Ema
memandang jam dinding pejabat yang sudah menunjukkan pukul dua belas tengahari
itu. Nafas panjang dilepaskannya seraya memandang langit biru dan awan putih di
sebalik tingkap pejabat itu.
“Kenapa, Ema?” Amani menepuk
bahunya.
Ema menyuakan senyuman nipis sambil
menggeleng sahaja. Dia tidak mahu menceritakan perkara peribadi kepada rakan
sejawatannya itu. Mereka baru sahaja tamat taklimat misi skuad Alpha yang
terbaru. Taklimat yang sepatutnya bermula pada pukul sebelas pagi itu,
diawalkan kepada pukul sembilan pagi secara tiba-tiba.
Akibatnya? Dia terpaksa memungkiri janjinya terhadap
tunang-tidak-rasminya. Dia tidak sempat untuk memaklumkan kepada Fateh akan
pertukaran jadualnya secara tiba-tiba itu dan sekarang ini, dia pasti Fateh
masih belum sampai ke destinasi lagi. Namun, telefon tangannya tetap dicapai
dan satu mesej ditaip dan dihantar kepada nombor telefon Fateh. Harap-harapnya,
Fateh akan baca dan balas mesej tersebut.
“Ema, aku balik dulu. Jumpa pagi esok,” ujar Amani.
“Jumpa esok,” Ema mengangguk ke arah rakan sepasukannya itu. Misi
mereka bermula esok, lalu hari ini skuad mereka diberi pelepasan untuk bersama
kaum keluarga masing-masing. Dia juga ingin balik ke rumah emaknya pada hari
ini.
Malam itu, Ema duduk bersama adik-adiknya yang sedang membuat kerja
sekolah masing-masing. Kadang-kadang Syafiq dan Majid bertanya tentang soalan
yang mereka tidak dapat jawab. Mazurah pula lebih suka mencari jawapannya
sendiri daripada buku rujukan ataupun melalui internet.
“Mak, esok Ema outstation,”
ujar Ema seraya memandang emaknya yang sedang melipat pakaian di kerusi kayu
berhampiran televisyen yang sedang terpasang tanpa suara itu.
“Lamakah?” soal emak.
“Tak pasti lagi, mak. Mungkin tiga minggu,” jawab Ema.
“Outstation ke mana, kak?” Mazurah menyampuk.
Ema menggelengkan kepalanya.
“Akak tak boleh cakap.” Sebetulnya, emak dan adik-adiknya sudah
tahu bahawa dia adalah seorang pegawai polis. Oleh itu, dia berharap agar ahli
keluarganya faham apabila dia mengatakan bahawa dia perlu bertugas di luar negara.
“Macam mana kalau jadi seperti hari itu, kak? Mana Abang Fateh nak
cari akak?” Majid pula yang menyoal.
Ema senyum nipis. Dia memandang emaknya kembali. Tampak di wajah
tua itu kerisauan yang terbit. Dia tahu, mereka bimbang perkara yang sama
berulang lagi. Parut dan kesan luka peristiwa yang lalu juga masih ada pada
badannya sebagai bukti. Namun apakan daya, ini adalah tugasannya. Dia adalah
seorang pegawai polis dan ahli skuad elit negara. Dia mempunyai tanggungjawab
yang besar untuk melindungi negaranya walaupun terpaksa berkorban badan dan
nyawa.
“Fateh tahu kamu outstation esok?” Emak bertanya apabila dia
tidak menjawab soalan Majid.
Ema menggeleng sebagai jawapan.
“Fateh outstation juga, mak. Ema tak dapat nak hubungi dia.
Sibuk agaknya.” Telefon bimbitnya dicapai. Nafas pendek dihela apabila tiada
apa-apa perubahan pada skrin telefonnya. Tiada mesej yang masuk mahupun
panggilan daripada orang yang disebut oleh emaknya itu.
“Beritahulah sepatah pada dia. Kalau dia cari Ema di sini pun, kami
tak tahu kamu ke mana nanti,” nasihat emaknya.
Ema senyum hambar dan mengangguk sahaja. Rasanya, Fateh pun tidak
mahu dengar apa-apa tentang dirinya pada ketika ini. Ini hanya anggapannya
tetapi Fateh mungkin marah kerana dia memungkiri janjinya untuk menghantar
pemuda itu pada pagi tadi. Saat ini, pemuda itu tentu sudah membaca mesej yang
dihantar pada pagi tadi, namun sehingga sekarang dia masih belum mendapat
balasan mesej tersebut.
