COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 6 Januari 2015

Takdir Cinta (E&F) -28-

Fateh memandang tubuh Ema yang terbujur di atas katil hospital itu. Dia masuk melihat kedaaan Ema selepas meminta seorang jururawat perempuan untuk menutup aurat gadis itu. Pipi wanita tersebut tertampal satu balutan luka. Begitu juga jari-jari tangan dan kaki Ema. Fateh bersyukur gadis ini tidak mengalami kelecuran yang teruk.
Dia bergerak ke hospital ini selepas bertemu dengan Danish di istana utama. Terbayang sekali lagi di mindanya perbualan antara dirinya dan juga Danish.
               
“Cepat engkau sampai ke sini,” komen Danish sebaik sahaja dia melabuhkan diri bertantangan pemuda itu di sofa pejabat kerja Danish.
                “Aku terus ke sini selepas maklumkan kepada famili Ema bahawa Ema selamat,” balas Fateh.
                “Kau beritahu mereka bahawa Ema terlibat dalam kebakaran?”
                Fateh menggeleng, “Aku cuma cakap bahawa Ema sudah ditemui. Aku tak mahu mereka bimbang dan fikir bukan-bukan sebelum aku tengok sendiri keadaan Ema.”
                Danish mengangguk faham.
                “Mengikut apa yang dilaporkan kepada aku, Ema dikurung oleh sekumpulan pemberontak di dalam sebuah stor berhampiran sebuah rumah yang terletak di dalam hutan. Semasa pasukan kami tiba di lokasi, suspek-suspek sudah hilang tetapi mereka membakar stor yang menempatkan Ema. Alhamdulillah, pasukan elit kami berjaya menyelamatkan Ema semasa api sedang marak.”
                Fateh diam. Rumah di dalam hutan? Adakah itu rumah yang sama dengan rumah yang diintip Ema lebih dua minggu yang lalu?
                “Persoalan aku kepada kau, Fateh. Kau tahu apakah sebenarnya kerja Ema? Mengapa dia boleh terlibat dengan kumpulan pemberontak yang kami sedang berusaha jejaki ini?”
                Fateh tidak menjawab. Ema yang dikenalinya adalah bekas rakan sekolahnya dahulu. Kemudian, gadis itu dikenali sebagai pembantu rumahnya. Daripada situ, dia mengetahui bahawa Ema sentiasa bertukar-tukar kerja. Ketika itu, dia tidak hairan kerana bukan semua orang di dunia ini bernasib baik. Ema mungkin salah seorang yang ditakdirkan Allah supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk terus hidup.
                “Fateh, Ema masuk ke negara ini dengan passport pelancong. Namun, dia menginap di sebuah hotel atas nama samaran, bukan nama sebenarnya. Kumpulan pemberontak yang kami jejaki ini bukan calang-calang kumpulan. Mereka adalah kumpulan pemberontak yang beroperasi di peringkat antarabangsa, musuh kepada semua negara-negara yang ada institusi beraja di seluruh dunia.
Dan Ema yang terlibat dengan kumpulan ini, menimbulkan satu persoalan besar. Siapa gadis yang bernama Syaimah Nasuha ini sebenarnya?”
Fateh masih diam. Dia tiada jawapan yang boleh memuaskan hati kawannya itu.
“Kau pernah siasat latar belakang Ema?” tanya Danish.
Fateh menggeleng. Sebagai seorang kawan, dia berasa tidak patut untuk menyiasat latar belakang gadis itu tanpa kebenaran. Ianya seperti menceroboh privasi gadis tersebut.
Ketika itu, Danish menghulurkan sebuah fail kepadanya. Fateh menyambut namun tidak terus membuka fail tersebut.
“Itu fail latar belakang Ema. Have a read.”

