COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 13 Mac 2015

Takdir Cinta -33-

Healing Garden. Hospital.
Seminggu dia tidak bertemu dengan Fateh, semenjak dia dimasukkan ke hospital di Zamora itu. Pemuda itu tidak memberitahunya apa-apa ketika kali terakhir mereka bertemu dan dia juga tidak pula bertanya apa-apa. Siapa dia untuk menyoal gerak geri lelaki itu? Mereka hanya kawan sahaja. Lagipun, Ema pasti, sebagai seorang ahli kerabat diraja, Fateh masih mempunyai banyak urusan lain.

                Siaran televisyen yang dipasang itu tidak menarik perhatiannya. Ema mencapai remote controller dan menutup siaran televisyen tersebut. Dia berusaha turun daripada katil pesakitnya itu secara perlahan-lahan. Dia mahu keluar daripada bilik itu dan bersiar-siar di kawasan hospital ini. Dia ingin mengambil udara segar. Bosan apabila terperap di dalam biliknya sahaja. Apatah lagi, dia sudah mampu bergerak ke sana sini. Luka-lukanya sudah semakin sembuh, Alhamdulillah.

                “Hah, Ema. Hendak ke mana tu?” Tegur seorang jururawat yang berselisih dengannya.

                Ema senyum kepada Kak Naomi. Kak Naomi ini adalah jururawat yang bertanggungjawab terhadap dirinya sebagai pesakit di situ. Wanita inilah yang membersihkan luka-luka di badannya dan membalut luka-lukanya kembali.

                “Kak, saya hendak ke taman sekejap. Bosanlah duduk dalam bilik sahaja,” rengek Ema. Dia berdiri sambil tangannya menahan dinding.

                “Iyalah tapi ingat, jangan buat aktiviti lain pula di taman tu. Luka-luka awak tu baru hendak sembuh, Ema. Awak tak boleh banyak sangat bergerak,” ucap Kak Naomi yang beruniform hijau itu.

                “Baiklah, Kak Naomi. Saya hendak ambil udara segar sahaja.”

                “Bagus juga itu. Nak akak pimpin awak ke sanakah?”

                Ema menggeleng. Dia tidak mahu menyusahakn wanita tersebut. Lagipun, dia masih larat berjalan sendirian.         

“Tak apalah akak. Akak tentu masih banyak kerja lain. Saya boleh jalan perlahan-lahan ni.”

“Okeylah. Akak pergi dulu ya. Awak hati-hati berjalan itu.”

Ema mengangguk sahaja dan memandang wanita itu berlalu. Setelah itu, dia meneruskan perjalanannya ke taman hospital. Taman terbuka di hospital itu terletak tengah-tengah kawasan hospital. Ada juga taman di atas bumbung hospital, namun ianya lebih jauh daripada taman yang ingin ditujunya ini. Apabila berselisih dengan warga-warga hospital itu, Ema menyuakan senyuman. Dengan pakaian pesakit yang tersarung di badannya itu, semua orang pasti sedar bahawa dia adalah seorang pesakit.

Apabila tiba di ruangan taman terbuka itu, Ema memilih kerusi yang sedang disinari mentari pagi. Terasa tenang dan segar dengan mentari yang menyinari wajahnya. Senyuman terukir di bibirnya apabila dia dapat menghirup udara yang begitu segar di taman yang kehijauan itu. Terdapat beberapa orang pesakit dan juga pelawat sedang duduk serta bersembang di kawasan tersebut.

“Ema?”

Ema terkaku. Dia kenal pemilik suara tersebut. Suara itu membuatkan dia tidak mahu berpaling memandang si pemanggil. Namun, apakan daya, dia tidak mahu digelar sombong ataupun biadap. Ema menoleh ke kirinya. Pemuda yang sedang berdiri itu mula mengambil tempat di kerusi sebelah kirinya itu.

It is you. Apa yang terjadi, Ema? Kenapa awak luka-luka begini?”

Ema dapat melihat mata pemuda itu memandang balutan luka di tangan dan kakinya. Luka di pipinya pula sudah hampir sembuh sepenuhnya tanpa perlu dibalut, namun masih terdapat parut akibat luka tersebut.

