COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 1 Ogos 2012

Lelaki Untukmu (LUM) -1-



Jangan jangan pernah kamu sakiti lagi
Hatiku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku

Jangan jangan pernah kamu hancurkan lagi
Cintaku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku untukmu kekasihku

Akulah lelaki yang paling mencintaimu
Dari semua yang mengaku lelaki
Dari semua yang mengaku kekasih

Akulah lelaki untukmu

Jangan jangan pernah kamu lupakan lagi
Diriku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku untukmu kekasihku

Jangan jangan pernah kamu lupakan lagi
Diriku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku, untukmu kekasihku

Akulah lelaki yang paling mencintaimu
Dari semua yang mengaku lelaki
Dari semua yang mengaku kekasih
Akulah lelaki oh lah
Akulah lelaki untukmu



“Hidup aku ni dah macam cerita dalam e-novel tau tak?”  Azra menongkat dagu. Dia berpaling, memandang ke luar kafe.
                “Eh, mana kau tahu cerita ni ada dalam e-novel? Kau pernah baca ke? Setahu aku aku je yang suka baca e-novel ni. Tak sangka pula kau pun baca juga ya,” panjang lebar sahabat di hadapannya itu membalas.
                Azra menjeling Fatihah sekilas, membuatkan gadis itu tersengih sahaja.
                “Hello... aku tak mainlah baca e-novel ni. Booo...ringgg... Asyik cerita jiwang memanjang,” tempelak Azra.
                Fatihah mencebik, “Sedar tak kau tengah menghina aku? Ceh...” dijuihkan lagi bibirnya. Azra ketawa.
                “Mana ada aku menghina. Haish... kau ni. Aku cuma cakap aku tak suka cerita jiwang-jiwang. Kau lain. Aku lain. Kau tak apalah, kau suka benda macam tu,” jelas Azra’. Tidak mahu kawannya itu merajuk. Penat dowh nak memujuk kalau Cik Fatihah binti Amri ni merajuk.
                “Hek eleh... tak suka pun, kau kena suka juga. Nama pun dah kahwin. Kenalah beromantik dengan encik suami, kan?”
                Persoalan akhir membuatkan Azra mencebik sedikit dan mendiamkan diri. Itulah kisahnya yang dia cakap hidupnya sudah seperti cerita dalam e-novel yang selalu dibaca oleh Fatihah. Dia sudah berkahwin dan dia masih lagi seorang pelajar.
Eh...kahwinnya tentulah dengan kerelaan hati sendiri tetapi masalahnya sekarang, dia tiada perasaan terhadap suaminya. Macam mana dia boleh berkahwin dengan Encik Suaminya itu, ayahnya punya pasal! Amboi... marahkan ayah pula. Padahal dia sendiri juga rela. Okey... sebenarnya dia tidak rela sepenuh hati. Dia rela kerana terpaksa.
“Aku jealous tau dengan kau,” sambung Fatihah, meleraikan lamunan pendeknya tadi.
“Apa kemendanya yang kau hendak jealous? Kepala aku ni makin pening tau,” jawab Azra.
“Iyalah...kau kahwin masa belajar. Aku pun bercita-cita nak kahwin masa belajar tapi jodohnya tak ada lagi dan parent aku pun tak bagi. Hu...hu...hu...” Fatihah membuat muka sedih.
Azra menjulingkan matanya ke langit. Seingat dialah... ibubapanya juga pernah bagitahu kepadanya supaya menamatkan dahulu pelajarannya sebelum ada niat untuk kahwin tapi ini tup-tup ibu bapanya beri kebenaran untuk kahwin. Dah kahwin pun.
“Dah tu, suami kau ada kerjaya, ada rumah, ada kereta, ada rupa. Tengok cincin kahwin kau tu. Emas lapan karat okey! Bukan cincin belah rotan biasa. Haish... senang cerita, suami kau memang perfect lah...” sambung Fatihah, melambung-lambung memuji suami orang itu.
“Amboi, puji orang tak ingat dunia nampak?” Azra membulatkan matanya. Fatihah terkikih-kikih ketawa.
“He...he...he... cemburu ke?”
Azra menjelir. Dia tidak membalas. Pandangannya dihantar ke luar kafe kembali.
Anyway, kenapa pula kau hendak pening-pening kepala ni? Aku tengok korang berdua okey saja tadi. Siap salam tangan cium dahi lagi,” Fatihah bertanya, ingin tahu apa yang bermain di fikiran Azra.
Azra mengeluh.Memang dia kembali ke asrama dihantar oleh Encik Suaminya. Okey... kisahnya begini. Seminggu yang lalu, dia pulang ke kampong untuk cuti pertengahan semester universitinya. Alkisahnya, apabila dia sampai di perkarangan rumah, dia melihat ada beberapa buah khemah terpasang di halaman. Adik lelaki yang mengambilnya di stesen bas tadi pula tidak cakap apa-apa. Apabila ditanya pada ayahnya, dengan selambanya ayahnya berkata ini khemah itu adalah untuk majlis perkahwinannya tiga hari lagi.
