COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 29 Januari 2014

E & F -12-

Ting. Ting. Ting. Bunyi sudu yang diketuk atas gelas bergema di meja mereka. Lima orang yang ada di situ berpaling kepada pemuda yang berada di hujung meja dan telah berdiri. “Okey. Okey. Dengar ni, aku hendak bagi ucapan.”
“Kenapa engkau pula yang bagi ucapan? Sepatutnya Ema. Inikan Ema punya celebration,” sampuk seorang gadis yang berada di sebelah pemuda itu.
Ema ketawa. Kelakar pula dia melihat gelagat kawan-kawan sekerjanya itu, Haris dan Liza. Mereka berlima yang ada di meja ini sekarang adalah antara lapan orang ahli dalam pasukan elit Skuad Beta. Tiga lagi ahli skuad mereka tidak dapat hadir kerana masih perlu menjalankan tugas.
“Iyalah. Sebelum Ema bagi ucapan, biarlah aku jadi emcee dulu.”
Blah la kau,” balas Liza. Haris mencengilkan matanya. Liza membalas dengan menjelirkan lidahnya. Ema dan rakannya yang lain ketawa lagi. Kalau orang yang tidak mengenali mereka takkan menyangka bahawa mereka semua adalah pasukan organisasi undercover kerajaan Zamora itu. Organisasi pasukan mereka bukanlah di bawah pasukan polis, bukan juga dibawah pasukan askar tetapi mereka semua tetap bekerjasama.
“Okey. Ema, aku bagi pihak kawan-kawan semua dan juga tuan ASP kita nak ucapkan tahniah sebab kau dah naik pangkat ke Skuad Alpha. Yeah!” Haris menggenggam tangan dan menjulangnya ke atas.
Ema senyum dan  mengangguk, “Alhamdulillah.” Skuad Alpha boleh dikira pangkat tertinggi dalam pasukan mereka. Ada tiga pangkat iaitu Gamma, Beta dan Alpha. Apabila dia sudah beralih ke Skuad Alpha, maka hanya tinggal tujuh orang sahaja ahli dalam Skuad Beta sekarang ini.
“Sedihnya aku. Mesti susah hendak jumpa kau lepas ini,” Liza mencebik, gaya hendak menangis. Namun Ema tahu, Liza hanya berpura-pura. Almaklumlah, ahli pasukan undercover, lakonan haruslah menjadi!
“Kau ni… Bukannya aku beralih ke tempat lain. Office pun, bangunan sama,” balas Ema.
“Ema, kau lapor diri esok, kan? Apa perasaan sekarang?” soal Azi yang berada di sisinya.
Nervous la sikit tapi tak keterlaluan sebab kita pun memang kenal siapa dalam Skuad Alpha sebelum ini.” Bekerja di satu bangunan yang sama, semua ahli skuad undercover tidak kira pangkat memang mengenali antara satu sama lain. Lagipun, bilangan mereka tidak lebih sepuluh orang dalam satu skuad itu.
“Sebelum ni kita anggap Alpha senior kita. Alamak Ema, kira kau dah jadi senior kami la ni…” usik Haris.
“Tahu tak apa. Sila hormat aku, okey. Jumpa nanti, beri salam,” ujar Ema, berlagak sombong seketika.
Mereka ketawa melihat gelagat Ema. Bukan mereka tidak tahu, antara semua ahli Skuad Beta, Emalah orang yang paling baik hati dan lembut. Namun kadang-kadang, sikap itu juga adalah satu kelebihan dalam tugasan Ema sendiri.
Steamboat (harap tak ada gambar daging k*****r. hehe)
Fateh melangkah masuk ke restoran yang terkenal dengan makanan steamboat itu. Dia sebenarnya berjanji hendak bertemu dengan kawannya di restoran lain namun ketika di kaki lima pusat membeli-belah itu, dia ternampak seorang teman lamanya ketika dia berada dalam latihan unit perisikan dahulu. Memandangkan dia mempunyai masa lebih kurang sepuluh minit lagi, Fateh membuat keputusan untuk menjejaki kawan lamanya itu seketika.
                Mendekati meja yang dipenuhi empat orang insan itu, Fateh memberi salam dan memandang pemuda yang membelakanginya tadi. Apabila pemuda itu menoleh ke arahnya, nyatalah itu memang kawannya dahulu, Haris.
                “Fateh!” Haris bangun dan berpelukan dengan pemuda di hadapannya itu. Apabila pelukan dilepaskan, mereka menemukan penumbuk mereka.
                “Ya Allah, lama kita tak jumpa! Kau apa khabar?”  soal Haris, gembira bertemu dengan kawannya yang sudah bertahun-tahun tidak ditemuinya.
                “Alhamdulillah. Kau pun nampak sihat dan gembira, ditemai tiga orang gadis cantik jelita ni,” usik Fateh, mengangkat kening ke arah tiga lagi insan yang duduk semeja dengan Haris tadi.
                Haris ketawa. “Sorry. Mari aku kenalkan. Ni kawan-kawan sejawatan aku. Liza, Azi dan Ami. Ada seorang lagi, dia ke tandas tadi.”
                Fateh menyuakan senyuman dan mengangguk kepada tiga gadis itu. Kalau mereka adalah rakan sejawatan Haris, maka tentulah mereka adalah polis atau pun ahli anggota pasukan beruniform.  “Hai. Saya Fateh. Nice to meet you all, girls.”
                “Nice to meet you too, Tengku.” Serentak Liza, Azi dan Ami menjawab. Nyata mereka kenal Tengku Fateh Abqari walaupun hanya melihat sekilas sahaja.
                “Kau seorang saja? Duduklah dulu.” Haris mempelawa kawannya itu.
                Fateh mengggeleng. Kalau dia duduk, khuatir terlupa pula temu janjinya dengan kawannya nanti. “It’s okay. Aku ada janji sebenarnya ni. We’ll meet next time. Minum-minum. Okey?”
                Haris mengangguk, mengerti. Lantas mereka bertukar-tukar nombor telefon dan Fateh berlalu daripada situ.

