COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 12 April 2015

Takdir Cinta -34-

Fateh berlalu keluar daripada bilik yang menempatkan kakandanya, Tengku Syifa’ul Asrar,  dan berlalu mencari bilik pesakit yang menempatkan Ema. Ironinya, kakandanya itu turut dimasukkan ke hospital ini untuk bersalin dan wanita itu tidak tahu keberadaan Ema di sini. Kakandanya itu baru sahaja melahirkan anakanda saudaranya yang baru semalam.
                Lalu, apabila dia pulang daripada kerjanya, dia melawat Ema sekejap terlebih dahulu sebelum melawat kakandanya. Kakandanya itu sudah selamat melahirkan seorang anakanda perempuan. Alhamdulillah, kakandanya itu juga selamat sahaja dan sudah dibenarkan pulang esok.
Fateh mengukir senyuman. Comel sungguh anakanda saudaranya yang baru itu. Geram dia melihatnya tadi. Alhamdulillah, bayi tersebut dilahirkan dengan anggota yang sempurna dan comel seperti anakanda-anakanda saudaranya yang lain. Sempat dia mengambil gambar bersama anakanda saudaranya yang masih belum diberi nama secara rasmi itu.
                Menghampiri bilik Ema, dia terserempak dengan jururawat yang merawat Ema. Tadi, dia meninggalkan Ema kerana wanita tersebut masuk bersama doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap Ema.
                “Akak, sudah habis periksa Ema? Luka-luka dia macam mana ya, kak?” tegur Fateh apabila mereka berdua saling berhadapan. Wanita itu senyum.
                “Ya, tengku. Alhamdulillah, luka-luka Cik Ema mungkin akan sembuh sepenuhnya dalam masa seminggu dua lagi, tapi parut-parut luka di badannya itu mungkin tak akan hilang dalam masa terdekat. Untuk hilangkan parut-parut tu, mungkin mengambil masa yang lama,” jawab wanita itu.
                Fateh mengangguk beberapa kali.
                “Okey. Terima kasih, kak. Doktor masih ada dalam bilik Emakah?” sal Fateh lagi. Dia tidak nampak doctor yang memeriksan Ema. Jadi, doctor tersebut mungkin masih berada dalam bilik Ema.
                “Oh, tak. Doktor perlu merawat pesakit lain tadi. Cik Ema juga ada pelawat sekarang ini.”
                Terangkat kening Fateh. Fateh mengucapkan terima kasih sebelum memandang jururawat itu berlalu Siapa pula yang melawat Ema? Siapa lagi yang tahu bahawa Ema berada di hospital ini, selain dirinya? Adakah Hijazi lagi?. Dia tidak suka Hijazi bertemu dengan Ema. Hijazi itu sudahpun bertunang.
Mengapa lelaki itu masih bertemu dan berbual dengan Ema seperti mereka sangat rapat, sedangkan Hijazi dan Ema itu adalah bekas kekasih? Bukankah pasangan bekas kekasih kebiasaannya akan berasa janggal terhadap satu sama lain? Fateh menggeleng sendiri. Entah, dia tidak tahu. Dia tidak pernah mempunyai kekasih, apatah lagi bekas kekasih. Dia tidak tahu bagaimana pasangan bekas kekasih sepatutnya berkelakuan.
