COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 21 September 2014

Takdir Cinta (E&F) -22-


Fateh memberi kunci keretanya kepada joki Hotel Suria Puteri. Kaca mata hitamnya dicabut dan disangkut pada leher t-shirt yang dipakainya. Kaunter pertanyaan hotel tersebut dihampirinya.

                “Selamat datang, encik. Boleh saya bantu?”

                Senyuman diukir buat si gadis yang menjaga kaunter. “Saya hendak jumpa Cik Syaimah Nasuha. Can you please call her and tell her that I’m here?”

                Fateh memerhati pekerja hotel itu memeriksa nama yang disebutnya.

                “Maaf, encik. Tiada pelanggan yang bernama Syaimah Nasuha di hotel kami.”

                Terkebil-kebil Fateh memandang gadis itu. Adakah dia tersalah hotel? Seingatnya, Ema memang menyebut nama Hotel Suria Puteri. Adakah gadis itu tidak memberitahu perkara yang sebenar kepadanya? Fateh senyum nipis dan berpaling menuju ke sofa yang tersedia di ruang hotel itu. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dirinya dilabuhkan di sofa itu.

                Dia sebenarnya memang tidak memberitahu Ema terlebih dahulu sebelum dia datang ke sini. Hajatnya, dia ingin mengajak gadis itu makan malam bersamanya. Dia sengaja tidak memberitahu kedatangannya kerana dia yakin Ema akan berusaha memberi alasan untuk menolak ajakannya. Namun, sesekali tidak terlintas di fikirannya bahawa Ema sebenarnya tidak menginap di hotel ini.

                Tiba-tiba, bahunya ditepuk daripada belakang. Fateh berpaling. Huluran salam insan di hadapannya itu disambut.

                “Kapten, buat apa di sini?” soal Johari, seraya mengambil tempat di hadapan Fateh.

                “Saya hendak jumpa kawan. Saya terlupa pula kamu menginap di sini juga, Johari,” jawab Fateh. Hotel Suria Puteri ini memang hotel yang ditaja oleh untuk pekerja syarikat penerbangan mereka. Sungguh dia terlupa kerana biasanya dia akan menginap di kediaman persinggahan Zamora sahaja di Darwish ini.

                “Mana kawan kapten?” soal Johari, memandang ke kiri dan kanan.

                Fateh menggelengkan kepalanya, “Receptionist cakap nama kawan saya tiada di sini. Saya pun sudah keliru. Ada berapa Hotel Suria Puteri di Darwish ni, Jo?”

                Bulat mulut pemuda di hadapannya, “Saya pun tak pasti, kapten. Mungkin kawan kapten tu tak guna nama sebenar dia?”

                Fateh terdiam seketika mendengar spekulasi Johari. Akalnya membenarkan apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Jika betul, mengapa pula Ema perlu menggunakan nama lain? Fateh menyuakan senyuman kepada Johari, “Thanks, Jo. Kamu hendak keluarkah?”

                “Yalah, kapten. Petang-petang ni, saya hendak keluar cari makan malam.”

                Fateh mengangguk sendiri dan melihat jam tangannya, sudah hampir pukul enam petang. Apabila dia mengangkat wajahnya, dia melihat seseorang yang ditunggunya melintas di belakang Johari, namun insan tersebut tidak menyedari kehadirannya di situ. Fateh segera berdiri, dia ingin mengejar insan tersebut.  

“Jo, I have to go. Kita jumpa malam esok ya.” Mereka bersalaman sebelum Fateh segera melangkah keluar daripada hotel. Malam esok adalah malam penerbangan pulang mereka ke Zamora. Sementara menunggu keretanya tiba, Fateh sempat melihat sebuah teksi berlalu daripada hotel tersebut.



Ema menyelusuri jalan yang dilaluinya semalam ketika mengekori sebuah kereta pacu empat roda berwarna hitam. Semalam, kereta tersebut memasuki sebuah kawasan yang berpagar, manakala dia meneruskan pemanduannya kerana tidak mahu kereta yang dipandunya disyaki.

Sekarang dia mahu memasuki kawasan tersebut, namun tentulah bukan daripada pagar hadapan. Dia mengarahkan teksi yang dinaikinya untuk memberhentikannya di tepi jalan besar. Daripada situ, dia masuk ke kawasan hutan.

Jam di tangan menunjukkan pukul enam setengah petang. Memang tidak elok keluar pada waktu yang sudah hampir senja begini, namun demi tugas terpaksa dia laksanakan. Dia memilih waktu yang hampir gelap kerana tidak mahu kelibatnya dikesan oleh sesiapa yang mencurigakan.

