penjelasan Ateh dahulu.”
Tengku Syifa’ul Asrar
mengangguk. Dia tahu Angahnya itu sentiasa berada dalam zon neutral jika
terdapat masalah antara mereka adik-beradik. Almaklumlah, jika Angah menangkan
Along sahaja, tentu adinda-adinda iparnya ini akan merajuk. Begitu juga
sebaliknya.
Setengah
jam kemudian, Fateh sudah terpacak di hadapan mereka. Tengku Syifa’ul Asrar
menepuk bahu adinda lelakinya itu sebelum dia dan suami meninggalkan pemuda itu
bersama Along dan Angah mereka.
Hijratul
Khairiyah hanya diam, mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya dan
memandang reaksi adinda iparnya. Pemuda itu hanya menjawab sepatah dua sahaja
apabila suaminya mengajukan soalan. Akhirnya, Tengku Iman Hakimi menggeleng
sendiri apabila melihat Fateh tidak berminat hendak melayan soalan-soalannya.
“Fix your problem, tapi jangan sampai
rakyat jadikan cerita keluarga kita sebagai cerita jalanan, Ateh,” ujar Tengku
Iman Hakimi sebelum berlalu masuk ke dalam bangunan, meninggalkan Hijratul
Khairiyah bersama adinda iparnya itu.
Hijratul Khairiyah memandang
Fateh yang merenung awan putih di langit biru atas sana. Apabila diperhatikan
lama, nampak sangat Fateh sedang menghadapi masalah yang belum selesai. Dia
tidak mahu bertanya banyak kerana suaminya tadi juga sudah berbuat demikian,
namun dia perlu mengatakan sesuatu supaya pemuda itu sedar dan menyelamatkan
hubungannya dengan Ema itu.
“Ateh,
setiap hubungan itu akan ada dugaan yang melanda. Lidah sendiri lagikan
tergigit. Apa yang penting, Ateh dan Ema tahu apa masalah dalam hubungan kamu
berdua,” ucap Hijratul Khairiyah.
“Ateh
tak tahulah, Angah. Salah faham antara kami sebenarnya sedikit sahaja tapi
boleh jadi masalah sebesar ini. Ateh sudah jelaskan pada dia bahawa Ateh tak
ada hubungan dengan orang lain selain dia, tapi dia tetap tak mahu terima Ateh.
Apa lagi Ateh boleh buat, Angah?” Pemuda
itu meraup wajahnya beberapa kali.
“Ateh tahu tak apa yang Ema
rasa?” soal Hijratul Khairiyah dengan senyuman nipis.
“Cemburu?”
“Cemburu
itu betul, tapi yang paling besar dalam minda dan hati Ema tu adalah insecurity. Angah pernah rasa semua itu,
Ateh. Ateh pun tahu siapa Angah yang sebenarnya. Angah anak yatim piatu dan
orang biasa sahaja. Apabila nenda dan bonda nyatakan hasrat Along pada Angah,
Angah rasa sangat insecure. Angah
bukan anak sesiapa pada masa itu dan Angah juga tiada apa-apa. Apa sahaja yang
boleh mengikat perasaan Along pada Angah untuk selamanya? Macam mana kalau
Along jumpa orang yang lagi baik daripada Angah? Lagi cantik daripada Angah?
Lagi hebat daripada Angah? Semua itu bermain di fikiran Angah dulu. Angah
pasti, Ema pun berasa begitu. Ema pernah beritahu Ateh?”
Fateh
diam sebelum dia melihat pemuda itu mengangguk. Hijratul Khairiyah senyum lagi.
“I guess, perasaan itu reda sedikit bila
Ateh bawa Ema jumpa dengan ayahanda dan bonda, ianya bagaikan satu jaminan.
Tapi perasaan itu tak akan pernah hilang, Ateh. Hakikatnya keraguan itu masih
wujud dalam hati Angah walaupun kami dah mempunyai anak, cuma ianya tidak sekuat
seperti dalam permulaan hubungan kami dulu. Sebab itu, Ateh perlu selalu ingat
tentang insecurity dalam diri Ema ni.