Namun, dia adalah seorang bekas anggota elit udara. Dia bukan sahaja handal memandu pesawat dan jet di udara, malah dia juga mahir dalam skil-skil yang diperlukan oleh seorang tentera elit. Dia mahir dalam membaca gerak-geri seseorang. Sekilas dia lihat pergerakan badan dan pergerakan mata Hijazi ketika berhadapan dengan Ema tadi, dia dapat mengagak perasaan pemuda itu terhadap gadis itu. Itu yang membuatkan hatinya tidak berpuas hati.
Menghampiri bilik pesakit persendirian yang menempatkan Ema, Fateh melihat terdapat dua orang lelaki sedang berdiri di luar bilik gadis itu. Langkah kakinya diperlahankan. Dua orang pemuda yang berjaket hitam itu kelihatan seperti sedang mengawal pintu tersebut. Berkerut dahi Fateh. Siapa mereka itu? Mengapa pintu bilik pesakit Ema dikawal?
Fateh menegakkan badannya. Dia berjalan ke arah pintu bilik tersebut dengan gaya penuh keyakinan. Dua orang lelaki yang mengawal pintu bilik Ema itu terpandang akan dirinya dan nampak seperti mengecam dirinya. Fateh berhenti berhadapan dengan mereka berdua.
“Tengku.” Sapa dua lelaki itu, menundukkan kepala, tanda menghormati dirinya.
Fateh membalas dengan anggukan. Nampaknya, mereka berdua ini adalah anggota keselamatan negara. Polis atau askar, dia tidak tahu.
“Kamu siapa? Kenapa berjaga di bilik Cik Syaimah ini?” soal Fateh, berterus terang. Dia malas hendak berputar belit.
“Tengku kenal Cik Syaimah?” soal pemuda di sebelah kiri, tanpa menjawab soalannya.
“Itu tak penting. Yang saya hendak tahu, kamu berdua siapa?” tanya Fateh lagi.
“Kami rakan sejawatan Cik Syaimah, Tengku.”
Fateh mengangguk. Kalau mereka rakan sejawatan Ema, maksudnya tentu mereka adalah ahli Pasukan Anti-Pengganas Polis Diraja Zamora, seperti yang dibaca dalam profil Ema sebelum ini.
“Sudah jumpa Ema? Kenapa berjaga di sini?”
Walau bagaimanapun, pintu bilik Ema dibuka daripada dalam sebelum sempat soalannya itu dijawab. Fateh tergamam seketika melihat insan yang keluar daripada bilik Ema itu.
“Dato’,” sapa Fateh dengan senyuman nipis, walaupun fikirannya keliru. Mengapa lelaki separuh abad ini datang melawat Ema? Lelaki yang bergelar Dato’ ini adalah Timbalan Pengarah Pasukan Elit Negara Zamora. Apa urusan lelaki ini dengan Ema?
“Tengku.” Mereka berdua bersalaman.
“Dato’ ada urusan di sini?” soal Fateh sopan. Dia pernah berurusan dengan lelaki ini semasa di masih berada dalam pasukan skuad khas tentera udara Zamora dahulu.
“Melawat anak buah saya, Tengku. Tengku pula, datang melawat siapa di sini?”
Fateh senyum, walaupun persoalan di fikirannya semakin bertambah.
“Kakanda saya baru bersalin semalam, Dato’. She was warded here,” jawab Fateh, tanpa berterus-terang sepenuhnya.
“Oh... Tengku Syifa’ul Asrar sudah bersalin? Tahniah. Tahniah. Semuanya selamat?”
“Alhamdulillah. Bonda dan anakanda dua-dua sihat sahaja.”
Selepas itu, Timbalan Pengarah Pasukan Elit berpamitan dan berlalu bersama dua orang lelaki yang tadinya mengawal pintu bilik Ema itu. Fateh memandang mereka sehingga kelibat mereka bertiga hilang. Dia memandang pintu bilik Ema seketika. Dia cuba menyusun atur pemikirannya pada saat tersebut.
Premis satu: Timbalan Pengarah Pasukan Elit itu melawat anak buahnya.

