COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 16 September 2014

Takdir Cinta (E&F) -21- bahagian ii


“Eh, Fateh. Bila sampai?” soal wanita itu seraya melangkah menghampiri suaminya.
                Fateh senyum, “Baru saja tapi sempatlah terima beberapa arahan daripada Danny ni.”
                Terangkat kening Iman, “Herm... Biasalah tu. Dia memang suka bagi arahan. Putera Mahkotalah katakan.”
                Fateh tertawa dan Iman tersengih.
Danish mencuit hidung si isteri yang mengusiknya itu, “Amboi. Yang tak tahannya, mengata depan-depan tu.”
Chill, awak. Usik sikit saja tu,” balas Iman. Danish berpandangan dengan Fateh. Fateh menjungkitkan bahunya. Terhibur dia melihat gelagat suami isteri itu.
“Hah, Fateh. Kawan perempuan awak tu apa khabar?” soal Iman, berpaling kepada Fateh.
Terangkat kening Fateh. Kawan perempuan yang mana? Dia ramai sahaja kawan perempuan yang bekerja di bawah satu syarikat dengannya.
“Lamanya fikir jawapan. Berapa banyak sahaja kawan perempuan awak yang saya kenal? Seorang sahaja, Fateh. Yang kami jumpa di rumah emper awak dulu. Saya terlupa namanya,” terang Iman lagi. Danish hanya diam mendengar. Dia juga ingin mengetahui perkembangan hubungan Fateh dengan gadis yang disebut oleh isterinya itu.
“Ohhh... Ema, ya? Alhamdulillah, dia sihat sahaja. Sebenarnya, dia juga ada di Darwish sekarang,” jawab Fateh bersahaja.
“Hah? Dia buat apa di sini? Melancong?”
Fateh menggeleng, “Kerja katanya.”
“Apa kata kita ajak dia makan tengahari sama-sama? Boleh kan, awak?” Iman berpaling pula kepada si suami. Danish hanya senyum dan mengangguk. Apa salahnya mengeratkan silaturrahim.
Fateh hampir tertawa sendiri. Ketika bertemu dengan Ema tadi, dia acah-acah sahaja memberi cadangan kepada Ema untuk makan bersama-sama dengan Danish dan Iman. Sekarang ini, Iman betul-betul ingin mereka makan bersama-sama. “Tak apakah, Iman? Ema tu segan dengan kau orang berdua.”
“Hendak segan apanya? Kalau tak mahu masuk istana, kita boleh aturkan makan di luar, kan?” balas Iman. Namun, Danish tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
No. Dalam keadaan sekarang, saya tak boleh benarkan awak keluar kalau tiada urusan rasmi,” bantah Danish. Jikalah Iman ada urusan rasmi, kawalan keselamatan bleh diketatkan sepenuhnya. Kalau sebaliknya, susah dia hendak menjaga keselamatan wanita kesayangannya itu.
Fateh diam memerhati. Dilihatnya, wajah Iman berubah. Iman tentunya masih belum mengetahui sebab-sebab Danish tidak memberi keizinan itu. Iman kemudiannya mengukir senyuman hambar, menutup rasa tidak puas hati barangkali. Fateh tidak mahu masuk campur. Tahulah macam mana Danish hendak memujuk isterinya itu.
gambar dulu-dulu. hihi

Ema menutup komputer riba yang digunakannya untuk berhubung dengan pegawai atasannya itu. Apabila mempunyai tugasan luar sebegini, emel adalah satu cara untuk mereka berhubung. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan khidmat emel biasa yang mudah untuk dipintas oleh sesetengah pakar. Setakat ini, hanya sedikit maklumat yang mampu dia sampaikan. Dia memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
                Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat mesej yang baru diterimanya. Kebiasaannya, dia tidak akan membuka telefonnya jika dia sedang bertugas kerana dia tidak mahu ada gangguan. Itu adalah salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh mereka yang berada dalam skuad pengintip. Namun, sekarang adalah waktu rehatnya.
                Ema mencapai telefonnya dan membaca mesej yang diterima.
                ‘Lusa Cik Puan Iman ajak awak makan tengahari bersama-sama di istana. Boleh?’
                Mesej daripada Fateh itu dibaca dalam hati. Dahinya berkerut. Aduh... Tengku Fateh Abqari ini betul-betul pula hendak dia makan semeja dengan pasangan diraja Darwish. Jarinya mula mengetuk permukaan meja.
                Tujuannya berada di sini adalah kerana tugasannya, bukan hendak berkenalan dengan pasangan diraja Darwish. Walaupun tugasannya itu berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan ahli kerabat diraja Darwish, namun kemunculannya di dalam istana Darwish tentu akan menarik perhatian penghuni istana dan mendedahkan dirinya kepada targetnya. Sebaliknya, jika dia memasuki istana, dia berpeluang untuk mendapatkan maklumat yang lebih daripada penghuni-penghuni.
                Ema memandang mesej di telefonnya lama. Adakah dia perlu bersetuju dengan ajakan Fateh itu, ataupun lebih baik dia menolaknya?
 Teringin juga nak upload walaupun sikit. hihi... maaf ya kawan-kawan sebab pendek sangat. Apapun, yang sudi komen (pendek/panjang) terima kasih juta-juta diucapkan, ianya menaikkan semangat cik haliban. :) luv u~

2 komen:

nisha aini berkata...

Ala....sikit bebenor,,, lagi la.. panjngkan lagi.. smbg cepat2... x sabar nak ty tau kisah mereka berdua ni

Tanpa Nama berkata...

gogogo!!! cik haliban boleh .

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©