Ema terkebil-kebil memandangnya. Dia pula dengan tenang duduk bersandar pada kerusi serta berpeluk tubuh merenung gadis itu. Masing-masing diam tidak bersuara. Gadis itu mula sedarkan diri hampir setengah jam yang lalu. Ketika itu, dia berada di dalam bilik tersebut. Pantas butang di kepala katil pesakit ditekan untuk memanggil perhatian doktor dan jururawat. Selepas itu, dia keluar menunggu di luar sementara doktor memeriksa gadis itu.
Apabila doktor yang memeriksa keluar daripada bilik Ema, doktor tersebut memaklumkan bahawa Ema tidak boleh bergerak terlalu banyak disebabkan oleh luka-luka yang dialaminya. Doktor tersebut tetap mencadangkan bahawa Ema dipindahkan setelah seminggu rawatan di sini. Fateh hanya mampu bersetuju sahaja.
Apabila dia memasuki bilik Ema, bulat mata gadis itu memandangnya. Nyata Ema terperanjat melihat kehadirannya di situ. Gadis itu mungkin tidak perasan akan dirinya ketika mula sedarkan diri tadi. Lalu, dia mengambil tempat duduk di sisi katil diiringi oleh pandangan mata Ema.
“Awak buat apa kat sini?”
Terangkat kening Fateh, mendengar soalan pertama gadis tersebut. Tak mungkin Ema lupa bahawa dia sudah terputus hubungan dengan orang lain sudah hampir dua minggu lebih?
“Jenguk awak,” jawab Fateh pendek.
Gadis itu mengangguk, berpaling daripadanya seketika sebelum kembali memandangnya, “Mana awak tahu saya berada di sini?”
Fateh menggelengkan kepalanya sendiri. Ema menyoalnya seakan-akan dirinya tidak melakukan apa-apa yang pelik dan misteri sehingga menyebabkan dia berada dalam keadaan sebegini.
“Ema, perkara pertama yang awak patut tanya saya adalah ‘macam mana awak boleh terselamat’ atau ‘siapa yang menyelamatkan awak’. Bukan begitu?” soal Fateh kembali tanpa menjawab soalan Ema.
Fateh masih merenung Ema. Gadis itu mengangkat tangan sebelum menyentuh pipinya sendiri yang berbalut. Fateh pasti, Ema tahu bahawa balutan itu adalah disebabkan oleh kecederaan kebakaran yang dialaminya.
“Siapa yang selamatkan saya?” soal gadis itu perlahan, sambil menunduk.
“Pasukan polis elit,” balas Fateh pendek dan menunggu soalan Ema seterusnya namun tiada suara yang kedengaran.
“Sekarang ini, awak tahu apa maksudnya, Ema? You are going to be under their Darwish military’s supervision walaupun awak sudah kembali ke Zamora nanti. Awak libatkan diri awak dengan kes jenayah berkelas tinggi, Ema. Bukankah saya sudah cakap pada awak tempoh hari bahawa apa yang awak buat ini bahaya, tapi awak buat juga! Tengoklah sekarang, awak menyebabkan keluarga awak resah dan bimbangkan awak,” ujar Fateh, ingin menasihati gadis itu. Entah masuk ke fikirannya, entah tidak.
“Keluarga saya?” Gadis itu memandangnya.
Fateh menghela nafas panjang. Pelukan tubuhnya dirungkaikan, “Ema, awak hilang selama dua minggu tanpa menghubungi mereka. Emak mana yang tidak bimbang? Keluarga mana yang tidak panik?”
Dia merenung wajah Ema. Dahi Ema mula berkerut. Raut wajah gadis itu mula kelihatan seperti sedang kesakitan. Gadis itu mungkin mula sakit kepala. Fateh menenangkan dirinya. Dia tidak mahu mendesak dan memarahi Ema sedangkan gadis itu baru sahaja sedarkan diri.
“Awak perlukan rehat. Tak perlu fikirkan perkara lain. Hal keluarga awak, jangan risau. Saya akan uruskan,” arah Fateh.
Dilihatnya gadis itu mengangguk dan mula membaringkan badannya. Fateh bangun dan bergerak keluar daripada bilik tersebut. Alhamdulillah, Ema sudah sedarkan diri. Sekarang, dia perlu menguruskan hal perpindahan Ema ke Zamora pada minggu depan pula. Lagipun, si Danish tentu juga masih ingin berbicara dengannya tentang Ema.