Ema duduk di tempatnya sekembali daripada tandas.
                “Lamanya kau ke tandas, Ema.” Liza bersuara.
                “Ha’ah. Kita orang sempat jumpa Tengku Fateh Abqari, Putera kedua tu,” sampuk Ami.
Ema tersenyum nipis. Dia ‘melawat’ tandas hanya sekejap sebenarnya, yang lama lebih kepada bersembunyi. Kehadiran pemuda yang disebut oleh Ami tadilah yang membuatkan dia menyembunyikan diri. Setelah Tengku Fateh berlalu jauh daripada restoran itu, barulah Ema berjalan menghampiri rakan-rakannya.
“Kawan si Haris ni rupanya Tengku Fateh tu,” ucap Azi pula.
Ooo… Mulut Ema membulat. Itu adalah satu perkara yang dia baru tahu. “Macam mana kau boleh rapat dengan dia, Haris?”
“Dulu, aku ikut latihan unit perisikan. Aku kenal dia kat situlah. Kan semua kerabat diraja wajib masuk unit perisikan seketika,” jelas Haris secara pendek dan perlahan. Bimbang juga dia bercerita perkara-perkara begini di tempat awam seperti ini.
Emma mengangguk faham. Terasa pepatah ‘Dunia ini kecil’ adalah benar. Tengku Fateh adalah bekas rakan sekolahnya, bekas majikannya dan kini kawan kepada Haris pula. Perkara ini bukanlah perkara yang baru. Nyata perancangan manusia tidak dapat menandingi perancangan Allah SWT.



Fuhhh.... apa lagi lepas ni? =P
Rasa macam pendeklah pulak... Sorry~
Komen kawan-kawan, plisss...

6 komen:

Diya Nordin berkata...

Gambatte dik :)
Moga terus rajin menulis ya :)

Tanpa Nama berkata...

nasib baik Ema perasan fateh ada kat situ then dia menyorok kalau tak mesti kantoi kan? hehe :p sambung lagi sambung lagi :3 suka baca! fighting!! hihihi

Nava_JksCri berkata...

Pendek tapi ok.. Clear sikit details about Ema...
Harap2 13 panjang....

Tanpa Nama berkata...

cerita ni lama sgt tunggu s,pi daa lupa dan kena bace balik dr mula huhu.......~nurul~

Tanpa Nama berkata...

Akak~ rindunya cerita akak.

angelberru berkata...

Nheh ngeh ngeh..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©