COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 13 Ogos 2014

Takdir Cinta (E&F) -20-


Salji yang turun diperhatikan Fateh dengan rasa kagum. Hari ini salah hari pertama salji mula turun di bumi Zamora. Ironiknya, salji juga mula turun pada tarikh ini pada lima tahun yang lalu. Tepat lima tahun yang lalu, anakanda-anakanda saudaranya dilahirkan saat salji pertama turun. Hari ini pula, mereka akan menyambut ulang tahun kelahiran Hadif, Hafawati dan Huda.
                “Salji!” Kesunyian pagi itu digegarkan dengan suara-suara comel si kecil-si kecil kesayangan seluruh istana itu. Fateh yang sedang berdiri di hadapan pintu mask kediaman kakandanya itu berpaling, melihat anakanda-anakandanya berlari turun tangga daripada aras atas kediaman.
                “Ateh!” Kakinya dipeluk tiga kanak-kanak tersebut sebelum Hafawati dan Huda menarik-narik tangannya.
                “Ateh! Jom main salji!” ajak si adik, Huda.
                Fateh senyum dan mengikut langkah kaki anakanda-anakandanya ke kawasan hadapan kediaman. Nampaknya tiga kembar itu teruja ingin memegang salji yang sedang turun. Fateh hanya berdiri, memerhati langkah-langkah anakanda-anakanda saudaranya. Teringat saat dia dan kakanda-kakandanya masih kecil dahulu. Mereka bertiga juga seperti tiga kembar tersebut, teruja bermain salji setiap tahun.
                Satu tepukan hinggap di bahu kanan, membuatkan Fateh berpaling. Dia menyuakan senyuman sebelum bersalaman dengan kakanda sulungnya, Tengku Iman Hakimi, merangkap Putera Mahkota Zamora itu, “Sihat, Ateh?”
                “Alhamdulillah, Along. Along sihat? Angah mana?” soal Fateh pula, kembali memandang pemandangan hadapan. Suara jeritan ceria tiga kanak-kanak itu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.
                “Alhamdulillah, Along pun sihat. Angah ada di atas lagi. Sekejap lagi turunlah tu,” jawab bapa kepada tiga kembar diraja itu.
                “Seronok tengok budak-budak ni main salji, Along. Teringat masa kita kecil dulu,” ujar Fateh.
                Hakimi pula tergelak kecil. “Iyalah. Masa kecil-kecil macam tu, bolehlah seronok main-main. Apabila dah dewasa ni, tengok dari jauh, bolehlah. Budak-budak ni sebenarnya daripada semalam tunggu salji turun. Itu yang gembira sangat tu.”
                Fateh mengangguk sahaja. Seketika kemudian, kakanda iparnya menyertai mereka. Hakimi mengajak anakanda-anakandanya bergerak ke dewan kecil tempat mereka adakan majlis ulang tahun hari lahir kembar tiga itu. Manakala Hijratul Khairiyah dan Fateh berjalan seiring di belakang.
                “Ateh.”
                “Ya, Angah. Ada apa?”
                “Ingat tak, Angah pernah cakap yang Angah nak kenalkan Ateh pada seseorang?”
                Langkah kaki Fateh terhenti seketika. Namun, cepat dia menyambung langkahnya agar tidak ditinggalkan kakanda iparnya itu, “Oh... Ingat, Angah.”
                “Angah jemput dia hari ni. Nanti Angah kenalkan pada Ateh, ya?”
                Hati Fateh resah, ingin menidakkan permintaan wanita itu, namun mulutnya terkunci kerana tidak mahu kakanda iparnya terasa hati dengannya. Akhirnya, Fateh hanya diam sehingga mereka tiba di dewan. Tiga kembar yang diiringi bonda dan ayahanda mereka itu ceria menyapa kaum kerabat yang seusia mereka itu.
Fateh bersandar di dinding, memandang hadirin yang hadir. Majlis hari jadi anakanda-anakanda saudaranya itu hanyalah dihadiri oleh kaum kerabat mereka yang terdekat sahaja. Namun, jika Angahnya menjemput gadis yang ingin dikenalkan kepadanya itu, kebanyakan kaum kerabat juga mungkin akan diperkenalkan kepada gadis itu. Fateh menggeleng sendiri. Gadis itu adalah tetamu Angahnya, jadi dia tidak perlu memeningkan kepalanya berfikir tentang akibat semua ini.
Telefon bimbitnya berbunyi. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar sambil dia berlalu ke balkoni dewan untuk menyambut panggilan tersebut. Melihat nama yang terpampang, Fateh senyum sahaja dan memberi salam.
“Kau berada di mana ni?” soal si pemanggil, Tengku Muhammad Danish, setelah salam Fateh dijawab.
“Ada di dewan, majlis hari jadi kembar tiga itu,” jawab Fateh. Dia bersandar pada tiang balkoni.
“Majlis hari jadi anakanda-anakanda saudara aku dah bermula ya?”
Fateh mencebik sendirian, “Mereka anakanda-anakanda saudara aku, merangkap anakanda-anakanda sepupu kau.”
Eleh... Itupun hendak cemburu.”
Akhirnya, mereka berdua ketawa.
“Oh ya, Danny. Aku terbang ke Darwish next week. Kalau ada masa, aku jumpa kau,” ujar Fateh apabila dia teringatkan jadual penerbangannya pada minggu hadapan.
Alright. Apa-apa, telefon aku dulu.”
“Iyalah. Aku tahu, kau kan putera mahkota yang paling sibuk di dunia ini,” sindir Fateh dalam gurauannya.
Well, you know me.”
Blahlah kau.”
Danish ketawa, “Anyway, aku ada kerja sikit ni. Kirim salam pada Abang Iman dan Kak Airi. Peluk cium anakanda-anakanda saudara kau merangkap anakanda-anakanda sepupu aku bagi pihak aku dan Iman di sini.”
Fateh pula yang tertawa. Danish tidak akan mengalah kalau diusik. Tengok, akhirnya, gurauannya dibalas juga. Selepas selesai berpamitan, Fateh kembali ke dalam dewan.
Apabila namanya dipanggil daripada belakang, Fateh berpaling. Angahnya sedang menghampirinya diikuti oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya dan sudah tentu bukan dayang istana. Sekali pandang, Amani adalah seorang gadis yang cantik dan pandai bergaya.
“Ateh, Angah nak kenalkan. Ini Amani. Amani, ini adinda ipar saya, Fateh.”

