COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 21 Oktober 2014

Takdir Cinta (E&F) -24-

Ema melangkah perlahan, menyelusuri laluan kecil di tepian tasik buatan Istana Utama Darwish itu. Langkah kakinya seiring dengan Puteri Mahkota Darwish di sebelahnya walaupun naluri hatinya mengatakan bahawa dia sepatutnya berjalan di belakang wanita tersebut.  Berdiri di sebelah gadis itu, Ema perasan bahawa Cik Puan Iman adalah seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri perempuan Melayu terakhir. Patutlah Tengku Muhammad Danish boleh terpikat dengan wanita tersebut.
                “So... Saya sebenarnya teringin sangat hendak tahu cerita awak dengan Fateh. Macam mana awak dengan Fateh berkenalan ya, Ema?”
                Ema tersenyum. Kisahnya dengan Fateh tentulah tidak dramatik seperti kisah Cik Puan Iman dengan Tengku Muhammad Danish yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja sebenarnya. “Saya dengan Fateh satu sekolah dulu, Cik Puan.”
                “Iman, Ema. Panggil saya Iman,” balas wanita di sebelahnya membuatkan Ema senyum serba-salah.
                “Serba salah saya, Cik Puan. Cik Puan adalah Puteri Mahkota. Tidak sopan jika saya hanya memanggil Cik Puan dengan nama sahaja,” jawab Ema.
                “Lah... Tak seronoklah kalau kawan sendiri pun panggil Cik Puan.”
                Ema terdiam. Ema faham mengapa Cik Puan Iman menganggap dirinya sebagai kawan. Cik Puan Iman menganggap dia adalah teman istimewa Fateh sedangkan mereka berdua hanyalah kenalan zaman persekolahan dahulu. Namun, dia tidak boleh menyalahlah Cik Puan Iman kerana dia sendiri dan Fateh juga tidak pernah membetulkan tanggapan mereka. Ini semua salah Fateh! Fatehlah yang tidak membenarkan dia memberitahu hal yang sebenar ketika kali pertama dia bertemu dengan pasangan diraja itu di kondominium Fateh dahulu.
                “Tengok Fateh dengan Danish tu, siap ber‘aku-kau’ lagi,” sambung Cik Puan Iman lagi, memuncung kepada Fateh dan Tengku Muhammad Danish beberapa langkah di hadapan mereka.
                Ema tersengih pula, “Mereka sudah kenal daripada kecil lagi, Cik Puan. Mana boleh Cik Puan bandingkan mereka dengan kita. ”
                “Ema, tak lama lagi kita akan jadi macam keluarga juga. Apa kata awak berlatih daripada sekarang? Practice makes perfect, right?” Cik Puan Iman menggerakkan keningnya beberapa kali. Ema tergelak kecil, lucu melihat gelagat wanita itu.
                Jauh di sudut hatinya, Ema resah apabila Cik Puan Iman menganggap dia sebagai teman istimewa Fateh sedangkan mereka berdua hanyalah kenalan zaman persekolahan dahulu. Namun, dia tidak boleh menyalahlah Cik Puan Iman kerana dia sendiri dan Fateh juga tidak pernah membetulkan tanggapan mereka. Ini semua salah Fateh! Fatehlah yang tidak membenarkan dia memberitahu hal yang sebenar ketika kali pertama dia bertemu dengan pasangan diraja itu di kondominium Fateh dahulu.
                “Awak jangan lah anggap awak rakyat biasa dan saya keluarga diraja. Saya dahulu pun rakyat biasa juga, Ema. Saya membesar di kampung. Saya bersekolah di sekolah orang biasa sahaja sehinggalah saya ditawarkan masuk ke kolej orang-orang kaya. Kalau bukan nenda yang member biasiswa kepada saya, saya tak akan bertemu dengan Danish. Rakyat biasa menjadi keluarga diraja dalam sekelip mata. Macam cerita Cinderella pula tetapi hebatkan perancangan Allah?” cerita Cik Puan Iman.
                Ema mengangguk setuju dengan pernyataan terakhir wanita tersebut. Memang dia tidak mampu nafikan kekuasaan dan perancangan Allah SWT.  Itu adalah perkara yang selalu ditekankan kepada semua ahli Skuad Pengintip Zamora selama ini.
                “The point is, saya pun orang biasa. Saya tak nak Ema layan saya seperti orang penting. Boleh ya?”
                Ema senyum dan mengangguk. Cik Puan Iman kelihatan bersungguh-sungguh dan ikhlas mahu hubungan mereka dieratkan ke peringkat kawan. Mungkin tiada salahnya jika dia menurut sahaja permintaan wanita kesayangan Tengku Muhammad Danish itu. “Baiklah.”