Terkejut beruk dia!
Pertama, kahwin? Kalau majlisnya, kenapa dia tak tahu?
Kedua, tiga hari lagi??
Ketiga, bakal suami???
Apa ke hal! Azra jadi marah. Dia mogok dengan ayah dan adik lelakinya tetapi mogoknya hanya tahan sehari. Hendak dijadikan kisah, hari kedua dia mogok, ayahnya ke kebun buah tetapi kakinya digigit ular.
“Azra!”
Azra terpinga-pinga apabila lengannya ditampar kuat.
“Sakitlah!” Berkerut dahinya menahan sakit. Lengannya digosok perlahan.
“Padan muka! Tu... handphone kau berbunyi!”
Baru Azra perasan, telefon tangan yang berada di dalam beg galasnya yang mengeluarkan lagu. Terkocoh-kocoh dia mencari.
Hubby  awak
Berkerut dahi Azra memandang nama yang naik itu. Kalau hendak cakap suaminya sedang menelefonnya, dia namakan suaminya di telefon itu dengan nama ‘Encik Suami’. Entah siapa yang menukar nama itu. Teragak-agak Azra menjawab panggilan tersebut dengan salam.
“Waalaikumussalam, sayang! Tengah buat apa?”
Azra terkedu mendengar panggilan manja yang ditujukan kepadanya itu.  
“Errr... tengah makan malam,” jawabnya pendek.
“Dengan siapa? Seorang?”
“Kawan.”
“Siapa kawan tu?”
Azra menjulingkan matanya, seakan-akan lelaki di hujung talian itu ada di hadapannya. “Kawan yang awak jumpa tengahari tadi. Fatihah,” jelas Azra.
“Ooohhh... Boleh saya cakap dengan dia sekejap?”
Berkerut dahi Azra. “Kenapa pula? Awak kenal dia ke?”
“Saya nak pesan sesuatu pada dia.”
Azra diam. Telefonnya dihulur pada Fatihah sebelum dia berpeluk tubuh dan bersandar, memandang sahabat yang sedang berbual dengan suaminya itu. Yang dia dengar dari mulut Fatihah hanyalah ‘Ya, insyaAllah.’ ‘Baiklah.’ ‘Okey.’
“Nah!” Fatihah menghulurkan kembali telefon bimbitnya dengan senyuman yang nakal. Dengan wajah cemberutnya, Azra menyambut dan dilekapkan telefonnya kembali ke telinga.
“Dah?” soalnya pendek kepada si suami.
“Dah, sayang. Nanti jangan lupa makan sampai kenyang. Jangan tak makan. Kalau awak tak makan, saya pergi sana jumpa awak.”
Azra terkebil-kebil mendengar ugutan si suami yang tiba-tiba itu.
“Saya tengah makanlah ni. Lagipun, takkan nak makan sampai perut kembung. Sunnah Rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang.”
Si suami ketawa. “Pandai isteri saya.”
“Errr... awak dah makan?” iyalah, dia tengah sedap-sedap makan bersama Fatihah. Manalah tahu jika orang di sebelah sana itu tengah kebuluran. Alah...tak adanya sampai kebulur. Si suaminya itu poket  loaded kot.
“Tengah makan maggi seorang diri depan televisyen ni. Maklumlah, saya duduk seorang diri je. Isteri sayakan duduk di asrama sekarang,” panjang lebar pula si suaminya menjawab dengan suara yang sedih. Sengaja membuatkan dia rasa bersalah. Memang di dalam kereta tadi, suaminya ada mengajak untuk dia tinggal bersama tetapi Azra tidak membalas apa-apa. Akhirnya, dia kembali juga ke asrama dan suaminya kembali ke rumahnya.
“Sayakan student lagi,” jawab Azra pendek.Alasan sahaja. Bukannya dia tak boleh live-off-campus sebenarnya.
“Iyalah. Saya tak nak paksa awak.”
 “Herm...” hanya itu yang dibalasnya.
“Okeylah. Saya ada kerja nak buat. Kita jumpa hujung minggu nanti ya. Take care. Bye. Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam. Awak!” panggil Azra kembali.
                “Ya?”
                “Errr...take care,” ujar Azra perlahan. Malu jika didengari oleh Fatihah.
                “Ya, sayang. Awak pun. Bye.
                “Bye,” sambut Azra sebelum meletakkan telefonnya di atas meja.
                “Amboi, kau. Bercinta depan aku!” ucap Fatihah.
                “What ever. Aku bercinta pun bukan dapat dosa,” balas Azra. Bercinta selepas kahwin, dapat pahala tau!


TADA! cerita baru. :)

8 komen:

naely berkata...

Lain dr ksh2 yg writer tuls b4 this. Keep it up!!

Nadzipah berkata...

Whoa~~~ Ada cerita baru..Like2^^

Err..nak lagi cik Haliban. Hee. Mesti nama macho kan 'encik suami' ni. Orangnya pun sweet gitu. Haha.

eija berkata...

wooo cite br... sbg lg cpt2 taw... hehe

Unknown berkata...

yeah! crita baru! suka3
Sweet~hehehe
Nak lagi! Nak lagi!

Munirah Wu berkata...

akak! x kan nme die 'Encik Suami' je??sambung! best~ :)

Unknown berkata...

mantaaap :D

domocomey berkata...

so sweet like chocolate .. >_<
i like !

Tanpa Nama berkata...

Bestt ♡

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©