COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 12 Februari 2014

E & F -13-



“Okey. Ema, saya ucapkan selamat berjaya untuk tugas pertama awak dalam Skuad Alpha ini. Kalau ada apa-apa, I believe you and Amani can make good decisions.”
                Ema dan rakan sejawatannya memberi tabik kepada ketua skuad mereka, “Terima kasih, tuan. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik, tuan.”
                “Insya-Allah, tuan,” sahut gadis yang bernama Amani di sebelahnya pula.
                Ketua skuad mereka nampak berpuas hati dan berlalu daripada bilik mesyuarat yang hanya dipenuhi oleh mereka bertiga itu. Ema berpaling kea rah rakan sejawatan yang akan bersama-sama menjalankan tugas dengannya untuk tugasan pertamanya itu, “I hope, we can make a great team.”
                Amani menyengih, “You bet. Aku dengar kau adalah ahli skuad yang terbaik dalam Skuad Beta. Yalah… Kalau tidak, tak adalah aku jadi partner kau, kan?” 
                Ema ketawa perlahan. Dia gembira. Nampaknya rakan sejawatannya itu adalah seorang yang sempoi. “Kenapa aku rasa macam kau masuk bakul angkat sendiri ni?”
Oh well… You’re the best there. I’m the best here. We’ll make the best squad ever! Highfive!” Amani menyuakan tangan kanannya yang pantas ditepuk oleh Ema. Mereka ketawa sendiri selepas itu.
“Orait. Here is the thing. Kita masuk istana dulu. Then, we will make our way to Mar Hoseki. Okey tak?” soal Amani, menyatakan plan yang bermain di mindanya untuk misi mereka pada kali ini.
Ema diam sesaat dua, sebelum mengangguk. “Beres. Kite ke istana sekarang. Aku rasa  Cik Puan Hijratul Khairiyah pun tengah tunggu kita. We’ll just make a call to her Personal Assistant.”
Great. Jom.”
Ema mengikut langkah Amani, keluar daripada bilik mesyuarat tersebut. Misi pertamanya dalam Skuad Alpha ini akan menjadi tanda aras pencapaian dan penilaian ahli-ahli skuad yang baru sahaja dapat mengenalinya itu. Seperti biasa, dia tetap dalam misi undercover, namun misi ahli Skuad Alpha selalunya lebih bahaya dan juga meliputi hal-hal kerabat diraja. Dia bersyukur kerana mendapat Amani sebagai partner dalam misi kali ini.  Dia tiada masalah jika partnernya lelaki namun jika partnernya seorang perempuan, dia akan lebih selesa.
Misi mereka kali ini? Ema tersenyum. Menarik…
Uniform rasmi Skuad Alpha ;p

