COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 14 Jun 2013

E & F -3-

Televisyen yang tersiar cerita Sponge Bob Square Pant di pandang penuh minat. Kadang-kadang dia ketawa. Lucu sungguh cerita kartun ini sampaikan dia yang sudah dewasa itu boleh ketawa.

          “Ema, aku nak pergi pasaraya ni. Kau hendak ikut?” Nada atau nama penuhnya Qatrunnada’ binti Hilmi, merangkap teman serumahnya bertanya. Ema mengangkat wajahnya, memandang Nada yang sedang berdiri di pintu bilik dengan tudung yang baru hendak disarungkan ke kepala.

          “Pergi mana? Jauh tak?” soal Ema. Hari-hari cutinya seperti ini, dia malas hendak bersiap cantik-cantik. Kalau dekat, bolehlah dia bersiap ala kadar sahaja dan mengikut Nada. Kalau jauh, rasanya lebih baik dia sambung menonton Sponge Bob Square Pant itu.

          “Giants sahaja. Hendak ikut atau tidak?” Nada sudah mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja hadapan televisyen itu.

           “Nak! Tunggu sekejap ya.” Ema cepat sahaja melompat bangun. Dia berlalu ke biliknya. Cardigan berwarna hitam disarung ke tubuh dan tudung ringkas berwarna kuning disarung terus ke kepalanya. Sekilas dia melihat penampilannya di cermin bilik. Seluar slack hitamnya sudah padan dengan cardigan hitam. Cuma, t-shirt berwarna biru muda di tubuhnya itu sungguh tidak padan dengan tudung kuning itu. Ema tersengih, ada dia kisah? Tidak, asalkan pakaiannya menutup aurat dan tidak ketat, dia sudah berpuas hati.

          Keluar daripada biliknya, televisyen yang ditinggalkan tadi segera ditutup. Nada tentu sudah menunggu di dalam kereta kesayangannya, Proton Kancil buatan negara Malaysia itu. Lantas, pintu rumah dikunci sebelum menghampiri Kancil yang sudah berada di luar pagar rumah.

          “Macam mana kerja kau?” soal Nada setelah dia memandu keluar daripada kawasan perumahan mereka. Keretanya sudah masuk ke jalan besar.

          “Huh? Kerja apa?” Ema tiba-tiba blur. Dia tidak pasti apa yang ditanya oleh kawannya itu.

          “Kerja top secret kau itulah.” Nada menoleh sekilas kepada Ema di sebelahnya sebelum kembali fokus ke arah jalan dan memusingkan stereng kereta untuk belok ke kanan.

          Ema tersengih. Nada adalah salah seorang sahabat yang paling dipercayainya. Jadi, Nada tahu tentang semua rahsianya. Top Secret yang dinyatakan oleh Nada itu, langsung tidak diketahui oleh orang-orang yang terdekat dengannya termasuklah keluarganya. “Dah namanya rahsia, mana aku boleh beritahu engkau.”

          Nada mencebik, “Eleh, blahlah kau.”

          Ema ketawa. Suka dia, dapat bergurau dengan sahabatnya, sekali gus mengeratkan hubungan mereka berdua. Lagipun, bukan selalu mereka dapat bersama begini. Masing-masing sibuk dengan kerja.

          Nada memarkir keretanya berdekatan pintu masuk Giants. Alhamdulillah, masuk sahaja kawasan parkir untuk mencari tempat, terdapat sebuah kereta yang sedang mengundur untuk keluar. Lalu, cepat-cepat Nada memberi lampu signal bahawa dia ingin masuk ke tempat parkir tersebut.

          “Kau hendak ke bahagian mana dulu ni?”

          “Benda basah dululah.”

          “Jom.”

          Ema mengikut sahabatnya yang mula menolak troli. Melewati kawasan udang segar, Ema berhenti dan membiarkan Nada terus berjalan. Tiba-tiba tekaknya terasa ingin makan udang pula. Kalau goreng sahaja pun, sudah sedap ni… Lantas Ema mengambil plastik yang disediakan lalu mengaut udang-udang yang bakal menjadi makanannya nanti.

          Apabila dia berpaling ke hadapan, Nada sudah tiada di situ. “Cepat pula budak ni berjalan.” Ema pusing ke kiri, pusing ke kanan. Tiada Nada. Pusing ke belakang, dia hampir terlanggar sebuah troli.

          “Sorry…” ucap Ema.

          “Tak apa. Eh, awak…Zaima, kan?”

          Ema memandang gadis yang sedang memegang troli yang hampir dilanggarnya itu. Cantik gadis itu berbaju kurung moden. Rambut yang keperang-perangan pula dibiarkan lepas. Melihat wajah gadis itu, dia berasa seperti pernah melihat wajah tersebut.

          “Akulah, Diana. Sekolah Elit Xelline.”

          Mendengar nama sekolah yang disebut oleh gadis itu, serta-merta nama Diana yang disebut juga menjengah memorinya. “Ah… Diana. Hai. Apa khabar?” Dia mendekat dan gadis itu memaut badannya untuk berlaga pipi. Ema menurut sahaja.

          “Sihat. Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini.” Wah, sungguh ceria nada gadis itu sedangkan Ema tersenyum paksa. Bukanlah apa, dia bukannya baik dengan Diana ketika sekolah dahulu. Tapi reaksi Diana ini seperti kawan baik yang lama tidak bertemu pula.

          “Oh ya, kau ada dapat undangan untuk reunion batch sekolah kita?” soal Diana.

          Ema hanya menggeleng.

          “Oh… Tak sampai lagi ke alamat kau agaknya. Haa… ni nak cerita. Aku dah bertunang. Nanti kau jangan lupa datang reunion. Aku kenalkan dengan tunang aku. Sebenarnya, kau pun kenal dia.” Bla… Bla… Bla…

Ema sudah malas hendak mendengar. Apa kes pula cerita dekat aku pasal tunang dia? Bercerita bagai aku ni kawan baik dia pula. Seingat dia, semasa sekolah dahulu, dia tidak sekelas dengan Diana.  Diana ni budak pandai dan juga memakai tudung. Berbeza dengan dia yang tidak beberapa bijak dalam kelas dan juga tidak memakai tudung. Namun, sekarang nampaknya Diana seperti terkena culture shock sahaja. Ke mana tudung gadis itu? Ema senyum nipis.

Eh… sorry. Aku nak cepat ni. Aku pergi dulu tau. Lain kali kita jumpa. Bye.” Ema memotong Diana dan terus berlalu daripada situ. Ema meneruskan misinya mencari Nada. Dia pusing ke satu selekoh. Buk! Ema jatuh terduduk. Apalah nasib hari ini…

jeng. jeng.

psssttt... Ema bertembung dengan Fateh ke? hehehe

1 komen:

Nava_JksCri berkata...

Sapa yg Ema terlanggar???
Oh nama nya Zaima so dipanggl Ema...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©