COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 26 Januari 2014

E & F -11-

“Assalamualaikum, mak! Kami dah balik!”
Ema membiarkan adik-adiknya memanggil emak mereka sementara dia mengunci keretanya. Jam di pergelangan tangannya diintai, sudah hamper pukul sembilan malam. Rasa bersalah muncul mengingatkan mereka meninggalkan emak semenjak daripada pagi sehingga malam berseorangan. Namun, itu semua bukan dalam perancangan sebenarnya. Apa yang pasti, perancangan Allah Yang Maha Kuasa menyimpang tidak sama dengan perancangan manusia biasa sepertinya.
Masuk sahaja ke dalam rumah, dia melihat adik-adiknya menunjuk kepada emak barang-barang yang mereka beli pada hari ini. Lebih tepat lagi, barang-barang yang dihadiahkan kepada mereka. Ema melangkah menghampiri emaknya dan duduk di sisi wanita itu di atas kerusi di ruang tamu.
“Mak, maaf balik lambat. Mak dah makan?” Ema bertanya seraya membuka tudung yang dipakainya.
“Mak dah makan. Kan kamu dah telefon mak yang kamu balik lambat tadi. Mak makan dululah. Ema dan adik-adik dah makan ke?” soal wanita itu pula. Gembira dia melihat anak-anaknya yang ceria dengan barang-barang mereka. Namun, timbul persoalan di benaknya apabila melihat barang-barang yang dibeli adalah lebih daripada kebiasaannya. Almaklumlah, mereka bukannya keluarga yang senang.
“Kami dah makan, mak. Tadi Abang Fateh belanja,” sampuk Mazurah.
Ema tidak sempat menahan adiknya daripada menyebut nama lelaki itu.
“Abang Fateh? Siapa tu?” Soal emaknya lebih kepada adik-adiknya.
“Alah…bu. Abang Fateh yang datang ke gerai kita tempoh hari. Kawan Kak Ema,” jawab Majid, adik bongsu mereka.
Melihat mak yang menoleh memandangnya, Ema mengukir senyuman nipis. “Kebetulan terjumpa dia tadi, mak.”
“Abang Fateh tu baik mak. Dia belanja kami macam-macam,” Mazurah selamba bercerita. Ema sudah menghela nafas berat. Mengingatkan apa yang telah dmakat oleh Fateh kepada keluarganya ini, Ema berasa serba salah. Dia jadi berhutang budi banyak kepada pemuda itu. Bilakah dia boleh membalas jasa pemuda itu?
“Alhamdulillah, rezeki kamu semua Allah bagi melalui dia. Dah ucapkan terima kasih atau belum?” Mak membalas. Ema hanya diam, mendengar perbualan keluarganya sementara fikirannya mula terbang ke arah perkara lain.

Ema mengibas baju kemeja di tangannya beberapa kali sebelum panyangkut baju dimasukkan ke dalam kolar dan di sidai di tempat penyidai. Rumah emper milik Tengku Fateh itu sudah dimop dan hanya tinggal baju untuk disidai sahaja. Membasuh baju bukan dalam skop kerjanya namun, tetap dilakukannya juga. Bukannya susah kerana dia hanya menggunakan mesin basuh. Kemudian, baju itu ditinggalkan dan dia melakukan kerjanya yang lain dan akhir sekali barulah dia menyidai baju yang sudah siap dibasuh oleh mesin itu.
Dari kawasan penyidai baju itu, Ema menjenguk ke bawah. Dari situ dia memandang sebuah kondominium yang berada 3 tingkat bawah daripada rumah emper itu, di blok yang bertentangan. Selalunya, dia akan mengintai kondominium tersebut. Kadang-kadang, dia akan ke blok tersebut dan berpura-pura berjalan melalui pintu kondominium tersebut. Mengingatkan kejadian semalam, tugasnya di Kondominium Mahligai sudah selesai.

Tidak jauh dari tempat kejadian, Ema memandang beberapa orang lelaki yang digari tangan ke belakang dibawa oleh beberapa pihak polis keluar daripada kondominium mewah itu.  Setengah jam yang lalu, kecoh aras tersebut dengan adegan antara polis dan penjenayah yang bersembunyi di sebuah kondomonium di Kondominium Mahligai tersebut. Bising juga, namun penghuni kondominium lain mungkin tidak berani untuk keluar dan keadaan ini dapat mengelakkan orang-orang yang tidak bersalah daripada cedera.
“Ema.” Satu tepukan hinggap di bahunya daripada belakang.
Ema segera berpaling. Melihat insan di hadapannya, badannya terus tegak. “Tuan.”
“Tahniah, Ema. Misi kita kali ini berjaya.”
Ema mengukir senyuman, “Alhamdulillah, Tuan.”