Kalau apa-apa terjadi, pertama sekali dia akan rasa bahawa dia memang daripada
dulu lagi tidak layak untuk Ateh sebenarnya.”
Adinda
iparnya diam mendengar. Hijratul Khairiyah berhenti seketika. Dia berharap agar
Fateh betul-betul faham akan keadaan Ema. Sedikit-sebanyak dia sendiri memahami
Ema kerana dia pernah berada dalam kasut gadis itu.
“Ateh
pernah fikir tak, apa yang Ema sudah buat untuk Ateh?” soal Hijratul Khairiyah.
Pemuda itu diam sahaja.
“Dulu Ema mempunyai kerjaya yang
sangat kukuh, dapat menanggung keluarga dia tanpa dia perlu bersusah payah.
Sekarang, apa yang dia ada? Dia sudah tak boleh kembali kepada kerjanya, Ateh.
Dia buat keputusan tu untuk menyenangkan Ateh walaupun dia tahu ada risikonya
jika hubungan dia dan Ateh tidak menjadi,” sambung Hijratul Khairiyah, namun
nyata ayat terakhirnya menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Fateh apabila
pemuda itu memandangnya.
“Ateh takkan
putus asa. Ateh tahu kami masih ada peluang. Ateh cuma perlu buktikan pada Ema
sahaja!” pintas pemuda itu.
“Apa yang
Ateh hendak buat untuk buktikan perkara itu?” tanya Hijratul Khairiyah dengan
wajah yang menduga.
“Ateh tak
boleh hendak buktikan apa-apa kalau Ema sendiri tak ada di sini,” balas pemuda
itu.
Hijratul
Khairiyah mengangguk. Betul kata adinda iparnya itu.
“Kalau Angah,
nak sahaja Angah minta Ateh resign
daripada kerja Ateh tu,”ucap Hijratul Khairiyah. Fateh pantas berpaling ke
arahnya, terkejut barangkali.
“Perlukah
sampai begitu, Angah?”
“Why not? Kalau Ema boleh berkorban untuk
Ateh, why not you do the same? Untuk
kebahagian Ateh, apalah sangat kerja dengan syarikat penerbangan tu. Lagipun,
you got years of flying experience. Syarikat lain berebut-rebut hendakkan Ateh
nanti. Ateh pun berkemampuan untuk buat benda lain,” sambung Hijratul
Khairiyah. Dia sebenarnya ingin menduga pemuda itu sahaja.
"Nak
pergi kedai mana lagi?" soal wanita di sisinya setelah mereka berdua melangkah
keluar daripada kedai buku di mall itu.
"Awak
nak beli apa lagi, Ema?" soal wanita itu lagi.
"Saya
tak ada apa-apa nak beli. Saya ikut awak sahaja," jawab Ema. Dua hari dia
berada di negara Jauzan, sebelum dia terbang ke negara Darwish ini. Dia datang
ke negara ini hanya untuk menenangkan fikiran, bukan hendak membeli belah. Dia
bukanlah orang berada sehingga perlu membeli belah di luar negara pula.
"Jomlah
duduk minum air dulu, nak?"
Ema
mengangguk dan mengikut langkah kaki puteri mahkota itu masuk ke sebuah cafe.
Mereka mengambil tempat duduk berhampiran kaki lima cafe tersebut.
"Awak
tahu tak? Di sinilah saya pertama kali jumpa Danish tu," ujar Iman dengan
sengihan.
Ema senyum
dan mengangkat kening, menunggu puteri mahkota Darwish itu meneruskan cerita
nostalgia pasangan diraja itu.
“Honestly, kalau awak tanya saya kenal
tak raja Darwish, saya memang ingat tapi saya tak ingat muka tengku mahkota
Darwish masa tu,” sambung Iman.
“Serius?”
soal Ema. Sebenarnya dia boleh agak keadaan Iman, namun keadaan cik puan Negara
Darwish itu tidak sama dengan keadaannya. Dia adalah rakyat biasa Zamora, namun
dia juga adalah bekas perisik elit negara. Dia harus mengingati wajah-wajah
penting negara Zamora dan juga negara-negara lain.
