COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 11 Disember 2014

Takdir Cinta (E & F) -25-


Ema melipat akhbar yang dibacanya pagi itu. Sambil-sambil membaca akhbar tersebut, dia juga memerhati sekeliling kafe yang didudukinya itu. Hasilnya, dia mengesan dua orang yang mencurigakan sedang berada di luar kafe tersebut. Namun, Ema hanya berpura-pura tidak mengetahui kehadiran biasa.
Mindanya mempunyai pelbagai persoalan, terutamanya adakah dua orang tersebut sedang mengintip dirinya? Jika benar dia adalah sasaran, dia memerlukan strategi untuk menghilangkan diri daripada dua orang tersebut. Berada di Darwish seorang diri, dia tidak dapat memanggil pasukan sandaran ataupun ‘backup’. Dia perlu lebih berhati-hati selepas ini.
Ema bangun daripada duduknya. Bersarapan pagi dan membaca akhbar di kafe itu amatlah selesa namun dia harus pergi juga. Dengan lagak biasa, Ema berjalan keluar. Langkah kakinya tidak mempunyai tujuan. Dia perlu mendapatkan kepastian. Jika benar dia adalah target, dua orang yang mencurigakan itu tentu akan mengikutinya.
Beberapa blok bangunan sudah dilaluinya. Ema berhenti di hadapan sebuah kedai jam tangan dan berpura-pura melihat jam-jam yang sedang dipamerkan. Hujung matanya dapat menangkap kelibat dua orang yang memang sah mengekorinya. Ema kembali berjalan seperti biasa. Tiba di satu lorong antara dua blok bangunan, Ema membelok. Badannya disandarkan. Matanya menanti dua tubuh orang yang mengekorinya itu melepasi lorong tersebut.
Walau bagaimanapun, setelah menunggu beberapa minit, kelibat-kelibat yang dinanti oleh Ema tidak berjalan melepasi lorong tersebut. Hati Ema mula tertanya-tanya. Perlahan-lahan, dia menjengahkan kepalanya. Matanya liar mencari suspek, namun mereka langsung tidak kelihatan di kawasan tersebut. Mindanya mencari-cari kemungkinan yang sedang berlaku.
Walau apa pun, kemungkinan yang difikirkannya tidak boleh menjangkau apa yang telah ditakdirkan untuk berlaku. Satu cucukan tiba-tiba di rasai di kulit pinggangnya. Ema terkaku. Nafasnya tertahan ketika itu. Cucukan tersebut bukanlah daripada kayu mahupun jari.
“Jangan menjerit.”

Mazurah mengangkat wajah daripada menghadap buku teks mata pelajaran Sejarah. Dia memandang emaknya yang mundar mandir di ruang tamu itu sejak beberapa minit yang lalu. Dia memandang dua adik lelakinya yang sedang berada di hadapan televisyen. Mereka berdua juga sedang memandang emak dengan perasaan hairan. Mazurah mengalih badannya agar bertentangan dengan emaknya.
                “Mak, kenapa ni?” soal Mazurah pendek. Sebenarnya, dia tidak pernah melihat emaknya berkelakuan begini. Emak tidak pernah menunjukkan rasa resah di hadapan mereka selama ini. Namun mala mini, dia dan adik-adiknya dapat melihat riak wajah emak yang tidak tentu arah.
“Tak ada apa-apalah. Jangan hiraukan mak. Sambunglah membaca tu,” jawab emaknya.
                Mazurah menggelengkan kepalanya, “Mana boleh tak ada apa-apa, mak. Mak nampak macam risaukan sesuatu. Kenapa, mak? Ada apa-apa yang berlaku ke?”      
                Emak berhenti mundar-mandir. 
                “Kenapa, mak? Mak nampak risau sangat ni,” sampuk Syafik pula. Majid yang berada di sebelah abangnya itu mengangguk sahaja.
                “Mak tak tahulah. Sejak petang tadi, mak rasa macam tak sedap hati tapi mak tak tahu kenapa. Sampai sekarang mak masih rasa macam ni,” jelas emak.
                Mazurah diam. Dia berpandangan dengan adik-adiknya.
                “Majid, cuba telefon Kak Ema,”ujar emak seketika kemudian.
Majid menjungkitkan bahu kepadanya sebelum bangun mencapai telefon rumah. Nombor telefon kakaknya ditekan. Seketika kemudian, telinganya mendengar bunyi talian yang berterusan, menandakan panggilannya tidak disambung kepada nombor yang didail.
                “Mak, panggilan tak disambung.” ucap Majid.
                Mazurah memandang emak. “Mak, selalunya Kak Ema yang telefon kita. Diakan cakap dia akan tutup telefon dia semasa dia bekerja. Kan kerja dia tak tentu masa. Emak jangan risaulah. Kak Emakan telefon kita seminggu sekali. Ini baru lima hari.”
                Kata-kata Mazurah membuatkan emak mereka itu berhenti mundar-mandir dan menghela nafas panjang. “Iyalah. Emak hendak ambil wuduk dan baca Quran sekejap.”
                Mazurah mengangguk, memandang emaknya yang menghilang di sebalik dapur. Itu adalah langkah terbaik untuk menenangkan hati, membaca kitab suci Allah SWT.