Ema dapat melihat kerutan di dahi pemuda itu apabila memandang parut tersebut. Dia segan. Dia tidak mampu menyembunyikan parut tersebut tetapi dia juga tidak malu kerana dia menganggap parut tersebut adalah salah satu tanda dia berkhidmat untuk negaranya ini.

“Kemalangan sedikit. Awak buat apa di sini, Hijazi?”

Melihat kepada pakaian lelaki itu, tentulah Hijazi bukan pesakit. Lelaki itu mungkin datang untuk melawat seseorang di hospital ini.

“Sepupu saya admitted di sini.” Ringkas jawapan Hijazi.

Ema hanya mengangguk, tidak pula bertanya lebih. Dia kembali berpaling ke arah hadapan, memandang pokok-pokok yang hijau. Dia perasan lelaki di kerusi sebelahnya itu masih belum berganjak.

“Lama kita tak jumpa. Kali terakhir adalah semasa majlis reunion tempoh hari. Tak sangka saya akan jumpa awak dalam keadaan begini. Awak nampak seperti kemalangan teruk, Ema.”

                Mengingatkan majis pertemuan sekolah mereka yang berjalan beberapa bulan yang lalu, membuatkan dia terasa ingin mengerenyet. Apabila difikirkan semula, Ema berasa perasaannya bertemu dengan Hijazi di majlis pertemuan itu dan pada ketika ini sangat lain. Mungkinkah kerana di majlis pertemuan itu, dia pertama kali melihat Hijazi setelah beberapa tahun, sehinggakan dia menyangka bahawa dirinya masih mempunyai perasaan istimewa terhadap lelaki itu?

                ‘Jadi, bagaimana perasaan aku pada dia sekarang?’ detik hati Ema. Dia mengerling sekilas lelaki di tepinya itu. Kehadiran pemuda itu tidak membuatkan dia gembira, malah hatinya menolak kehadiran Hijazi di situ. Dia berasa malas hendak berbual-bual dengan pemuda itu. Mungkin hatinya masih sakit dan tidak mahu menerima lelaki itu sebagai kawannya.

“Ema.” Tiba-tiba ada suara lain yang memanggilnya.

Ema mengangkat wajah. Di sisi Hijazi, seorang lagi insan muncul. Bibirnya ingin mengukir senyuman apabila melihat insan tersebut, namun ditahan agar wajahnya nampak neutral.

“Awak buat apa di sini? Bukankah doktor cakap awak perlu berehat?” soal insan bernama Fateh itu, membuatkan Ema ingin menjulingkan matanya.

Setelah seminggu tidak bersua muka, perkara pertama yang dibuat oleh Fateh

adalah menghalangnya ke sini? Hijazi pun belum ditegur pemuda itu.

“Saya bosanlah duduk dalam bilik sahaja.” jawab Ema selamba.

It's okay, Fateh. Aku ada untuk tengok-tengokkan dia.” Hijazi menyampuk pula,

selambanya, membuatkan Fateh menoleh kepada Hijazi pula.

“Eh, kau rupanya. Sudah lama sampai?” Fateh menyapa Hijazi.

Ema menyembunyikan senyumannya lagi. Fateh nampaknya seperti hendak menyakitkan hati Hijazi dengan berpura-pura tidak menyedari kehadiran Hijazi di situ.

                “Tak lama sangat pun. Sempatlah temankan Ema berbual-bual. Kau dari tempat kerja?”

                Soalan Hijazi kepada Fateh itu membuatkan Ema perasan bahawa Fateh masih lagi beruniform kerja. Patutlah orang yang lalu lalang asyik tertoleh ke arah mereka bertiga, mungkin tertanya-tanya gelaran lelaki yang kacak beruniform seperti seorang pemandu kapal terbang itu.

                “Ya. Baru balik daripada Korea. Ingat hendak jenguk orang sakit dalam biliknya, tapi nampaknya sudah tak sakit.”

                Ema memandang Fateh yang mengerling ke arahnya ketika menjawab soalan Hijazi.

‘Hendak sindir akulah tu,’ marah Ema dalam hatinya, sambil menjeling Fateh.

Fateh berkalih memandangnya pula.

“Sayang, awak ada pemeriksaan doktor sekejap lagikan? Jom masuk?”

Mata Ema membesar. Bukan kerana ajakan Fateh, tetapi kerana gelaran yang digunakan oleh lelaki itu. ‘Sayang???’

