COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 28 Mei 2012

Iwana-Ulwan--> Kerana Hati Bicara -6-

cik Nadzipah, saya tgh exam period lagi. Biasalah...x lengkap rasanya hidup kalau tak menulis. hehehe... 

Tajuk lama.

Ulwan mengambil fail kes yang dihulurkan oleh setiausaha Tengku Faidhi kepadanya. Dia meneliti seketika isi fail tersebut sebelum mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu.
         Beberapa langkah menjauhi meja setiausaha itu, namanya dipanggil. Ulwan menoleh kembali. Tengku Faidhi berdiri di luar pintu biliknya. Ulwan mengukir senyuman dan bergerak mendekati lelaki berusia 40-an itu. Mereka berjabat tangan.
         “Macam mana? Okey kerja di sini?” soal Tengku Faidhi. Ulwan mengangguk kepada pemilik firma guaman tempat dia bekerja seminggu yang lalu ini. Sejak berhenti dan menjadi penasihat kepada syarikat guamannya dia Jauzan, dia membuat keputusan untuk cuba bekerja di Darwish sahaja. Dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya dan dengan segala pencapaiannya selama ini, dia di terima oleh Tengku Faidhi seminggu yang lalu.
         “Alhamdulillah, Tengku,” jawab Ulwan pendek. Berbual dengan Haq beberapa hari yang lalu, dia mendapat tahu bahawa Tengku Faidhi adalah kerabat terdekat pemuda itu. Apa tidaknya, Haq siap panggil lelaki itu dengan panggil Uncle Adi. Tentu mereka sangat rapat.
         “Saya rasa awak tentu sedang tunggu kes yang berprofil tinggi. Don’t worry. Nanti saya akan serahkan pada awak,” ucap Tengku Faidhi sambil menepuk-nepuk bahunya. Lelaki itu memandang memang tinggi kepada pemuda itu. Dia sebenarnya tahu bahawa sepupunya iaitu Raja Darwish sekarang pernah menjadikan pemuda di hadapannya sebagai calon menantu tetapi Tengku Iwana sahaja yang tidak menerima. Berita itu telah tersebar kepada semua kaum kerabat Darwish.
         Ulwan hanya tersengih seketika. Selama di Jauzan, memang dia mengendalikan kes-kes yang susah. Namun, baru seminggu di firma guaman Tengku Faidhi ini, dia tidak berharap untuk terus diberikan kes sebegitu.
         “InsyaAllah, saya buat yang terbaik Tengku.”
         Tengku Faidhi mengangguk-angguk. “Jom. Saya belanja awak lunch.”
         Ulwan menjeling jam tangannya. Memang sudah menghampiri waktu rehat. Pelawaan daripada majikannya itu tidak dapat dielak. Lagipun, rezeki jangan ditolak!