Dari kediamannya di dalam istana utama itu, Fateh menyusun langkah menuju ke bangunan utama. Dia ingin bertemu dengan kakandanya, Tengku Iman Hakimi, berbincang mengenai hal yang diceritakan oleh Danish kepadanya seminggu yang lalu. Hari ini baru dia mempunyai kesempatan untuk masuk istana dan melawat ahli-ahli keluarga kerabatnya.
                Ketika menghampiri pintu bilik pejabat kakandanya, tiba-tiba, dia melihat kakanda iparnya merangkap kakakanda angkatnya keluar dengan langkah yang laju. Apa yang menimbulkan kehairanannya adalah dia dapat melihat kakanda iparnya itu mengalirkan air mata.
                “Angah,” panggil Fateh apabila wanita itu menghampirinya. Namun wanita itu seperti tidak menghiraukannya, malah terus berlalu daripada situ. Untuk seketika, Fateh terkaku di situ. Dia memandang kakanda iparnya sebelum berkalih pada pintu bilik pejabat kakandanya beberapa kali.  Kemudiannya, dia meneruskan langkah menuju ke pejabat kakandanya. Namun, belum sempat dia mengetuk, pintu bilik pejabat tersebut terbuka dan terjengul wajah kakandanya.
                “Hah, Along. Kenapa Angah menangis tadi?” terus sahaja Fateh menyoal. Wajah kakandanya itu pula dilihatnya seperti keresahan.
                “Ya Allah... Angah tu salah faham dengan Along. Ateh ada apa-apa hal pentingkah hendak jumpa Along?”
                Fateh menggeleng. Pada fikirannya, kepentingan Along pada ketika ini adalah Angah. “It’s okay. Ateh boleh tunggu. Ateh rasa lebih baik Along cari Angah sekarang.”
                Alongnya mengangguk dan berlalu daripada situ. Fateh memandang sambil menggeleng. Masalah rumahtangga Along dan Angahnya, dia tidak mahu masuk campur. Lagipun, Along dan Angah adalah antara insan-insan yang paling bertimbang rasa dalam hidupnya. Dia pasti mereka berdua dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik.
                Fateh memasuki pejabat kakandanya, menjangka untuk berhadapan dengan pembantu peribadi lelaki kakandanya. Namun, dia terkaku memandang seorang gadis yang berada di dalam bilik tersebut. Mengikut uniform yang dipakai oleh gadis itu, dia pasti gadis itu adalah staf istana.
                “Tengku.”
                Dia ditegur oleh gadis itu. Fateh melangkah dan duduk di sofa, masih memandang gadis yang sedang berdiri berhampiran meja kerja kakandanya. Mindanya menghubungkan kejadian Angahnya manangis, Along yang berkata bahawa ada salah faham antara mereka berdua, dan juga kehadiran gadis itu di dalam pejabat kakandanya ini.
“Awak siapa?” soal Fateh. Entah-entah, gadis ini yang menyebabkan timbulnya salah faham antara Angah dan Alongnya.
“Saya pembantu peribadi Tengku Iman yang baru.”
Berkerut dahi Fateh. Mengapa Alongnya memerlukan pembantu peribadi yang baru?
“Jadi, awak mesti tahu kenapa Cik Puan Airi menangis tadi, kan?” tanya Fateh. Dilihatnya, gadis itu menunduk.
“Sebenarnya, Cik Puan salah faham. Tadi... saya terjatuh di atas Tengku Iman dan Cik Puan masuk. Cik Puan keluar tanpa dengar penjelasan.”
Fateh bersandar dan memeluk tubuh. Dia memandang pembantu peribadi kakandanya itu seketika. Dia tidak mahu masuk campur berlebih-lebihan. Dia percaya akan Alongnya, namun dia tidak percayakan gadis ini.
Whatever your intention is, hurting Cik Puan will make the whole palace hate you even you are in favour of Tengku Iman. Awak faham, kan?”




Akan disambung... :) Terima kasih kerana sabar menanti dan sudi membaca cerita ini~

2 komen:

Unknown berkata...

huhuhuh bestnyerr!!! rajin2 n cepat2 la e sambung hahaha :) ^_^

Tanpa Nama berkata...

Alaaaaa.. Pendeknyaa. Cepat sambung lg. Tk puas baca. Huwaaa

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©