"Kamu sudah fikir habis-habis, Syaima'?"
Ema mengangguk sekali. Badannya tegak sahaja, "Sudah tuan."
Dia memandang surat yang berada di tangan orang atasannya itu sebelum bertentang mata dengan insan tersebut, menunjukkan ketegasannya dalam membuat keputusan tersebut. Sudah beberapa hari dia berfikir dan bersolat istikharah memohon petunjuk yang terbaik daripada Allah, inilah hasilnya.
"Okey. Saya akan pertimbangkan permintaan kamu ini, namun ianya akan bergantung kepada hasil tugasan kamu sekarang ini. Cepat kes kamu selesai, cepatlah keputusan yang akan kamu terima, Ema. Faham?"
Senyuman nipis terukir di bibir Ema. Dia sedar, tugasan yang dijalankan olehnya sekarang tidak mungkin akan tamat dalam masa terdekat. Namun, semua yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Ada sahaja kemungkinan bahawa dia boleh menamatkan tugasan ini dengan cepat jika dia berusaha bersungguh-sungguh, bekerja tidak lewa dan paling penting, tawakkal kepada Allah. "Faham, tuan! Terima kasih, tuan!"
Puteri Mahkota Brunei
 -bersambung- :D 

FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

best!!!! nak lagi feel free plez add it ^_^ ><

Ziana Eunos berkata...

Best !!

ednayu berkata...

aduih....sabar menanti

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©