Fateh mengangkat kotak berisi kek coklat moist dan menjabat tangan ketua chef di dapaur istana itu. Dia masuk ke istana bertujuan untuk mengambil kek coklat yangdiidamkan oleh Achiknya, Tengku Syifa’ul Asrar, yang sedang sarat mengandung. Sebagai adinda yang tersayang, dia cuba untuk menyenangkan hati kakandanya itu. Lagipun, perempuan mengandung mana boleh tertekan, apatah lagi tidak mendapat benda yang diidamkan. Tambahan pula, dia mengambil kesempatan itu untuk melawat ahli-ahli kerabatnya yang tinggal dalam istana itu. Hanya dia dan Achiknya tinggal di luar istana. Achiknya tentulah mengikut si suami tercinta.
                “Ayahanda dan bonda sudah jumpa. Along sudah jumpa. Herm… Cari Angahlah sekejap sebelum balik, ” ujar Fateh, lebih kepada dirinya sendiri. Dia mengangguk dan mengatur langkahnya ke arah kediaman kakanda angkat merangkap kakanda iparnya itu. Hendak bertemu dengan anakanda-anakanda saudaranya, mereka masih berada di sekolah. Dia sahaja yang tidak bekerja pada hari ini. Dia baru sahaja pulang dari penerbangan pergi dan pulang dari Amsterdam semalam.
                Hari ini dia tiada tugas dan esok dia akan terbang ke Mesir pula. Dia sangat gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang. Menjadi seorang juruterbang adalah impiannya. Sebab itulah setelah ‘bersara’ daripada skuad khas tentera udara, dia tetap memilih untuk terus ‘terbang’. Menjadi seorang juruterbang pesawat syarikat swasta membuatkan dia mempunyai jadual yang tidak tetap namun dia tetap gembira.
                Menghampiri bangunan kediaman kakandanya, dia melihat wanita yang bakal menjadi Wanita Pertama Negara itu sedang berbual dengan dua orang gadis di samping Sufiah, pembantu peribadinya. Kakinya terhenti di situ. Dia tidak mahu menganggung perbualan mereka.
                Matanya di kecil-kecilkan untuk melihat dua insan yang dikenalpasti sebagai orang luar dan bukan staf istana itu. Namun, dia tidak sempat mengecam kedua-duanya kerana mereka memakai spek hitam ‘mata belalang’ dan berlalu masuk ke dalam kereta mereka yang berwarna merah. Kereta itu bergerak melintas dia yang berdiri di tepi jalan itu namun, dia tidak dapat melihat wajah penumpang kereta itu. Fateh menjungkitkan bahunya. Apa susah sangat, dia boleh bertanya pada kakanda iparnya itu nanti. Langkah kakinya diteruskan.
                Senyuman dihulur apabila Angahnya perasan akan kehadirannya di situ. Salam diberi dan dia dan wanita itu duduk di kerusi yang tersedia di taman kecil di luar kediaman itu.
                “Ateh dari mana ni? Macam kotak kek sahaja tu?” soal Hijratul Khairiyah.
                “Dari dapur istana. Achiklah mengidam sangat kek daripada air tangan chef istana. Terpaksalah Ateh berkorban untuk datang ke sini,” jawab Fateh, membuat muka kasihan.
Kakanda iparnya itu ketawa, “Ala… So sweet Ateh ni. Sanggup berkorban jiwa raga dan masa untuk Achik ya.”
Fateh mendabik dada, “Bukan sahaja untuk Achik tapi untuk Angah, Along, ayahanda, bonda, Hadif, Hafawati, Huda dan…”
Kata-katanya meleret di belakang sebelum terhenti membuatkan Hijratul Khairiyah mengangkat sebelah kening, “Dan…?”
Fateh menyengih, “Dan untuk negara tercinta.”
Hijratul Khairiyah ketawa dan memandang lembut adinda iparnya itu. “We know, Ateh. Beruntung sesiapa yang dapat Ateh, kan?”
Fateh ketawa. “Siapa, Angah?” Dia sedar, mereka sudah masuk topik paling utama dan juga topik paling biasa jika dia berbual dengan sesiapa pun.
Anyone that could capture your interest. It will be interesting. Angah dapat rasa orang yang berjaya buat Ateh macam tu bukan calang-calang orangnya,” balas Hijratul Khairiyah dengan bijak.
Seulas wajah terlintas di fikiran Fateh. Bibirnya pantas sahaja mengukir senyuman bahagia. Namun, mindanya cepat sahaja mencari alas an untuk tidak menjawab soalan kakandanya itu, “Orang yang bukan calang-calang nin bukan taste Atehla, Angah. Ateh tak suka orang ada pangkat-pangkat segala.  I just want somebody that is simple and moderate. Most probably rakyat biasa sahaja. ”
Sounds like you’ve met the right person?” Hijratul Khairiyah bertanya dengan senyuman nakalnya.
Fateh ketawa, “Maybe.