“Iya.
Ironiknya, pertama kali kami jumpa, dia perkenalkan saya sebagai teman wanita
pada orang yang dia suka.”
Terangkat
kening Ema. Haaa... Cerita perbadi dan terperinci begini, memang dia tidak
pernah tahu. Akhirnya, Iman bercerita
tentang pertemuannya dengan Tengku Muhammad Danish dan juga nenda-nenda
suaminya itu. Ema senyum mendengar cerita zaman sebelum perkahwinan wanita itu.
“Iman
pernah ada sesiapa sebelum Tengku Danish?”
Terkebil-kebil Iman memandang
Ema. Ema menanti jawapan dengan sabar. Tiba-tiba puteri mahkota Darwish itu terkekeh-kekeh
ketawa. Terangkat kening Ema. Agaknya, Iman
menganggap soalannya itu kelakar.
“Tak sempat,”
pendek jawapan Iman setelah ketawanya reda.
“Hurm?”
“Zaman saya sekolah
dulu, saya selekeh sangat, Ema. Manalah ada orang nak dekat dengan saya. Kahwin
dengan Danish pun, umur lapan belas tahun. Tak ada sempat nak cari orang lain,”
sambung Iman dengan sengihan.
“Ema ada orang
lain sebelum Fateh?”
Ema terdiam apabila
disoal kembali. Tak adillah jika dia menipu apabila Cik Puan Iman sendiri telah
bercerita kisah dirinya. Akhirnya, dia bercerita serba sedikit kisahnya sebelum
dia bertemu dengan Tengku Fateh Abqari. Terlopong Iman mendengar ceritanya.
“Fateh tahulah
ya tentang Hijazi?” soal Iman pada akhir ceritanya.
Ema mengangguk.
“Dia pernah cemburu
dengan Hijazi ini tak?” tanya Iman lagi.
Ema tersengih.
Dia teringatkan beberapa peristiwa. Rasanya pertama kali dia melihat Fateh melayan
Hijazi dengan acuh tidak acuh adalah semasa dia berada di hospital Zamora selepas
dipindahkan daripada Darwish dahulu.
“Awak buat apa di sini? Bukankah doktor cakap awak perlu berehat?” soal insan bernama Fateh itu, membuatkan Ema ingin menjulingkan matanya.
“Saya bosanlah duduk dalam bilik sahaja.” jawab Ema selamba.
“It's okay, Fateh. Aku ada untuk tengok-tengokkan dia.” Hijazi menyampuk pula, selambanya, membuatkan Fateh menoleh kepada Hijazi pula.
“Eh, kau rupanya. Sudah lama sampai?” Fateh menyapa Hijazi.
Ema menyembunyikan senyumannya lagi. Fateh nampaknya seperti hendak menyakitkan hati Hijazi dengan berpura-pura tidak menyedari kehadiran Hijazi di situ.
“Tak lama sangat pun. Sempatlah temankan Ema berbual-bual. Kau dari tempat kerja?”
“Ya. Baru balik daripada Korea. Ingat hendak jenguk orang sakit dalam biliknya, tapi nampaknya sudah tak sakit.”
Ema memandang Fateh yang mengerling ke arahnya ketika menjawab soalan Hijazi.
“Sayang, awak ada pemeriksaan doktor sekejap lagikan? Jom masuk?” Fateh memberikan senyuman nipis dan memandang matanya terus, seakan memberi amaran agar tidak membantah kata-kata yang diungkapkan.
Kali kedua dia berasa Fateh mencemburui
Hijazi, putera
dan puteri-puteri Tengku Iman Hakimi dan Cik Puan Airi menjadi anakanda-anakanda
saudaranya secara tidak rasmi.
“Maaflah kalau anakanda-anakanda saudara aku ni ganggu kau dengan Ema,” ujar Fateh.
“Anakanda saudara kau?” soal Hijazi pula dengan nada yang pelik.