Premis dua: Timbalan Pengarah Pasukan Elit keluar daripada bilik pesakit persendirian yang menempatkan Ema.

Kesimpulan satu: Ema adalah anak buah Timbalan Pengarah Pasukan Elit itu.

Kesimpulan dua: Ema adalah ahli pasukan elit negara, bukan hanya ahli Pasukan Anti-Pengganas seperti yang dibacanya daripada profil Ema.
Fateh menghela nafas panjang. Pasukan elit negara adalah gabungan beberapa skuad pasukan yang terdiri anggota-anggota polis yang mempunyai pelbagai skil dan kemahiran yang tinggi. Tidak kisahlah Ema adalah ahli skuad mana sekalipun, gadis itu ternyata bukan anggota polis biasa seperti yang difikirkannya. Nampaknya profil peribadi Ema yang diterima oleh Danish tidak begitu lengkap. Fateh tidak hairan sebenarnya kerana kebanyakan identiti ahli pasukan elit negara adalah perkara sulit dan dirahsiakan.
Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik di hadapannya itu, telefonnya berbunyi tanda ada panggilan yang masuk.
“Assalamualaikum, Achik.” Salam diberi kepada pemanggil. Hairan juga dia apabila si kakanda yang berada di hospital itu menelefonnya. Apatah lagi, dia baru sahaja melawat wanita itu.
Dia mengangguk sendiri mendengar permintaan kakandanya di hujung talian itu. Ada barang yang perlu diambil dari rumah kakandanya itu. Selepas panggilan itu tamat, Fateh berpaling daripada pintu bilik Ema itu. Nantilah dia datang kembali melawat Ema setelah dia bawa barang yang dikehendaki oleh kakandanya tadi itu. 


Matanya berkelip-kelip memandang lelangit bilik itu sebelum dia mula memandang sekelilingnya yang sunyi sepi. Nyata sekali tiada sesiapa di dalam bilik persendirian yang menempatkannya di hospital itu. Alhamdulillah, auratnya terjaga. Ketika tidur, tentulah dia tidak memakai tudungnya. Di arah kanan katil, terdapat pasu kecil yang berisi jambangan bunga terletak di atas almari tepi itu. Berkerut dahi Ema. Sebelum ini, jambangan bunga dalam pasu itu tiada di situ.
Perlahan-lahan Ema bangun dari pembaringannya. Selepas menerima kunjungan daripada ketua unitnya tadi, bersolat zohor dan makan ubat. Beberapa minit kemudian, dia berasa mengantuk lalu tidur. Jam di dinding dipandang seketika sebelum jambangan bunga tadi dipandangnya semula. Jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang dan jambangan bunga di meja tepi katil pesakitnya itu bukan jambangan biasa. Ianya jambangan bunga coklat Kisses.
Berkerut dahi Ema. Tangannya mencapai pasu kecil itu. Dengan coklat-coklat Kisses yang menjadi bunga, sayang pula rasanya hendak makan.  Ema tersenyum sendiri. Dia mencari-cari jikalau terdapat kad yang disediakan bersama pasu bunga kecil ini tetapi tidak dijumpainya. Siapa pula yang memberinya bunga coklat Kisses ini?
Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka daripada luar. Ema panik seketika kerana dia tidak bertudung. Namun, melihat jururawat yang masuk itu, Ema menghela nafas lega.
“Kak Naomi, terkejut saya,” marah Ema manja.
“Lah... Akak minta maaf. Akak ingat Ema tengah tidur lagi.”
Ema sengih.
“Dapat bunga coklat nampaknya Ema hari ni,” komen Kak Naomi apabila melihat pasu bunga kecil di riba Ema itu.
“Haa... Akak tahu siapa yang beri bunga ni?” soal Ema. Jari-jemarinya bermain-main dengan ‘kuntum’ bunga coklat di ribanya itu.
Namun, Kak Naomi menggeleng. Berkerut dahi Ema. Kalau Kak Naomi tidak tahu, siapa yang masuk dan letakkan pasu jambangan bunga ini di dalam biliknya?
“Yang akak tahu, Tengku beri sesuatu pada akak untuk diberikan pada awak tadi. Akak letak dalam laci tepi tu semasa awak tidur tadi,” ujar Kak Naomi.
Kerutan di dahi Ema bertambah.
“Maksud akak, Tengku Fateh?”
Dilihatnya, Kak Naomi mengangguk. Wanita itu bergerak membuka laci dan mengeluarkan satu beg kertas sebelum dihulurkan kepadanya. Ema meletakkan pasu bunga kecil di tempat asal sebelum menyambut beg kertas daripada Kak Naomi itu. Dibiarkan Kak Naomi menjalankan tugasnya.
Ema menarik keluar kotak yang terdapat dalam beg kertas tersebut. Bulat matanya apabila melihat kotak bergambar telefon Sony Ericson. Teragak-agak Ema membuka kotak tersebut. Terkebil- kebil dia memandang telefon touchscreen yang disedia di dalam kotak tersebut. Fateh memberikannya telefon?
Ring! Ring! Ring!
Terkejut Ema. Telefon tersebut berbunyi. Aik...
“Tunggu apa, Ema? Angkatlah telefon tu,” ucap Kak Naomi yang memandangnya.
Ema terkaku seketika sebelum mencapai dan menyentuh skrin telefon untuk menyambut panggilan. Dia berdehem-dehem beberapa kali.
“Assalamualaikum, Ema ke?”
Mendengar suara di hujung talian, Ema sudah tahu siapa gerangan insane tersebut.
“Ya, saya,” jawabnya pendek.
“Haa... baguslah. Awak sudah jumpa telefon ni. Jadi, lepas ni awak boleh guna telefon ini.”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Telefon awak dulu musnah di Darwish. Saya hadiahkan awak Sony ini. Awak boleh guna untuk telefon mak dan adik-adik awak. Saya rasa mereka pun sudah rindukan awak.”
Ema menjulingkan matanya sendirian. Pandai sahaja Fateh menggunakan nama familinya supaya dia menerima hadiah tersebut.
“Tapi telefon ni mahal, Fateh,” bantah Ema. Sesungguhnya, dia tidak mahu menerima lebih banyak budi daripada lelaki itu.
Originally, saya hendak beri awak iPhone 5S tapi saya tahu awak tak akan terima. Jadi, saya belikan awak yang ini dan nombor baru ini. Fullstop. Okey. Saya ada mesyuarat. Kita sambung lain kali ya. Assalamualaikum.”
Tup. Talian diputuskan tanpa sempat dia membalas salam yang diberikan.
“Dah tahu ada mesyuarat, buat apa telefon aku?” Ema menggeleng sendiri dengan gelagat Fateh itu. Sony atau iPhone? Dua-dua telefon jenis mahal. Kalau boleh, dua-dua jenis pun dia tidak mahu terima. Dia perlu bertemu empat mata dengan lelaki itu untuk memulangkan telefon ini.