                Siapa awak, Ema? Bisik hatinya, sambil memandang wajah Ema.
Fail yang diberikan Danish kepadanya masih belum dibuka. Adakah mustahil untuk dia mengenali seorang Syaimah Nasuha tanpa membaca fail siasatan peribadi gadis itu? Fateh teringatkan kakanda iparnya yang turut mempunyai fail berkenaan dengan Ema. Kata wanita yang bakal menjadi Wanita Pertama Zamora itu, fail tersebut adalah sulit.
Dia mula mengenali Ema semenjak Majlis Perjumpaan Semula Pelajar-pelajar Tingkatan Lima 2002/2003 Sekolah Elit Xelline dahulu. Di situ, dia terdengar perbualan antara Hijazi dan Ema di kawasan tandas hotel, yang membuatkan dia beranggapan bahawa mereka berdua adalah bekas kekasih. Selepas itu, dia terkejut apabila dia bertemu dengan Ema di rumah empernya sendiri. Rupanya Ema bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa di rumah empernya.
Kemudian, gadis itu bertukar kerja lagi. Daripada situ, dia sudah tidak pasti apa kerja Ema. Yang pasti, dia selalu sahaja terserempak dengan Ema ataupun adik-adik gadis itu, sehinggakan dia boleh sahaja ingin pergi melawat keluarga Ema di kampung bila-bila masa yang dia mahu kerana keluarga Ema sudah selesa dengan kehadirannya.
Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terbuka dan muncul seorang doktor lelaki. Fateh bersalaman dengan lelaki tersebut dan membiarkannya memeriksa keadaan Ema. Beberapa minit kemudian, doktor lelaki itu berpaling kepadanya.
“Encik ini keluarga Cik Syaimahkah?”
“Saya kawan dia, doktor. Keluarga Syaimah ada di Zamora dan saya mewakili keluarganya di sana untuk datang ke sini menjenguknya. Boleh doktor terangkan keadaannya kepada saya?” pinta Fateh. Keadaan Ema yang diterangkan oleh Danish kepadanya hanya ringkas sahaja. Dia ingin mengetahui keadaan sebenar gadis itu.
“Oh, baiklah. Cik Syaimah telah banyak terhidu asap kebakaran. Namun tidak begitu kritikal. Alhamdulillah, paru-paru Cik Syaimah selamat. Badan Cik Syaimah juga mengalami kelecuran sebanyak tiga puluh peratus yang kebanyakannya adalah pada bahagian badan dan kaki. Ini adalah kelecuran pada tahap kedua[1], encik,” terang doktor itu.
“Bila dia akan sedarkan diri, doktor?” soal Fateh.
“Cik Syaimah dijangka akan sedarkan diri pada hari ini, insyaAllah.”
“Berapa lama dia perlu berada di hospital, doktor? Bolehkah saya hendak pindahkan dia ke negara Zamora?” Fateh pasti, emak Ema mahu menjaga anak perempuannya jika mengetahui Ema tercedera begini.
“Buat masa sekarang, saya mencadangkan Cik Syaimah dirawat di sini dahulu untuk seminggu atau dua minggu. Kami perlu melakukan cucian terhadap lukanya pada setiap hari buat masa ini. Bergantung kepada tahap kesembuhan dan kesihatan Cik Syaimah, dia mungkin sudah boleh dipindahkan ke Zamora selepas seminggu.”
Fateh mengangguk mengerti, “Terima kasih, doktor.”
Selepas doktor tersebut keluar, Fateh mengambil tempat di sisi katil. Memandang wajah Ema yang kelihatan tenang itu, Fateh membuat keputusan untuk mengetepikan terlebih dahulu hal identity Ema. Jika Danish inginkan maklumat lebih lanjut, pamuda itu boleh mengusahakannya sendiri. Namun, bagi dirinya sekarang, kesihatan Ema lebih penting. Dia juga tidak mahu keluarga Ema keresahan kerana bimbangkan keselamatan gadis tersebut.

Majid yang sedang membuat kerja sekolah itu terkejut seketika apabila telefon rumah berbunyi. Dengan perasaan malas, dia bangun dan menjawab panggilan tersebut. Salam tetap dihulur terlebih dahulu.
                “Abang!” Hatinya tiba-tiba berdebar apabila suara Fateh kedengaran menjawab salam yang diberi.
                “Emak ada, Majid?”
                Majid menggeleng, “Emak keluar pergi rumah jiran. Majid sahaja yang ada di rumah sekarang. Abang di mana? Kak Ema macam mana, abang?”
                “Abang sudah jumpa Kak Ema. InsyaAllah, dia selamat. Majid tolong beritahu emak ya.”
                Majid menarik nafas lega. “Alhamdulillah. Nanti Majid bagitahu emak. Bila abang dan kakak boleh balik ke sini?”
                “Mungkin dalam seminggu dua lagi. Abang ada masalah sedikit di sini. Majid jangan risau, Kak Ema selamat, insyaAllah.”
                Majid diam. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu. ‘Jikalau Kak Ema selamat, mengapa mereka perlu mengambil masa hampir dua minggu untuk kembali ke Zamora?’ Namun, dia tidak mahu mendesak lelaki itu. Dia dan keluarga amat percayakan lelaki tersebut.



[1] Sumber: Arkib Utusan Online, 07/04/2002, Kesihatan – Merawat Mangsa Kebakaran, Oleh Najibah Hassan.

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

Good job writer!
Tapi ada typo error - jalang-jalang, saya rasa calang-calang

eija berkata...

nsb ema selamat..

Tanpa Nama berkata...

ye...selamat...

Unknown berkata...

BESTT !! .. Rajin-rajinlah tambah cepat-cepat heheheh .^_^

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©