Ema tertanya-tanya, adakah Tengku Fateh tahu akan kejadian yang terjadi di blok bertentangan semalam atau pemuda itu mungkin tidur keletihan tanpa menyedari apa yang berlaku. Balik daripada membeli-belah  bersama-sama adik-adiknya semalam, Ema merehatkan diri di rumah emaknya. Tepat jam dua belas malam, dia keluar dan diberitahu kepada emaknya bahawa dia terpaksa pulang ke rumah sewa kerana dia masih mempunyai kerja yang perlu diselesaikan keesokannya.
Setelah habis pakaian disidainya, Ema memastikan dia mengunci semua pintu daripada dalam. Sudah siap tugasnya pada hari ini dan sebenarnya inilah hari terakhir dia akan menjejakkan kaki ke rumah emper ini. Lagipun, dia hanya menggantikan rakan sekerjanya daripada agensi yang sebelum ini dan kini rakan sekerjanya itu sudah dapat bertugas kembali.
Apakah perasaan Tengku Fateh apabila mengetahui bukan lagi dia yang mengemas rumah emper ini? Ema menggeleng-gelengkan kepalanya. Kenapa pula Tengku Fateh hendak tahu? Entah-entah, lelaki itu langsung tidak kisah sebenarnya. Ema berdiri di tengah-tengah ruang tamu rumah emper itu. Setiap inci rumah itu ditatapnya. Ema tahu, dia akan merindui rumah ini. Dia akan merindui saat dia berehat seketika di balkoni dengan kerusi ‘sarang burung’ yang tergantung, saat dia mencuci ruang-ruang yang ada diiringi dengan lagu-lagu daripada set sistem audio teater rumah dan saat dia menggunakan dapur mewah rumah emper itu.
balkoni & kerusi ‘sarang burung'
Ruang tamu
Dapur mewah

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Tiada nama yang muncul, hanya nombor telefon yang tidak dikenalinya. Dengan lafaz basmallah, Ema menyambut panggilan tersebut.
“Ema, saya ni Fateh.” Suara itu menyahut selepas salam dijawab.
Bulat mata Ema. Dari mana pula Tengku Fateh mendapat nombor telefonnya? “Tengku, ada apa?”
“Ema masih ada di rumah saya, kan? Boleh tolong saya?”
Ema terdiam. Dia mendengar dengan teliti. Rupanya Tengku Fateh tertinggal dokumen yang penting dan dia perlu turun mendapatkan pemuda itu kerana kad akses ada padanya. Dengan sekali imbas akan keadaan rumah emper itu, Ema segera berlalu keluar. Pintu rumah emper itu dipastikan supaya terkunci elok sebelum dia melangkah ke arah lif.
Sampai sahaja di tingkat paling bawah, Tengku Fateh sudah menunggu di hadapan lif. Ema keluar daripada lif dan menghulurkan kad akses tersebut kepada pemuda yang kelihatan kacak berpakaian suit kerja pemandu kapal terbang peribadi itu.
“Kenapa bagi kepada saya? Awak dah siap mengemas?” soal Tengku Fateh kehairanan.
Ema mengangguk, “Dah siap, Tengku. Saya pun sudah hendak pulang.”
“Ema, how many times should I remind you? Panggil saya Fateh sahaja,” tegas Tengku Fateh.
“Maaf, Tengku. Sudah terbiasa.” Ema menundukkan kepadanya.
“Lepas ni, kalau awak panggil saya Tengku lagi, awak kena denda. Okey?” Tengku Fateh mengangkat kening kepadanya.
Ema tersenyum, namun tidak menjawab apa-apa. Masih ada ‘selepas ini’kah?
“Okey. Saya kena cepat ini. We’ll meet again soon, okey?” Tengku Fateh memberi salam dan cepat-cepat masuk ke dalam lif.
Ema menyuakan senyuman dan Tengku Fateh membalas sebelum pintu lif tertutup rapat. Ema menghela nafas dan berlalu daripada situ. Dia berhenti di pondok jaga terlebih dahulu. Dilihatnya, Abang Rahman sedang menulis sesuatu. Dia menegur lelaki itu.
“Nak balik dah, Ema?” soal lelaki itu apabila mengangkat wajah.
Ema mengangguk, “Abang, lepas ni orang lain yang datang ya. Bukan Ema dah.”
“Oh, Ema dah tamat kontrak ke?”
“Ema kerja tempat lain pula selepas ni,” jawab Ema. Dia tidak menipu, cuma tidak memberitahu maklumat terperinci sahaja.
“Oh ya. Tadi abang bagi nombor telefon Ema kepada Tengku Fateh. Dia nak cepat sangat tadi. Tak menyempat nak tunggu abang telefon, dia minta nombor Ema.”
Ema mengangguk faham.


 and... komen kawan-kawan? :D

5 komen:

Nadzipah berkata...

Lama tak komen di sini.
Ema tu polis ke penyiasat?
Alahai... kena sangat la tu... dua-dua beruniform. :D

Pasti ada lagi 'selepas ini' itu... Andai sudah jodoh, pasti akan ketemu jua. :)

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka ema tu undercover. Menarik..

Tanpa Nama berkata...

best3...nk lg

Tanpa Nama berkata...

cepat buat sambungan tau :3 hehehe best cerita ni

Nava_JksCri berkata...

Oh, dh agak dh Ema mesti Spy....hehehe
Tapi knp Ema dsiasat oleh Airi?
Walaupun panjng tapi mcm x cukup je...
Cik Haliban, sambung yea asap....

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©