“Hati-hati, kak,” ujar Syafik pula.
Ema senyum dan menggosok kepala adiknya yang berada di sebelahnya
itu. Terpancar di wajah pemuda itu sedikit kerisauan, namun tentu tidak dapat
dibandingkan dengan perasaan emaknya ketika ini.
“InsyaAllah. Jangan bimbang sangat. Tumpukan perhatian pada
pelajaran sahaja. Peperiksaan nak dekat dah tu,” ucap Ema. Dia sendiri akan
berusaha menjaga dirinya agar tidak cedera. Namun, perancangan manusia lemah
sepertinya tentulah tidak dapat mengatasi apa yang telah Allah aturkan.
“Mak, kalau ada apa-apa telefonlah Nada. Mak ingat Nada, kan? Housemate
Ema. InsyaAllah dia boleh tolong,” sambung Ema, memandang emaknya pula. Dia
tidak mahu ahli keluarganya menyusahkan Fateh jika mereka memerlukan bantuan,
lagi-lagi sekarang ini lelaki itu seperti tidak mahu diganggu.
Jari-jemarinya pantas berlari di atas skrin telefonnya, ingin
menghantar mesej kepada kawannya itu. Antara orang-orang yang terdekat
dengannya, hanya Nada yang mengetahui kerja sebenarnya sebagai ahli skuad elit
negara. Nada adalah sahabat yang paling dipercayainya. Kerjaya gadis itu
sebagai pegawai polis juga membuatkan gadis itu faham akan skop-skop kerja Ema
yang sentiasa perlu dirahsiakan.
Selepas menghantar mesej kepada Nada, jarinya mencari nama tunang-tidak-rasminya.
Jarinya teragak-agak hendak menekan nama tersebut pula. Hatinya resah hendak
meninggalkan Zamora dengan keadaan dia dan Fateh begini. Apatah lagi, dia tidak
pasti bila dia akan kembali dan bila dia dapat berhubung semula dengan semua
orang.
Tiba-tiba, bertalu-talu bunyi daripada telefon tangannya,
menandakan ada mesej yang masuk ke aplikasi Whatsppnya. Spontan dia tersenyum
apabila membuka aplikasi tersebut.
Tengku
Syifa’ul Asrar created group “Gorgeous Royal Ladies”
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar added you
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar
Welcome Ema
to our group!
|
|||
Cik Puan Airi
Welcome, Ema.
Bertambah juga ahli group kita, ya?
|
|||
Cik Puan Iman
Hai, Ema!
Wah... Akhirnya Ema masuk ke group ni. Dah lama saya tunggu.
|
|||
Thanks,
semua. Hehe... Malu pula saya. Macam tak layak hendak masuk ke group ni. Cik
Puan Iman pun ada rupanya.
|
|||
Cik Puan
Iman:
Tak payah cik
puan sangatlah, Ema. Kat sini, kita tak ada darjat sangat. Kan, Kak Airi, Kak
Asrar?
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar:
Eh, Iman dah
kenal Ema? Ha ah, Ema. Panggil akak Kak Asrar saja, atau Achik terus pun tak
apa. Hihi. Tak lama lagi bakal jadi isteri Ateh, kan...
|
|||
Cik Puan Airi
Betul tu.
Panggil Kak Airi atau Angah pun boleh, Ema. Macam mana Iman boleh kenal Ema?
|
|||
Cik Puan Iman
Lah...Tak
tahu ke? Iman dah jumpa Ema masa Ema pergi Darwish hari tu. Ema datang dinner
di istana dengan Fateh.
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar
Cis...
Rupanya, Iman adalah orang pertama tahu tentang Ateh dan Ema ya?
|
|||
Cik Puan Iman
Yup!
|
|||
Err... Saya panggil Kak Airi dan
Kak Asrar dahululah ya. Segan pula.
|
|||
Cik Puan Airi
Tak payah
segan, Ema. Achik dah masukkan Ema ke dalam group ni. That’s mean, you are
officially our sisters. Right, ladies?
