Fateh
memandang gadis yang terduduk di hadapannya. Tangan gadis menggosok pinggang. Sakit
agaknya.
“Maaf, cik. Cik tak apa-apa?” soal Fateh. Dia hendak
membantu tetapi tidak tahu apa yang boleh dibuatnya. Gadis itu mengangkat
wajah. Kemudiannya, Fateh melihat mata gadis itu membulat. Seperti terkejut melihat dirinya. Cepat pula
gadis itu berdiri. Hilang sudah rasa sakitnya barangkali. Kepala gadis itu menundukkan
sedikit, “Tengku. Tak apa. Tak apa. Salah saya.”
Fateh terkejut. Dia memandang pakaiannya. Dia memakai
spek hitam yang besar, stail orang zaman sekarang, dan juga memakai jaket
hitam. Kalau orang lain yang melihat, mereka tidak akan kenal siapa dirinya
tapi gadis ini, sekali pandang sahaja sudah tahu dia adalah keturunan diraja?
“Oookey tapi… Macam mana awak
boleh kenal saya?” soal Fateh sambil mencabut spek hitamnya. Dia memandang
gadis yang berdiri di hadapannya. Gadis itu hanya berpakaian ringkas. Memang
seperti hendak ke pasar.
“Errr… Saya minta maaf, Tengku.
Saya ada hal. Saya pergi dulu.” Cepat sahaja gadis
itu menuturkan kata dan kelam-kabut bergerak daripada situ, hilang
daripada penglihatannya.
“Laaa…” Berkerut dahi Fateh. Kenapa
gadis itu nampak macam tidak selesa dengannya? Cepat sahaja gadis itu ingin
dari daripadanya. Agaknya gadis itu adalah salah seorang pekerja istana.
Mungkin sebab itu gadis itu dapat mengenalinya walaupun dia berpakaian
sebegini.
“Macam-macam. Herm… Aku hendak beli
apa tadi ya?” Fateh berbicara sendirian. Dipandang rak di sebelah kiri dan
kanannya, penuh dengan makanan segera. Lalu dia membuat keputusan untuk membeli
paket-paket makanan segera untuk keperluannya di penthouse miliknya.
Lagipun, dia tinggal seorang diri dan bukannya selalu makan di rumah. Jadi,
cukuplah jika dia membeli makanan segera sahaja rasanya.
1 komen:
Dah agak dah mesti tlanggar Fateh..
Ema mesti de crush dengan Fateh time kat sekolah...hehe
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D