Hari-hari berlalu seperti biasa. Namun sebagai muslim, seseorang itu patut menanam azam untuk memperbaiki diri pada setiap hari yang baru. Itulah yang diperkatakan oleh ustaz yang suaranya sedang bergema daripada corong radio keretanya itu. Fateh memandu laju namun tetap cermat dan selamat. Sahabat di sebelahnya, Safiuddin,  itu pula hanya bersahaja membaca majalah Sports kerana dia sudah biasa dan yakin dengan pemanduan Fateh.
Safiuddin tiba-tiba menutup majalah di tangannya dan memandang Fateh, “Weh, jangan lupa ambil aku lusa.”
Fateh, mengerling sekilas. Safiuddin juga adalah seorang juruterbang, cuma bukan jurutebang pesawat peribadi. Sahabatnya itu adalah juruterbang pesawat komersial.  “Ya. Jangan risau. Lagipun kau kan selalu telefon ingatkan aku dulu sebelum kau terbang balik sini. InsyaAllah, aku datang dengan kereta kesayangan kau ni.”
 “Thanks. Kaulah sahabat aku.”
“Iyalah. Masa aku kerja, kau tolong aku. Masa kau kerja aku tolong engkau. Tolong-menolong amalan mulia, kata orang. Eh. Kau terbang ke Paris kan kali ni?” soal Fateh.
 “Yup. Kau lepas ni ke mana?”
“UK,” jawab Fateh pendek. Keretanya dipandu masuk ke kotak parkir. Dia beriringan masuk bersama kawannya yang segak beruniform juruterbang itu. Setelah itu, Safiuddin meminta diri dan dia membawa dirinya melewati kedai-kedai yang ada di dalam bangunan lapangan terbang itu.
Kedai yang menjual buku dijejakinya. Lima minit berada di kedai itu, dia akhirnya membeli beberapa buah majalah. Keluar daripada kedai itu, dia hamper bertembung dengan seseorang. Nasib baik sahaja mereka sempat perasan. Melihat insan di hadapannya, Fateh mengukir senyuman. “Hai, Ema.”
 Ema terkaku seketika. Namun kaca mata hitam ‘mata belalang’ yang dipakainya dicabut dan dimasukkan ke dalam beg tangannya. Bibirnya sedaya upaya mengukir senyuman, “Tengku. Eh, maaf. Fateh.”
Senyuman di bibir Fateh semakin lebar. Pandai pun gadis itu menyebut namanya, walaupun masih tersasul panggilan Tengku. “What are you doing here?
                Minda Ema cepat berfikir fakta-fakta yang boleh digunakannya, “Saya nak pergi… bercuti. Ya. Bercuti.”
                Berkerut dahi Fateh. Nada suara yang digunakan Ema membuatkan dia sedikit curiga. Namun dia tidak mendesak. Diperhatikan pemakaian Ema tidak seperti biasa. Kali ini Ema memakai jaket, jeans dan kasut yang kalau tidak salahnya, kasut tinggi. “Where to?
                “Mar Hoseki. Awak pula nak pergi ke mana?” soal Ema cepat. Dia tidak mahu pemuda di hadapannya itu bertanya banyak tentangnya.
                “Saya hantar kawan tadi. Saya nak balik dah. Eh, let me send you off,” pelawa Fateh. Dia ingin meluangkan masa dengan gadis itu sebenarnya dan dia juga turut ingin tahu mengapa Ema memilih Pulau Mar Hoseki untuk bercuti. Sekarang ini, Pulau Mar Hoseki dan Negara Zamora sedang berada dalam keadaan yang sedikit tegang dan kedua-dua Negara masih sedang mencari jalan perdamaian. Sebab itulah kakanda iparnya, Cik Puan Hijratul Khairiyah akan pergi melawat Mar Hoseki pada minggu hadapan.
Ema pantas menggeleng, “It’s okay. Saya dengan kawan saya sebenarnya.”
Fateh menjungkitkan bahu. Gadis itu tidak sudi, takkanlah dia hendak memaksa. “Okey. Oh, by the way, saya rasa macam orang lain pula yang kemas rumah saya. Cara lain dengan cara awak kemas. Am I right?”
Ema menyuakan senyuman dengan penuh rasa bersalah, “Maaf sebab tak bagitahu awak. Kontrak saya dengan syarikat tu sudah tamat.”
Fateh mengangguk mengerti. “So, awak kerja kat mana sekarang?”
Ema terdiam. Alamak… Apa aku hendak jawab? Tiba-tiba pengumuman memanggil penumpang kapal terbang ke pulau Mar Hoseki bergema. Ema menghela nafas lega. Senyuman diukirkan khas buat pemuda di hadapannnya, “Maaf, Fateh. Saya terpaksa pergi dulu. InsyaAllah, kita jumpa lain kali kalau diizinkan Allah.”
“InsyaAllah tapi can I have your number?” pinta Fateh. Erk… Fateh tergamam sendiri dengan apa yang keluar daripada mulutnya. Nampaknya anggota badannya cepat sahaja bertindak apabila perkara itu timbul di mindanya pada kali ini.
Ema mengangguk sahaja. Dia tidak nampak apa bahayanya member nombor telefonnya kepada pemuda itu. Apabila Fateh menghulurkan telefon, Ema menyambut dan menekan nombornya sebelum dikembalikan kepada Fateh.
Fateh mengukir senyuman dan Ema membalasnya.

Fuhhhhh... 2 jam tulis entri ni~


Oh right, kalau kawan-kawan perasan dan ingat, Pulau Mar Hoseki adalah negara yang disebut dalam cerita Calon Isteri Putera Mahkota dulu. ;)



Komen? Love? Hate?

Pleaseeee...


Chocolate moist cake for you guys~ ;)

5 komen:

Nava_JksCri berkata...

Best2
Waiting for #14
Fighting!!

*nk mkn choco moist Cake *

Tanpa Nama berkata...

yeay entry this time panjang ^^ hehehhe love it <33 nak pepanjang mcmni lagi tau!! :B #FIGHTING!

Tanpa Nama berkata...

whoa~ alhamdulillah. terbaik!

hasiza bt abdullah berkata...

bila nak sambung lagi dah lama menunggu ni

angelberru berkata...

Jeng jeng jeng. Lmbtnya fateh nk cam ketja ema. Tnya jelh angah tuu

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©