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar
Yay!
|
|||
Cik Puan Iman
Righto!
Anyway, kita patut celebrate!
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar
Celebrate
macam mana? Awak tu duk Darwish sana tu, Iman oi~
|
|||
Cik Puan Iman
Kak Asrar,
apa guna jadi puteri mahkota kalau tak boleh pergi ke Zamora dalam masa 24
jam? Kan, Kak Airi? Heh.
|
|||
Cik Puan Airi
Penyalahgunaan
kuasa.
|
|||
Cik Puan Iman
;P
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar
>.<
|
|||
Cik Puan Iman
Kita tetapkan
masa dan tempatlah dulu. Then, bolehlah Iman rancang macam mana nak pergi.
Kalau tak dapat pergi juga, Iman boikot Danish. Hahaha...
|
|||
Cik Puan Airi
Haha... Kak
Airi okey saja. Ema macam mana? Bila Ema free?
|
|||
Eh?
Betul-betul nak celebrate Ema ke?
|
|||
Tengku
Syifa’ul Asrar
Lol. Iyalah,
Ema. Better, kita patut buat secret gathering. Suami-suami dan tunang tak
boleh tahu!
|
|||
Cik Puan Iman
Hah! Iman
setujuuuuuu...
|
|||
Cik Puan Airi
Kak Airi pun
setuju. Hihi... Ema?
|
|||
Alamak...
Macam mana ya? Esok Ema dah mula bertugas.
|
|||
Tengku Syifa’ul
Asrar
Hari minggu
pun Ema tak free?
|
|||
Kerja Ema tak
tentu masa kak. Buat masa sekarang, Ema tak pasti lagi bila tugasan Ema yang
ini akan habis.
|
|||
Cik Puan Airi
It’s okay.
Kami faham.
|
|||
Cik Puan Iman
Tak apa, Ema.
Kita boleh bila-bila masa. Yang penting, Ema kena ada sebab kita nak
celebrate Ema.
|
|||
Ema senyum.
Agak ramah juga tiga wanita diraja itu dengannya. Di pula yang segan dengan
mereka. Dia adalah seorang pegawai yang dilatih untuk menghormati mereka yang berpangkat
dan berdarjat lebih tinggi daripadanya. Jikalau segala arahan daripada orang
atasannya mampu dilaksanakan, dia akan berusaha untuk melaksanakan tugasan
tersebut. Sekarang ini, puteri dan puteri mahkota Zamora hendak dia memanggil
mereka berdua Achik dan Angah? Allah… Dia jadi terharu.
“Siapa, kak?
Abang Fateh?” Mazurah menyampuk sambil cuba untuk mengerling apa yang tertera
di skrin telefonnnya. Ema membulatkan mata ke arah adiknya itu.
Fateh
merenung skrin telefonnya. Dia mendapat 3 panggilan dan 3 mesej daripada Ema,
namun dia langsung tidak membalas panggilan dan mesej gadis itu. Ditenung
sahaja nama Ema di skrin telefonnya itu. Mengapa dia tidak menghubungi gadis
itu kembali? Entah. Sejak gadis itu tidak muncul untuk menghantarnya bertugas
beberapa hari yang lalu, dia tiba-tiba berasa tawar hati dengan gadis itu.
Ting tong… Loceng bilik hotelnya
berbunyi. Fateh bangun daripada pembaringannya di katil itu. Pintu bilik
dibuka.
“Hai, Tengku.”
“Melissa. Iya?” Fateh memandang Melissa yang berdiri di hadapan
bilik hotelnya itu. Mengapa gadis itu datang ke biliknya?
“Tengku belum makankan? Jom kita makan malam sama-sama, Tengku,”
ajak gadis itu.
Fateh diam seketika. Dia sudah menolak pelawaan gadis itu untuk
makan tengahari bersama-sama tadi. Namun, untuk menolak ajakan Melissa untuk
kali kedua, rasanya macam tidak patut pula. Lagipun, Melissa bukannya orang
lain, rakan sekerjanya juga. Fateh memandang gadis itu yang masih sedang
menyuakan senyuman kepadanya. Lantas, dia mengangguk setuju.
1 komen:
Salam kenal. Jemput singgah di blog saya. Done follow :)
ctkhatijahdiana.blogspot.my
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D