Iman menongkat dagu, memandang wajah lelaki yang sedang menyuapkan makanan di hadapannya. Makan malam berdua di meja bulat kecil di kediaman mereka itu membuatkan kedudukan mereka sangat dekat. Iman senyum. Hatinya bahagia.
“Dear, what are you doing?”
Soalan pemuda itu membuatkan senyumannya semakin lebar.
“Tak ada apa-apa,” balasnya selamba.
Si suami mengangkat wajah, merenung mata isterinya. Tangannya yang tadi hendak menyuap makanan, dihentikan.
“Sudah kenyang?”
Iman menggeleng, “Belum.”
“Makan, dear. Tengok saya makan, perut awak bukannya boleh kenyang.”
“Tapi seronok.”
Danish menggelengkan kepalanya. Makanan di sudunya dihulurkan ke arah mulut isteri tersayang. Terpaksalah dia menyuap, kalau tidak tentu isterinya itu terus sahaja berangan dan merenung dirinya tanpa makan.
“Terima kasih,” ujar si isteri, dengan senyuman di bibir.
“Kasih diterima,” balas Danish dengan kenyitan mata.
Iman ketawa kecil. Sungguh, hatinya bersyukur kepada Tuhan untuk saat-saat indah sebegini. Kadang-kadang jika Danish mempunyai masa, mereka akan makan malam berdua begini di anjung kediaman mereka tanpa gangguan daripada sesiapa pun. Anakanda mereka pula sudah lama dibuai mimpi.
Manalah ada staf istana yang berani mengganggu Putera dan Puteri Mahkota mereka yang inginkan masa bersendirian itu, kecuali ahli-ahli kerabat mereka ataupun sahabat baik. Tiba-tiba Iman teringatkan sahabat baik suaminya. Siapa lagi kalau bukan Fateh.
“Awak,” panggil Iman.
“Yes.”
“Fateh ada di sini, kan?”
Danish hanya mengangguk sebagai jawapan.
“Ema apa khabar sekarang? Saya tak sempat lagi hendak melawat dia,” ujar Iman, terfikirkan keadaan Ema. Suaminya itu memberitahunya bahawa Ema terlibat dengan kemalangan di Darwish ini dan Fateh sudah terbang ke sini untuk melihat gadis itu. Terasa bersalah pula apabila dia masih belum sempat untuk bertemu dengan gadis itu.
“Rasanya Ema sudah sedarkan diri dua tiga hari yang lalu. Dia tak boleh bergerak banyak sangat sebab luka-luka dia,” jawab Danish secara ringkas. Itu yang dilaporkan kepadanya. Dia juga masih belum berkesempatan berhadapan dengan gadis itu.
“Saya hendak melawat dialah esok atau lusa. Boleh?”
“Sure.. Awak nak saya temankan?” soal Danish, menyuapkan lagi makanan kepada isterinya.
Iman menggelengkan kepala sambil mengunyah. Jika mereka berdua pergi bersama ke hospital, tentu akan membuatkan hospital itu gempar. Kehadiran mereka bedua tentu tidak dapat disembunyikan. Kalau dia hanya berseorangan, orang tidak akan terlalu memberikan perhatian.
“Okey. Hati-hati,” ucap Danish.
Iman senyum dan mengangguk. Dia tidak perlu bimbang. Iman sebenarnya sentiasa dijaga oleh beberapa orang pengawal peribadi, tidak kira yang biasa ataupun yang bersembunyi. Itu adalah salah satu langkah jaga-jaga dan keistimewaan seorang kerabat diraja Darwish.
sooo...?
*oh ya. cik haliban akan upload Kotak Bentuk Hati SP#2 kalau cik haliban dah habis edit cerita Kerana Hati Bicara (Iwana Ulwan) untuk penerbitan.*
*oh ya. cik haliban akan upload Kotak Bentuk Hati SP#2 kalau cik haliban dah habis edit cerita Kerana Hati Bicara (Iwana Ulwan) untuk penerbitan.*
4 komen:
Bestt, x sabar nak tggu next... special kbh pun x sabar..fighting..
Bessttt Sgt.. Rajin2 LA tambah yerrrr ^______^ :D
Best sgt2...nk lg sis heheheh
Best... Sambung ....x sabar ni...
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D