Fateh memberikan senyuman nipis dan memandang matanya terus, seakan memberi amaran agar tidak membantah kata-kata yang diungkapkan. Ema diam seketika sebelum bangun berdiri perlahan-lahan. Hijazi turut bangun berdiri, namun tidak menyentuhnya.

“Saya pergi dulu,” ujar Ema kepada Hijazi sebelum berlalu perlahan-lahan ke arah pintu masuk. Fateh bersalam dan berpamitan dengan Hijazi sebelum mengikutnya masuk ke dalam bangunan hospital.

“Awak ni, kenapa? Bersayang-sayang segala,” tegur Ema apabila mereka sudah jauh daripada kawasan taman itu.

“Saya tak suka awak duduk dengan Hijazi.”

Ema ingin tergelak. Ohhh... Ini satu penemuan baru. Tengku Fateh Abqari ini tidak suka dia duduk dengan Hijazi. Walaupun dia sendiri tidak suka akan kehadiran Hijazi, namun dia tidak nampak kesalahan di situ.

“Jadi? Kalau awak tak suka, saya pun patut tak suka?”  balasnya dengan nada sarkastik.

Fateh berpeluk tubuh.

“Dia hendak tengok-tengokkan awak? Buat apa? Tengok diri sendiri sudah.” Fateh langsung tidak menjawab soalannya, tetapi masih lagi tidak berpuas hati dengan kehadiran Hijazi bersamanya tadi.

“Yang awak tadi tu, macam mana boleh tak perasan yang dia ada di sebelah saya?” tanya Ema, inginkan kepastian.

“Perasan. Saja hendak sakitkan hati dia.”

Ema tersengih. Betul tekaannya. Dia menggeleng sendiri.

“Tak baik sakitkan hati orang. Tak baik juga kalau kita tak bercakap benar,” komen Ema mengenai panggilan saying Fateh kepadanya tadi. Tadi, hatinya tiba-tiba berbunga namun fikirannya tegah melarang. Fateh mungkin memanggilnya begitu kerana ingin menyakitkan hati Hijazi sahaja.

“Mana ada saya berbohong. Memang sekejap lagi doktor akan masuk periksa awakkan?” balas Fateh.

Ema menghela nafas. Hendak cakap lelaki itu tak faham, dia percaya Fateh adalah seorang yang bijak. Biarlah...

“Awak memang baru balik daripada Korea? Kenapa tak balik rumah awak, berehat dahulu?” Ema menukar topik.

“Saya kerja beberapa hari ni, ganti hari-hari yang saya cuti semasa di Darwish tu. Hari ni baru habis ganti, cuti dua hari. Saya datang ke sini dahulu, hendak pastikan keadaan awak.” Tulus bunyinya penjelasan Fateh itu.

“Sepatutnya awak biarkan saya sendiri sahaja di Darwish tu. Jadi, awak tak perlulah ganti-ganti kerja awak macam ini,” ucap Ema. Kesian pula rasanya apabila Fateh terpaksa pula bersusah-susah kerana ingin membantu dirinya.

“Dah lepas, Ema. Saya buat apa yang saya rasa saya perlu buat. No big deal.” Fateh menjungkitkan bahunya, tanda betul-betul tidak rasa terbeban dengan apa yang dilakukannya.

Ema memandang Fateh yang sabar melangkah perlahan bersamanya.

“Terima kasih,” ucap Ema ikhlas. Walaupun dia rasa dia boleh sahaja menghadapi masalahnya, dia tetap menghargai setiap bantuan yang dihulurkan oleh lelaki itu.

“Sama-sama.”
haiiii... Fateh pun dah ber'sayang-sayang' ni.... :p

macam mana? puassssss hati tak? hihihi...

*menggerenyet, BI-nya adalah wince/cringe.

6 komen:

nurul berkata...

Puas...senyum sorang2...suka fateh jeles..hihjbj

nurul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
eifa Arey berkata...

Boleh laa. Hehehe.
Fateh dah pandai jeles eh!

Tanpa Nama berkata...

bestt!!! tambah la lagiiiii :D

ada berkata...

Best...

Yangjue berkata...

hhaha...snyum sorg2 baca...arrr...nice story...keep it up sis...gambate....waiting for more...hehehe

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©