COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 25 Mei 2012

Iwana-Ulwan -5-

Iwana menglangkah keluar daripada bilik menghadap dengan langkah perlahan. Tiba-tiba dia berasa lemah. Melihat wajah keruh ayahanda, bonda dan adindanya ketika dia menyampaikan keputusannya tadi, membuatkan dia hilang keyakinan dengan keputusan itu. Padahal, dia sudah beberapa kali membuat solat istikharah dan solat hajat. Adakah salah keputusan yang disampaikan? Adakah dia tersalah mentafsir petunjuk Allah yang diperoleh?
         Iwana melabuhkan diri di kerusi yang tersedia di luar bangunan utama istana itu. Dia menghela nafas berat. Mengecewakan ayahanda dan bondanya adalah satu perkara yang tidak ingin dilakukannya sepanjang hidupnya tetapi itulah yang dilakukannya tadi. Sebelum ini, dia berharap agar ayahanda dan bondanya menerima keputusannya dengan senang hati seperti sebelum ini tetapi ternyata keadaan sekarang bukanlah seperti sebelumnya. Nampaknya, ayahanda dan bonda begitu berharap agar dia memberi keputusan yang positif dan apa yang dilakukannya adalah sebaliknya.
         “Urghhh...” Iwana mula berasa tertekan. Udara yang dihirupnya saat ini dirasakan menyesakkan. Iwana pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi kawan baiknya, Syazwina.
         “Helo, Wina. Jom keluar.” Sepatah dia menuturkan hasratnya. Jika berasa di dalam istana dirasakan sesak, dia perlu keluar untuk melepaskan tekanannya.
         “Okey. Jumpa tempat biasa,” ujar Iwana, mematikan panggilannya dan lantas bangun berlalu ke kediamannya.


Ulwan terkaku mendengar butir bicara si pemanggil di hujung talian telefonnya. Perlahan-lahan dia melepaskan nafasnya. Daripada posisi berdiri, Ulwan bergerak duduk di sofa.
         “I’m sorry, abang,” suara di hujung talian kedengaran sangat kesal. Ulwan menggeleng sendiri walaupun tiada siapa yang melihatnya saat itu.
         “Tak apa. It’s not your fault. It’s not even her fault. Dia dah cakap ini jawapan istikharah dia, kan?” Ulwan cuba memujuk hati si pemanggil, namun lebih kepada memujuk hati sendiri sebenarnya.
         “Terima kasih sebab beritahu abang,” ujar Ulwan sebelum menamatkan panggilan itu. Kali ini, panggilannya antara pemuda itu singkat sahaja, tidak seperti selalu.
         Ulwan merenung telefon bimbitnya seketika sebelum butang-butang nombor ditekan untuk menghubungi kerabatnya di Jauzan. Pasti ayahandanya perlu mengetahui perkara ini daripada mulutnya sendiri sebelum mendapat berita rasmi daripada Raja Darwish sendiri.

Iwana menghirup ais kisar berperisa strawberi di kiosk kecil Bluebell Mall itu. Berada di kawasan publik dengan berbaju kurung dan bertudung bawal biasa serta berkaca mata hitam sudah cukup untuk menyembunyikan identitinya. Tentunya hanya orang-orang yang rapat dengannya sahaja yang dapat mengecamnya.
         “So?” soalan pendek daripada Syazwina di sisinya tidak dapat dijawabnya terus. Syazwina adalah anak kepada salah seorang menteri dalam kerajaan ayahandanya. Mereka bersekolah di sekolah yang sama sejak sekolah tinggi dan mereka selalu bertemu jika ada majlis. Itu adalah salah sebab mengapa Syazwina boleh menjadi kawan baiknya.
         “Entah.” Iwana menjungkitkan bahunya.
         Syazwina mengeluh. Dia sungguh tidak faham dengan sahabatnya seorang ini. Berdasarkan cerita puteri mahkota itu, gadis itu menolak untuk dijodohkan dengan putera kedua Jauzan berdasarkan kecenderungan yang dirasainya selepas beberapa kali meminta petunjuk daripada Allah SWT. Apa yang dia tidak faham, kenapa Iwana berasa gelisah dengan keputusan itu?
         “Aku rasa, sekarang ini apa yang kau patut lakukan adalah bersangka baik dengan Allah.”
         Iwana menoleh ke sisinya, meminta penjelasan lanjut.
         “Kau buat keputusan lepas mengadu pada Dia tapi sekarang kau seperti tak yakin dengan keputusan kau. Maknanya, kau seperti mempersoalkan apa yang Allah aturkan untuk kau. Apa yang penting sekarang ini adalah kau kena yakin bahawa apa sahaja akibat keputusan kau adalah yang terbaik buat kau. Semua benda Allah dah aturkan, kan? Ayahanda dan bonda kau mungkin tak setuju dengan keputusan kau tapi Allah itu Maha Mengetahui. Ayahanda dan bonda kau tak tahu apa yang Allah tahu.”
         Iwana mengangguk sendiri mendengar tazkirah pendek sahabatnya.
         “Ataupun...” sambung Syazwina dengan jedanya.
         Iwana diam, menunggu, malas hendak membuka mulut.
         “Kau tarik balik keputusan kau,” ujar Syazwina.
         Bulat mata Iwana, “Mana boleh. Tadi tu kira aku dah bagi keputusan secara official. Tak bolehlah main tarik-tarik balik macam tu.”
         Syazwina menjungkitkan bahunya. “Kotlah kau memang suka putera tu, tak ada maknanya kau buat istikharah pun, Wana. Istikhrah ni untuk orang yang memang tak ada kecenderungan langsung.”
         “Aku memang tak kenal dia tu. Sebelum ni, memang aku tak tahu nak terima atau tak,” jelas Iwana pendek.
         “Herm... sekarang, apa yang kau nak buat?” soal Syazwina, seperti menguji Iwana sama ada gadis itu ingat akan nasihatnya tadi.
         “Go on with my life. Mungkin jodoh dia dengan orang yang lebih baik daripada aku,” jawab Iwana.
         “Dan mungkin jodoh kau dengan orang yang lebih baik daripada dia,” sambung Syazwina.
         Iwana tersenyum sedikit, “InsyaAllah.”
         “Amin.”

------------
komen? *_*

3 komen:

miss_adikimi berkata...

tajuk pun dah boleh tau, mesti jodoh antara iwana & ulwan kuat,, hehe :)
good job writer.. next plz hehe

Nadzipah berkata...

Kalau kata mereka berjodoh, pasti akan ditemukan kembali pada akhirnya. Insya-ALLAH.

P/S: Dah habis exam ke ni cik Haliban? hihi..Rabbuna yusahhil.

Tanpa Nama berkata...

kenapa eh, wana silap nilai ke jwpan solat istikharah dia..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©