COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 5 April 2014

E & F -16- bahagian i

Introducing.... EMA ! ;)

Ema melangkah masuk melalui pintu dapur setelah salam diberi. Melihat emaknya yang sedang memotong sayur di meja makan itu, Ema mengukir senyuman. Wanita itu dihampiri dan disalami sebelum dia melabuhkan diri bertentangan dengan emaknya itu. Tudungnya dibuka dan disangkut di kepala kerusi.

                “Ema dah makan tengahari ke?” soal si emak.
                Ema menggeleng, “Belum, mak. Ema memang nak makan kat rumah ni. Adik-adik ada kelas tambahan ke hari ni mak?”
                “Ya. Lepas Asar baru sampai rumah tu.”
                Ema mengangguk dan bangun menghampiri peti sejuk. Tekaknya berasa dahaga.
                “Kerja okey, Ema?”
                Ema mengambil botol yang berisi air kosong yang sejuk dan tuang air itu ke dalam cawan. “Alhamdulillah, mak. Ema tak kerja pembantu rumah dah sebab kontrak dah tamat.”
                “Sekarang kerja di mana?” soal emaknya lagi. Ema mengerti, emaknya bimbang akan dirinya yang sentiasa bertukar-tukar kerja, namun apa yang boleh dia katakan. Dia hanya boleh memberitahu emaknya tentang kerja sementara yang dia lakukan ketika sedang bertugas. Lagipun, reality hidup sekarang, memang susah hendak mencari kerja tetap.
                “Ema kerja di kedai bunga, mak,” jawab Ema. Pulang daripada Mar Hoseki tempoh hari, tugasan terbaru sudah menunggunya.
                “Kedai bunga? Ema, tahu ke jenis-jenis bunga yang ada di kedai tu? Nak minta jaga pokok bunga kat depan rumah ini pun tak lepas.” Si emak ketawa kecil, membayangkan kerja anak perempuannya di kedai bunga.
                Ema memuncungkan mulutnya, “Mak ni… Semua tu Ema boleh belajar. Asalkan Ema ada kerja, mak.”
Dilihat emaknya mengangguk. Botol air kosong yang sejuk diletakkan kembali ke dalam peti sejuk bahagian bawah sebelum dia membuka bahagian atas pula. Melihat apa yang ada di dalam peti sejuk bahagian atas itu, matanya membesar dengan sendiri. Hershey’s Kisses! Dia pantas menoleh kepada emaknya.                
“Mak, siapa yang beli coklat ni?” Coklat yang ada di dalam peti sejuk itu adalah salah satu coklat berjenama mahal. Mana mungkin ahli keluarganya senang-senang ingin menghabiskan duit membeli coklat tersebut, mahunya sepuluh kali fikir sebelum mebuat keputusan untuk membeli coklat-coklat yang biasa sahaja.
                “Lah… Ema tak tahu? Mak ingat Mazurah dah cerita pada Ema.”
                Berkerut dahi Ema. Perbualannya dengan Mazurah semasa dia menelefon pada minggu lepas terbayang di fikiran, namun dia pasti adiknya itu langsung tidak bercerita apa-apa tentang coklat tersebut. “Cerita apa, mak? Tak ada pun. Ada orang bagikah coklat ni?”
                “Kawan Ema hari tu ada datang gerai. Dia yang bagi coklat tu pada Ema. Adik-adik pun dapat hadiah. Katanya, cenderahati dari tempat dia pergi,” jelas emaknya, namun tetap tidak begitu difahami oleh Ema. Kawannya?
                “Siapa mak?” Inani, Nada, Haris, Liza, Azi atau Ami? Tetapi tak pernah-pernah pula kawan-kawan dia berbuat begini selama ini.
                “Fateh,” sahut emaknya sepatah, namun membuatkan dia terkedu seketika. Nama yang disebut oleh emaknya nyata tiada dalam senarai orang yang difikirkannya tadi. Dia? Kenapa?
                “Tengku Fateh, mak?” soal Ema, inginkan kepastian setelah beberapa saat mendiamkan diri.
                “Iya. Kawan Ema yang mak kenal bukan ramai. Tengku Fateh yang selalu datang gerai kita itulah,” balas emaknya.
                Ema memandang paket-paket coklat yang berada di bahagian atas peti sejuk itu, bukan satu paket tetapi lima paket yang berlainan. Buat apalah Fateh memberikan mereka coklat-coklat ini? Dia kembali menutup peti sejuk itu dan duduk di hadapan emaknya.
                “Dia cakap apa masa bagi coklat ni, mak?”
                Dilihat emaknya diam seketika, seperti sedang berfikir.
“Tak ada pula dia cakap apa-apa tapi dia ada bagi sampul. Katanya bagi pada Ema. Sampul tu Mazurah yang simpan. Nanti Ema mintalah.”
Ema pula yang diam. Apa pula yang Fateh letak di dalam sampul yang harus disampaikan kepadanya itu? Bukankah mereka sudah saling bertukar nombor telefon beberapa minggu yang lalu? Mengapa pula Fateh menggunakan cara begini? Aduh… pening kepalanya mempersoal perkara-perkara yang hanya Fateh yang boleh menjawabnya.
Ada baiknya dia menunggu sahaja adik-adiknya pulang dahulu. Haish… Mazurah pun satu. Bukan hendak bercerita dengannya tentang perkara inni ketika dia menelefon rumah ini beberapa hari yang lalu. Cerita gosip yang lain banyak pula.
and this is... FATEH :)
jeng. jeng. jeng. Apa yang Fateh tulis dalam kad itu? cer teka. cer teka. =P

cik haliban rasa nak tukar tajuk...
1-Pinjamkan aku satu bintang.
2-Bidadari Langit Biru
3-Bintang di Langit Biru.
ATAU
kawan-kawan ada cadangan yang lagi menarik tak? pretty please....

anyway, komen tau. :D   


3 komen:

nurul berkata...

bidadari langit biru pun mcm best tajuk dia...

Tanpa Nama berkata...

x sabar nak tunggu ema n fateh bersama ....(nisha aini)....

Munirah Wu berkata...

hahaaa.. tk puas laaa.. bila nk keluar novel ni?

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©