We need to talk.

                Satu mesej dihantar kepada nombor yang menelefonnya tadi. Sudah tentulah nombor Tengku Fateh Abqari.

Okey. Saya akan jumpa awak esok. Meanwhile, awak boleh configure the phone for your usage.


                Terjungkit kening Ema.
“Aik, kata ada mensyuarat?” soalnya dengan suara kecil sendirian.  Namun, jari-jemarinya tetap membalas mesej  Fateh itu.


Fateh, saya tak boleh terima telefon ini.
Saya tak nak tahu pasal itu. Guna. Saya haramkan awak pulangkan kepada saya.


Amboi. Suka hati awak sahaja hendak guna hukum halal haram.
Originally, it’s mine. Saya berhak tentukan kepada siapa saya hendak beri telefon ini dan saya tak mahu awak beri telefon ini pada orang lain. Saya sudah daftarkan nombor ini atas nama awak.


Ish... Susah hendak bercakap dengan anak raja ni.
Haha... Now you know.


Fine.

“Ema, akak keluar dulu.”
Ema mengangkat wajah. Lupa pula dia Kak Naomi masih berada dalam biliknya. Senyuman diukir.
“Okey, kak. Terima kasih ya.”
Selepas jururawat itu keluar, Ema meletakkan ‘telefon baru’nya di sebelah pasu kecil di sebelah kanannya itu. Siapa yang menghantar bunga coklat itu kepadanya masih lagi misteri. Namun, sekarang ini dia perlu segera menunaikan solat Asar terlebih dahulu. Hal-hal lain, dia boleh fikir kemudian.

Okey tak? Ke tak puas hati lagi? hihi....

Siapakah yang bagi bunga itu???

4 komen:

nurul berkata...

Sukaaaa, thanks kak...saya anggap nie birthday gift...hehehehe...terubat rindu kat fateh n ema...senyum je baca...

nurul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

best sgt!!! 5s???!!! hahahah sweet sgt bunga tuuuu .. -_^ ^_^

ada berkata...

best..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©