“Yup. Lah... Ema tak beritahu kau?” Fateh memandang Ema seketika.
“Ema cakap mereka anak-anak saudara dia.”
“Of course. Anakanda saudara aku, anakanda saudara Ema juga. Bukan begitu, sayang?”
Jawapan Fateh membuatkan Ema membesarkan matanya kepada pemuda itu. Mereka saling merenung. Ini kali kedua Fateh menggelarnya begitu. Apatah lagi di hadapan ketiga-tiga si kecil itu. Dia bimbang Hadif, Hafawati dan Huda bercerita kepada orang lain sahaja. Kanak-kanak kecil bukannya tahu apa-apa. Mereka sangat jujur.
Fateh juga mencarinya dan berjumpa dengannya
ketika dia sedang berbincang dari hati ke hati dengan Hijazi di kampungnya dahulu.
“Terima kasih sebab beri penjelasan tentang apa yang terjadi tapi saya harap awak tepati janji awak. Jangan cari saya lagi.” Ema berpaling ingin melangkah pergi daripada situ. Baru selangkah dia bergerak, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya. Ema terkejut dan pergerakannya terhenti di situ. Belum sempat dia hendak menghampiri dan memarahi pemandu kereta itu, Fateh keluar dan menghampirinya dengan raut wajah yang sangat serius.
“Awak! Buat apa di sini?” soal Ema.
“Cara, masuk dalam kereta.”
Ema terkebil-kebil memandang pemuda itu seketika. Hatinya ingin memberontak, namun mulutnya tidak dapat bersuara untuk membantah. Ema menghela nafas apabila Fateh kelihatan seperti tidak mahu mengalah. Dia berpaling dan melangkah ke arah bahagian tepi pemandu, namun sebelum masuk ke dalam kereta tersebut, Ema menoleh kepada Hijazi.
“Rasanya adalah waktu-waktu dia cemburu, tapi dia
tak pernah mengaku pun,” ujar Ema, memandang Iman dengan senyuman nipis. Iman tersenyum
mengerti.
“Well... Dengan pengakuan yang dia buat di
lapangan terbang tempoh hari, rasanya awak sudah tak perlu ragu-ragu tentang perasaan
dia, kan?” Iman menduga.
Ema menjungkitkan
bahu. Iya... video dia dan Fateh telah tersebar luas di internet. Di mana-mana sahaja
video itu boleh diakses jikalau tempat itu ada internet, termasuklah Darwish ini.
Pengakuan Fateh memang mengharukan harinya, namun tidak cukup untuk dia membatalkan
niatnya meninggalkan Zamora ketika itu.
“Minggu depan
majlis hari jadi Danish. Fateh mungkin akan berada di Darwish ketika itu. Mungkin
awak boleh beritahu keputusan awak pada dia ketika itu,” cadang Iman, membuatkan
Ema menghela nafas dalam.
Ema merenung minumannya
sambil berfikir keadaannya sekarang ini. Dahulu, dia hanya dilatih untuk kemungkinan
melindungi dan berkorban demi keselamatan ahli kerabat diraja tersebut. Terjebak dalam hubungan keluarga diraja Zamora
seperti sekarang adalah sesuatu tidak pernah terfikir oleh akalnya.
Waaahhh... dah episod 50?
Bila lah ceritera ni nak habis kan? hehe... Thanks kawan-kawan, setia mengikuti cerita ni. Arigatou gozaimasu! Sorry cik haliban lambat update sekarang. Sebab sekarang tengah menulis tesis master. InsyaAllah akan habis master bulan 12 ni, aaamin! Doakan tau! :)
Setakat ni, ada komen apa-apa? hehe
7 komen:
Suka sbb panjangggggg...tq...suka suka sukaaaa...
Tjanks 4 de updated sis... waiting 4 nxt entry...goodluck with ur thesis.
Biar lambat asal ada sambungannya.
K.mas
tq bg update tuan umh...nak lg n lagi yee.. Chaiyok2
Sambunglah lg
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D