                “Good. So, back to my question. Apa cerita antara awak dengan Fateh? Itu pun kalau pertanyaan saya tak menganggu privasi awak. It’s okay kalau awak tak mahu jawab.”
                “Tak mengganggu. Tak ada kisah menarik pun. Masa sekolah dulu, Fateh tak kenal pun saya. Biasalah, geng VVIP tak pandang geng orang biasa. Kami berjumpa kembali di majlis reunion beberapa bulan lalu dan selepas tu, kami terserempak beberapa kali di beberapa tempat,” jelas Ema secara jujur.
                Kelihatan Cik Puan Iman mengangguk-angguk kepalanya, “Takdir Allah itu indahkan? Walau apa pun, realiti dunia ini bukan semuanya indah, Ema.”
                “Maksud Cik Puan? Err... Maaf. Apa maksud Iman?”
                “Kadang-kadang, Allah akan uji kita sebelum dia datangkan kemanisan dalam kehidupan kita. Kalau Ema hendak tahu, sebelum saya kahwin dengan Danish dulu, saya pernah diculik.”
                “Diculik?” Bulat mata Ema. Dia sebenarnya tidak terperanjat, namun kisah sebenar yang bakal diceritakan oleh Cik Puan Iman ini adalah perkara sulit kerajaan dan sebagai seorang rakyat biasa, dia sepatutnya tidak mengetahui cerita ini. Oleh itu, dia terpaksa berpura-pura terkejut.
                “Masa tu, keluarga diraja menghadapi beberapa masalah. Danish sebenarnya sudah menjangkakan bahawa saya akan menjadi mangsa keadaan. Dia beri cadangan untuk melindungi saya tetapi saya yang tak nak. Saya sedar bahawa ini adalah salah satu cabaran yang perlu saya hadapi kalau saya menjadi ahli keluarga diraja. Akhirnya, saya diculik. Alhamdulillah, saya diselamatkan selepas dua minggu,” cerita Iman.
                Ema diam seketika sebelum menyoal, “Dua minggu itu, Iman tak apa-apa?”
                “Secara fizikalnya, saya tak apa-apa tapi selama dua minggu tu saya bersendirian dan keseorangan. Hanya Allah sahaja tempat saya mengadu dan memohon perlindungan, Ema. Dua minggu tanpa melihat dunia luar dan terkurung, boleh membuatkan minda seseorang jadi gila tapi selagi seseorang itu sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita, harapan itu sentiasa ada.”
                Ema mengangguk setuju dengan kenyataan daripada wanita tersebut.
                “Menjadi ahli keluarga diraja, banyak cabarannya, Ema. Kelak, saya harap Ema bersabar dengan apa sahaja dugaan yang menimpa. Fateh mungkin bukan putera mahkota tetapi dia tetap seorang putera raja. Sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Fateh, turut akan terkena tempias ancaman jika sesuatu masalah timbul,” ujar Iman lagi.
                Ema tidak menjawab. Iman sepatutnya memberitahu perkara ini kepada bakal isteri Fateh, bukan dirinya. Dia hanyalah kawan Fateh sahaja.
                “Dear...” Panggilan daripada Tengku Muhammad Danish kepada isteri kesayangannya itu membuatkan mereka berdua memandang ke hadapan dan bergerak menghampiri dua orang lelaki yang tercegat itu.
                “Aku kena pergi sekarang, ada hal yang perlu diuruskan,” ucap Fateh kepada Iman. Ema diam mendengar. Dia datang bersama Fateh, lalu dia juga seharusnya bergerak pulang bersama pemuda itu.
                “Oh... Alright. Lain kali datang Darwish, jangan lupa singgah ke sini lagi,” balas Iman. Wanita itu kemudiannya berpaling ke arahnya dan memegang kedua-dua belah tangannya.
                “Jangan serik datang ke sini, ya Ema. ”
                Ema tersenyum. Ikhlas sekali CIk Puan Iman ini menerima dirinya sebagai seorang kawan. “InsyaAllah. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.”
                Mereka akhirnya berpamitan dan meninggalkan kawasan istana dengan menaiki kereta Fateh.
                “Cerita apa dengan Iman tadi? Rancak sahaja saya tengok awak berbual dengan dia tadi,” tegur Fateh, memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
                Ema memandang sekilas pemuda yang sedang memandu kereta itu, “Tak ada apa-apa sangat. Iman ceritakan pengalaman dia.”
                “Iman nampak suka dengan awak,” komen Fateh.
                “Fateh, she thinks I am your girlfriend. Awak patut beritahu mereka perkara yang sebenarnya,” jawab Ema, menjeling Fateh sekilas. Pemuda itu kelihatanya mengkir senyuman tanpa membalas apa-apa. Ema hanya mampu menghela nafas panjang. Dia tidak pasti apa yang bermain di fikiran pemuda itu.
                “Jaga diri,” ucap Fateh setibanya mereka di hadapan hotel yang diinapi Ema itu.
                “InsyaAllah,” balas Ema pendek.
Senyuman manis dihulurkan kepada pemuda tersebut. “Terima kasih jemput dan hantar saya. Drive carefully.”
Fateh mengangguk dan dia keluar daripada kenderaan tersebut. Ema memerhati kenderaan tersebut menghilang daripada pandangannya. Semoga kita bertemu lagi, Tengku Fateh Abqari.



kalau rajin, komenla ye.  :)
Kalau kurang rajin sikit, like pun bolehhh... :D

8 komen:

nurul berkata...

Berdebarnya nk tggu yg bab ema hilang... cepat2 update ye kak

Unknown berkata...

Fateh tu dh mula suka kn ema ke? Fateh suka ye... bila iman ckp ema girlfriend dia..emm?

Unknown berkata...

Pendeknye....tapi terubat jgk rindu pada fateh dan emma...thank writer..dh lama tggu n3 baru

Tanpa Nama berkata...

Thanks updated. Nnt updated laa lg.

Tanpa Nama berkata...

Best.. cpt sambung..

Tanpa Nama berkata...

Thnx sis. Rasanya macam ada ayat berulang.. Ke, sis xperasan?

Tanpa Nama berkata...

dear... jangan la lama sgt nak up date. jenuh dok nunggguuuuu...:)

Unknown berkata...

bessttttt!! dah start dahh rajin2 la smbung lgg x sabar ... huhuhuhu ^^.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©