Keluar daripada pintu kediamannya, Iwana menyarung kaca mata hitam, menutupi matanya. Langkahnya diatur ke kereta yang telah disediakan untuknya. Dia ingin keluar bersendirian. Mengikut perkiraannya, ini adalah kali ketiga dia keluar bersendirian tanpa urusan. Selalunya, Syazwinalah yang menjadi mangsa untuk menemaninya. Nasib baiklah gadis itu ada perniagaannya sendiri, bolehlah menemaninya bila-bila masa sahaja.
         “Keluar lagi, akak?”
         Kakinya terhenti. Iwana mengeluh kecil. Dia berpaling ke sisinya, memandang adinda yang sedang bergerak menghampirinya. Pemuda itu dari kediamannya sendiri agaknya.
         “What? Am I grounded?” Iwana menyoal dengan nada malas. Dia sebenarnya malas hendak mencari gaduh tetapi kehadiran Haq tidak membantu. Sejak seminggu yang lalu, semua keluarganya seperti mogok bercakap dengannya kecuali jika ada perkara yang benar-benar penting. Itupun kadang-kadang perkara itu diberitahu melalui pembantu peribadinya sahaja.
         “Bukan akak dah keluar banyak kali ke minggu ni?” soalannya juga dibalas dengan soalan oleh Haq. Pemuda itu mengambil tempat duduk di kerusi berhampiran.
         “Oh... sekarang Haq dah pasang spy untuk ekori akak pula,” balas Iwana, memandang Haq tajam.
         “Kenapa akak sinis sangat ni?” Haq menyoal dengan kerutan di dahi.
         Iwana tergelak kecil. “Salah akakkah? Bukan akak tengah dipulaukan ke? Ada siapa yang ambil tahu ke apa yang akak buat?”
         “Akak, you are the crown princess. Pergerakan akak diintai oleh publik dan media masa setiap masa. Akak patut berhati-hati.”
         “So, sebab akak puteri mahkota, salah ke kalau akak buat keputusan untuk tolak Raja Zulqarnain Ulwan tu? Salah ke akak kalau akak tak ikut kehendak orang?” Iwana menyoal bertalu-talu. Biar Haq tahu betapa hatinya tidak senang hati bila kaum kerabat sendiri membiarkan dia terkapai-kapai selama beberapa hari ini.
         Haq menghela nafas. “Akak, ayahanda dan bonda tak paksa akak terima Abang Ulwan, kan? Apa lagi yang akak tak puas hati ni?”
         “Tapi lepas tu pulaukan akak? Macam mana Haq nak akak senang hati dengan keadaan ni?”
         “Dah tu, akak nak ayahanda dan bonda layan akak macam biasa? Akak tahukan yang kami sangat berharap akak terima Abang Ulwan tetapi bila akak tolak, ayahanda dan bonda tentu sedikit kecewa. Akak sepatutnya dah tahu ini akan terjadi. Akak tak boleh salahkan ayahanda dan bonda.”
         “Jadi, salah akak?” soal Iwana geram.
         “Haq tak cakap salah akak tapi akak sepatutnya cuba untuk ambil balik hati ayahanda dan bonda untuk tebus keadaan ni, bukan tunggu ayahanda dan bonda datang pada akak. You are the one who should go to them.”
         Iwana terdiam. Dia terkedu seketika. Benar kata adindanya, dialah yang sepatutnya cuba menghilangkan kekecewaan ayahanda dan bonda mereka, bukan mendiamkan diri sebegini. Terasa dirinya keanak-anakan pula.
         “Herm... akak nak keluar dengan siapa ni?” soal Haq selepas kakandanya sepi seketika.
         “Wina,” jawab Iwana sepatah. Dia memandang jam tangannya. Sudah hampir dengan waktu yang dijanjikan dengan Syazwina.
         “Akak pergi dulu,” ujarnya seraya melangkah.
         Haq hanya memandang dengan keluhan.

“Sudah masanya kita mempunyai seorang putera mahkota.”
         Tuanku Iman menoleh daripada komputer ribanya apabila mendengar ucapan suaminya, Tuanku Muhammad Danish. Dia memandang lelaki itu daripada sofa di tengah-tengah bilik kerja itu. Dia mengeluh kecil.
         “Takkan kita hendak paksa Wana? I don’t feel like it, dear.” Berkerut dahi Tuanku Iman. Dia tidak suka memaksa orang lain, terutamanya anakanda-anakanda mereka sendiri.
         “Sudah berapa lama kita beri peluang pada Wana? Setiap kali itu juga dia menolak. Orang sebaik Ulwan pun, dia tolak juga. Tak tahulah apa yang dia cari sebenarnya. Umur dia pun bukan muda lagi,” balas Tuanku Muhammad Danish. Dia bangun, meninggalkan meja kerjanya dan bergerak ke sofa.
         “Bukan jodoh dia dengan Ulwan. Kalau itu yang Wana dapat melalui istikharahnya, siapa kita untuk membantah?” Tuanku Iman mengusap lengan suaminya.
         “Rasanya, kali ini kita kena bertegas sekali dengan Wana,” lain yang difikirkan oleh Tuanku Muhammad Danish.
         “Bertegas boleh tapi bukan memaksa, dear. Lain maknanya tu,” jawab Tuanku Iman.


KOMEN? *_*

1 komen:

Nadzipah berkata...

Hihi. Biasa la tu kan..Time exam ni la banyak idea datang :D
Kenapa ye Iwana tolak Ulwan? Ingatkan dah setuju dah. Tapi kalau kata memang sudah tersurat jodoh mereka berdua, tak kan ke mana..Insya-ALLAH akan bersatu juga nanti. :')

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©