Hampir lima belas minit dia berjalan dan menanda jalan yang dilaluinya, Ema melihat sebuah rumah banglo bercat putih tidak jauh daripada tempatnya berdiri itu. Dengan langkah yang lebih berhati-hati, Ema menghampiri banglo yang kelihatan sudah usang tersebut.  Kereta pacu empat roda berwarna hitam yang diekorinya semalam tersadai di bawah garaj.  Keadaan sekeliling yang sudah hampir gelap dan hanya diterangi oleh lampu daripada dalam rumah itu membuatkan dia senang untuk menyelinap menghampiri dinding bangle tersebut. Dengan pakaian hitam yang dipakainya, Ema pasti, kelibatnya tidak disedari oleh sesiapa yang berada di dalam bangle tersebut.

Ema berusaha memfokuskan pendengarannya kepada suara-suara dari dalam rumah tersebut. Melalui tingkap yang ada, Ema melihat tiada sesiapa di dalam bilik tersebut. Ema bergerak perlahan-lahan ke arah pintu belakang yang terbuka dengan badannya dirapatkan ke dinding. Suara yang bergema daripada tingkat atas rumah banglo itu membuatkan hatinya meronta-ronta ingin masuk, dengar dan melihat apa yang targetnya sedang lakukan.

Tiba-tiba, mulutnya ditutup daripada belakang. Bulat mata Ema. Badan insane di belakangnya merapati dinding manakala badannya bersandar pada dada insan tersebut.. Mindanya berputar laju. Siapakah insan di belakangnya itu? Jika musuh, dia perlu melepaskan dirinya! 

Ema mula bergerak ingin melepaskan diri, namun nasib tidak menyebelahinya apabila sebelah lagi tangan insan di belakangnya itu memeluk pinggangnya, menghalang dia bergerak daripada posisi mereka itu. Ema berusaha melepaskan dirinya.

"Shushhh!!!"

Ema terkaku. Dia kenal suara itu! Namun, dia tidak sempat berpaling apabila bunyi telapak kaki milik beberapa orang kedengaran menuju ke arah mereka berdua. Ema diam, menahan nafasnya.

“Ada apa?” suara garau seorang lelaki kedengaran daripada dalam rumah itu.

“Tak ada apa-apa pula. Haiwan liar kot.”

“Sudah. Jom.”

Ema melepaskan nafasnya apabila bunyi derap kaki menjauhinya dan insan di belakangnya itu. Ema ingin berpaling untuk melihat wajah insan tersebut, namun insane itu lebih pantas melepaskan pautan di pinggangnya dan menarik lengannya menjauhi rumah bangle tersebut serta memasuki kawasan hutan.

“Hoi!!! Siapa tu?!” Suara kuat menjerit daripada tingkat atas rumah banglo itu membuatkan mereka terkejut. Bulat mata Ema dan dia berpandangan dengan insan yang menariknya itu. Jantungnya mula berdegup kencang.

Run, Ema!” arah insan tersebut melepaskann pautan lengannya tetapi memaut tangannya dan mula melarikan diri. Ema berusaha melajukan lariannya seiring dengan pemuda di sebelahnya. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah kereta. Pemuda itu menyuruhnya memasuki tempat duduk di sebelah pemandu. Kereta tersebut dihidupkan dan pemuda itu terus memandu laju meninggalkan kawasan tersebut.

Ema berpaling ke belakang. Dia tidak nampak sesiapa. Ema memegang dadanya yang masih tercungap-cungap. Dia berharap target yang mengekori mereka tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta ini. Itu harapan mereka berdua, tentunya.
tada.... sekian entri -22-
Okey tak? komen yang mana-mana tak best ke... Nak komen minta scene ke... komen best-best ke... hihi. At least, komen untuk cik haliban tahu anda membacanya. Thanks! :D

8 komen:

Tanpa Nama berkata...

Br nk feel dh sambung..cpt2 sambung..best ni ..ednayu..

Unknown berkata...

alaaa nak lagiii ... tgh syiok bc dah berhentii ^^.

Tanpa Nama berkata...

Bestttt, unik dr novel yg lain... hrp cepat smbung... thnks cik haliban...

Tanpa Nama berkata...

Cik writer..cpt sambung ye..xsabar nk tunggu new entry..:)

Tanpa Nama berkata...

Best.....

yam madganu berkata...

Tak best poooon laaa. Kalau cik haliban taip panjang sikit lagi baru best. Haaahaa . Tahniah jalan cerita lain drp yg lain.

nisha aini berkata...

NI tanda baca yer.. tp cepat la ssmbg, nak tau kesudahan meke berdua

Yangjue berkata...

excited nk bca smbugn...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©